Monday, December 12, 2022

BALKANS - CROATIA - DUBROVNIK - DUBROVNIK OLD TOWN - PART 01

Assalamualaikum.
Pada hari kami ke 4 ini dari Trebinje, Bosnia and Herzegovina kami masuk ke negara Croatia untuk ke bandar Dubrovnik. 
 
Keindahan kawasan bergunung-ganang negara Balkan. 


Di Dubrovnik kami dibawa ke Old Town Dubrovnik untuk program walking tour di dalam kota lama itu. 

Kelihatan Tvrđava Minčeta (Kubu Minčeta) yang merupakan sebahagian daripada Walls of Dubrovnik. Kubu Minčeta ialah salah satu daripada empat kubu tembok bandar Dubrovnik. Ia adalah salah satu simbol bandar Dubrovnik.

Kubu Minčeta dinamakan sempena keluarga bangsawan Menčetić dari Dubrovnik, yang menyerahkan tanah mereka untuk pembinaan kubu ini. Semasa zaman Republik Dubrovnik, menara itu merupakan kubu pertahanan yang hampir tidak dapat dihancurkan.

Dubrovnik yang secara sejarahnya dikenali sebagai Ragusa, ialah sebuah bandar di Laut Adriatik di wilayah Dalmatia, di eksklave Croatia. Ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Mediterranean. Pada tahun 1979, bandar Dubrovnik telah dimasukkan ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai pengiktirafan seni bina zaman pertengahan yang cemerlang dan bandar lama yang berkubu.

Pemandangan sebahagian Walls of Dubrovnik and Old Town Dubrovnik.

Kelihatan menara Church of Our Lady of the Rosary di dalam kawasan Old Town Dubrovnik.

Tembok kebanggaan Dubrovnik ini dipanggil Walls of Dubrovnik. Ia dibina terutamanya pada abad ke-12–17. Panjangnya kira-kira 1,940 meter, mengelilingi sebahagian besar Old Town. Sebahagian besar tembok dan kubu sedia ada telah dibina pada abad ke-14 dan ke-15, tetapi terus dipanjangkan dan diperkukuh sehingga abad ke-17.

Dinding utama di bahagian darat adalah setebal 4 meter hingga 6 meter, dan di lokasi tertentu, dindingnya mencapai ketinggian sehingga 25 meter. 

Di bahagian darat, dindingnya dilindungi dengan rangkaian tambahan dinding sokongan yang condong sebagai pertahanan terhadap tembakan artileri, terutamanya terhadap kemungkinan serangan Uthmaniyyah.
Walls of Dubrovnik's slanted supporting walls as defense against artillery fire.


Bahagian dinding tembok yang mengadap tanah besar juga diperkukuh oleh satu benteng yang lebih besar dan sembilan benteng yang lebih kecil separuh bulatan. Parit (moat) yang mengelilingi bahagian luar tembok kota, yang dulunya dilengkapi dengan lebih daripada 120 meriam, menyediakan keupayaan pertahanan bandar yang hebat.

Tembok kota ini telah dipelihara sehingga hari ini, bukan sahaja kerana pengetahuan pekerja pembinaan yang mahir dan penjagaan berterusan oleh penduduk kota yang menyelenggara dan membina semula struktur seperti yang diperlukan ketika itu, tetapi juga kerana diplomasi yang bijak di Ragusa, yang berjaya mengelakkan pencerebohan dan penaklukan yang cuba dilakukan oleh musuh terhadap Republik Ragusa.

Kami diturunkan tidak jauh dari gerbang pintu masuk ke dalam Old Town. Sebelum memulakan walking tour dalam Old Town Dubrovnik, kami dibawa dulu ke lokasi meeting point untuk semua group members berkumpul setelah selesai exploring the Old Town nanti.  

Florist selling autumn and all seasons blooms. 

Di dataran inilah meeting point kami nanti selepas walking tour nanti. Ianya berdekatan dengan satu bus stop.

Ramai pelancong di sini. Nampaknya dataran kecil ini sudah memang biasa dijadikan meeting place by local tour guides. Understandable sebab jaraknya cuma lebih kurang 100 meter sahaja dari pintu gerbang masuk ke Old Town.

Boleh tahan panas kering juga masa itu sebab suhu was in the mid 20s dan lokasi pula di tepi laut. So nice lah ada big shady trees di dataran ini. Tengok pelancong mat saleh tu mostly dah macam udang bakar.

Di dataran ini ada sebuah fountain, Amerling Fountain. A water cooler, boleh diminum terus airnya. Ia adalah salah satu karya terbaik pengukir Croatia, Ivan Renditch. Ia dipasang pada tahun 1902. Sudah berusia 120 tahun. Juga dikenali sebagai Jewish Fountain kerana orang Yahudi Dubrovnik sebelum ini dibenarkan mengambil air hanya dari fountain ini. 
⛲Pemandu pelancong di sini panggil fountain ini 'The Girl with the pigeons' agaknya sebab dah jadi tempat pigeons landing seperti dalam gambar. 
Patung-patung itu represent Satyr (creature in Slavic mythology) and Mavka (female spirit in Ukrainian folklore and mythology).

Penjual buah berangan - chestnuts.


Mehmet pun memperkenalkan kami pada our local tour guide, wanita Bosniak, Janna nama dia. 

Dari dataran ini, boleh dilihat sebahagian Walls of Dubrovnik, the western wall. Struktur kompleks kubu ini, antara yang terbesar dan paling lengkap di Eropah, melindungi kebebasan dan keselamatan Republik Ragusa yang "bertamadun" dan "canggih" yang berkembang dalam keamanan dan kemakmuran selama kira-kira lima abad. Temboknya telah diperkuatkan oleh tiga menara bulat dan 14 segi empat tepat, lima benteng (kubu pertahanan), dua kubu sudut dan Kubu St. John yang besar. 

Walls of Dubrovnik ialah satu siri tembok batu pertahanan yang mengelilingi bandar Dubrovnik. Dengan banyak penambahan dan pengubahsuaian sepanjang sejarahnya, kubu ini telah dianggap sebagai antara sistem kubu besar pada Zaman Pertengahan yang hebat kerana ia tidak pernah ditembusi oleh tentera musuh. Pada tahun 1979, Old Town Dubrovnik, yang merangkumi sebahagian besar tembok lama Dubrovnik ini, telah disenarai dalam UNESCO list of World Heritage Sites.
Walls of Dubrovnik

Tvrđava Minčeta (Kubu Minčeta) yang kami nampak tadi dari dalam bas.

Berjalan ke gerbang masuk ke dalam Old Town Dubrovnik. Nama pintu gerbang masuk ke Old Town Dubrovnik ini ialah Vrata od Pila - Pila Gate or Pile Gate. Truthfully, masa itu I was feeling quite excited and looking forward to the walking tour. 

Old Town Dubrovnik dibina mempunyai empat pintu masuk: dua menuju ke pelabuhan dan dua (with drawbridges) menuju ke tanah besar. Komunikasi dengan dunia luar di bahagian darat dilakukan melalui dua pintu utama yang dikawal dengan ketat, satu pintu di sebelah barat bandar dan satu lagi di sebelah timur. Pintu masuk ini dibina supaya komunikasi dengan Old Town tidak dapat dilakukan secara langsung di mana pembawa utusan terpaksa masuk melalui beberapa pintu dan berjalan di laluan berliku. Ini merupakan bukti langkah keselamatan yang diambil sebagai pertahanan terhadap kemungkinan berlakunya pencerobohan atau kemasukan pelawat yang tidak dijangka.
Untuk elak kesesakan laluan di jambatan ini, laluan-laluan masuk dan keluar dibuat berasingan. 

Pile Gates ialah sebuah kompleks yang kukuh, dengan pertahanan oleh Fort Bokar dan parit (moat) yang mengelilingi bahagian luar tembok kota ini yang kini telah dijadikan taman. Di pintu masuk ini ada jambatan batu dua arch Gothic, yang direka oleh arkitek Paskoje Miličević pada tahun 1471. Jambatan batu itu dibina bersambung pada satu lagi jambatan lain iaitu jambatan kayu yang boleh ditarik ke atas (drawbridge).


Di hujung kanan itu adalah Fort Bokar. Bokar Fortress yang dibina pada 1460an ialah contoh seni bina kubu yang harmoni dan berfungsi untuk mempertahankan pintu masuk barat ke bandar Dubrovnik. Ia juga merupakan salah satu lokasi penggambaran Game of Thrones yang paling terkenal. 

Dalam Game of Thrones, Bokar Fortress pernah serang oleh seekor naga! 😲😄

Di atas gerbang pintu masuk utama Old Town ini ada patung St. Blaise, seorang early Christian bishop dan salah seorang medieval saints yang popular. Patung dia diletakkan di pintu masuk ini kerana beliau adalah penaung bandar Dubovnik. Dalam gambaran patung ini beliau dibuat memegang bandar miniature Dubrovnik. Penduduk Dubrovnik memutuskan untuk mengisytiharkannya sebagai santo penaung utama Dubrovnik kerana St. Blaise dikatakan telah menjelma kepada priest Stojko (seorang paderi Dubrovnik) dan memberi amaran supaya bersiap sedia menghadapi serangan Venetian Republic. Dengan amaran awal itu maka Dubrovnik terselamat dari dihancurkan.

Dia juga dihormati sebagai santo penaung penghidap penyakit tekak dan penyisir bulu (wool combers) dan sebagai salah seorang daripada the Fourteen Holy Helpers (penghormatan yang diberikan kepada saints yang dikenal pasti mempunyai tahap kesucian atau kekudusan yang tinggi dipercayai amat berkesan terutamanya ketika menghadapi pelbagai penyakit).
🔸Walaupun agama Kristian telah diterima pakai kira-kira 300 CE sebagai agama negara di Armenia, maharaja Rom Licinius memulakan penganiayaan terhadap orang Kristian, dan Blaise ditemui dan ditangkap. Semasa dipenjarakan, dia dikatakan secara ajaib menyembuhkan seorang budak lelaki daripada maut disebabkan tercekik. Selepas dirinya dikoyakkan dengan penyikat bulu besi (iron wool comber), Blaise telah dipenggal.
🔸Petang sebelum perayaan Saint Blaise di Dubrovnik, ketika semua loceng gereja di kota ini dibunyikan dan burung merpati putih dilepaskan sebagai simbol keamanan, penduduk bandar ini berkumpul untuk upacara penyembuhan tekak untuk memelihara mereka dari penyakit.
🔸Perayaan ini dibuat pada setiap 3 Februari sejak tahun 972 AD. Perayaan ini telah diiktiraf sebagai 'Intangible Cultural Heritage' oleh UNESCO pada tahun 2009.

Jambatan batu di Pile Gate ini dibuat bersambung dengan sebuah lagi jambatan, a drawbridge. 

Walking on the wooden drawbridge.

Parit atau moat ini dibina sebagai salah satu bentuk pertahanan untuk menyekat pencerobohan dan serangan musuh ke atas Old Town Dubrovnik. Ia kini sudah diubah menjadi taman-taman untuk pelawat berehat.

Tujuan parit dibuat adalah terutamanya untuk melindungi istana daripada serangan. Parit dibina dalam dan lebar, sama ada kering atau dipenuhi air, dan digali mengelilingi istana. Kemudian pertahanan parit seperti ini juga dibuat untuk kubu, bangunan-bangunan lain dan juga di sekeliling bandar seperti di Old Town Dubrovnik ini. Mengikut sejarah, selalunya sistem parit begini adalah merupakan garis pertahanan awal. Di sesetengah situasi kepentingan parit dipertingkatkan dengan menjadikannya pertahanan air yang lebih luas, seperti tasik semula jadi atau buatan, empangan dan pintu air. Berikut saya kongsi moats atau parit-parit pertahanan yang pernah saya lihat ketika percutian-percutian saya dan isteri yang lalu.
Fort Santiago, Manila, Philippines

Wakayama Castle, Wakayama city, Wakayama Prefecture, Japan

Old city of Ayutthaya, Phra Nakhon Si Ayutthaya Province, Thailand

Angkor Wat, Krong Siem Reap, Cambodia

Bayon Temple, Krong Siem Reap, Cambodia

Ta Prohm, Krong Siem Reap, Cambodia

Agra Fort, Rakabganj, Agra, Uttar Pradesh, India

Prague Castle, Prague, Czech Republic

Old Town Bratislava, Slovakia

Fort Cornwallis, George Town, Penang, Malaysia

Kota Melaka (1740 - Dutch), Melaka, Malaysia

Ok, sambung balik cerita walking tour di Old Town Dubrovnik. Jom kita masuk ke dalam. 

Kubu pertahanan kota lama ini mempunyai dinding-dinding batu yang tinggi dan kukuh. Dinding utama di bahagian darat ini mencapai ketinggian sehingga 25 meter dan tebalnya pula adalah antara 4 meter hingga 6 meter. Berapa lamalah agaknya nak roboh/tembus kalau bedil dengan meriam.

Bukan sahaja dinding-dindingnya tinggi dan tebal, tapi dindingnya ada 2 lapis, the outer wall (left) and the inner wall. Seperti di atas pintu masuk yang kita lihat earlier, pada dinding dalam kedua ini juga ada diletak patung St. Blaise.


Melalui pintu masuk kedua pada dinding dalam untuk masuk ke Old Town Dubrovnik. Lihatlah betapa tebalnya dinding lapisan kedua ini.

Old Town Dubrovnik. Kota lama ini terkenal sebagai salah satu bandar zaman pertengahan yang terpelihara dengan baik di dunia. Pada tahun 1979, bandar Dubrovnik telah dimasukkan ke dalam senarai UNESCO list of World Heritage Sites sebagai pengiktirafan terhadap seni bina zaman pertengahan dan bandar lama berkubu yang cemerlang.

Kini dinding kubu kota lama ini boleh dinaiki pengunjung untuk berjalan di atasnya sambil menikmati pemandangan kota lama ini, bandar di luar kota lama ini, laut Adriatic dan pulau-pulau di sekitarnya. Teringin juga kami nak naik tapi melihat tangganya yang tinggi dan curam itu, maka tak jadilah 😅. Also sebab ada caj Euro 30 kalau nak naik ke atas tu.


Keadaan Dubrovnik yang kita lihat sekarang ini adalah hasil daripada pembinaan semula yang teliti selepas gempa bumi pada tahun 1667. Banyak pengubahsuaian juga dilakukan untuk mengembalikan bandar ini kepada seperti zaman kegemilangnya yang dahulu selepas ia diserang semasa perang di awal 1990-an. Hari ini, semua jenis kerja-kerja yang dibuat pada bangunan-bangunan di sini adalah dikawal ketat.
Gereja Baroque, biara dan istana Dubrovnik; air pancut dan fasad Renaissancenya, semuanya dijalin dengan dataran berturap marmar, jalan cobblestones dan rumah-rumah, yang semuanya juga kekal tidak berubah selama berabad-abad.

Building where the Tourist Center is located. 

Salah satu mercu tanda paling terkenal di Dubrovnik ialah Onofrio's Fountain bulat ini yang dibina pada tahun 1438 sebagai sebahagian daripada sistem bekalan air yang airnya datang dari mata air sejauh 12 km. Pada asalnya air pancut itu dihiasi dengan arca, tetapi ia telah rosak teruk dalam gempa bumi 1667 dan hanya tinggal 16 topeng berukir (maskeron design), dengan mulut berpaip. Airnya selamat diminum terus.

Onofrio's Fountain ini juga dikenali sebagai the Large Onofrio's Fountain. The small fountain ada di bahagian lain dalam kota lama ini. 

Maskeron design (stone-carved masked face).

Ini Gereja St. Savior, sebuah gereja yang terletak dalam Old Town Dubrovnik ini. Ia didedikasikan kepada St. Saviour.

Berikutan gempa bumi pada 17 Mei 1520, yang membunuh kira-kira 20 orang dan merosakkan banyak bangunan di kota lama ini, pentadbir Republik Dubrovnik ketika itu memutuskan supaya sebuah gereja baru dibina sebagai tanda terima kasih kerana kota lama ini telah selamat daripada kemusnahan yang lebih besar.

Inskripsi di atas pintu masuk gereja yang mencatatkan rasa syukur penduduk Dubrovnik.


Janna sedang memberi penerangan tentang Old Town Dubrovnik. Kami memang selalunya seronok mendengar penerangan dari tour guides, barulah bermakna apa yang kita tengok... hihi. Also lepas dengar tu, bolehlah tahu bangunan penting mana yang nak kita ambil gambarnya 😄. 

Man selling souvenir, 'Dubrovnik Heart' for Euro1 each. 

Next kami dibawa Janna explore kota lama ini. Ketika ini kami sedang melalui jalan utama Old Town Dubrovnik ini namanya Stradun.

This is Church and bell tower of the Franciscan church. Pada awalnya biara ini dibina pada abad ke-13 di luar tembok. Sebuah biara baru di dalam tembok berhampiran dengan Pile Gate, dibina pada 1317, tetapi pembinaannya mengambil masa berabad-abad. Sebahagian daripada kompleks itu telah dibina semula beberapa kali. Kompleks ini terdiri daripada biara, gereja, perpustakaan, dan farmasi.
Farmasi dalam kompleks ini bermula dari 1317 dan merupakan farmasi tertua yang masih berfungsi di Eropah dan yang ketiga tertua di dunia.


Jalan Stradun (nama rasminya Placa) ini dibina bermula dari Pile Gate sehingga ke Pelabuhan Dubrovnik. Di kiri kanannya ada kedai, restoran dan kafe-kafe. Ia pernah menjadi saluran (paya) yang membahagikan pulau kecil di mana Dubrovnik dibina dari tanah besar. Kemudian, saluran itu ditebus guna untuk mencipta jalan bandar utama. Ia boleh diakses oleh pejalan kaki sahaja. 

Jalan pejalan kaki berturap batu kapur ini panjangnya kira-kira 300 meter. Stradun menjadi laluan utama bandar sejak abad ke-13. Sebahagian besar penampilannya sekarang adalah dari pemulihan selepas kejadian gempa bumi yang dahsyat pada 1667 di mana kebanyakan bangunan di sini musnah. Stradun dan beberapa rumah di sekitarnya sekali lagi telah rosak akibat tembakan mortar semasa Pengepungan Dubrovnik pada 1991–92, tetapi kebanyakan kerosakan itu telah dibaiki.

Kedai souvenir Game of Thrones. 

Pintu masuk ke Franciscan Church and Monastery.

Di atas pintu ini ada ukiran patung-patung Pietà (a subject in Christian art depicting the Virgin Mary cradling the dead body of Jesus after his body was removed from the cross), St. Jerome (memegang model gereja pra-gempa) dan St. John the Baptist.

Ini contoh patung La Pietà di Manila Cathedral, Philippines dirakam semasa percutian kami di Manila pada 2016.

Meneruskan perjalanan dibawa Janna, our local tour guide.

Di Old Town ini ada banyak kafe dan restoran di celah-celah lorong sempit begini. It gives this old town its unique character. Dalam menu Restoran Nava ini ada hidangan Fish Platter, Mixed Fish, Fresh Fish, Octopus Salad, Fried Squids, Grilled Squids and Grilled Prawns. Macam halal. Saya baca ada restoran 'halal' di sini tapi arak tetap ada dijual di restoran itu.  

Al fresco dining bukanlah sesuatu yang baru. Di sini rata-rata restoran/kafe mesti ada outdoor seating macam ini. Nice to 'people watching' agaknya. I guess now people are not just looking for places with good food but also want to enhance their dining experience.

Kedai gunting rambut dan salon pun ada di jalan ini.


Di celah bangunan ini boleh nampak Tvrđava Minčeta (Kubu Minčeta) yang kami nampak dari dalam bas earlier.



Church and bell tower of the Franciscan church.

Pemandangan ke arah Pile Gate.

Ukiran patung-patung di atas pintu masuk ke Franciscan Church and Monastery.

Sebuah bakeri.

Jewelry shop pun ada di jalan ini.

Restoran-restoran di celah bangunan.

Looming high up ahead is the Dubrovnik Clocktower.






Dubrovnik Clocktower setinggi 31 meter dengan loceng besar yang dibuat dari gangsa ini terletak di Luža Square di hujung jalan Stradun. 

Pada asalnya dibina pada 1444, menara itu mengalami kerosakan dalam gempa bumi Dubrovnik 1667 dan beberapa gempa bumi lain menyebabkan ia mula condong ke arah Stradun pada awal abad ke-19. Ia telah dirobohkan pada tahun 1928 dan dibina semula sepenuhnya mengikut reka bentuk asal. Pada tahun 1929 ia telah rosak sekali lagi dalam gempa bumi Montenegro 1979 dan dipulihkan pada 1987–1988.





Kami pun sampai di Luža Square di hujung jalan Stradun. 

Di Luža Square ini ada Orlando's Column. It is 15th-century column and knight statue. Column yang didirikan pada tahun 1418 itu menampilkan kesatria berperisai Orlando yang menurut legenda, telah membantu penduduk Dubrovnik (Ragusa) mengalahkan penceroboh pada zaman pertengahan dan oleh itu membantu Dubrovnik untuk kekal sebagai negara kota perdagangan bebas. Tugu ini dibuat sebagai tanda penghormatan dan terima kasih kepada beliau.

Orlando's Column.

Sebenarnya Orlando, atau dikenali sebagai Roland di seluruh Eropah, sering digunakan sebagai simbol kota di bawah perlindungan Raja Hungary-Croatia. Pada masa itu adalah perkara biasa bagi bandar-bandar Eropah untuk mendirikan patung yang serupa yang melambangkan pakatan dan perlindungan dengan kerajaan Hungary-Croatia.
Ini patung Orlando/Roland dikenali sebagai Roland's Fountain di Old Town, Bratislava, Slovakia.


Di Luža Square ini juga ada a historical Venetian baroque-style church, the St. Blaise's Church. Saint Blaise adalah santo penaung kota Dubrovnik dan dahulunya pelindung Republik Ragusa. 

Gereja ini dibina pada 1715 oleh arkitek dan pengukir Venetian Marino Gropelli (1662-1728) di atas asas gereja zaman pertengahan Romanesque yang rosak teruk. Gereja Venetian di San Maurizio dijadikan model untuk pembinaan gereja ini.

Fasad depannya dibahagikan dengan empat lajur Corinthian. On top of the facade is a semicircular gable and a balustrade with three statues by Marino Gropelli: a free standing Saint Blaise (in the middle) and personifications of Faith and Hope.



St. Blise diapit oleh personifications of Faith and Hope.



Bangunan Istana Kota Dubrovnik (Majlis Bandaraya dan Datuk Bandar).

Dubrovnik Clocktower.

Ini Sponza Palace, sebuah istana abad ke-16. Ia dibina dalam gaya campuran Gothic dan Renaissance antara 1516 dan 1522. 





Kalau di pintu masuk Pile Gate tadi ada Large Onofrio's Fountain, di sini pula ada Small Onofrio's Fountain. 

Direka oleh Onofrio della Cava pada tahun 1446, ia telah dipasang di bahagian timur Placa (Stradun) selepas pembinaan bekalan air awam pada tahun 1438. Disiapkan oleh Pietro di Martino dari Milan air pancut ini dibina dengan gaya Renaissance dan Gothic.

Dari jalan Stradun seterusnya kami dibawa Janna masuk ke jalan Pred Dvorom. Di hujung jalan ini ialah The Cathedral of the Assumption of the Virgin Mary.

The Cathedral of the Assumption of the Virgin Mary's dome.


This is Palača Grada Dubrovnika (Gradsko vijeće i Gradonačelnik) - Palace of the City of Dubrovnik (City Council and Mayor) built in the 14th century. In 1816 the palace burned to the ground, and the new City Hall was built in 1882. It is the present day seat of the Dubrovnik City government.


Di jalan Pred Dvorom ada patung Marin Držić. Digelar Dubrovnik's Shakespeare, Marin Držić terkenal dengan komedinya yang penggambarkan realiti sosial zaman Renaissance. Patung itu adalah karya pengukir terkenal Croatia, Ivan Meštrović. 


Hidung dan riba patung ini nampak berkilat kerana sudah menjadi trend pengunjung menggosok hidungnya (untuk mendapat tuah) dan duduk di ribanya untuk bergambar. Fyi, perbuatan ini sangat tidak disukai oleh penggemar warisan tempatan. Ada lubang peluru di tengkuk patung ini kesan dari perang. 
“If you rub his nose it’s good luck and it’s a sign that you’ll come back to Dubrovnik in the future,”



Tabiat gosok-gosok patung/arca untuk dapatkan tuah ni paling banyak pernah kami nampak di Charles Bridge semasa kami bercuti di Prague, Czech Republic. Here are some of the photos.
Charles Bridge, Prague, Czech Republic

Charles Bridge, Prague, Czech Republic

Charles Bridge, Prague, Czech Republic

Charles Bridge, Prague, Czech Republic

Charles Bridge, Prague, Czech Republic

Charles Bridge, Prague, Czech Republic

Sambung lagi cerita. Janna sedang memberi penerangan tentang bangunan-bangunan bersejarah yang ada di jalan Pred Dvorom.

Pemandangan ke arah Luža Square. 

Di atas gunung Srd (sebahagian daripada banjaran gunung Dinaric Alps) sana ialah Dubrava Observation Point. Dari ketinggian 400 meter di atas gunung ini, pengunjung dapat menyaksikan keindahan 360° Dubrovnik, Laut Adriatic dan pulau-pulau di sekitarnya. 
 
Di atas sana ada kubu besar, salib yang besar, muzium perang Croatia dan restoran panorama.

Ada 4 cara kalau nak ke observation deck di Gunung Srd ini; Dubrovnik Cable Car, Mt. Srd hiking trail, local bus or organized tour.

The cable car is also called seilbahn, gondola, funicular, chair lift and ropeway. Stesen Kereta Kabel Dubrovnik ini terletak betul-betul di luar tembok kota lama Dubrovnik. Nak sampai ke atas sana cuma ambil masa 3 minit sahaja. Bagaimanapun, hanya terdapat dua buah kereta kabel sahaja yang setiap satunya hanya boleh membawa sehingga 30 penumpang pada satu-satu masa. So masa peak season surely ada long queues. 


Pada loceng besar Dubrovnik Clocktower ini ada 2 'jacquemart' bernama Maro dan Baro. 
A jacquemart (sometimes jaquemart and also called a quarter-jack) is an automaton, an animated, mechanised figure of a person, usually made from wood or metal, which strikes the hours on a bell with a hammer. 

Ini Rector's Palace - sebuah bangunan ikonik yang pada asalnya dibina pada abad ke-13 dan dibina semula dua kali dalam gaya Venetian-Gothic yang direka oleh Michelozzo.

Pada zaman Raguza, istana ini menempatkan pejabat kerajaan dan negeri serta ibu pejabat dan tempat tinggal Rector. Kini, istana ini menempatkan Town Museum - Gradski Muzej serta dewan konsert muzik.

Rector's Palace adalah Seat of the Rector of the Republic of Ragusa bermula dari kurun ke-14M sehingga 1808. Rector adalah seorang yang terpilih untuk mentadbir Dubrovnik selama sebulan. Semasa penggalnya selama sebulan itu, seorang rektor tidak dibenarkan meninggalkan bangunan ini tanpa kebenaran senat. Di pintu masuk istana ini ada inskripsi 'OBLITI PRIVATORUM PUBLICA CURATE' (Forgetting your private business, concern yourselves with public affairs).

Inskripsi pada dinding Rector's Palace.

Selain berfungsi sebagai pejabat Rector, ia juga berfungsi sebagai tempat simpanan senjata, menara pemerhatian dan penjara. Pada abad ke-15 istana telah musnah dua kali dalam letupan gunpowder. Dari semasa ke semasa istana ini pernah musnah atau rosak teruk sama ada oleh kebakaran, letupan serbuk bedil atau gempa bumi (1520 dan 1667) yang memerlukan pembinaan semula atau pembaikan keseluruhan atau sebahagian bangunan.

Istana ini dibina dengan gaya asas Gothic, dengan pembinaan semula dengan gaya Renaissance dan Baroque. 


Patung St. Blaise.

Sebuah lukisan di koridor depan istana.




This is Cathedral of the Assumption of the Virgin Mary, also known as Dubrovnik Cathedral. Katedral ini dibina di tapak beberapa bekas katedral, termasuk bangunan abad ke-7, ke-10 dan ke-11, dan pengganti abad ke-12 dalam gaya Romanesque. Sebahagian dari pembiayaan untuk membina basilika ini telah disumbangkan oleh raja Inggeris Richard the Lion Heart, sebagai nazar kerana terselamat dari kapal karam berhampiran pulau Lokrum pada tahun 1192 sekembalinya dari Perang Salib Ketiga. Kathedral ini pernah rosak kerana gempa bumi dan peperangan.

Statues at The Cathedral of the Assumption of the Virgin Mary.


Lepas itu kami dibawa Janna masuk ke jalan Gundulićeva poljana 10 ini.

Di sini ada sebuah dataran kecil namanya Gundulić Square. Ada Gunduliceva Poljana Market yang merupakan pasar terbuka yang ada banyak gerai menjual buah-buahan dan sayur-sayuran bermusim serta produk tempatan yang lain.


Di tengah dataran ini ada patung Croatian poet abad ke 17, Ivan Gundulic. Dataran ini dinamakan sempena nama dia.





Terus berjalan. Next Janna bawa kami ke Masjid Islamic community of Croatia, di jalan Ul. Miha Pracata untuk kami bersolat.




Masuk ke jalan Ul. Miha Pracata.

Tiba di Masjid Islamic community of Croatia.

Satu penanda yang ada di lorong ini untuk mengetahui lokasi masjid ini adalah logo masjid pada lampu jalan seperti foto di bawah.

Islamic Society of the Republic of Croatia - الجمعية الإسلامية في جمهورية كرواتيا
The Islamic Community in Croatia - ISLAMSKA ZAJEDNICA U HRVATSKOJ
Majlis of Islamic Community - MEDŽLIS ISLAMSKE ZAJEDNICE
Dubrovnik
🕌The Islamic community in Dubrovnik is committed to preserving the Islamic identity and building and supporting the Muslim community by promoting a comprehensive Islamic way of life based on the Holy Qur'an and the Sunnah of the Prophet Muhammad SAW.
🕌The Islamic community in Dubrovnik was founded in 1933 and operates as such until today.
🕌Nearly three thousand Muslims live in the area of Dubrovnik and its surroundings.
🕌More than 250 students attend Islamic religious education in the area of ​​Dubrovnik-Neretva County.
🕌The Islamic Community has its own premises including a Masjid (place of worship), offices, a Mektebi (religious instruction room), a library and a youth club.
🕌The Masjid is open on a daily basis from 10.00 am - 1.00 pm.
🕌Group prayers at the Masjid include the Noon (Dhur), Sunset (Maghrib) and Evening (Isha).

Naik ke tingkat satu untuk ke masjid. 

Tempat letak kasut.

Tempat berwuduk.

Ruang menunggu yang cantik dan selesa.



Ruang solat utama.

Ruang solat wanita adalah di bilik ini.

Syukur Alhamdulillah kami dapat menunaikan solat dengan begitu selesa dalam suasana masjid yang cantik ini. In fact, kami bersyukur sangat kerana Allah SWT telah mempermudahkan kami untuk menjaga solat-solat kami sepanjang tempoh kami bercuti di negara-negara Balkan ini. 

Setelah selesai bersolat saya pun terjengok-jengok kalau ada Imam masjid. Kebetulan dia ada, maka dapatlah mengucapkan terima kasih pada dia. Nama dia Imam Efendi Herić.
Imam Herić of Dubrovnik, studied at Sarajevo Islamic University and has since been serving the Dubrovnik community for thirty-five years.

Ok, sebagai penutup blog entry ini saya kongsi maklumat yang saya jumpa di internet tentang Islam di Croatia yang didapati oleh penulis artikel dari Imam Herić sendiri.
Source: zamzamacademy.com
🔵Many of these Balkan countries have a post for Grand Mufti, who is legally regarded as the official head of the Muslim community. The grand Mufti of Croatia is Dr. Aziz ef. Hasanovic, who resides in the capital of Zagreb several hours away from Dubrovnik.
🔵Masjids in Croatia are autonomous from the government.
🔵The masjids are financed through donations, monthly membership fees, and to some extent zakat funds.
🔵The Dubrovnik Muslim community has been settled here since around the 1930s, with mainly Muslim migrants from Bosnia.
🔵In 1929, the first adhan was permitted to be called.
🔵The current mosque building was purchased in the 1940s, and is located in a large stone building that has been standing since the 16th century.
🔵Previously, they sufficed with a small prayer place and had no established masjid.
🔵There are approximately 1,000 Muslim families in Dubrovnik, made up mostly of Bosnians, Albanians and Montenegrins now.
🔵Unfortunately, halal meat is rare to find here. There is the Taj Mahal Restaurant, serving Turkish food, which is supposed to be halal. It is located close to the Masjid but serves alcohol.
🔵Many Muslims will just eat the locally available meat as long as it is not pork. They consider this halal.
🔵Most Muslims in Croatia are Hanafis. The Imam said the Salafi movement has caused some confusion within the community.
🔵All are welcome to pray and visit the mosque, but he does not allow anyone to preach without permission.
🔵Islam is taught as part of Religious Studies in state schools, with Muslim teachers selected for the teaching. Additionally, the masjid runs a small maktab.
🔵The local Muslim children are hardworking and have performed very well in secular studies compared to their counterparts. Many of them go abroad to continue their studies; Turkey and Bosnia are the most popular choices  for both Islamic and secular studies.
🔵A beautiful grand mosque has been planned, estimated to cost €3 million.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.  

No comments:

Post a Comment