Friday, March 1, 2024

SEREMBAN - POKOK GETAH TERTUA DI NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum.
Selepas jalan-jalan sekitar Klana Resort, saya pun berjalan kaki ke Galeri Diraja Tuanku Ja'afar. Tapi sebelum ke galeri itu, saya singgah dulu di Pokok Getah Tertua Negeri Sembilan yang merupakan salah satu attractions dalam 'Jejak Warisan Seremban' (Seremban Heritage Trail). Pokok itu lokasinya di sebelah galeri diraja tersebut. Tak jauh, cuma about 20 minutes walk dari Klana Resort.

Berjalan sambil bersenam pagi 😅.

Alhamdulillah, cuaca pagi itu cukup baik sekali.

Suasana perjalanan yang nyaman. 

Passed by Taman Awam Jalan Keliling yang saya dan isteri telah pun lawat pada hari pertama kami di Seremban ini.

Sudah pun tiba di tangga yang akan membawa pelawat ke pokok getah itu. 



Suka saya berlama-lama di sini ambil gambar sebab suasananya yang redup dan nyaman.

Felt like I was in a secret garden 😊.

Itulah Pokok Getah Tertua di Negeri Sembilan.

Sejarah mencatat bahawa pokok getah pertama di negara ini ditanam di Kuala Kangsar, Perak, pada tahun 1877. Walau bagaimanapun, pokok getah hasil anak benih yang sama masih hidup di Seremban, Negeri Sembilan. Pokok ini terletak di Jalan Keliling, berdekatan dengan kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan dan berdekatan dengan Galeri Diraja Tuanku Jaafar.

Kakitangan Pelancongan Komuniti dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah menyedari adanya pokok getah itu tiga tahun lalu dan pokok itu kini menjadi produk pelancongan warisan daerah ini. Didapati bahawa pokok getah ini adalah salah satu daripada 22 anak benih yang dibawa dari Kew Gardens, England, pada tahun 1877.

Dari 22 anak benih itu, 11 disemai di Botanic Gardens Singapura. 9 ditanam di Kuala Kangsar, manakala satu ditanam di Negeri Sembilan dan Melaka.

Dari segi saiz pokok ini dipercayai ia adalah merupakan dari anak benih yang dibawa ke sini. Tambahan pula pokok ini ditanam di depan bekas tapak kediaman rasmi Residen British di Negeri Sembilan.

British membuka ladang getah pertama di Negeri Sembilan di Estet Linsum, Rantau selepas yakin dengan keupayaan, kesesuaian dan tumbesaran pokok getah itu. Thomas H Hill, Bapa Perusahaan Getah Asli Malaya, telah membuka tapak ladang getah dengan keluasan 1,600 ekar pada tahun 1883. Biji benih getah ini pada asalnya dipungut dari lembah Hutan Hujan Amazon di Brazil dan disemai di Kew Gardens, England sebelum dibawa ke rantau Asia oleh Henry Nicholas Ridley.

Jom baca maklumat yang ada disediakan di sini.



🔹Sembilan daripada 11 anak pokok getah yang dibawa masuk ke Malaya ketika itu dibawa ke Kuala Kangsar untuk ditanam. Ia mula berbunga pada 1880 dan mengeluarkan buah pada 1881. 
🔹Salah satu dari pokok-pokok getah pertama negara yang ditanam itu masih hidup di sebelah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar di Jalan Tun Razak.
🔹Ia kini berusia 146 tahun. Tingginya 16 meter dan lilitan batang 1.7 meter.
🔹Struktur utama pokok ini telah rosak, maka usaha dilakukan untuk memanjangkan jangka hayat pokok getah tertua ini. Kos penyelenggaraan dan rawatan rapinya  adalah kira-kira RM3,000 hingga RM5,000 setahun. Ia termasuk pemeriksaan kesihatan, penilaian lanjutan, pemangkasan, rawatan kulat dan membaja.
🔹Ia kini bernilai RM194,183. 
🔹Pokok getah ini termasuk dalam senarai pokok warisan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.


Peta lokasi-lokasi menarik dalam "Jejak Warisan Seremban".



Satu lagi papan maklumat tentang sejarah menarik pokok ini.





Dari penilaian mengikut piawaian kualiti fizikal dan sosial antarabangsa menunjukkan pokok getah tertua Negeri Sembilan ini bernilai RM3.8 juta. Rujukan juga telah dibuat kepada pakar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi mendapatkan data sahih.

Kerana nilai khazanah pokok ini begitu tinggi, pihak MPS telah memagar kawasan ini tahun lalu bagi mengelakkan sebarang kerosakkan. Ini langkah yang baik kerana tinggalan sejarah seperti ini, sebuah pohon yang masih hidup dan sudah pun berusia lebih 100 tahun, sangatlah perlu dipelihara.

Yang bagusnya juga pokok ini berada dalam kawasan rekreasi yang luas dan tidak terganggu dengan arus pembangunan. Chances are it will survive for many more years, inshaAllah.

SubhanAllah, so majestic. 




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment