Friday, March 15, 2024

UMRAH 2024 - DAY 03 - ZIARAH SEKITAR MASJIDIL HARAM

Assalamualaikum.
Waktu masuk solat Subuh pada hari itu adalah pada pukul 5:40 pagi. Jadi sebelum pukul 5 pagi kami keluar berjalan dari hotel menuju ke Masjidil Haram.

Suasana ketika itu cukup sejuk dengan suhu 16℃ dan berangin. 


The Clock Towers (dahulunya dikenali sebagai Abraj Al Bait), ialah sebuah kompleks milik kerajaan dengan tujuh hotel pencakar langit di Makkah, Arab Saudi. Menara-menara ini adalah sebahagian daripada Projek Wakaf King Abdulaziz yang bertujuan untuk memodenkan bandar ini dalam memenuhi keperluan jemaah hajinya. Menara hotel pusat, iaitu Makkah Clock Royal Tower, adalah bangunan keempat tertinggi dan struktur berdiri bebas keenam tertinggi di dunia. 

Kami yang pagi itu berfikir akan bersolat di dalam masjid, akhirnya terikut dalam arus jemaah yang diarahkan oleh petugas-petugas masjid ke ruang solat di bumbung Masjidil Haram. Kami ok je tapi agak concern juga kerana cuaca ketika itu sejuk berangin dan saya cuma berbaju Melayu dan tidak berjaket. 

Pemandangan waktu subuh dari bumbung Masjidil Haram.



Di ruang solat wanita.






Walau pun pada mulanya rasa kesejukkan, tapi lama kelamaan saya mula merasa ok sebab bila semakin ramai jemaah yang datang keadaan di atas bumbung ini jadi tidaklah terlalu sejuk.

Dari bumbung di bahagian ini memang tidak nampak Kaabah kerana ada penghadang yang didirikan kerana kerja-kerja pembinaan. Kelihatan para jemaah sedang minum Air Zamzam dari tong-tong yang disediakan di depan sana.





Ini pula suasana ketika setelah selesai solat Subuh. Berasak-asak jemaah nak turun ke bawah. Tapi ok je sebab sungguh pun begini, it was moving. 

Sempat ambil gambar menara jam ini ketika berpusu-pusu 😄.


Sampai ke bangunan hotel


Bersarapan pagi.



Pada Hari Kedua kami di Makkah, Ustaz Azli membawa kami melawat ke beberapa buah kawasan bersejarah di sekitar Masjidil Haram. Walau pun ketika itu sudah pukul 8 pagi, suhu masih lagi belasan.


Ustaz Azli memberi penerangan.







Ini laluan masuk ke Tempat Tawaf dan Saie di Tingkat Pertama.

Mereka yang tidak berpakaian Ihram hanya dibenarkan masuk ke Tempat Tawaf dan Saie di Aras 1 melalui pintu ini sahaja pada masa sekarang.



Ustaz memberi penerangan tentang laluan masuk ini kepada kumpulan kami. Kami juga masuk menggunakan laluan ini sewaktu Tawaf Wada' di hari terakhir kami di Makkah kerana tidak memakai pakaian Ihram.


Ustaz Azli membawa kami menyusuri bahagian Masjidil Haram yang berdekatan dengan kawasan Saie. Ini adalah tapak penempatan Makkah dan Masjidil Haram yang asal di zaman Rasullullah SAW dulu.


Di sebelah kiri adalah Masjidil Haram dan di sebelah kanan ialah Jabal Qubais. Kini ia adalah lokasi قصر الضيافة | الديوان الملكي (Hospitality Palace Royal Court) dan الديوان الملكي السعودي (Saudi Royal Court) both labelled as 'Government Offices' in maps.

Ada banyak info menarik tentang Jabal Qubais. Bolehlah cari di internet seperti di link ini. Juga link ini. 


Kami berjalan beramai-ramai dibawa Ustaz melalui Safa Bridge ini.

Kelihatan pekerja menggunakan kren melakukan kerja-kerja mereka. 


Di sebelah kiri itu adalah باب السلام - Al Salam Gate - Gate of Peace - Makkah's "Gate of Peace," the traditional point of entry for pilgrims visiting the Great Mosque - ceremonial entrance to the Great Mosque.

Pemandangan Masjidil Haram di Tempat Saie.

Pemandangan menghala ke Menara Jam.

Menara Jam Makkah.

Bulan sabit menara jam ini mempunyai dua tingkat dengan ruang tamu dan beberapa tingkat perkhidmatan serta bilik. Bulan sabit ini telah dibina di Dubai pada April 2011. Ia diperbuat daripada emas mozek bersandar gentian kaca, dan beratnya sekitar 35 tan. Ia menelan belanja 90 juta dirham Emiriah Arab Bersatu dan mengambil masa tiga bulan untuk dibina.


Mendengar penerangan dari Ustaz Ali tentang sejarah Jabal Qubais.


Kelihatan banyak kerja-kerja penambahbaikkan sedang dilakukan.





Pemandangan Tempat Saie (kiri) dari luar Masjidil Haram.
🔹Kawasan Tempat Saie di Masjidil Haram juga mempunyai satu nilai sejarah yang sangat besar kerana di sinilah letaknya Darun Nadwah yang menjadi Parlimen masyarakat Quraisy di Zaman Jahiliyah.
🔹Satu permasalahan yang telah diselesaikan di Darun Nadwah adalah persengketaan antara mereka di saat hendak meletakkan Hajaral Aswad ke tempatnya semula.


Pembinaan di Jabale Abu khubais.




Ini Perpustakaan Makkah Al Mukarramah. Ia merupakan tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Rumah ini telah dijadikan perpustakaan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menghindari pemujaan oleh sebahagian umat Islam terhadap tempat tersebut. 

Ini adalah model rumah kediaman Nabi Muhammad SAW yang dipamerkan di 'Muhammad: Messenger of Allah Exhibition' di Madinah.



Jabal Qubais (kiri) dan Masdijil Haram di bahagian tempat bersaie.

Jabal Qubais.


Ustaz juga bercerita pada kami tentang Lembah Abu Talib (Valley of Abu Talib). Ini adalah Lembah Abu Talib, di mana ahli Bani Hasyim dan Banu Al-Muttalib (Muslim dan bukan Islam) terpaksa berundur dari Makkah dan tinggal di sini dalam boikot yang menyeksakan selama tiga tahun. Kawasan itu juga dikenali sebagai Lembah Bani Hasyim. Ia kini dikenali sebagai Lembah Ali sebagai penghormatan kepada Ali bin Abi Talib ra.
Inilah sebahagian dari Valley of Abu Talib

Kisah lembah ini boleh dibaca di link ini. 

Ustaz sedang memberi penerangan tentang Lembah Ali bin Abi Talib ra.

Ada tandas dan tempat berwuduk disediakan di sini.

Di sini ada undang-undang "No Flags or Banners". Kalau tak patuh, boleh kena tangkap/denda.

Pembinaan bangunan tambahan pada Masjidil Haram sedang dibuat demi keselesaan para jemaah.





Al Salam Gate.

Lawatan ke sekitar Masjidil Haram kami pagi itu dibuat ringkas oleh Ustaz tadi padat dengan pelbagai penerangan. Sebelum balik ke hotel dan bersiap-siap untuk bersolat Zohor, kami berpecah dari group dan berjalan masuk ke dalam Masjidil Haram dari bahagian masjid ini yang tidak pernah kami lalui.


Then we came across tempat mengambil kenderaan elektrik untuk kegunaan para jemaah melakukan tawaf dan saie. This electric cart receiving point is at Al-Qshashiya Point. 2 other pick-up locations are Plaza Point, Al-Shbaika Bridge and Ajyad Bridge, opposite to Al-Safwa Towers.

Inilah kenderaannya. Saya baca scooter elektrik ini sangat mudah untuk dipandu. Cara membawanya akan dijelaskan oleh pihak petugas semasa menyerahkan scooter. Tidak perlu menjadi pakar atau memegang lesen untuk memandu scooter ini.
🔸Tarik tuil untuk menggerakkan scooter🔸 Lepaskan tuil untuk menghentikan scooter

Kemudahan untuk para jemaah ini disediakan dan dikelola oleh The General Authority for the Affairs of the Grand Mosque and the Prophet’s Mosque, Department of Transportation Services in the Grand Mosque.   

Maklumat cara untuk booking dan harga sewa kenderaan elektrik ini.
🔸Boleh sewa untuk single atau untuk double.
🔸Untuk saie sahaja atau tawaf sahaja atau untuk kedua-duanya.
🔸Saie - antara Safa dan Marwah
🔸Tawaf - di tingkat 3
🔸Selepas selesai digunakan, scooter boleh diserahkan sama ada di tempat permulaan Saie atau di penghujung Saie. Atau boleh check dengan petugas. 

Pemandangan di luar tempat bersaie, menghala ke Menara Jam. Di kiri adalah Jabal Qubais.



Untuk balik ke hotel, kami ikut jalan menghala ke hotel di dalam Masjidil Haram. 

Bangunan hotel kami, di Safwah Tower, adalah berdekatan di sebelah Bukit Safa. Jadi kami pun berjalan ke arah bukit itu di laluan saie ini. 

Ini di laluan Saie di Tingkat Pertama Masjidil Haram.

Laluan Saie ada 3 tingkat.

Berjalan ke arah Bukit Safa.


Laluan kerusi roda dan electric carts.

Then kami masuk ke laluan Tawaf di Tingkat Pertama untuk melihat suasana di situ. 

Ruang solat berdekatan laluan Tawaf.

Laluan Tawaf di Tingkat Pertama.

Juga laluan untuk jemaah yang berkerusi roda.




Di dataran. Ada kerja-kerja pembersihan.






































Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment