Friday, September 1, 2023

ITALY & SWITZERLAND - SWITZERLAND: RÜMLANG TO LAUTERBRUNNEN - PART 01

Assalamualaikum.
Ok sudah pun hari ke 8 percutian Italy/Switzerland kami. Seterusnya saya berkongsi foto-foto yang sempat kami rakam sepanjang perjalanan kami dari Rümlang ke Lauterbrunnen, in 2 parts. 

Bersarapan di Jet Hotel Rümlang. 




Ok, jom check-out. Bas akan bertolak pukul 8:30 pagi. 


Gerimis pagi itu. Suasana sejuk dan kelam. 

Jarak antara Rümlang dan Lauterbrunnen adalah sejauh 143 km dan perjalanan akan ambil masa lebih kurang 2 jam. 

It was a Monday, so jalan busy dengan locals nak pergi kerja.

Ada ternakan lembu di sini. 

Lembu yang warna coklat itu sudah biasa saya nampak, cuma yang all black itu rasanya tak pernah nampak lagi di Switzerland ini.  So saya pun check. Waa... lembu jenis ini ada dibuat acara 'Swiss Cow Fighting'.
Wikipedia: 
The Herens (Eringer in German) is a breed of cattle named after the Val d'Hérens region of Switzerland. The cows are used in organised cow fights.
⬣ The Herens is well known for the high aggression of its females. In spring, cows and heifers are made to fight one against another in five weight classes in the local tradition of "cow fighting". The winners are sold for high prices. Today cow fights are a major tourist attraction in the Valais.
🐮Combat de Reines or Swiss Cow fighting; (French: Combat de Reines), is a traditional event held mostly in the Swiss canton of Valais, in which a cow fights another cow (unlike bullfighting, in which humans fight bulls, often to the death). Each year, the Swiss canton of Valais hosts a series of cow fights known as combats de reines ("queen fights"), which began in the 1920s and has drawn as many as 50,000 spectators in a year. The winner is called La Reine des Reines ("the queen of queens") and increases dramatically in value. At the end of the year, a grand final is held in Aproz, where the six best from seven districts do battle in six weight categories.
🐄Cows naturally fight to determine dominance in the herd, and this is the behaviour that is exploited in cow fighting, using cows from the local Herens breed. With their horns blunted, the fights are mainly a pushing contest. Any cow that backs down from a fight is eliminated until one cow is left standing in the ring. It sometimes happens that the cows in a fight refuse to engage in physical contact with each other at all. Each fight can last up to 40 minutes.

Di sini ada dipasang electric fences supaya lembu-lembu tak lari masuk highway. Fyi, electric fences direka di New Zealand kerana mempunyai industri penternakan yang besar. Australia mempunyai electric fences yang terpanjang di dunia sepanjang 5,531 km. Samalah dengan jarak 5 kali ganda dari JB ke Padang besar (which is about 1,000 km). Penjana kuasa digunakan untuk menukarkan elektrik standard (220V AC di Switzerland) kepada intermittent pulse of high voltage electricity yang mengalir ke pagar. Walaupun arus elektrik ini memberikan kejutan, ia hanya denyutan kecil dan jauh lebih selamat daripada dawai berduri, yang boleh mencederakan ternakan.




Melalui terowong di Affoltern.

Passed by Municipality Obfelden, in the district of Affoltern in the canton of Zürich in Switzerland.

Ok, jom kita saksikan keindahan bumi Switzerland dalam perjalanan dari Rümlang ke Lauterbrunnen ini.




Melalui Perbandaran Cham, dalam Canton Zug. 63.3% tanah di Cham digunakan untuk tujuan pertanian, manakala 13.2% adalah hutan. Sebab itu kami nampak begitu banyak kawasan pertanian dan ladang yang luas semasa melalui kawasan ini.

Melalui kawasan-kawasan ladang yang cukup luas sekali.















Melalui Hünenberg, sebuah perbandaran di kanton Zug di Switzerland. 



63% tanah di Hünenberg digunakan untuk pertanian. Tanaman utamanya adalah gandum. Gandum yang paling biasa ditanam di Switzerland ialah gandum roti.



Bas kami melalui highway di municipality Hergiswil dengan pemandangan Lake Lucerne yang sungguh indah.



Bürgenstock mountain peak. Gunung ini dikelilingi di utara, timur dan tenggara oleh Tasik Lucerne. Bürgenstock ialah sebuah gunung di Switzerland di ketinggian 1,115 meter di atas paras laut. 

Hafen Hergiswil / Port of Hergiswil. It is a municipal boat harbor in Hergiswil for tenants and guests in the canton of Nidwalden.


Passed by Alpnach. Alpnach is a village in the canton of Obwalden in Switzerland. It comprises the villages of Alpnach Dorf, Alpnachstad and Schoried.

Gunung Stanserhorn. The Stanserhorn is a mountain in Switzerland, located in the canton of Nidwalden near to the border with Obwalden, with the peak at 1,898 metres above sea level.




Kelihatan sebahagian dari Mount Pilatus' mountain range. 
Wikipedia: Pilatus, also often referred to as Mount Pilatus, is a mountain massif overlooking Lucerne in Central Switzerland. It is composed of several peaks, of which the highest is named Tomlishorn at 2,128.5 metres.


Alpnach village.






Melchsee-Frutt ialah sebuah perkampungan peranginan gunung di Switzerland. Ia terletak berhampiran tasik Melchsee, dalam perbandaran Kerns, canton Obwalden.

Perabot Swiss memang lux. Ini salah satu pengeluar bahan binaan dan perabot serta reka bentuk dalaman, syarikat Baubedarf Richner.

Anderhalden AG, a building materials store.


Kelihatan gunung Schimbrig. 
Wikipedia: The Schimbrig is a mountain of the Emmental Alps, located in the municipality of Hasle in the canton of Lucerne. In the nineteenth century a tourist resort was established at the foot of the mountain where a natural sulphur spring surfaces.
bimbo HINNEN Spielplatzgeräte AG - develop, produce and implement playgrounds and park facilities in public areas. 



Passed by Sarnen. 
Wikipedia: Sarnen is a small historic town, a municipality, and the capital of the canton of Obwalden situated on the northern shores of Lake Sarnen in Switzerland. It has a population of just over 10,000 and is surrounded by countryside and mountains. Sarnen is located 20 km south of Lucerne.






Kami melalui tepi satu lagi tasik, namanya Lake Sarnen. Tasik Sarnen (Bahasa Jerman: Sarnersee) ialah sebuah tasik di kanton Switzerland Obwalden. Keluasan tasik ini adalah kira-kira 7.5 km2 dan kedalaman maksimumnya ialah 51 meter.

Di tasik ini pengunjung boleh menikmati cruise antara April dan Oktober atau menyewa paddle boat atau bot bermotor. Ia adalah lokasi yang popular untuk berjalan kaki, mendaki, berenang dan sailing. Terdapat juga tapak perkhemahan, halaman berjemur dan sundeck untuk berehat.




Memasuki terowong Sachseln Tunnel di kawasan Sachseln. Terowong ini dibina menembusi sebahagian kaki gunung Heitlistock sebelah barat. Terdapat 2 hiking areas pergunungan berdekatan terowong ini iaitu Walsligraben dan Rindelsgraben.
Wikipedia: 
🔸Sachseln is a village and municipality in the canton of Obwalden in Switzerland. Besides the village of Sachseln, the municipality includes the hamlets of Edisried, Ewil and Flüeli-Ranft.
🔸The Heitlistock is a mountain of the Urner Alps, located between the Klein Melchtal and the Melchtal in the canton of Obwalden. It is situated west of Stöckalp.









Masuk ke municipality Lungern. 
Wikipedia: Lungern is a municipality in the canton of Obwalden in Switzerland. It encompasses Lake Lungern and, besides the village of Lungern, the settlements of Bürglen, Kaiserstuhl and Obsee. 



Kaiserstuhl OW. Kaiserstuhl OW railway station is a Swiss railway station on the Brünig line.


Ketika ini kami melalui satu lagi tasik iaitu Lake Lungern. Switzerland memang ada begitu banyak tasik. Ada lebih kurang 1,500 tasik in total.

Tasik Lungern (Bahasa Jerman: Lungerersee/Lungernsee/Lungerensee) ialah sebuah tasik semula jadi di Obwalden, Switzerland yang dinamakan sempena bandar Lungern di tebingnya. Ia digunakan sebagai takungan/reservoir.

Tasik Lungern yang indah, juga dikenali sebagai Lungerersee atau Lungernsee, ialah tasik yang indah terletak tinggi di Pergunungan Alps Switzerland di utara Interlaken di kanton Swiss tengah Obwalden. Tasik Lungern ini sebenarnya terletak di Lembah Sarneraa, tidak jauh dari Tasik Sarnen yang kita lihat tadi.


Terletak di tepi Tasik Lungern, adalah kampung Lungern, kampung tertinggi di lembah ini. Ia adalah sebuah perkampungan lama yang menawan dan kebanyakan perkara yang berlaku di tasik berkisar di sekitar kampung yang indah ini.

Satu ketika dahulu, tasik Lungern adalah merupakan sebuah tasik semula jadi tetapi kini dianggap sebagai takungan/reservoir. Tasik ini mempunyai kedalaman maksimum 68 meter dengan suhu air sehingga 23℃ pada musim panas.



Tasik Lungern dianggap sebagai salah satu daripada 5 tempat paling indah dan romantis di Switzerland. Ia digunakan sebagai lokasi penggambaran dalam siri televisyen Korea Selatan "Crash Landing On You".

Di tasik ini pengunjung boleh beraktiviti seperti stand-up paddling, berenang, memancing, sailing, hiking dan berbasikal dan camping di kawasan sekeliling tasik. 

Satu ketika dahulu paras air tasik ini pernah diturunkan secara buatan. Pada tahun 1836, majoriti penduduk di sini mahu menurunkan aras air tasik ini untuk mendapatkan tanah yang berharga untuk tujuan pertanian. Amalan ini adalah sesuatu yang biasa di rantau ini, kerana satu ketika dahulu antara Tasik Sarnen dan Tasik Lungern pernah terdapat tasik ketiga yang dipanggil Tasik Giswil. 













Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Cantiknya semua foto. Hhmm dulu tak sampai Tasik Lungern ni. Moga ada rezeki dapat ke sana, nak jugak tengok tempat shooting CLOY ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mulan. Kami tak dapat berhenti di tasik ini tengok dari dalam bas sahaja masa otw tu.
      Waa... minat drama Korea ya :).

      Delete