Monday, March 11, 2024

UMRAH 2024 - DAY 02 - FROM JEDDAH TO MAKKAH

Assalamualaikum.
Baik, sambung cerita Umrah 2024 kami dengan hari ke 2. 

Setelah penerbangan selama hampir 9 jam dari KLIA ke KAIA, seterusnya kami meneruskan perjalanan dengan bas selama lebih kurang 1 jam 30 minit lagi untuk ke Makkah pula. 

King Abdulaziz International Airport.

Beberapa penerangan dari Ustaz tentang perjalanan kami seterusnya dan juga reminders tentang larangan-larangan ketika berada dalam ihram. 

Ok, seterusnya saya kongsi foto-foto yang sempat kami rakam sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Makkah.

Tempat parking KAIA.



Kelihatan nun jauh di sana bangunan tinggi The Headquarters Business Park (kanan).





Masjid Al Ber.





Briman Masjid statue.

AIMS Square and Lulu Hypermarket.


A building with high end kitchen and tiles & stones stores.



Olas Suites (left) and Shehab Badra Confectionery.

Italian Cuisine Center.



Marble Homes Co.


Alshaheen suites (left) and Al Ahed Palace Residential Units.


Middle Eastern Hall - a banquet hall.



Kelihatan tren Haramain High Speed Railway.



Jeddah Al-Sulaymaniyah Station - Haramain Railway.


Samar Hall - a wedding venue.

Falah Furnished Apartments.





Jeddah Park Festival.

Selepas lebih kurang 30 minit perjalanan, kami dibawa berhenti di sebuah RnR yang ada Village Summit Restaurants. Ustaz kata di sini kami akan diberi makanan dan minuman dan boleh makan di RnR ini. 

Tapi lepas berbincang, kami semua bersetuju untuk makan sahaja di dalam bas, bagi mereka yang hendak makan ada waktu itu, supaya perjalanan dapat diteruskan seberapa segera ke Makkah. Kalau sampai awal, dapatlah kami masuk ke Kota Makkah sebelum jalan raya ditutup untuk Solat Jumaat dan dapatlah kami bersolat Jumaat di Makkah. 

Makanan sedang diagih. 


Set nasi bersama lauk ayam kari serta sambal dan timun. 


Terus merakam landskap padang pasir Arab Saudi.



Then kami berdua decided untuk makan saja dalam bas kerana memikirkan mungkin nanti kami tidak sempat hendak makan bila sampai di Makkah/hotel kerana hendak bersolat Jumaat. Moreover, kami diberitahu jika kami sampai awal, kami belum boleh masuk ke bilik kerana check-in hanyalah selepas pukul 2 petang. Jadi kalau nak makan masa itu susahlah sikit nak kena cari tempat untuk makan. Alhamdulillah, makanannya sedap.

Sekali sekala akan kelihatan pemandangan yang tadinya landskap gurun, tiba-tiba hijau begini.


Mostly there were rocks and mountains.




Ada billboard besar. Strangely, I think this was the only big billboard that I saw at this Makkah - Jeddah Expressway. 


Makkah lagi 29 km.

Ada Check Point di hadapan.

Al-Shumaisi Checkpoint.




Dan kami pun tiba di Makkah al-Mukarramah. Ketika itu pukul 9:30 pagi, oleh itu bas kami masih sempat untuk masuk ke Makkah sebelum jalan-jalan sekitar Masjidil Haram ditutup untuk Solat Jumaat. Jadi bolehlah kami dibawa terus ke hotel. Fyi, jarak hotel penginapan kami ke Masjidil Haram adalah 50 meter. Jika tidak sempat, seperti yang diberitahu oleh Ustaz masa taklimat di KLIA, kami akan diatur untuk bersolat Jumaat di Masjid Siti Aisyah di Tana'im.
Kelihatan puncak Menara Jam

Taman di Kota Makkah.



Jars Square - Memorial estate.


Kami terus dibawa ke hotel.





Hotel penginapan kami di Makkah adalah Hotel Safwah Royale Orchid. Hotel ini adalah salah sebuah dari beberapa buah hotel yang terdapat di dalam Bangunan Safwah Tower.

Bangunan Safwah Tower ini terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram.

Kelihatan begitu ramai yang berihram untuk mengerjakan umrah. Kami diberitahu pada setiap hari Jumaat keadaan di Masjidil Haram sesak dengan jemaah bukan sahaja kerana Solat Jumaat tetapi juga kerana sudah kebiasaan penduduk Makkah yang sering kalinya akan mengerjakan umrah pada hari Jumaat.


Kiosk menjual sim cards. Mobily and stc: two of the telecommunication companies operating in the Kingdom of Saudi Arabia.

Juga ada kiosk minuman percuma

منطقة تجمع الإخلاء الطبي - Medical evacuation assembly area
أهلا وسهلا بضيوف الرحمن - Welcome, guests of Allah
معزز مہمانوں کی خاطر تواضع - Enhanced meaning of humility
ضيافة وإكرام - Hospitality and honor

Pemandangan menghala ke Masjidil Haram dari depan Safwah Tower.

Selepas penerbangan dan perjalanan kapal terbang dan bas selama lebih kurang total 10 jam 30 minit maka kami semua pun selamat sampai ke Kota Makkah. Alhamdulillah.


Pemandangan di persekitaran hotel.


Kami pun dibawa Ustaz ke hotel, masuk melalui salah satu dari pintu-pintu di kompleks ini.


Ada banyak kedai-kedai di lantai bawah ini dan di beberapa tingkat di atas. 

Arah ke Al Safwah Orchid.

Lobi Lif di Hotel Safwah Royale Orchid.


Al Safwah Royale Orchid's Reception.

Berkumpul di lobi hotel. Ustaz pun memberi status terkini. 
🔹Pada mulanya Ustaz menyarankan kami mengerjakan rukun-rukun umrah yang seterusnya selepas Solat Jumaat. Tetapi memandangkan suasana di Masjidil Haram yang kebiasaannya sesak pada hari Jumaat maka Ustaz menyarankan kami semua melengkap umrah kami pada pukul 9:00 malam nanti ketika suasana di Masjidil Haram dijangka sudah agak reda. 
🔹Oleh itu Ustaz juga beri reminders sekali lagi supaya kami menjaga semua larangan ketika berihram.
🔹Ketika ini kami masih belum boleh masuk ke bilik kerana check-in adalah selepas pukul 2:00 petang atau mungkin dapat masuk lebih awal sedikit bergantung kepada pihak hotel.
🔹Urusan check-in akan dibuatkan oleh pihak Az Zuha yang mempunyai petugas stationed here in Makkah.
🔹Beg-beg kami juga akan diuruskan oleh pihak Az Zuha. 
🔹Selepas Solat Jumaat kami diminta ke lobi semula untuk mendapatkan kad kunci bilik dan beg-beg kami. 
🔹Makan tengahari bolehlah beli di food court yang ada di dalam bangunan hotel ini.

Ustaz juga beritahu yang Safwah Tower, Menara Jam dan beberapa menara lain yang membentuk kompleks Makkah Clock Towers adalah sebenarnya didirikan di dalam tanah wakaf Masjidil Haram, yang mana kedudukannya bersambung dengan dataran atau kawasan Masjidil Haram. Disebabkan faktor ini, surau (yang dipanggil Masjid) di dalam Safwah Tower adalah juga sebahagian dari Masjidil Haram. 

Pemandangan dari lobi hotel.

Waktu solat di Makkah.

Inilah Masjid Safwah Tower. Seluruh kawasan di aras ini di Safwah Tower didedikasikan sebagai Masjid. Pintu di depan dan pintu-pintu di sebelah kanan adalah ruang solat lelaki manakala pintu di sebelah kiri adalah ruang solat untuk wanita.


Suasana di dalam Masjid Safwah.

Bersolat di sini adalah berimamkan dengan imam Masjidil Haram secara langsung dari Masjidil Haram menerusi speaker yang sangat jelas yang sama kedengarannya dan jelasnya seperti kita berada di dalam Masjidil Haram. Jemaah yang ada di dataran Masjidil haram juga dapat dilihat dengan jelas dari masjid hotel ini. 

Kami bersyukur dapat bersolat berjemaah di sini kerana beberapa hari kami di Makkah, kami berdua batuk teruk. Teruknya batuk kami sehinggakan setiap kali kami ke masjid ini kami pastikan bawa sebotol air, gula-gula lozenges untuk sakit tekak dan juga memakai face mask supaya tidak coughing fits, short breaths dan semput.  

Namun tentulah kami tetap rindu hendak bersolat di dalam Masjidil Haram itself. Jadi seboleh-bolehnya bila terasa batuk teruk kami sudah mula reda sedikit dan badan tidak terasa begitu lemah, kami akan ke masjid. Tapi kami tetap cautious not to push ourselves too hard sebab kami masih lagi akan berada di Madinah untuk beberapa hari lagi dalam rangka Umrah 2024 kami ini. 

Kelihatan menara-menara Masjidil Haram sedang dibaikpulih. 

Ini pula pemandangan ruang solat wanita di Masjid Safwah Tower.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment