Wednesday, May 17, 2023

TEMERLOH - BERA & LANCHANG - PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH LANCHANG - PART 03

Assalamualaikum. 
Ok, selesai sudah menonton the 'Informative Show' atau 'Elephant Show'. Since masih lagi ada masa sebelum pusat konservasi ini tutup, kami pun jalan-jalan lagi sikit di sini sebelum beredar.

Oii... besarnya tahi gajah!

Bila gajah makan, hanya 44% makanan yang dimakan dicernakan dan diserap menjadi sumber nutrien. Selebihnya dibuang sebagai najis. Kerana itulah tahi gajah penuh dengan fiber tumbuhan. Kalau di Pinnawala Elephant Orphanage di Sri Lanka dulu, tahi gajah ini dikutip dan diproses menjadi kertas. Tak pasti kalau benda yang sama dibuat di pusat konservasi ini. Rasanya tidak mungkin sebab kebersihan.

Pentas Gandah.


Di sebelah Pentas Gandah ialah Baby Elephants Area. Ada kandang-kandang anak-anak gajah di sini. Haruslah kami stop di sini 😃.

Star attraction di sini sudah pasti adalah anak gajah bernama Elly yang memakai kaki palsu. So la very adorable!! 😍

Kini, sebagai sebahagian daripada inisiatif pendidikan dan peningkatan kesedaran awam yang dilakukan oleh pihak jabatan, masyarakat dibenarkan untuk memerhati dan berinteraksi dengan gajah. Ia adalah selaras dengan falsafah konservasi iaitu memastikan generasi kini dan masa hadapan akan dapat mengenali secara dekat dan menghargai haiwan hebat ini.


Si Elly ni memang jinak jadi bolehlah pelawat mengusap dan bergambar dengan dia.

Inilah kaki palsu Elly. Oleh kerana ia semakin membesar, ia memerlukan kaki prostetik yang baharu bagi menampung pertambahan saiz dan berat badannya stiap 6 bulan. Kaki istimewanya yang baharu ditaja oleh EXIM Bank sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat ini pada 2017.
Kaki palsu Elly ini berharga RM 10,000 dan direka oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan ditaja oleh Exim Bank.

Di sini sempat juga kami berbual dengan Mahout yang menjaga Elly. Beliau bercerita tentang pengalamannya memperkenalkan kaki palsu kepada Elly. Kata Mahout memang sukar pada mulanya nak memakaikan kaki palsu kepada Elly. Sebelum kaki palsu ini dipasang, kaki Elly dipakaikan dengan stokin bola yang ketat untuk memberi feeling kepada Elly yang sesuatu akan dipakaikan kepada kakinya. Berkat kesungguhan dan kesabaran, akhirnya Elly dapat menerima dan membiasakan diri memakai kaki palsu.

Jom kita ke kandang-kandang anak-anak gajah ini.

Ada gerai menjual tebu di sini.

Pengunjung juga dibenarkan untuk memberi makan kepada anak gajah di sini. Tidak seperti di Deerland di mana kuantiti makanan yang diberi kepada rusa dikawal untuk kesihatan, makanan boleh sentiasa diberi kepada gajah. Maklum sajalah, kan gajah memerlukan 150 kg makanan setiap hari!

Di alam semula jadi, gajah menghabiskan tiga perempat daripada harinya untuk makan. Gajah dewasa makan sebanyak 150 kg hingga 200 kg makanan. Gajah perlu sentiasa makan kerana haiwan ini tidak dapat menghadamkan makanan dengan sempurna. Ini kerana gajah hanya mampu mencerna dan menyerap 44% daripada makanannya menjadi sumber nutrien. Selebihnya dibuang sebagai najis.
Menu harian gajah di sini adalah:
Pagi : palet.
Tengahari: betik, tembikai, lobak merah dan tebu
Malam: campuran rumput, batang pisang dan buah-buahan.
Setiap hari, pusat ini membelanjakan RM100 untuk makanan seekor gajah.






Pusat Konservasi Gajah ini ditutup pada pukul 4.15 petang. Disebabkan masih ada sedikit masa lagi, marilah kita melawat ke kandang gajah dewasa pulak. Dalam perjalanan ke sana kita jenguk lagi sungai tempat pemandian gajah di kawasan anak gajah ini.

Tiada acara mandi gajah hari itu sebab faktor cuaca dan aras air sungai.






Since tiada mandian gajah, saya kongsi foto-foto lama gajah-gajah mandi di sungai ketika percutian kami di Sri Lanka.




Menuju ke Kawasan Latihan Gajah.


Sila patuhi.




Walaupun ini kawasan gajah dewasa, ada juga anak gajah yang dipelihara di sini. 


Di sini juga pelawat boleh beri gajah makan.




Kalau bagi makan pada gajah, jangan buat acah-acah tak bagi nanti gajah-gajah ini akan meradang. Nak bagi, terus suap pada belalai. Begitulah kami dinasihatkan. Betul la juga, yang nak menyakat these gentle giants tu kenapa?




Keselamatan pelawat dijaga dan diutamakan oleh itu kita boleh nampak ada dua layer pagar seperti dalam foto ini untuk jaga jarak. Walaupun jinak, gajah-gajah ini tetap haiwan liar. Jadi kena berhati-hati. Especially masa di sini ketika itu tiada mahout yang bertugas.


Juicy tebu, kegemaran gajah.

Saya pun nak la jugak beri makan... hihi 😃.




Fakta gajah.





Ok, jom kita beredar. Berjalan menuju ke bangunan Pendaftaran.

Langkah-langkah mengelak serangan gajah.



Perjalanan pulang kami ke rumah.





















Alhamdulillah, dapat juga kami melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. 

Alhamdulillah juga kami telah berpeluang melawat beberapa tempat menarik di sekitar Temerloh dan Bera: 
01 - Taman Esplanade Temerloh
02 - Taman Awam Bera dan Laman Perwira
03 - Bera Waterfront dan D'Tebing Bedara Tok Langit
04 - Amani Vanilla Temerloh
05 - Tasik Bera
06 - Temerloh Titik Tengah Semenanjung
07 - Deerland Park World of Nature Lanchang
08 - Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Memang best. Pernah bawa anak2 masa diorang sekolah rendah. Siap bawa baju, mandi dengan gajah.

    Salam Aidil Fitri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesuai sangat bawa anak2 ke sini. Banyak yang boleh dipelajari masa lawatan.

      Delete