Wednesday, March 20, 2024

UMRAH 2024 - DAY 04 - MUZDALIFAH - MINA - JAARANAH

Assalamualaikum.
Lepas melawat Jabal Al Rahmah, dari Arafah kami menuju ke Muzdalifah. 

Kami berdua ingat lagi kawasan yang kami lalui ini (foto bawah). Mengikut kata Mutawwif yang bersama kami semasa kami mengerjakan umrah pada tahun 2017 yang lalu, kawasan ini namanya Wadi Muhassir di mana tentera Abrahah yang hendak menyerang Kaabah dihancurkan oleh Allah SWT dengan batu-batu dari neraka Sijjil yang dibawa oleh Burung Ababil seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Fil Ayat 1 hingga 5. 

Melalui kawasan pentadbiran Haji di bawah Manasik Al-Mashaer Company in Muzdalifah. Di sini ada staff residences, transport sector headquarters and coordinating council for transport offices. 




Benteng Saluran Air Ain Zubaidah. 




Ini Masjid al-Mashar al-Haram.

Masjid Mashar al-Haram (مسجد مشعر الحرام) is a mosque situated in Muzdalifah which marks the area where the Prophet ﷺ supplicated during his Farewell Pilgrimage. It is located midway between Masjid al-Khayf in Mina and Masjid al-Namirah in Arafat.

Terdapat kemudahan disediakan untuk jemaah haji seperti deretan tandas ini.

Bangunan putih itu adalah tandas. Di bawah tandas wanita dan di atas tandas lelaki.


Kami berhenti di sini for toilet break.

Seterusnya kami passed by Mina, yang merupakan lokasi pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Di sini disediakan banyak khemah-khemah kekal yang menjadi tempat penginapan bagi beratus ribu jemaah Haji.

Khemah-khemah ini mula dibuat dari fibreglass selepas satu kebakaran besar pada tahun 1997 yang telah mengorbankan ramai jemaah haji dari India.



Ini adalah Jabal Qurban (Al Manhar). Di sinilah dikatakan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail a.s berlaku yang telah Allah SWT gantikan dengan seekor qibas. 

Struktur batu dibina untuk menandakan lokasi penyembelihan.





Dari sudut pandangan ini kita dapat lihat begitu banyak sekali khemah-khemah yang disediakan oleh pihak kerajaan Arab Saudi bagi menampung jutaan jemaah haji setiap tahun.



Struktur Jamrah di Mina.

Bangunan tempat melontar jamrah - Jamrah Al Aqabah Al-Kubrā, Middle Jamarah (Al-jamrah al-wusṭā) and Small Jamarah (Al-jamrah al-'ūlā).

Permusuhan kita dengan syaitan dizahirkan dengan melontar di jamrah berikutan peristiwa Nabi Ibrahim a.s melontar batu ke arah syaitan yang cuba menghalang Nabi Ibrahim a.s dari menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
Bangunan ini dilengkapi dengan Heliport

Di kanan itu adalah Mena Towers, hotel 4 bintang di Mina. Di bawahnya adalah maktab-maktab VIP.






King Abdulaziz Sports City Stadium.


Persinggahan terakhir dalam sesi Ziarah Makkah Pertama kami adalah ke Masjid Jaaranah yang juga merupakan sebuah Miqat bagi penduduk Makkah yang ingin menunaikan Umrah. Ia terletak kira-kira 24 km dari Makkah.

Rasulullah SAW pernah bermukim di Jaaranah selama 13 hari dan kemudian bermiqat untuk melakukan umrah baginda yang ketiga. Tempat di mana Rasulullah SAW berihram ini kemudiannya telah didirikan Masjid Jaaranah.

Sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah SAW telah berihram umrah di Jaaranah selepas peperangan Hunayn iaitu pada bulan Zulkaedah tahun 8H. Muharrish al-Kalbi meriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah keluar dari Jaaranah pada malam hari dalam keadaan berihram umrah. Apabila tiba di Makkah, Baginda menunaikan kerja-kerja umrah. Kemudian baginda kembali ke Jaaranah pada malam yang sama.” (riwayat al-Tirmizi). 


Saya sudah siap-siap berpakaian ihram dari hotel, maka kami menunggu sahaja group members yang lain menukar pakaian mereka.



Bertolak balik semula ke Makkah.





Ngrid Wadi Jaleel Substation.

Di belakang sana ialah Hira Cave, Jabal Al-Nour.
SNB AlAhli - a bank


Jabal al-Nour (Gunung Cahaya atau Bukit Pencahayaan) ialah sebuah gunung berhampiran Makkah di wilayah Hejaz di Arab Saudi. Di gunung inilah lokasi gua Hira' yang mempunyai makna yang sangat besar bagi umat Islam di seluruh dunia, kerana di sinilah tempat Nabi Muhammad saw telah menerima wahyu pertama Al-Quran, yang terdiri daripada lima ayat pertama Surah Al-Alaq daripada malaikat Jibra'il.

Gunung ini adalah salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Makkah. Gunung ini tingginya hampir 640 meter, namun satu hingga dua jam diperlukan untuk melakukan pendakian yang berat ke gua. Terdapat 1,750 anak tangga ke puncak yang, walaupun untuk individu yang cergas, boleh mengambil masa antara setengah jam dan satu setengah jam untuk didaki.



King Abdulaziz Mosque, Al-Adl District.


Melalui jambatan di King Faisal Road. Di bawah itu ialah Al Hajj Road.
Left: Wirgan Al-Noor Makkah Hotel. Right: Grand Nour Hotel

Al Adel Cemetery.

Saya baca di Arab Saudi the graves are unmarked. 
It's in keeping with the concern that the dead and their tombs not become objects of veneration. In following the conservative interpretation of Islam prevalent in Saudi Arabia, this is to avoid any temptation to start associating mortal men with God, the only being worthy of veneration.
Contohnya, King Abdullah dikebumikan dalam kubur yang tidak bertanda di tanah perkuburan sederhana di Riyadh, selaras dengan tradisi Wahhabisme, cabang Islam Sunni yang diamalkan di Arab Saudi.








Deretan hotel-hotel moden di Al Masjid Al Haram Road.




Sampai di hotel kami terus makan tengahari di dewan makan hotel. Kami telah memilih fullboard supaya urusan makan setiap hari kami dapat dipermudahkan. Jadi tidaklah perlu kami mencari-cari restoran dan fikir apa nak makan untuk setiap lunch and dinner selama kami di Makkah ini. Apa yang dihidang dalam buffet, itulah yang kami makan. Fyi, pakej umrah kami ini ada termasuk sarapan sahaja.
Alhamdulillah, makanan di buffet hotel ini sedap dan mengenyangkan.

Desserts.

Bersolat di Masjidil Haram.





Suasana di ruang solat wanita. 





Selesai bersolat kami pun terus melakukan tawaf. Selesai tawaf kami pun balik ke hotel untuk bersiap sedia solat Maghrib. 



Ada jumbotron di dinding Kompleks Menara jam yang menyiarkan secara langsung suasana di Mataf.


Suasana senja di Masjidil Haram.









Di dataran Masjidil Haram hingga ke bangunan hotel telah ada hadangan bagi menyediakan beberapa ruang-ruang solat.



Suasana agak sesak di ruang jalan keluar masuk ke bangunan hotel.

Suasana nyaman dengan suhu 24℃.



Makan malam di dewan/restoran hotel. 

Kami berdua sangat menyarankan supaya mengambil fullboard kerana, seperti malam ini, kami memang tidak sempat untuk ke food court mencari dan membeli dinner. 


Setelah siap makan malam dan solat Isyak, kami pun ke Masa'a untuk melakukan saie bagi melengkap umrah kami. Seperti bertawaf petang tadi, kami melakukan saie berdua juga dan tidak mengikut group.

This is the Funeral Praying place for relatives only.



Mula melakukan saie.






Dan kami pun dapat selesaikan saie dalam masa kurang 1 jam dan bertahallul. Alhamdulillah, maka siaplah umrah kedua kami.

Berjalan balik ke hotel. Ketika ini sudah pun hampir pukul 10 malam.


Bagi mengawal dan memudahkan pergerakan para jemaah, bahagian pengurusan Masjidil Haram telah membuat laluan-laluan khas untuk jemaah masuk dan keluar ke/dari Mataf (tempat bertawaf) dan Masa'a (tempat bersaie).

Pemandangan Masa'a dari luar masjid.


Walau pun sudah pukul 10 malam, masih ramai jemaah sedang melakukan saie.

Di dataran.



Kami terus ke food court untuk membeli makanan untuk kami bersahur kerana esok hari Isnin dan kami ingin merasa buat pertama kali berpuasa di Makkah. Oleh sebab itu kami juga tidak turut serta bersama group untuk lawatan ke Taif pada kessokkan harinya. Selain kerana ingin berpuasa, kami juga tidak ke Taif kerana kami telah pun dalam umrah sebelum ini melawat ke Taif. 








Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment