Thursday, September 15, 2022

PULAU PINANG - DAY 02 - PART 11 - GOING HOME

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

And then it was to go home. Kami minta checkout extension dari hotel supaya dapatlah bersolat dan berkemas dengan selesa. Lagi pun my wife's event selesai at 4:00 pm.

Pemandangan Swettenham Pier Cruise Terminal dari bilik hotel.

Pemandangan Butterworth.



Tepat pukul 4 petang kami pun call Grab Car untuk ke Stesen Keretapi Butterworth. Kami balik ke KL naik ETS. Sebenarnya kami sudah beli tiket Malaysia Airlines untuk ke KL tapi Malaysia Airlines tukar flight time kepada waktu yang lebih awal. Nak dapatkan refund tak dibenarkan tapi kami diberi option to convert to 'Open Ticket' with condition to use the ticket by end of the year. So we went for that lah. 

Queen Victoria Memorial Clock Tower.

Swettenham Pier. 

This is one of Penang Street Art, the iron caricatures. This one is titled 'Too Hot'.
Ayoyo, too spicy? Water!
The famous Weld Quay was the birthplace of Kelinga Mee, a spicy Indian noodle dish created to whet the appetites of sailors and port workers.


One of the many skyscrapers in Penang.









At the Penang Bridge.























Pukul 5 petang kami sampai di Stesen KTM Butterworth. Tren ke KL kami dijadualkan berlepas pada pukul 6.45 petang. Kena melepaklah sekejap di stesen ni.



Pemandangan Penang Sentral dari Stesen KTM Butterworth.

Pemandangan Bandaraya George Town.




Jadual perlepasan tren.

There's a mini library and an Information kiosk.



Penumpang hanya dibenarkan masuk ke 'Kawasan Menunggu' hanya sejam sebelum waktu tren berlepas. Disebabkan kita sampai stesen ini awal, we had to wait here lah.

Tidak dibenarkan masuk ke dalam awal, hanya 1 jam sebelum tren berlepas.

Boleh je kita menunggu di bahagian luar ni, cumanya di bahagian dalam tu ada bilik berhawa dingin. So lagi selesalah kalau menunggu di dalam tu.


Jom beli teh tarik. 


Ruang menunggu berhawa dingin.

Tren dah sampai, jom kita board. Tren kami ETS 9179 berlepas dari Butterworth menuju ke KL Sentral pada pukul 6.45 petang. 


Lepas rasa seronok naik ETS Business Class masa balik ke KL dari Alor Setar dulu, kami sekali lagi decide naik ETS Business Class dari Butterworth ke Kuala Lumpur ini.
Melangkah masuk tren sambil membaca doa

Macam ETS Onboard Crew pulak saya.. hihihi 😄😁.

Gerabak ini kosong. Cuma kami berdua dan 2 orang penumpang lain sahaja. 

Dalam Kelas Perniagaan ETS, tempat duduk adalah lebih besar dan setiap baris menampilkan konfigurasi 1+2 dan bukannya konfigurasi 2+2 biasa seperti yang boleh didapati dalam kelas ETS yang lain. Dalam Kelas Perniagaan ETS, tempat duduk boleh diputar, membolehkan susun atur tempat duduk menjadi fleksibel. Tempat duduk juga boleh berbaring sehingga 45 darjah.

Setiap tempat duduk dilengkapi dengan sistem hiburan peribadi masing-masing yang merupakan skrin kecil yang anda boleh melayari web, menonton filem atau memesan makanan dari kafe kereta api. Makanan disediakan dan bergantung pada masa, setiap hidangan akan disesuaikan dengan masa hari itu. Terdapat juga disediakan untuk setiap tempat duduk dua USB dan satu soket palam 3 mata.





ETS Onboard Crew.


Jom makan. Hidangan pertama kami adalah Nasi Hujan Panas Ayam Ros. Masa itu pukul 7 malam.


Trip ETS kami kali ini hidangannya Nasi Hujan Panas. Masa trip dari Alor Setar ke KL dulu, hidangan kami adalah Nasi Minyak. Nampaknya menu ETS berubah dari semasa ke semasa. Jadi hidangan yang penumpang dapat dalam perjalanan tertentu itu tidak akan menjadi hidangan yang sama pada hari lain.

Sedap tak? Hmm.. sedap 😋. The chicken is just nice, not too spicy and the acar is crunchy. Nasinya pun lembut dan sedap 😊. Overall portions pun mengenyangkan. 

Menikmati pemandangan luar tingkap tren. 


Pemandangan sunset.


Pemandangan sawah padi. Foto-foto kelam since masa tu sudah after 7 pm.


Sunset at Tasik Bukit Merah.



Lebih kurang pukul 8:45 malam, hidangan kedua disajikan.

Our second dinner 😅.

Kalau first meal tadi nasi, yang kedua ni spaghetti pula. Wahhh... kekenyangan sungguh kami 😄. Alhamdulillah. 

Bukan saja ada spaghetti, ada juga Red Velvet muffin dan apple pastry. Both kami bungkus masuk beg... hihi 😄. Tak larat la nak makan masa tu. 


Tambah pula lagi dengan coklat KitKat dan sekotak jus epal. Also masuk beg... hihi 😄.

ETS pilots.



Ke toilet dulu sebelum sampai KL.




Selepas perjalanan selama 4 jam, kami pun selamat tiba di Stesen KL Sentral pada pukul 11.00 malam. Syukur Alhamdulillah.

The cockpit. Actually, what is the cockpit of a train called?



As a summary, saya senaraikan tempat-tempat menarik yang sempat kami lawat ketika di Perlis dan Pulau Pinang.
01 - Pasar Terapung JPS Perlis
02 - Kuala Perlis
03 - Masjid Alwi Kangar
04 - Taman Rekreasi Gua Kelam
05 - Taman Agrovet Perlis
06 - Padang Besar
07 - Dataran Empangan Timah Tasoh
08 - Kangar Street Art 2.0
09 - Taman Rekreasi Tasik Melati
10 - Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
11 - Taman Botani Pulau Pinang
12 - Wonderfood Mueum

Alhamdulillah

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment