السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Masa kami drive through Bandar Batu Gajah, kami perasan ada mural-mural besar yang baru. Baru pada kami kerana the last time kami ke bandar ini, lukisan-lukisan dinding ini tiada. Jadi kami pun rancanglah to check out the beautiful murals.
Lokasi mural besar ini adalah di Laman Komuniti, di Jalan Besar, Batu Gajah.
Di laman ini ada juga ada papan maklumat tentang Sejarah Batu Gajah dan Tempat-tempat Menarik Batu Gajah untuk bacaan pengunjung.
Laman Komuniti ini adalah sebuah lapangan parking kereta. I'm assuming it is also used as venue for community events in Batu Gajah.
Ini tapak letak kereta yang sama sebelum projek mural dibuat. Ketika itu dataran ini dipanggil Laman Local Agenda 27.
Lukisan mural Batu Gajah ini adalah hasil usahasama antara Jabatan Seni Halus, UiTM Cawangan Perak dan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). Ia adalah satu projek penyelidikan bertemakan “Batu Gajah Bandar Warisan Pentadbiran Daerah Kinta 2021”. Murals ini disiapkan dalam jangkamasa seminggu bermula dari 28 Februari 2022 sehingga 7 Mac 2022 melibatkan seramai 25 orang pelajar Sarjana Muda dari Jabatan Seni Halus UiTM Cawangan Perak dengan bantuan 7 orang pakar mural yang juga merupakan alumni UiTM.
Terdapat 4 lukisan dinding besar di dataran ini. Lukisan mural pertama ini, lukisan Dinding 1, bertajuk 'Sejarah Pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah'. Ia menggambarkan bangunan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) yang baru di Jalan Haji Abdul Wahab, Kampung Bendera, Batu Gajah dan juga lukisan-lukisan bangunan-bangunan lama MDBG.
Lukisan mural Dinding 2 ini pula bertajuk 'Sejarah Penubuhan Bandar Batu Gajah'.
Perkampungan Melayu telah wujud di Batu Gajah sejak kurun ke-19 lagi. Ketika itu orang Melayu sudah giat menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah.
Sumber: ptg.perak.gov.my
Perkembangan awal Batu Gajah adalah berkait rapat dengan kegiatan perlombongan bijih timah yang mula berkembang di Jajahan Kinta pada masa itu.
Sumber: ptg.perak.gov.my
Salah satu versi bagaimana Batu Gajah mendapat namanya adalah dari pelombong-pelombong bijih timah yang telah menemui batu-batu sebesar saiz gajah dan keras seperti kepala gajah. Pelombong-pelombong itu kemudiannya menamakan kawasan tersebut ‘Batu Gajah’ merujuk kepada saiz batu-batu besar yang ada di situ. Mengikut satu lagi versi, iaitu versi yang mungkin lebih credible, nama Batu Gajah diambil daripada nama sebuah kampung Mandailing di Medan, Indonesia. Kampung tersebut masih lagi wujud.
Sumber: ptg.perak.gov.my
Terdapat ramai orang Cina menjadi pekerja di kawasan perlombongan kepunyaan orang Melayu. Bijih timahlah yang membawa kemasukan orang Cina ke Batu Gajah. Pembukaan ladang getah telah membawa masuk orang India ke sini.
Sumber: ptg.perak.gov.my
Mengikut bukti yang ada, Batu Gajah sudah wujud sekitar tahun 1870-an. Menurut diari J.W.W. Birch, Resident British Pertama di Perak, beliau pernah melawat Batu Gajah pada 30 April 1875. Beliau menyebut Batu Gajah sebagai sebuah kampung yang besar di tepi Sungai Kinta dan terdapat sebuah relau yang besar untuk melebur bijih timah.Sumber: ptg.perak.gov.my
Mural yang menggambarkan sebuah perkampungan Melayu yang besar di tepi Sungai Kinta yang kini adalah bandar Batu Gajah.
Lukisan mural ke 3, di Dinding 3 ini pula bertemakan 'Inspirasi Matlamat Pembangunan Mampan'.
Ini Dinding 3 sebelum dilukis mural.
Pembangunan Mampan atau Sustainable Development (SDG) basically merujuk kepada cara kita mengurus planet kita untuk generasi kita yang akan datang.
Di papan maklumat laman ini ada dipaparkan logo Sustainable Development Goals.
Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), yang diperkenalkan pada tahun 2015 oleh United Nations General Assembly (UNGA), berfungsi sebagai rangka tindakan penting negara untuk merangka polisi bagi memastikan masa depan mampan untuk rakyat. Ini merangkumi semua cabaran pembangunan dunia moden, termasuk ekonomi, sosial, politik, dan alam sekitar.
Sumber: epu.gov.my
|
Indikator SDG |
Ciri-ciri Pembangunan Mampan.
Berikut adalah Snapshot Pencapaian Indikator SDG di Malaysia. Sumber adalah dari Unit Perancang Ekonomi Negara / Economic Planning Unit (epu.gov.my).Di Dinding 4 pula ada lukisan mural besar bertajuk 'Sejarah Perindustrian Bijih Timah'.
Mural ini memaparkan kapal korek Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5.
Ini foto terbaru kapal korek Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 yang saya ada. Dirakam pada 16 Januari 2022.
Ini Dinding 4 sebelum ia dihias lukisan mural.
Kebetulan masa kami di laman ini tiada kereta parking di sini. Jadi dapatlah capture the entire huge mural without any distracting elements😄.
Kebetulan juga ada banyak burung masa ni.
Orang Batu Gajah bergambar kenangan dengan mural perkampungan Batu Gajah tepi Sungai Kinta masa zaman dulu.
Kemudiannya kami terperasan ada satu lagi set murals di lorong bersebelahan dengan Laman Komuniti. Lokasinya ada di lorong belakang deretan kedai-kedai antara Jalan Besar dan Jalan Pandak Akhat.
Saya fikir lukisan-lukisan dinding ini juga adalah lukisan baru sebab masih lagi nampak fresh. Murals di sini menceritakan tentang sejarah perkhidmatan perbandaran di Batu Gajah sejak dulu sehingga sekarang.
This super cute murals depicts a toddler happily playing with soap bubbles.
Dalam belon-belon sabun dilukis pekerja-pekerja MDBG sedang melakukan tugasan murni mereka menjaga dan membersih bandar.
Bolehlah saya buat kesimpulan penjagaan optimum kebersihan bandar dan pengurusan sampah serta semua jenis sisa buangan lain merupakan salah satu cara Malaysia berjaya mencapai 'Matlamat 6: Air Bersih dan Sanitasi' Pembangunan Mampan (SDG). Ini sangat penting untuk generasi akan datang hence the happy kid mural.
Pembersihan longkang dan saliran lain juga penting demi menjaga dari tersebarnya pembiakan nyamuk aedes dan lain-lain wabak.
Pekerja digambarkan memakai uniform lengkap yang sepatutnya ketika melakukan tugasan penting ini. Pada uniform juga ada logo MDBG.
Satu ketika dahulu cara sampah diangkut ke tempat pembuangan sampah dibuat seperti di dalam lukisan dinding ini. Sekarang lori sampah yang proper digunakan.
Mungkin cara ini masih lagi digunakan untuk pengutipan sampah di kawasan-kawasan terpencil di mana sukar dilalui oleh lori-lori sampah yang besar.
Sayang sekali mural ini pula sudah ditutupi separuh oleh tumbuhan menjalar. Saya cuba selak tumbuhan itu tapi akarnya sudah melekat kuat pada dinding... hihi 😄😅.
Juga menggambarkan pekerja majlis perbandaran sedang melakukan tugasan mereka.
Mural seterusnya pula menggambarkan 'Perkhidmatan Bandar Sekitar Tahun 90-an'.
Ini penerangan tentang lukisan dinding ini.
Mural yang ini pula adalah tentang 'Perkhidmatan Bandar Sekitar Tahun 80-an'.
Ini penerangannya.
Dan yang ini pula adalah tentang 'Perkhidmatan Bandar Sekitar Tahun 70-an'.
Keterangannya.
Terfikir juga kenapa pihak MDBG hendak membuat mural tentang subjek ini? Kalau ditanya pada generasi sekarang agaknya mereka tahu ke beginilah cara pengurusan najis pada zaman dulu? Buang air ke dalam tong dan ada buruh yang akan mengutipnya? Pada generasi lama pula, memang patutlah bersyukur kerana kita sekarang sudah ada sistem pembentungan moden. Saya sendiri pernah menggunakan tandas begini. Ketika itu saya berumur 5 atau 6 tahun, sekitar tahun awal 70-an, dan bersama keluarga melawat saudara mara di Singapura. Di rumah saudara itulah tandasnya menggunakan tong. Saya ingat lagi bagaimana saya terkejut melihat ada tong dan bertanya pada ayah macam mana hendak guna tandas itu.
Baik, kita ke mural seterusnya di Bandar Batu Gajah ini. Ini di Jalan Pejabat Pos.
Deretan rumah kedai lama yang nampaknya facade asal bangunan ini masih dikekalkan.
Ini lukisan-lukisan dindingnya. Lokasinya di lorong antara bangunan Royale Hotel Batu Gajah dan bangunan Maybank Batu Gajah. Mural yang ini adalah pada dinding bangunan Maybank Batu Gajah.
Mural yang ini pula adalah di dinding Royale Hotel Batu Gajah. Lukisan-lukisan dinding di sini dibuat dengan kerjasama MDBG dan Royale Hotel Batu Gajah.
Pastinya mural gajah turut ada di Bandar Batu Gajah walaupun kisah-kisah asalnya nama 'Batu Gajah' tidaklah melibatkan seekor gajah secara langsung.
Seperti yang saya kongsi dalam previous blog entry, ada 3 versi bagaimana Batu Gajah mendapat namanya. Diberi nama sedemikian oleh pedagang bijih timah dari Sumatera yang beragama Buddha yang mengukir batu menjadi bentuk gajah untuk disembah, oleh pelombong-pelombong bijih timah yang menjumpai batu besar bersaiz gajah (andaian 'besar macam gajah') dan keras seperti kepala gajah dan nama yang diambil sempena nama sebuah kampung di Medan, Indonesia yang bernama Batu Gajah.
Biar apa sekali versinya, perlu dinyatakan di sini bahawa gajah bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu.
Binatang darat paling besar ini telah digunakan secara meluas bagi pengangkutan darat di negeri-negeri Melayu sehinggalah awal tahun 1910-an.
Dalam Perarakan Diraja Perak, pasukan gajah yang membawa rengga (tempat duduk belakang gajah) biasanya dihias berwarna-warni diiringi oleh juak-juak (biduanda) yang berpakaian indah membawa alat-alat kebesaran dan payung Diraja.
Gajah dijadikan sebagai pengangkutan membawa Raja dalam Perarakan Diraja. Gajah juga ditunggangi oleh hulubalang-hulubalang.
Disamping itu, gajah juga digunakan dalam kerja-kerja pembalakan dan mengangkut hasil serta alatan perlombongan di Daerah Kinta. |
Gambar hiasan: Pinnawala Elephant Orphanage, Sri Lanka |
Foto di atas dan di bawah ini bukanlah menunjukkan anak gajah yang sedang dilatih untuk bekerja sebagai menarik balak. Aktiviti ini adalah untuk beri senaman dan train supaya anak-anak gajah di tempat ini jadi jinak dan pandai dan patuh ikut arahan. Tempat ini, Pinnawala Elephant Orphanage, Sri Lanka adalah sebuah orphanage, nursery and captive breeding ground for wild Asian elephants located at Pinnawala village. |
Gambar hiasan: Pinnawala Elephant Orphanage, Sri Lanka |
Mama and super adorable baby elephants.
Kapal Korek Tanjung Tualang.
Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah.
Kellis's Castle.
Lukisan-lukisan dinding ini dibuat oleh PORT Unity Through Arts. PORT stands for 'People Of Remarkable Talent', satu kumpulan artis-artis kesenian Perak yang telah wujud sejak tahun 2011 dan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment