Monday, September 19, 2022

BATU GAJAH - THE TOWN

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Isteri orang Perak, specifically Batu Gajah. Makanya over the years banyaklah foto-foto yang dapat saya rakam tentang Batu Gajah. So my next few blog entries will be visual storytelling about Batu Gajah as well as Gopeng and Lata Kinjang. Saya akan bercerita tentang Bandar Batu Gajah, Kellie's Castle, Kapal Korek Tanjung Tualang, Gua Tempurung dan Lata Kinjang.
Ini peta lokasi Batu Gajah dan tempat-tempat menarik yang pernah kami lawat di sekitarnya. 

Selain dari yang kami sempat lawat, sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik lain yang boleh kita lawat di Batu Gajah dan sekitarnya. 

Maklumat dari Majlis Daerah Batu Gajah.

Moh le kita ke Batu Gajah 😃.

Bandar Batu Gajah terletak kira-kira 20 km dari Bandaraya Ipoh. Dari KL kami ke Batu Gajah menggunakan Lebuhraya PLUS, exit di Gopeng dan terus ke Batu Gajah. 

Bila lalu di Lebuhraya PLUS, pastinya kita pass by perbukitan batu kapur menara Gua Tempurung-Gunung Gajah di mana terletaknya Gua Tempurung. 

Bila sampai di sini, saya yang selalunya memandu, akan minta isteri ambilkan gambar perbukitan batu kapur yang cantik ini 😃. 'Turunkan tingkap! Shoot! Shoot! Shoot!!', I excitedly told her.. hihihi 😄. And I must say her captures were beautiful 😊.

Perbukitan batu kapur setinggi 546 meter ini merupakan sebahagian daripada batu kapur formasi Kinta berusia Ordovisi hingga Perm (500 hingga 250 juta tahun dahulu).

Pemandangan bukit-bukit, gunung-gunung dan banjaran yang berbalam-balam yang sangat indah ini boleh kita saksikan dari Jalan Gopeng ketika dalam perjalanan ke Bandar Batu Gajah dari Gopeng. 


Ini pula pemandangan bukit batu kapur Gua Tempurung dari Lebuhraya PLUS menghala ke KL.



Ucapan 'Selamat Datang ke Majlis Daerah Batu Gajah' di selekoh Jalan Ipoh-Kampar dan Jalan Gopeng. Siap ada gading bersilang lagi. 

Bandar Batu Gajah (Batu Gajah Town Center) tidaklah terlalu besar. Kalau kita nak berjalan kaki sambil sekejap sekejap berhenti ambil gambar, akan ambil lebih kurang sejam sahaja. For said duration, one's walk can cover area from the Menara Jam to Masjid Toh Puan Besar Hatijah as per below map. 

Tapi kalau betul-betul nak buat 'Heritage Walk' atau 'Batu Gajah Heritage Trail' mestilah sekurang-kurangnya berbasikal atau berkereta sebab kebanyakkan bangunan-bangunan bersejarah Batu Gajah terletak dalam kawasan yang besar dan berbukit-bukit. At least for me, a 'Batu Gajah Heritage Walk' can cover areas from the Masjid Toh Puan Besar Hatijah to St Joseph Catholic Church per below map.

Di Batu Gajah town center ada sebuah menara jam. Nampaknya sudah di upgrade, nampak lebih cantik. Di situ juga adalah intersection yang paling sibuk di Bandar Batu Gajah ini.

Menara Jam Batu Gajah dengan kubah emasnya yang cantik.


Juga ada sebuah electronic board yang besar memaparkan pelbagai iklan, termasuk iklan dari Tourism Perak tentang tempat-tempat menarik di Batu Gajah.

Di intersection ini juga ada beberapa bank besar seperti AmBank, CIMB, Hong Leong Bank dan Maybank. Juga ada Pejabat Pos Batu Gajah, Royale Hotel, KFC, Pizza Hut dan Baker's Cottage.

Ok, ini maklumat tentang Sejarah Batu Gajah.


Terdapat beberapa versi bagaimana Batu Gajah mendapat namanya.

Ini di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah.

Di simpang Jalan Besar dan Jalan Pasar ada sebuah laman yang dinamakan Laman Komuniti. Dulu namanya Laman Local Agenda 21.

Laman ini sebenarnya adalah sebuah tempat parking kenderaan yang luas yang dihiasi dengan mural-mural besar pada dinding bangunan-bangunan yang ada di situ. Mungkin ia adalah juga tapak untuk kegiatan-kegiatan komuniti Batu Gajah.

Di laman ini juga ada dipaparkan info tentang 'Sejarah Batu Gajah' dan 'Tempat-tempat Menarik di Batu Gajah'. 


Sejarah Batu Gajah.


Tempat-tempat menarik di Batu Gajah.

Jalan Pejabat Pos bersambung dengan Jalan Besar. Di kiri kanan Jalan Besar ini ada deretan rumah kedai lama yang mungkin dibina sekitar awal tahun 70an. 

Tapi some of them look like heritage shoplots building seperti yang kita boleh kita lihat di Ipoh and Penang. So may be they were built earlier than the 1970s. 

Mungkin tiada usaha konservasi atau perwartaan bangunan ini sebagai warisan seperti yang di Ipoh dan Pulau Pinang kerana deretan bangunan ini kini diselang seli dengan bangunan yang bercirikan warisan dan bangunan yang baru. 



Di Batu Gajah juga ada dibina sebuah premium outlet, namanya 'Silverlake Brand Village Outlet'. Tapi belum buka lagi. Expected to open in Q4 2022. Its location is directly opposite Stesen Keretapi Batu Gajah. Jadi nanti kalau nak shopping di sini, naik je ETS.

Ia adalah sebuah gedung beli-belah berkonsepkan alam semula jadi. Berlokasi di tepi tasik, premium outlet ini dibina berasaskan keindahan tasik dan alam semula jadi.

Stesen Keretapi Batu Gajah.

Suasana di dalam Stesen Keretapi Batu Gajah.

CRRC Rolling Stock Centre ini adalah tempat di mana pemasangan gerabak-gerabak keretapi untuk kegunaan seluruh negara dibuat.

Kompleks KTMB Batu Gajah.

Berbalik ke Jalan Besar Batu Gajah ini, saya kongsi beberapa lagi foto-foto deretan rumah kedai lama ini yang lebih jelas lagi menunjukkan nilai sejarah bangunan-bangunan ini. Mungkin elok diwartakan sebagai Warisan Batu Gajah. 

Seperti di Ipoh dan Pulau Pinang, bangunan lama yang dibaikpulih perlu mengekalkan facade bangunan yang asal. Di Batu Gajah ini nampaknya tiada such regulations. Makanya, seperti dalam foto di bawah ini, kita boleh nampak rumah kedai yang dibaikpulih adalah dengan modern design. 

Tapi fortunately ada juga bangunan lama di Bandar Batu Gajah ini yang dibaikpulih dengan mengekalkan rupa bangunan yang asal. 

Contohnya bangunan kuning ini yang terletak antara Jalan Pejabat Pos dan Jalan Besar.

Look how beautiful the pillars and the window shutters with arched glass panel at the top.

A roofed five-foot continuous walkway.

Di sebelah bangunan kuning tadi ada deretan 6 rumah kedai yang juga sudah dibaikpulih with their original facades design intact. 


Saya ingat lagi 15 tahun dulu saya pernah jalan-jalan ambil gambar di Jalan Besar ini, doing a bit of people photography 😌. 

And here are the old photos.




I hope one day this heritage building will also be restored to its former glory. It is one of the grandest old building that is located on this street.

Seterusnya saya kongsi beberapa lagi foto bangunan-bangunan lama dan bersejarah di Batu Gajah in my so-called 'Heritage Walk'. Well, earlier tadi walk lah, kalau nak ke kawasan yang ada bangunan-bangunan lama, kena la naik kereta 😄😅. Ok, bangunan Tudor style ini adalah Hospital Batu Gajah. 

Hospital Batu Gajah sangat bersejarah kerana ia adalah hospital kedua yang dibina oleh British di negeri Perak pada tahun 1880 selepas Hospital Taiping. 

Pada zaman British dulu, Hospital Batu Gajah terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hospital Eropah dan Hospital Asia atau Melayu. 

Hospital Eropah terdiri daripada Wad Kelas 1 yang merawat pegawai kerajaan Inggeris dan Eropah, pengurus-pengurus Estet, Raja-Raja Melayu dan VIP. Hospital Asia pula terdiri daripada wad Kelas 2 dan 3 yang dikhaskan untuk merawat orang Melayu dan orang awam lain yang berketurunan Asia serta pegawai-pegawai kerajaan.

Sebelum merdeka, hospital ini diurus dan ditadbir oleh pegawai perubatan, penyelia dan jururawat yang semuanya berbangsa Inggeris. Orang berbangsa Asia yang pertama berkhidmat dan ditugaskan di Hospital Batu Gajah adalah dari India dan Sri Lanka. 

Tentera Jepun telah mengambil alih Hospital Batu Gajah dalam tahun 1940 hingga 1941. Mereka telah mengambil alih secara keseluruhan hospital-hospital di Tanah Melayu termasuk Hospital Batu Gajah untuk dijadikan sebagai tempat penyeksaan serta tahanan.

Pada tahun 1976, Hospital Batu Gajah bukan lagi sebuah Hospital Besar selepas Hospital Ipoh dinaikkan taraf ke Hospital Besar. Kini, Hospital Batu Gajah digelar sebagai Hospital Daerah.

I'd like to think that these are the hospital's beautiful original floor tiles 😃. Perhaps they are.

Bersebelahan dengan Hospital Batu Gajah pula adalah Penjara Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah. Penjara ini dibina pada tahun 1902 dan ketika itu dikenali sebagai Kinta Prison. Kinta Prison adalah penjara kedua yang dibina semasa Pemerintahan British di Perak selepas Penjara Taiping. Ia dibina untuk menempatkan banduan-banduan lelaki yang terdiri dari ahli kongsi gelap, anasir subversif dan kesalahan ketenteraman awam.

Pada tahun 1951 institusi ini mula menerima banduanita dan dikenali sebagai Central Women’s Prison. Pada tahun 1959 pula institusi ini telah ditukar untuk menampung Orang Tahanan yang ditahan dibawah Ordinan Darurat 1948. Pada tahun 1964 institusi ini telah dipertanggungjawabkan untuk menahan Orang Tahanan yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Pada tahun 1983 peranan institusi ini berubah sekali lagi. Mulai tanggal 22 Mac 1983 institusi ini telah dikenali sebagai Pusat Pemulihan Akhlak (Jabatan Penjara Malaysia) dan telah mula menahan orang yang ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Melalui akta ini tahanan akan ditahan selama 2 tahun dibawah Perintah Tahanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Ini pula adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf yang terkenal di Batu Gajah. Asalnya ia didirikan sebagai sebuah sekolah persendirian Inggeris pada tahun 1907. Ketika itu bangunan sekolah ini dibina dari kayu-kayu yang diambil dari runtuhan penjara lama. Pada 1910 ia diserahkan kepada pentadbiran British dan dikenali sebagai Government English School Batu Gajah. Ia adalah Sekolah Inggeris pertama di Batu Gajah.

Sultan Perak ke-34, DYMM Paduka Seri Almarhum Sultan Azlan Shah pernah menjadi pelajar (Ketua Pelajar 1948) di sekolah ini. Pada tahun 1951, sekolah ini berpindah ke bangunan baru yang dibina di lokasi sekarang. Namanya ditukar kepada “Sultan Yussuf School” bersempena nama Sultan yang memerintah pada masa itu.

Ini Sekolah Menengah Kebangsaan St. Bernadette’s Convent, sekolah menengah isteri saya. Sekolah ini bermula sebagai sebuah sekolah persendirian pada tahun 1948 yang ditadbir oleh Society of St. Moor Malaya (Nama rasmi pertubuhan Convent of the Infant Jesus). Pada tahun 1948 sehingga 1953, Sekolah Convent ini menumpang di bangunan sekolah Agama Gereja St. Joseph, Batu Gajah.

Dalam tahun 1950, sekolah ini menjadi sekolah separuh bantuan dan darjah tertinggi sekali ketika itu adalah Darjah Satu (Darjah Tiga sekarang). Pada tahun 1953 sebuah bangunan telah dibina untuk menempatkan sekolah ini di Jalan Pusing lebih kurang 3 km dari Bandar Batu Gajah (bangunan sekarang).

Di Batu Gajah ada beberapa bangunan lama bersejarah yang dibina sekitar tahun 1800 dan 1930 dan tersenarai dalam List of British Colonial Buildings. Bangunan-bangunan tu adalah Hospital Batu Gajah, Kinta Prison, Kellie's Castle dan Court House. Dan inilah bangunan Court House itu. Sekarang ia adalah bangunan Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah yang telah direstorasi.  

Bangunan Pejabat Daerah Kinta ini telah dibina pada tahun 1892, ketika Sultan Idris Iskandar Syah memerintah Perak. Ia dibina dan dimiliki oleh Frank Swettenham, the first British Resident of Perak. State Engineer ketika itu ialah Francis St. G . Caulfield. 
🔴 Pada abad ke 19, British telah menerima pakai gaya seni bina campuran British dan Mughal [Indian Muslim] di India, dan biasanya digunakan dalam bangunan pentadbiran.
🔴 Bukaan seperti pintu dan tingkap, bingkai, tiang dan struktur-struktur lain telah direka untuk menggambarkan ideologi British tentang kuasa mereka dan untuk memperkenalkan klasik modenisme di Malaya.
🔴 Jenis bangunan begini yang selalu ditemui semasa tahun 1880-an, mempunyai beberapa pengaruh baroque dan gaya Palladian semasa zaman kebangkitan semula Renaissance.

Pada tahun 1892 bangunan ini digunakan oleh District Office, Public Works Department juga oleh Batu Gajah Court yang berperanan sebagai High Court. Ia sebenarnya terdiri daripada tiga bangunan yang dihubungkan oleh laluan pejalan kaki berbumbung. Court House adalah yang di bangunan tengah. 

Ada bilik perbicaraan mahkamah zaman kolonial di dalam bangunan ini. Mahkamah adalah fungsi utama di bangunan ini di mana pihak British membawa penjenayah-penjenayah ke muka pengadilan. 
Tumpuan utama di sini adalah tentunya meja hakim, yang terletak di platform yang tinggi dari lantai, lokasi tempat duduk yang paling baik dengan laluan khas, semua ini membantu dalam menumpukan perhatian ke arah hakim.

🔴 Pada tahun 1892 bangunan ini adalah lokasi Batu Gajah Court yang berperanan sebagai High Court. 
🔴 Pada 1903, High Court telah dipindahkan ke Ipoh dan Batu Gajah Court ini dijadikan District Court. Kemudian digunakan sebagai Magistrates' Court, tapi hanya di tingkat atas sementara lantai bawah digunakan oleh Land Office. 
🔴 Pada 1994, Magistrates' Court dipindahkan ke bangunan baru juga di Batu Gajah. 
🔴Pada 2007, bangunan ini telah diubahsuai dan dijadikan Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah.
Lantai mahkamah ini keseluruhannya adalah dibuat dari kayu untuk beradaptasi dengan keadaan cuaca yang panas. Kayu yang digunakan adalah kayu cengal kerana ketahanan dan tidak diserang anai-anai.

Tidak jauh dari bangunan Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah tadi, ada sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Saint Joseph, Batu Gajah.

Gereja ni asalnya dibina dari kayu pada 1885 oleh Rev. Fr. P. Allard. Beliau adalah seorang mubaligh Kristian bangsa Perancis yang dihantar ke Perak pada 1874 oleh Society of Foreign Missions of Paris, sebuah organisasi mubaligh Roman Katolik. Gereja ini dibina lengkap dengan sebuah sekolah dan doctrine house. Untuk mewujudkan tabung pembinaan gereja, Rev. Fr. P. Allard terpaksa membuat penternakan ayam dan penanaman sayur-sayuran. 

Gereja ini dibina kerana kedatangan pelombong-pelombong Cina Kristian Katolik secara beramai-ramai dari Larut ke Batu Gajah sejak tahun 1880an. By 1885 sudah ada seramai 250 orang Cina Katolik di Batu Gajah. Kemudian sekitar tahun 1927 hingga 1929, gereja ini digantikan dengan bangunan batu oleh paderi gereja ketika iaitu Fr. Noel Maury. Pembiayaan datang dari penduduk tempatan, bekas-bekas pastor dan juga badan-badan korporat seperti Perancis Tekka Mines.

Gereja St. Joseph hari ini masih merupakan tempat ibadat utama bagi para penganut-penganut Katolik di Batu Gajah. Gereja ini telah menghasilkan dua archbishops, antaranya Emeritus Gregory Yong of the Archdiocese of Singapore dan Archbishop Murphy Pakiam, of the Archdiocese of Kuala Lumpur. Ia mempunyai dua chapels luar iaitu St Jude's Chapel di Gopeng dan Chapel of the Holy Family di Lembah Kinta.

Bangunan bersejarah Batu Gajah yang seterusnya pasti ramai yang kenal. It is Kellie's Castle and the Kellas House.

Istana Kellie (kadang-kadang juga dipanggil Kellie's Folly) ialah sebuah istana yang terletak di Batu Gajah, Daerah Kinta, Perak, Malaysia. Rumah agam yang belum siap ini dibina oleh penanam Scotland bernama William Kellie-Smith. Menurut cerita yang berbeza, ia adalah sama ada hadiah untuk isterinya atau rumah untuk anaknya. Saya akan bercerita dengan lebih detail lagi tentang castle ini dalam blog yang akan datang.

Kellas House.

Kalau ke Batu Gajah elok juga singgah sebentar di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah yang indah ini. Masjid yang telah dibina sejak tahun 1930-an ini, dahulunya diperbuat daripada kayu dan telah dibina semula berasaskan batu bata sekitar tahun 1970-an sebelum Almarhum DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menitahkan agar masjid ini dibina semula pada akhir tahun 2006. Masjid Toh Puan Besar Hatijah sebelum ini dikenali sebagai Masjid Daerah Batu Gajah dan masjid ini merupakan masjid pertama dirasmikan DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35. 
Kubah emas masjid ini adalah dikatakan mirip dengan kubah Masjid Al-Aqsa.

Ruang solat utama yang luas. Masjid ini boleh menampung kapasiti jemaah seramai 1,500 hingga 2,000 orang.

Karpet dalam masjid ini adalah sungguh cantik sekali. Ia mengingatkan saya pada karpet di Sheikh Zayed Grand Mosque, Abu Dhabi, United Arab Emirates.

Saya perhati design pada bahagian dalam kubah masjid ini adalah mirip dengan hiasan kubah bahagian dalam The Dome of The Rock - Qubbah As-Sakhrah di Palestine.

Dinding dalaman di ruang solat utama ini dihiasi dengan stained glass windows dengan design yang unik sekali.


Design stained glass ini menggunakan Islamic geometric pattern 8 Fold Rozette Tilin.


Kadang-kadang bila saya ke rumah mertua di Batu Gajah ini, I will sneak away for a bit of photography excursions. Well, tak la sneak away because that will be rude kan.. hihi 😄. Among the places I went to was a small park by the Kinta River. 

Nama taman ini ialah Laman Menara Tanjak. 

It was quite a beautiful little park.





Sempat juga merakam sunset di Sungai Kinta.


Kebetulan ada pula seorang gembala lembu berbasikal bersama lembu-lembu ternakan beliau.

Pada saya personally, imej-imej begini adalah yang saya paling seronok merakam 😃.

Good idea berbasikal. Senang la nak kejar dan kawal lembu-lembu itu.

Banyak sungguh lembu-lembunya pun.

Saya juga ada ambil gambar di tepi-tepi jalan, selalunya di tepi ladang atau kebun, sebab pemandangan-pemandangannya cantik-cantik.

Sebuah ladang/kebun yang dipagari dengan tiang-tiang batang-batang pokok berdawai duri.



Kadang kala ada lembu-lembu meragut di sini. Lembu-lembu ini cukup pemalu sekali sebab bila saya gerak dekat sikit pada mereka, cepat-cepat mereka lari... hihi 😄.

Ladang/kebun ini dipagari untuk elak ternakan dan haiwan-haiwan belaan dari lari keluar dari kawasan. Paling saya tak sangka haiwan yang ada di ladang/kebun ini adalah kuda-kuda 😃.

So beautiful! 

Kuda-kuda di ladang/kebun ini juga ada yang pemalu. Yang ini ok, so boleh la ambil gambar dekat-dekat 😃.


Lembu dan kuda sedang sibuk meragut rumput.


Burung-burung bangau pun ada juga.




Amboi... berguling-guling pulak dia... hihi 😄.

Ada sekali tu saya rasa adventurous dan drive jauh sikit ke Sungai Terap sebab nak cari kerbau berkubang... hihi 😄.



Dan pernah juga saya ke Batu Gajah Bird Sanctuary yang kini namanya Taman Alam Kinta.

Such a beautiful place.

Heron in flight.


Burung-burung Pucong Serandau atas tumbuhan air Keladi Bunting.

Taman Alam Kinta.




Ada sekali tu, di Bandar Batu Gajah ini ada Funfair. 




Seperti di tempat-tempat lain, di Batu Gajah juga ada macam-macam pasar.

Tapi pasar yang ini special sikit sebab ianya adalah Pasar Borong Kemboja.





Begitulah sedikit catatan saya tentang Bandar Batu Gajah. Next entry saya cerita tentang mural di Bandar Batu Gajah ini.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment: