Friday, August 10, 2018

MANADO SULAWESI INDONESIA - DAY 02 - PART 03 - PASAR BERIMAN TOMOHON


WARNING: This blog entry contain images and/or content that may be disturbing to some viewers. Viewer discretion is strongly advised.

Seterusnya Pak Tommy nak bawa kami ke Pasar Beriman Tomohon. Selain barangan pasar kering dan pasar basah yang biasa kita lihat di sini, kata Pak Tommy ada section 'non-halal' yang besar. Dia tanya kami ok ke kalau nak jalan di situ. Kami kata ok since kami cuma nak tengok dan ambil gambar from a safe distance of course. Pak Tommy faham tentang orang yang beragama Islam untuk tidak menyentuh atau tersentuh benda-benda haram di sisi Islam. Dia promised to keep us 'safe'.. hehe. 

Then he also told us tentang adanya bahagian esktrem di pasar tu. Extreme pada kami kata dia tapi tidak pada the locals. Apa yang dijual di situ kami tanya. Dia kata selain babi, among others ada tikus, anjing, ular dan kelawar. Lagi la kami teruja. Saya dan isteri sepakat nak tengok juga section tu especially bila Pak Tommy promised to us again he will ensure that we will be at a safe distance. Tambah Pak Tommy lagi, di Langowan juga ada pasar seperti Pasar Beriman Tomohon ni.

Rats, dogs, snakes and bats. Hence, the above warning lah.

Perjalanan ke Pasar Beriman Tomohon. Ternampak juga kereta kuda begini bukan untuk tujuan melancong tapi adalah salah satu pengangkutan awam di kampung ini.

Ini Menara Alfa Omega. Ia adalah sebuah menara ikon kota Tomohon sebagai kota religious, dibina sebagai salah satu program jangka panjang Kota Tomohon sebagai Kota wisata dunia. 

Di sini juga ada banyak mikrolet biru ni. Mesti la sebab ni dah dekat dengan Pasar Beriman Tomohon, so ramai la customers.

Poster galakan penduduk supaya bebas campak dan rubella.

Dah sampai ke Pasar Beriman Tomohon. 

Pak Tommy park kereta jauh sikit sebab parking dah penuh dan jalan tengah sesak since it was the weekend. 

Masa berjalan ke pintu utama pasar, berselisih dengan truck ni. Eh... ada ayam.. hehe. 

Tempat letak kereta pasar yang dah penuh.

Jualan hasil tani.

Pisang, nenas, serai dan ubi-ubi.

Berjual beli. 



Di sepanjang kiri dan kanan perjalanan ke gerbang utama pasar penuh dengan gerai menjual macam-macam barangan mostly hasil tani.




Gerbang masuk ke Pasar Beriman Tomohon.




Sedang kami jalan tu, tetiba isteri saya jerit, 'Tu.. tikus!'. Haaa.. tikus? Mana? Mana? 

Kami cepat-cepat beritahu Pak Tommy yang dah ke depan dan terus ke gerai ini. Tu dia, dah kena sula dah tikus-tikus besar ni. Dan dah siap dibakar, dipanggang. Pak Tommy kata ada 2 jenis tikus. Yang pertama ialah tikus ekor hitam, ni tikus rumah. Tikus ni tidak dimakan. Yang dijual dan dimakan di sini ialah tikus ekor putih, jenis tikus hutan. Juga dipanggil tikus kebun by locals. Sebab tu ekor-ekor tikus-tikus ni tidak dikerat, to show that they are dari specis tikus hutan. 

Apa tu? Pelik je rupanya. Tapi ini bukan extreme sebab ini adalah ikan tongkol putih salai atau di sana dipanggil cakalang fufu. Cakalang = tongkol putih; Fufu = salai. Satu sepit tu ada separuh bahagian ikan dan dijual dengan harga Rp 25 ribu (RM7.00).

Unik cara ikan ni disepit. Kami tak pulak terhidu macam mana bau ikan salai ni. Mungkin sebab open air.

Pak Tommy asked us to closely follow him as he will navigate us through the market supaya kami melalui lorong yang 'selamat'. Bagus Pak Tommy ni.


Bahagian sayur-sayuran.

Kedai-kedai barangan runcit.

Pakaian juga ada.

Timun agaknya.

Ikan kering. Actually masa ni punya kami berhati-hati kot di depan kami ada jualan 'extreme'.. hehe. Gelak, gelak juga. Takut pun ya jugak. Tapi definitely excited... hehe.

Ikan nila, sejenis ikan air tawar.

Semalamnya lunch kami ialah ikan nila bakar. Sedap ikan ni, makan cecah dengan sambal asam.

Eiii.. terjumpa lagi tikus bakar ni. Fyi, harga tikus bakar ni Rp 20 ribu sekor. Cuma RM 7.00 je.. hehe. Saya baca mereka yang suka makan tikus ni kata rasa dagingnya macam daging ayam. Sedapnya dimasak bumbu rica dan santan sampai tak cukup sekor. Nak kenyang kena makan at least 5 ekor.  Baru RM 35.00 je.. hahaha.  

According satu survey oleh Fakultas Peternakan Universitas Sam Ratulangi tahun 2005, daging haiwan yang paling disukai orang Minahasa adalah tikus dan babi. Daging ayam dan sapi ada di ranking paling bawah.

Tetiba kami kengerian dan terkejut! Adakah itu anjing? Iya, sudah dibakar bulunya, kata Pak Tommy. Dari rasa ngeri saya terus jadi sedih mengenangkan bangkai yang dah hitam dibakar itu adalah asalnya anjing-anjing yang adorable. 

Tikus hutan yang baru dibakar sedang dibersihkan oleh adik ini. Dia nampaknya sedang menggosok tikus bakar ni dengan kain agaknya nak buang bekas bulu-bulu yang dibakar or any charred parts. 

Daging anjing di sini dijual dengan harga Rp 25 ribu sekilo.

Tikus hutan yang baru dibakar.

Then.. ehhhh..!!! Babi..!!! Hati-hati!! Terpercik pulak nanti! Terkejut kami sebab lorong yang  kami lalu ni bukanlah section non-halal (of course di sana tak dipanggil 'non-halal'). Tu sebab Pak Tommy berpesan supaya kami berhati-hati masa jalan di pasar ni.

Ini babi hutan sebab tu saiznya kecil dan berbulu hitam. Babi biasa tu putih dan besar. Babi hutan ni kepala dah dipenggal dan dibeli agaknya cause not on the table. 

Berkerumun pembeli di meja jual daging babi ni. Nampak tak uncle di belah kanan tu. Dia tersengih sebab he saw our worried faces.. hahaha. 

Betul-betul dekat penjual daging babi tu tadi ada penjual sayuran. Tu la kami terkejut tu. Tak sangka tengah elok jalan section sayuran, tetiba ada gerai jual daging babi.

Menarik nafas lega bila lalu bahagian sayuran ni. Kejap je la tapi leganya.

Selang beberapa gerai sayuran, we stumbled upon gerai jual daging anjing. Di atas meja tu tempat penjual melapah/memotong anjing yang dah dibakar bulunya. Ada yang memang sudah dipotong-potong. Stok whole anjing yang dah dibakar disimpan di bawah meja. 

Dekat gerai jual daging anjing ada gerai jual ikan.


Ada servis menyiang ikan.

Lalu di bahagian ayam. Busuk masa lalu sini. 

Itu mesin cabut bulu ayam. Berterbang bulu-bulu ayam masa mesin tu digunakan. May be kebersihan tidak begitu dititikberatkan.

Cakalang fufu.

Ini kue pukis. Sejenis kuih yang dibuat dari tepung gandum, marjerin, telor, gula dan ibu roti. Dengan toppings coklat, keju dan kacang.

Bila lalu di gerai-gerai macam ni macam dah tak exciting pulak.. hehehe.


Seterusnya Pak Tommy nak tunjuk pada kami gerai ular dan kelawar pula so dia bawak kami pusing lalu jalan ini untuk elak gerai-gerai daging babi. Tapi dia berpesan masa lalu di lorong ni kena sangat behati-hati.

Haaa... inilah sebabnya kenapa kami kena berhati-hati. Takut tak perasan bergesel dengan babi ni! See how close were we! Tapi tetap gigih ambil gambar.. hehehe.

Pak Tommy yang berjalan di depan kami dah ternampak terlebih dahulu kedatangan penunggang motor bawak babi ni. So dia dah warning kami cepat-cepat. 

Pak Tommy bawak kami pusing section ayam untuk merentas ke bahagian gerai ular sawa dan kelawar.

Penjual ayam ini sedang memberitahu kepada Pak Tommy the best route ke gerai jual daging ular sawa.

Kami tumpang lalu pak.

Penjual daging sapi. Dah nak habis dah.

Halal section.



Haaa.. inilah gerai jual daging ular sawa! Berkerumun orang tengah tunggu nak beli sampai susah nak ambil gambar. Popular daging ni rupanya. Nak pergi dekat tak boleh sebab gerai ni dalam section jual daging babi. Fyi, daging ular sawa ni dijual dengan harga Rp 40 ribu (RM 11.00) sekilo. 

Tengah sibuk kami ambil gambar ular, tetiba isteri saya beritahu ada oncoming pig! Kelam kabut la kami lari nak elak perikan darah babi yang tempias bila babi besar ni dihumban atas chopping board. Tapi sempat tu ambil gambar.. hehe. Ni mesti babi yang dibawa dengan motor tadi. 

Pak Tommy bercerita dia pernah bawa seorang wanita Muslim dari Jakarta ke pasar ini. Wanita itu katanya langsung tak risau jalan-jalan di pasar ni. Siap ambil gambar daging babi dekat-dekat kata Pak Tommy sambil menggayakan cara wanita itu mengambil gambar daging babi dari atas macam style orang buat food photography. Bila ditanya Pak Tommy tak ke risau terkena daging haram, "Tak apa, boleh dicuci," kata wanita tu.

Secara umumnya orang Minahasa memang suka makan daging babi. Dibuat sate ragey (sate daging babi dengan lebihnya lemak babi), babi tore dan daging bulu (daging yang dimasak dalam buluh).

Next kami ternampak gerai kelawar pula. Di sana dipanggil paniki. Ada yang dengan sayap, ada yang dah dipotong kepaknya. Ada yang masih berbulu, ada yang dah dibakar bulunya. Jadi boleh beli fresh atau dah dibakar dengan sayap atau tanpa sayap.  

Fyi, dijual dengan harga Rp 10 ribu ke Rp 30 ribu (RM 2.00 ke RM 8.00) bergantung pada saiz.


Actually ada lagi jenis daging yang kami tak nampak seperti daging monyet. Tak ada gerai nya sebab kalau nak beli kena sorok-sorok sebab monyet terutama dari jenis Macaca Nigra yang sering dimakan di situ adalah jenis monyet yang dilindungi oleh pemerintah.

Jadi cukup la rasanya kami jalan-jalan di pasar ni. Kami dah mula rasa kurang selesa. Lagi pun tak perlulah lama di situ sebab dah banyak pun gambar yang dapat kami ambil. 

Masa nak meninggalkan section extreme tu, saya terdengar lolongan seekor anjing! Kedengaran sangat pilu sekali. Saya toleh sana sini tapi tak nampak anjing. Syukur la saya tak nampak sebab kalau saya nampak pasti saya akan trauma. Menyayat hati betul mendengar rintihan anjing tu. Lepas tu tiada lagi lolongan. Mungkin sudah dibunuh. Later on saya baca cara anjing-anjing di situ dibunuh adalah dengan cara yang sangat kejam. Dibunuh dengan memukul dengan batang besi. Truthfully, lepas baca dan lihat foto seekor anjing dipukul mati di pasar ini di internet saya terpaksa take a break dari penulisan ini untuk menenangkan fikiran dan meredakan kesedihan. 

Dan yang buat saya lagi sedih bila terjumpa info dan foto di internet yang daging kucing hutan juga ada dijual di Pasar Beriman Tomohon ini. Ya Allah.... Kalau ada gerai jual daging kucing pasti saya akan stay away from the gerai as far as possible. Tapi kalau terjumpa, mahu situ jugak saya menangis. Lepas tulis paragraph ini saya terus cari Tam Tam (kucing belaan kami) dan peluk dia 😡. 

Ibu-ibu ini menjual gula nira.

Di situ begini bentuknya.





Berjalan keluar dari pasar.

Melalui section pakaian.

Jualan ayam tanpa gerai, longgok di tepi jalan.







Masa kami dah keluar dari pasar, nampak ramai pelancong dari China. Kata Pak Tommy, lawatan ke pasar ini sememangnya a must for these tourists. Mereka suka ke pasar begini.

Begitulah, lain tempat lain makanannya. Dipengaruh oleh, antaranya, agama, geografi dan pemakanan sejak turun temurun. 

Ada saya baca:
"Semua yang berkaki bisa kami makan, kecuali kaki meja, semua yang menyelam bisa kami makan, kecuali kapal selam, dan hanya pesawat yang tak bisa kami makan dari semua yang bisa terbang". - kompasiana.com

"Pokoknya, semua hewan yang berkaki, melata, terbang, dan berenang kami sikat". - Kompas.com.


Inilah haiwan-haiwannya yang mereka makan. Yang pada kita extreme tapi pada mereka biasa saja. 

Dan ini masakan-masakan mereka.
Rintek wuuk - anjing.
Patola rica rica - ular sawa.
Paniki santan - kelawar.
Kawok rica rica - tikus hutan.
Celeng rica rica - babi hutan.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

7 comments:

  1. sambil baca ni, saya tutup separuh muka dgn tudung, mata tak tutup sbb nak baca dan tgk jugak...geli geleman tgk makanan ekstrem tu. Kalau saya dah muntah dah kat situ. Diaorang ni sama macam org Myanmar, jenis makan semua benda. Kucing, anjing, biawak...semua lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tutup separuh muka pulak.. hehe. Jadi kalau begitu, kalau Cik Julie ke Manado, avoid la ke pasar ni ya. Mmg extreme!

      Saya masa di pasar tu, bila nampak haiwan-haiwan tu saya masih boleh tahan lagi. In fact, di bahagian extreme tu tak ada pulak saya terbau bau-bauan yang meloyakan. I guess sebab kami basically remained at the open air part of the market tepi bahagian extreme tu. Mujur le.. if not, dah keluar la semua sarapan saya pagi tu.. hehe..

      Indeed. There are still people in certain parts of the world yang makan segala macam haiwan.

      Delete
  2. Seram betul tempat ni, kalau nk ke sulawesi baik ke ujung pandang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga kami consider nak ke Makassar tapi decided ke Manado sebab nak cari kelainan sikit.
      Thanks for the suggestion.

      Delete
    2. Makassar adalah nama baru bagi ujung pandang
      Ur welcome tuan syed

      Delete
  3. 'beriman '?
    kurang iman siksa anjing and kucing hutan
    [ babi tak apa .. hahhahaa]

    seriously .. kenapalah nak makan anjing .kucing. ularsawa
    they are beautiful creatures

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya mmg langsung tak beriman. Tapi pada mereka itu bukanlah ukuran iman mereka. Dah tradisi. Kita org luar tak akan faham perkara2 begini.

      Agaknya dulu dimakan out of necessity sebab mungkin susah nak dpt makanan dan may be untuk elak kebuluran. Tapi lepas tu bila dah develop a taste for them, maka diteruskan memakan binatang2 tu. Ini cuma teori saya je.

      Delete