Assalamualaikum.
Ok, the 'Informative Show' atau 'Elephant Show' sudah nak bermula. Jom kita masuk ke Pentas Gandah.
Tapi sebelum itu, ini sedikit lagi maklumat tentang Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ~ utusan.com.my.
πSejak penubuhannya pada 1989 Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, jumlah gajah liar yang ditangkap dan pindah dari 1974 hingga Ogos 2022 adalah sebanyak 1086 ekor.
πPusat ini menempatkan 26 ekor gajah denak (iaitu gajah yang digunakan untuk membantu operasi pemindahan gajah liar) dan anak gajah yang diselamatkan.
πDaripada 26 ekor itu, lima adalah gajah jantan manakala 21 lagi adalah betina.
πGajah tertua yang terdapat di PKGK adalah Lokimala, berusia 84 tahun, iaitu gajah betina yang dibawa masuk dari Assam, India pada tahun 1974.
πGajah termuda pula adalah Yong Siput yang diselamatkan dari Sungai Siput, Perak dan sekarang telah berumur satu tahun.
πBermula tahun 2000 sehingga tahun 2021, seramai 5,556,352 orang pelancong telah direkodkan hadir ke PKGK yang mana secara tak langsung mampu untuk merancakkan sektor ekopelancongan dan menjana ekonomi rakyat tempatan.
πOrang ramai dibenar memberi makan gajah dewasa di kawasan lepas bebas sebagai daya tarikan ke pusat konservasi gajah ini.
Pentas Gandah.
Ada perarakan gajah.
Tempat duduk penonton adalah di sebelah kanan dan pentas pertunjukkan di sebelah kiri.
Pertunjukan gajah ini adalah sebenarnya pertunjukan informatif tentang gajah secara am dan tentang beberapa ekor gajah yang ada di sini.
Pentas Gandah ini adalah besar dan selesa to accommodate ramai pelawat. Selain dari shade netting besar yang dipasang di atas pentas pertunjukkan, ruang tempat duduk penonton juga dipasang dengan kipas-kipas. Jadi suasana agak redup dan nyaman walaupun ketika tengahari begini.
Dari tempat duduk penonton, di belah kanan pentas pertunjukkan ada kandang-kandang besar untuk gajah as a waiting area sebelum gajah-gajah dibawa ke pentas.
Ada seekor anak gajah di dalam kandang ini pada masa itu.
Kelihatan seorang mahout (penunggang, jurulatih atau penjaga gajah) sedang meneman dan menenangkan seekor anak gajah. Alahai manjanya dia dengan penjaga dia! π
Alaaa... kesiannyaa... kaki sekecil ini kudung.... π
Semua penonton sedang excited menunggu keberangkatan tiba perarakan gajah.
Bolehlah beli this super cute cuddly baby soft plush stuffed elephant toy ini di kedai souvenir di pusat konservasi ini π.
Itu dia! Gajah-gajah sudah mara ke pentas! π
Setiap gajah ini ditunggang dan dikawal oleh mahout masing-masing.
Nampaknya gajah ini sudah berlumur dengan lumpur yang nampaknya sudah kering. Mesti baru habis berguling golek dalam lumpur π. Kalau begitu, kejap lagi mesti ada acara mandi gajah ni π.
Pertunjukan gajah dimulakan dengan perarakan masuk 4 ekor gajah yang dinamakan Lasah, Sanum, Siti dan Timur. Gajah adalah haiwan yang hidup berkumpulan yang selalunya akan diketuai oleh seekor gajah betina yang paling tua dalam kawanan tersebut. Gajah betina inilah yang akan menentukan pergerakan kawanan gajah. Ketua kawanan gajah yang membuat persembahan pada hari ini adalah seekor gajah betina yang bernama Sanum.
Ketibaan gajah-gajah ini disambut dengan tepukan gemuruh dan sorak sorai dari penonton.
Pertunjukkan ini disertai dengan penerangan tentang setiap gajah, asal usul mereka, bagaimana mereka diselamatkan dan aktiviti-aktiviti harian mereka melalui pembesar suara oleh petugas pusat konservasi ini.
Setiap gajah akan diletakkan di bawah jagaan seorang gembala yang digelar Mahout. Setiap pagi Mahout akan memeriksa kesihatan gajah masing-masing. Gajah yang sakit akan dibawa untuk menerima rawatan dari doktor haiwan. Gajah yang sihat pula akan dibawa melakukan rutin latihan harian yang sangat diperlukan oleh gajah. Yes, they need to exercise and remain active.
Setiap gajah yang dibawa ke Kuala Gandah akan diberi nama. Selalunya mereka dinamakan sempena kawasan di mana mereka ditemui.
Tengok gajah yang belakang tu. Mesti sebelum ke pentas ini dia sudah puas berkubang dalam lumpur. Dah jadi macam gajah putih pulak π.
Pada saya bukan sahaja gajah-gajah ini perlu kita hargai tetapi juga semestinya para mahout juga sangat patut kita appreciate. Menjadi peneman dan penjaga gajah-gajah ini pada saya adalah satu pekerjaan yang mulia.
Para mahout mempunyai kemahiran menjaga dan melatih gajah-gajah masing-masing. Bukan sahaja menjadi penjaga dan pelatih, mereka juga pakar dalam menjaga kesihatan dan mengenalpasti permasalahan kesihatan gajah-gajah mereka. Dedikasi mereka kepada gajah-gajah masing-masing to me is very inspirational.
Gajah adalah haiwan yang sangat gemarkan air. Pada hari tertentu bergantung kepada cuaca dan keadaan sungai, ada pertunjukan gajah mandi di Kuala Gandah. Malangnya disebabkan cuaca tidak mengizinkan pada hari ini, pertunjukan gajah mandi tidak dapat diadakan. Maka gajah-gajah ini dimandikan dengan semburan air di atas pentas ini.
Amboiiii.... manjanyaaaa... guling terbaring begitu.... syoknya sangat la tu kena sembur dengan air! π
Sudah berlumur dengan lumpur, maka perlulah disembur dan pancutan air yang laju supaya habis semua celah-celah anggota dan celah-celah kedut kulit bersih π.
Rasanya kalau orang kena sembur dengan air pancut laju macam ni, mau tumbang orang itu. Tapi bagi gajah, tak de hal. In fact, mesti dia rasa syok sangat... hihi π.
Basuh kepala dulu.
Super adorable! π
Sampai melambai-lambai belalai... hihi π.
Haus pulak... hihi...π.
Zoom dekat-dekat nak tengok percikan semburan air shower π.
Haaaa.... sudah bersih π.
Nampak happy sangat! π
Lepas sembur baring, next kena sembur berdiri pulak untuk basuh bontot... hihi π.
Dan juga basuh kaki-kaki besar tu.
Semua gajah di Kuala Gandah dipakaikan dengan tali di leher mereka. Dah lupa pulak apa nama tali ini. Tali ini berfungsi sebagai alat keselamatan sewaktu Mahout menggembala gajah. Walaupun gajah-gajah di Kuala Gandah telah dijinakkan, ada masanya naluri haiwan liar mereka tetap menerpa. Jika ini berlaku, Mahout akan berpaut kepada tali ini untuk tujuan keselamatan.
Gajah memerlukan 150 kg makanan setiap hari dan membuang 100 kg sisa melalui perkumuhan. Ia juga memerlukan 100-150 liter air minuman setiap hari yang menyamai air minuman untuk 75 orang manusia.
Gajah tidak boleh hidup lebih dari 24 jam sehari tanpa air. Disebabkan fakta inilah habitat gajah sentiasa terletak berhampiran sungai atau sumber air.
Tengok la tu... banyaknya lumpur.... hihi π.
Lasah adalah satu-satunya gajah yang memiliki gading dalam kawanan ini disebabkan ia adalah gajah jantan.
Satu-satunya gajah jantan dalam kawanan ini bernama Lasah. Ia diselamatkan dari kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak. Gajah yang diselamatkan oleh Jabatan Perhilitan akan dirawat dan diajar kemahiran asas untuk membolehkan mereka dilepaskan kembali ke dalam hutan. Cuma gajah yang cacat atau dirasakan tidak mampu meneruskan kehidupan kembali di dalam hutan yang dikekalkan di Pusat Konservasi ini.
Mahout pun mandi sekali π.
Basuh kepala gajah π.
Sewaktu dia masih kecil, Sanum telah kehilangan ekornya selepas diserang oleh harimau di dalam hutan. Sewaktu ditemui, Sanum memang cedera teruk seluruh badan selepas berlawan dengan harimau. Gajah yang tercedera ini telah diselamatkan dan dibawa ke sini untuk menerima rawatan.
Dengan kecederaan yang dialami, petugas di Kuala Gandah ketika itu tidak yakin Sanum boleh diselamatkan. Ternyata Sanum memang seekor Wirawati kerana dapat melalui saat sukar tersebut sehingga dapat berdiri megah di depan penonton hari ini.
Berat ekor gajah dewasa adalah 10 kg, iaitu sama beratnya dengan sebuah basikal. Walaupun ekor merupakan anggota badan gajah yang terkecil tetapi penting untuk gajah. Ekor gajah digunakan untuk menghalau lalat. Lalat mampu untuk bertelur di bawah kulit gajah dan ini menyebabkan gajah merasa tidak selesa dan jatuh sakit.
Kemudian kita berkenalan pula dengan gajah yang bernama Siti yang berasal dari Kelantan (Negeri Cik Siti Wan Kembang).
Siti menghulurkan kaki untuk memudahkan Mahout memanjat naik ke belakangnya.
Cara memanjat ke atas belakang gajah.
Gajah-gajah yang dikekalkan di Pusat Konservasi ini bukanlah tidak mempunyai kegunaan. Mereka akan dilatih dan digunakan dalam operasi menangkap gajah liar. Gajah-gajah jinak dari Kuala Gandah ini akan digunakan untuk memujuk dan menenangkan gajah-gajah liar untuk dipindahkan ke tempat lain. Dalam operasi menangkap dan memindahkan gajah liar, dua ekor gajah jinak dari Kuala Gandah akan membantu mengawal gajah tersebut dengan berjalan mengiring di sebelah kiri dan kanan gajah liar ini sepanjang perjalanan.
Lasah menunjukkan kemahirannya mencapai tebu yang digantung tinggi. Ada kalanya gajah kena mencapai pucuk tumbuhan yang tinggi begini untuk makan di dalam hutan.
Gajah yang terakhir pula bernama Timur. Timur menunjukkan kepada penonton bagaimana gajah tidur. Gajah akan mula tidur sewaktu berdiri. Bila dah pasti keadaan sekeliling selamat, barulah mereka akan berbaring untuk terus tidur.
Cara gajah tidur. Cute sangat! π
Kemudian tibalah acara yang dinanti-nanti... memberi gajah makan. Ada beberapa baldi tebu percuma disediakan untuk penonton memberi makan kepada gajah. Kalau tak cukup, penonton boleh membeli tebu tambahan yang dijual di tepi pentas untuk diberi kepada gajah pada harga RM5 seikat.
Tebu percuma yang disediakan untuk penonton memberi gajah makan. Ada beberapa buah baldi tebu disediakan.
Nampaknya gajah-gajah ini suka betul pada tebu.
Menurut keterangan yang diberi, gajah-gajah di sini telah dilatih untuk mengenal arahan lisan dari Mahout masing-masing. Kata seorang Mahout yang kami interview selepas persembahan ini, arahan-arahan kepada gajah banyak menggunakan Bahasa Siam. Maklumlah, teknik menjinak gajah banyak dimajukan di Thailand sana.
Teringat saya pada kisah Mahajara Dewa Sura yang berjaya menangkap gajah Sultan Mansur Syah Melaka yang terlepas.
Para mahout yang sentiasa berjaga-jaga supaya gajah-gajah mereka masing-masing dalam keadaan terkawal. Walau pun sudah dijinakkan, gajah-gajah ini tetap haiwan liar.
Selepas memberi gajah makan, penonton diperkenalkan pula dengan seekor anak gajah yang memakai kaki palsu yang bernama Elly. Elly yang berasal dari Jeli di Kelantan berusia 4 tahun. Kaki Elly kudung setelah terkena jerat yang dipasang oleh pemburu haram. Kesian sungguh kita melihatnya.
Elly yang memakai kaki palsu.
Elly bertuah kerana telah diselamatkan oleh kakitangan Jabatan Perhilitan dan dibawa ke Kuala Gandah untuk dirawat. Kaki palsu Elly yang berharga RM 10,000 ini direka oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan ditaja oleh Exim Bank.
Disebabkan Elly semakin membesar, kaki palsu ini perlu ditukar setiap 6 bulan.
Penonton turut ditunjukkan bagaimana Elly kini dah pandai memakai kaki palsu ini sendiri.
Elly yang sudah faham dia kena pakai kaki palsu siap menghulurkan kaki kudung dia kepada mahout dia untuk dipakaikan kaki palsu. Nak mengalir air mata saya kesiankan di Elly ni.
To be continued with Part 03....
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment