Wednesday, December 21, 2022

BALKANS - MONTENEGRO - KOTOR OLD TOWN - PART 01

Assalamualaikum. 
Setelah mengunjungi negara-negara Croatia (Zagred, Dubrovnik) dan Bosnia and Herzegovina (Pliva Waterfall, Travnik, Sarajevo, Mostar dan Blagaj), kami masuk ke negara Montenegro pula untuk ke bandar Kotor dan buat walking tour di satu lagi old town iaitu Kotor Old Town.

Kelihatan kubu Kotor Old Town di tepi Sungai Scurda. Seperti Dubrovnik Old Town, kota ini juga di kelilingi tembok kubu. Jika pada zaman dahulu ia merupakan benteng pertahanan, hari ini tembok ini adalah sebahagian dari Kotor Old Town, sebuah kota lama yang menjadikan Kotor tempat yang istimewa dan indah.

Ini Sungai Scurda yang mengalir di utara bandar Kotor, bersebelahan dengan tembok purbanya. Kalau di kota-kota lama lain, moat atau parit dibina sebagai salah satu bentuk pertahanan dari serangan musuh. Di sini sungai ini berfungsi sebagai sebahagian pertahanan semula jadi bandar, bersama-sama dengan kawasan pergunungan di sebelah timur kota ini. 

Pada bucu ini ialah Kampana Tower dibina pada abad ke-13 hingga ke-14. Benteng Kampana Tower dibina lebar dan bulat, membenarkan pengawalan dan perlindungan 360 darjah benteng. Pangkal menara ini juga dibuat lebar dengan dinding condong untuk menambah kestabilannya dan menghalang serangan.

Kami dibawa berjalan ke salah satu Town Gates yang mengadap Bay of Kotor. 

Menyeberang Sungai Scurda. 

The mountain river Scurda, flowing out of the rock, borders the Old Town of Kotor, making its fortress walls even more picturesque. 

Pergunungan yang boleh dilihat ke arah timur Sungai Scurda ini namanya banjaran Volujak. Banjaran yang sangat indah ini adalah banjaran gunung di sempadan Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro.

Kotor dikelilingi oleh dua massif Alps Dinaric: pergunungan Orjen di barat... 

... dan pergunungan Lovćen di timur.

Diapit oleh kawasan pergunungan kedua-dua belah Bay of Kotor menjadikan Kotor bandar yang mesti dilawat jika ke Montenegro. 

Diapit oleh dua banjaran juga memberikan Kotor pertahanan semula jadi dari serangan musuh.

Port of Kotor.


Bay of Kotor with its beautiful mountainous backdrop.

Di depan Kotor Old Town ada taman-taman dan restoran/kafe.

Tembok Kotor Old Town.

Berjalan ke pintu masuk Kotor Old Town.

Kami masuk ke dalam Kotor Old Town melalui gerbang ini. Namanya The Sea Gate (West Gate).

Sea Gate (West Gate) adalah pintu masuk ke dalam kota lama ini dari tembok barat. Tembok kota ini memanjang mengelilingi Kota Lama Kotor pada tiga sisi seperti segi tiga. Di utara, dinding tembok menghadap ke Scurda river seperti yang kita lihat tadi. Di sebelah timurnya pula, gunung Saint John (San Giovanni) melindungi bandar ini. Akhirnya, ke arah barat daya, bandar ini menghadap Bay of Kotor.

Sea Gate yang terletak di dinding barat daya kota ini adalah merupakan pintu masuk utama ke dalam kota lama ini sejak dari zaman dulu lagi. Ini kerana lokasinya yang mengadap Port of Kotor, sebuah pelabuhan dari segi sejarahnya adalah jalan masuk dari laut ke kota lama ini. Tembok kota lama ini berbentuk segi tiga dan di setiap sisi temboknya ada pintu masuk, iaitu Sea Gate (West Gate) di dinding barat tembok, Gurdic Gate (South Gate) berada di dinding selatan, dan River Gate (North Gate) berada di sebelah utara.

Sea Gate dibina pada tahun 1555 ketika berada di bawah pemerintahan Venetian (1420 - 1797) dan merupakan salah satu tambahan terbaharu kepada kubu kota era Venetian. 

Satu fakta menarik tentang gerbang batu ini ialah ia telah mendap lebih dari 70 cm sejak ia dibina kerana strukturnya yang dibina menggunakan batu batan yang berat dan besar. 
The Sea Gate - Vrata od Mora

Di atas pintu gerbang Sea Gate ini tertera inskripsi era pasca Perang Dunia II:
‘Tude Necemo Svooje Nedamo’ - ‘We will not give our own to others’.
"What belongs to others we don't want, ours we don't give." 
Axis powers menduduki Kotor semasa Perang Dunia Kedua. Tarikh yang dipaparkan ialah hari bandar ini bebas daripada Nazi. Tarikh pembebasan daripada Nazi ini diingati dengan bintang komunis dan petikan kata-kata dari Tito itu.
Bendera negara Montenegro turut dikibarkan di atas Sea Gate ini

Sejarah Kota Lama Kotor melibatkan peristiwa-peristiwa pencerobohan, pembangunan budaya dan pemulihan. Tembok kota dengan kubu dan benteng yang mengelilingi Bandar Lama Kotor juga termasuk kubu yang dibina tinggi di atas gunung di belakang Kotor untuk melindungi bandar ini daripada serangan dari mana-mana arah. 
Tembok pertahanan bukan sahaja dibina di dataran tanah rata di keliling utara, barat dan selatan Kota Lama Kotor, tapi juga dibina di lereng-lereng gunung Saint John di timur kota ini untuk menyekat serangan musuh dari arah gunung.

Kotor bukan sahaja dilindungi oleh kubu batu kapur dan tembok kota. Bandar ini juga dilindungi, sebahagiannya, dengan kedudukannya di Teluk Kotor yang luas yang dikelilingi oleh gunung-ganang yang kelihatan menegak, penampilannya yang kurang hijau menjadikannya nampak lebih menggerunkan kerana komposisi batu kapur dan dolomitnya.

Di sisi depan Sea Gate ini ada dipamerkan 2 meriam bersejarah.

Mungkin meriam-meriam ini pernah digunakan sebagai salah satu artileri pertahanan kota. 

Di sini juga dipapar peta Old Town Kotor.


Ini senarai apa yang ada dalam Kotor Old Town. Banyak sungguh gereja di dalam kota lama ini, semua ada 12 gereja. Dan ada 8 palaces. Tiada masjid. 
Adalah dipercayai bahawa di Kotor dalam tempoh dari abad ke-13 hingga abad ke-20 terdapat kira-kira 50 gereja yang hilang kerana pelbagai sebab, kebanyakannya dalam bencana gempa bumi, yang terakhir berlaku pada tahun 1979.

Bangunan panjang yang kelihatan di atas Sea Gate ini ialah Duke's Palace. 

Bahagian barat tembok ini menghadap pelabuhan yang pastinya menjadi arah di mana datangnya serangan dan menjadi tumpuan penceroboh. Jadi beberapa kubu telah dibina untuk mengukuhkan pertahanan: kubu barat termasuk Kampana Tower (abad ke-13 hingga ke-14), Valier Bastion (abad ke-16 hingga ke-17), Korner Bastion (Abad ke-16 hingga ke-17) dan Gurdic Bastion (1470).

Di luar tembok kota ini ada disediakan Tourist Information center. Di belakangnya tembok kota lama dan bangunan panjang itu pula ialah Duke’s Palace.

Tour guide beri kami seorang satu peta Kotor Old Town ini yang didapati dari Tourist Info Center ini sebagai rujukan. Ye lah supaya tak lah sesat pulak masa kami jalan-jalan di dalam kota lama ini nanti during our free time. 

Ke sebelah kanan dari Sea Gate ialah sebuah benteng namanya Valier Bastion. Ia adalah sebahagian daripada penambahan binaan tembok yang dibuat pada abad ke-16 hingga ke-17. 

Bersama-sama Kampana Tower yang kita lihat tadi, Valier Bastion ini melindungi Sea Gate yang lokasinya bertentangan dengan pelabuhan.

Pada dinding Valier Bastion ini ada panel Winged Lion of Mark. Ia mewakili Saint Mark the Evangelist dan buku terbuka itu ialah St. Mark’s Gospel. Imej ini adalah simbol bagi Republik Venice apabila mereka memerintah Kotor dari 1420 hingga 1797. San Marco Lion kekal sebagai imej ikonik di Venice, Itali.

Di sini we were joined by local tour guide Venera. Dia akan bawa kami jalan-jalan dalam Kotor Old Town.

Masuk ke dalam Sea Gate. Lihatlah betapa tebalnya tembok kota lama ini!

Dalam lorong masuk di Sea Gate ini ada arca winged lion of Saint Mark dan arca abad ke-15 Madonna and Child dengan Saint Tryphon dan Saint Bernard. 'Winged lion' adalah simbol Venice dan dipaparkan dengan ketara pada banyak struktur dari masa itu.

'Groin vaulting' di siling Sea Gate. 'Groin vaulting' mengagihkan beban struktur atas secara menyerong ke kedudukan di dinding di mana beban disokong.

Pintu masuk Sea Gate ini membawa pengunjung terus ke Square of the Arms iaitu dataran utama kota lama ini. Square of Arms atau Trg Od Oruzja ini merupakan ruang awam terbuka terbesar dalam kota lama ini. Nama ruang itu berasal daripada fungsinya dahulu iaitu untuk penyimpanan dan penyelenggaraan senjata.

Di dataran ini ada Duke's Palace, French Theatre dan Arsenal. 

Pembinaannya Arsenal (dari 1420 AD) berlaku serentak dengan ketibaan orang Venice ke Bandar Lama Kotor. Kedudukan Arsenal adalah strategik kerana berdekatan dengan Kampana Tower dan Citadel, yang kedua-duanya penting untuk pertahanan kota. Tentera yang terlibat dalam pertahanan Kotor akan mengumpulkan senjata dari Arsenal untuk bertahan daripada pencerobohan pada sudut serangan yang paling ketara iaitu bertentangan dengan pelabuhan. Facade bangunan Arsenal ini nampak biasa sahaja, mungkin kerana telah dibina semula akibat gempa bumi.

Duke's Palace (abad ke-17-18) ialah bangunan yang memanjang di sepanjang sisi barat Square of Arms dan dahulunya diduduki oleh pentadbir Venetian, Proveditor. Istana ini juga digunakan oleh pegawai tentera dan awam lain apabila pada tahun 1788 ia berfungsi sebagai berek dan gudang.

Kita beralih pula pada bangunan bersetentang dengan Duke's Palace ini. Binaan depan bangunan ini nampaknya mempunyai unsur seperti gaya Renaissance atau mungkin juga gaya Baroque memandangkan kebanyakan istana di Kotor ini adalah dibina dengan gaya Baroque.

Binaan seterusnya ialah Town Clock Tower ini. Ia adalah struktur pertama yang dilihat apabila memasuki Square of Arms. Menara ini telah dibina pada penghujung Renaissance (1602 AD) dan berfungsi sebagai tempat pertemuan yang popular untuk pelawat dan penduduk tempatan. Ia adalah salah satu simbol Kotor.
 
Menara jam ini tingginya tiga tingkat dengan dua muka jam yang ditambah pada 1810. Binaannya menggabungkan unsur-unsur seni bina Baroque dan Gothic, dan dibina daripada gray stones dan menampilkan coat of arms di hadapan bangunan yang dimiliki oleh keluarga putera Montenegrin dari zaman ia dibina. 
Sepatutnya menara ini tidak lagi siap pada masa gempa bumi 1667, kerana pada masa itu menara ini agak condong ke arah barat iaitu ke laut. Kemudian terdapat beberapa percubaan untuk meletakkannya kembali dalam kedudukan tegak tetapi selepas bencana gempa bumi 1979 ia kembali ke kedudukan condong yang sama.

Di belakang itu ialah Sea Gate dan Duke's Palace.


Batu-batan Kotor adalah purba, begitu juga sistem pembetungannya. Pastinya sewer bawah tanah bandar lama seperti Kotor ini juga punya sejarahnya tersendiri. Kalau di Prague, Czech Republic, siap ada Sewer Tour. 

Bangunan di Square of Arms ini banyak telah dijadikan kedai-kedai dan restoran/kafe.


Di kaki Clock Tower ada Pillar of Shame, di mana dahulu terletaknya Pillar of Shame yang asal yang musnah akibat gempa bumi. Tiang aib ini adalah cara khas untuk menghukum orang yang melakukan kesalahan tertentu di Kotor. Polis pada masa itu (Republik Venetian) mengikat penjenayah di tiang aib ini supaya seluruh penduduk bandar akan tahu siapa yang telah melakukan kesalahan/jenayah. Sudah tentu, tiang aib ini pada hari ini adalah hanya untuk ingatan - hukuman jenis ini telah lama tiada, tetapi tempat ini adalah salah satu kegemaran di kalangan pelancong.
Tiang aib ini satu ketika dahulu digunakan untuk mengikat penjenayah dan banduan untuk didera dan dimalukan.




Berjalan ikut Venera dan Mehmet ke lokasi seterusnya.

Duke's Palace, French Theatre and Arsenal.

Berjalan di Ulica 1 (istok-zapad). Lorong-lorongnya sempit dengan dinding-dinding bangunan yang tinggi di kiri kanan lorong. 

Ada beberapa kedai cenderamata dan kedai barangan kulit di lorong ini. 

Lorong-lorong sempit Kota Kotor Lama ini dengan cobblestones streets mempunyai daya tarikan yang istimewa.


Satu lagi daya tarikan Old Town Kotor.... The Cat of Kotor 😃😍.


Barangan cenderamata yang ada dijual di kedai souvenir di Ulica 1 ini. 

Ini bangunan Franciscan monastery of St. Clair. 

Gereja St. Clair ini adalah sebahagian daripada biara Franciscan abad ke-18 yang dibina di atas tapak biara Benedictine yang terdahulu.

Pergunungan Kotor kelihatan jelas di celah-celah dinding-dinding bangunan lama di kota lama ini. 


Meow lagi 😃😍.

Kami pun tiba di St. Luke's Square. Kiri ialah St. Luke's Church. Bangunan tengah itu adalah Lombardic Palace. Yang kanan adalah Former Episcopal Residence.


Ini Former Episcopal Residence. 




Ini St. Luke Church. Ia adalah salah satu daripada beberapa gereja yang dibina di Kota Lama Kotor dari 1185 AD hingga 1371 AD semasa pemerintahan Nemanjic Serbia yang progresif. Ia dibina oleh Mauro Kacafrangi dan mempunyai ciri-ciri seni bina Romanesque dan Byzantine.

St Luke's Church memberi gambaran seni bina asalnya kerana ia adalah satu-satunya gereja di Kotor yang tidak mengalami sebarang kerosakan besar semasa gempa bumi walau pun Kotor telah mengalami empat gempa bumi yang besar sejak 1563 serta beribu-ribu gegaran yang lebih kecil.



Serbian Orthodox St. Lucas Church.

Permukaan lantai di gereja ini ditutupi dengan tapak-tapak perkuburan bercantum penduduk Kotor dahulu. Penguburan begini di gereja ini berlaku hingga 1930-an.

Gereja ini pernah dijadikan sekolah Katolik sehingga pertengahan abad 17, tetapi kemudian kerana peperangan dan kedatangan orang Ortodoks ke Kotor, gereja ini diberikan kepada penganut Ortodoks untuk digunakan sebagai gereja mereka juga. Ini menggambarkan kewujudan keharmonian bersama orang Katolik dan Ortodoks. Hari ini gereja ini mempunyai dua mezbah, Katolik dan Ortodoks. 


More meows 😃😍.


Ini Saint Nicholas, sebuah Gereja Ortodoks yang paling penting di Kotor. Ia dibina antara 1902 hingga 1909. Terletak di bahagian utara kota lama ini dan lokasinya adalah di St. Luke's Square. Ia dibina pada awal abad ke 20, di atas asas bangunan lama yang musnah akibat kebakaran pada abad ke 19.

Bahagian depan gereja ini dibingkai dengan dua menara loceng, dengan kubah hitamnya dihiasi dengan salib emas yang merupakan hadiah dari Rusia. Di tingkat dua tergantung bendera Serbia. Di atas pintu masuk terdapat mozek yang berwarna emas.

Gereja St. Nicholas adalah Ortodoks Serbia, sebuah denominasi yang diasaskan pada 1219. Kebanyakan ahlinya berada di Montenegro dan negara jiran Croatia, Bosnia dan Herzegovina.


Di atas pediment (panel segi tiga) adalah bendera Siberia dan di dalam panel ini ada mozek Saint Nicholas. 

Nikolaos of Myra dilahirkan pada abad ke-4 di Turki sekarang. Kecenderungannya untuk membantu orang lain menimbulkan tradisi berkongsi hadiah pada 6 Disember, ulang tahun kematiannya.



Selesai di St. Luke's Square, kami dibawa Venera ke satu lagi lokasi lawatan di Kotor Old Town ini.


Passed by restaurants and souvenir shops. 






We came upon this old fountain Karampana, sebuah perigi dengan pagar besi tempa yang berhias cantik. Ia terletak di dataran kecil Karampana Square di sebelah kiri Maritime Museum.

Perigi ini dibina pada adad ke 17 dan merupakan satu-satunya sumber minuman di bandar ini sehingga abad ke 20. Ia adalah tempat penduduk bandar berkumpul dan bersembang. Kerja logam hiasan pada air pancut adalah dari era Baroque pada awal abad kelapan belas.

Oh! Hi love 😃😍😘.

Kotor cat basking in the late afternoon sun 😃. 

Kami pun tiba di C
ircular Square atau Museum Square. Dari dataran ini di celah-celah bangunan kelihatan tembok pertahanan Kotor yang dibina di lereng-lereng St. John mountain. 

Suasana di Museum Square.


Di sini ada satu lagi bangunan bersejarah iaitu Grgurin Palace. Ia kini telah dijadikan Kotor Maritime Museum dengan tumpuan kepada sejarah dan evolusi industri maritim dan perdagangan di Kotor.



Di pintu masuk di muzium ini terdapat dua meriam kecil, yang merupakan simbol pertempuran pelaut Kotor dan lanun satu ketika dahulu.




Sambung jalan lagi bersama Venera ke lokasi seterusnya.








Kami pun tiba di satu lagi gereja. Yang ini bersaiz kathedral, namanya The Cathedral of Saint Tryphon. Ia adalah salah satu daripada dua katedral Roman Katolik di Montenegro.

Katedral ini dibina pada 1166 sebagai penghormatan kepada Saint Tryphon (nama tempatan Sveti Tripun), penaung dan pelindung bandar, di tapak yang sama di mana sebuah gereja yang lebih tua telah wujud lama dahulu. Gereja terdahulu itu dibina pada tahun 809 oleh Andrija (Andreaccio) Saracenis, warga Kotor, di mana the remains of the saint Tryphon disimpan selepas dibawa dari Constantinople (kini juga dikenali sebagai Istanbul).


Katedral ini rosak teruk dan dibina semula selepas gempa bumi Dubrovnik 1667, tetapi tidak ada dana yang mencukupi untuk pembinaan semula sepenuhnya.

Gempa bumi Montenegro April 1979, juga telah merosakkan katedral ini. Bahagian dalamannya telah dibaik pulih tapi masih tidak selesai sehinggalah beberapa tahun yang lalu.

Latar belakang St. John mountain. Kelihatan Church of Our Lady of Remedy (kiri) dan St. Marko position / fortification. 

Katedral ini mengandungi koleksi artifak yang hebat dengan kebanyakkannya berusia lebih lama daripada artifak-artifak di banyak gereja dan katedral terkenal di Eropah. Perbendaharaan yang sangat bernilai termasuk lukisan dinding dari abad ke-14, hiasan batu di atas altar utama di mana kehidupan St Tryphon digambarkan, juga a relief of saints dalam emas dan perak. 


Inskripsi pada dinding depan sebelah pintu masuk katedral.



Di sebelah Cathedral of Saint Tryphon ialah bangunan Town Command, Municipality of Kotor.


Ini bahagian belakang Pima Palace.

Historical Archive of Kotor building.


Drago Palace.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
  

No comments:

Post a Comment