Wednesday, February 23, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & MIRI CITY TOUR

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok sambung cerita. Flight kami Malaysia Airlines, so dari Tune Hotel KLIA2 kami ke KLIA1. Seawal 5:30 pagi kami sudah checkout dari Tune Hotel sebab perlu ada di KLIA1 by about 6:30 am.

Berjalan dari Tune Hotel ke KLIA2 via covered walkway. 


Sunyi KLIA2 masa itu.


Kami rancang naik ERL ke KLIA1. 

Panik kejap masa itu sebab tiket kaunter belum dibuka dan perlu beli tiket di mesin tiket. Masa itu semua mesin tiket di situ pula belum beroperasi. So how to buy ticket? Kami nak naik tren pukul 6:00 am. Lambat pula nanti kami sampai ke KLIA1. Then at 5:45 am barulah mesin-mesin itu di 'On'. 

Turun ke platform.

Menunggu tren.

Moh naik.

Nampak baru tren ni.


Tiba ke KLIA1. Trip dari KLIA2 ke KLIA1 via ERL ambil masa kurang 5 minit.

Busy nampaknya. Banyak flights pagi.

Terus ke check-in counter. Apparently, ada dua kaunter berlainan disediakan oleh Malaysia Airlines untuk flights Semenanjung dan untuk flights Sabah/Sarawak. Mungkin sebab masa itu sesiapa yang nak, for instance, ke Sarawak macam kami ini, kena buat Health Declaration. 
- Download borang Health Declaration tu dari website Enter Sarawak dan isi. 
- Buat screenshot supaya mudah nak tunjuk masa peperiksaan di airport Sarawak. 
- Kalau tidak tahu menahu pasal declaration ini, no worries, just scan the code yang ada dipapar di entrance check-in queue Malaysia Airlines ini and fill up the form. 
- Validity Health Declaration ini lasts cuma untuk 12 jam, so janganlah isi awal-awal sangat. Just make sure it is still valid masa sampai Sarawak. 

Check-in.

Lepas solat Subuh, kami terus ke Gate B11.


SOP dijaga oleh setiap penumpang di Gate B11 ini. With all the seats taken and empty ones unseated to ensure penjarakan fizikal, maka terpaksa la kami duduk di lantai.. hihi 😁.

Masa menunggu tu saya practice balik cara guna kamera Insta360 Air untuk ambil gambar 360°. Lama sudah tidak guna kamera tu.


Ok, let's board the plane.



Boarding sambil berdoa.

Scheduled departure pukul 8:10 pagi dan expected to arrive Miri pada pukul 10:30 pagi.  


Suasana dalam flight Malaysia Airlines MH 2574 ~ KL-Miri.

Hmmm.. lama dah kami tak naik Malaysia Airlines disebabkan C19. Rindu kami pada senyuman dan 'Malaysian Hospitality' Cabin Crew Malaysia Airlines... hihi 😁.

Malaysia Airlines operates a fleet of Boeing 737 narrow-body jet airliners, while Airbus A330, Airbus A350 aircraft are used for its long haul operations.

Penerbangan dari KL ke Miri akan ambil masa selama lebih kurang 2 jam 20 minit. 

Syukur Alhamdulillah cuaca baik pada pagi itu.


Sarapan 'Jemput Makan' kami on board MH 2574.

I had the noodles. 

Isteri pilih nasi lemak.

Bila nak dekat sampai Miri, ada juga kami jengok ke luar tingkap kot boleh nampak pelantar minyak. Nampaklah juga beberapa tapi tak jelas.

Selamat mendarat di Miri Airport. Alhamdulillah.

Nampaknya mendung berat di sana tu.

Miri Airport.


Tourism promo photos. Borneo Jazz Festival, Lambir Hill National Park, Ayam Pansoh, Miri City Day and Piasau Nature Reserve. 

- Di Imigresen, di check point pertama, kami diminta menunjukkan screenshot E-Health Declaration Form pada pegawai imigresen yang bertugas. Code itu discan oleh pegawai tersebut. 
- Lepas itu di check point kedua, di kaunter imigresen, Kad Pengenalan diminta dan kami disuruh tanggal face mask sekejap for facial identification against the IC. 
- Lepas itu baru kami diberi Visa / Pas Lawatan (as per below photo). 
- Kami dinasihatkan supaya simpan Pas Lawatan ini elok-elok dan jangan hilang. 
- Pas ini perlu diserahkan pada Imigresen masa kita nak keluar dari Sarawak nanti.

Tuntutan Bagasi.

Di Miri Airport kami disambut oleh Amza (t'shirt biru), tour guide kami semasa jalan-jalan di Miri. 

Suasana Miri Airport.


Dibawa Amza ke kenderaan yang digunakan untuk bawa kami ke tempat-tempat dalam itinerary selama kami di Miri.

Amza mencadangkan untuk kami makan tengahari dulu sebelum memulakan Miri City Tour kami. Kami ok je. 

Welcome to Miri. Kelihatan billboard 'Dos Penggalak'. According to laporan Astro Awani bertarikh 29 November 2021, Sarawak menjadi negeri penerima dos penggalak vaksin COVID-19 paling tinggi di negara ini apabila 30.4 peratus populasi dewasanya telah menerima suntikan berkenaan setakat 27 September 2021.

Jinhold Hotel and Service Apartment, Miri.

Nama Miri berasal dari nama Sungai Miriek, sebuah sungai yang dinamakan sempena suku kaum asal yang mula-mula bermukim di sepanjang Sungai Miriek iaitu Kaum Miriek. Walaupun ejaannya ditulis sebagai Miriek, sebutan sebenar bagi nama kaum ini adalah Mirrhai yang kemudiannya menjadi Miri.   

Merupakan bahagian ke 4 daripada 11 bahagian dalam negeri Sarawak, Bandaraya Miri adalah bandaraya kedua yang diisytiharkan sebagai bandaraya pada tahun 2005 selepas Bandaraya Kuching. Bahagian Miri sendiri terbahagi kepada 3 daerah utama iaitu daerah Miri, Subis dan Baram.

Penduduk Miri terdiri dari banyak etnik: kaum Iban, Melayu (kaum Jatti Miriek, Daleik dan orang Bakong), Cina, Kedayan, Berawan, Melanau, Lun Bawang/Lun Dayeh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bidayuh, Penan, India, Serani dan penduduk asli yang lain. Selain agama-agama seperti Islam, Buddha, Kristian dan Hindu, kepercayaan agama nenek moyang (kepercayaan roh dan kesukuan (tribal) turut dianuti. Dianggarkan bandaraya ini sekarang mempunyai kepadatan penduduk seramai 300,000 hingga 330,000 orang.
Murals at the Miri Handicraft Centre

Digelar "Bandaraya Peranginan", bandaraya ini kaya dengan sumber aslinya, terutamanya petroleum. Miri juga terkenal kerana mempunyai salah satu tapak warisan dunia (UNESCO) iaitu Gunung Mulu National Park.
Pelantar minyak dilihat dari perkarangan bangunan Dewan Bandaraya Miri

Ini adalah Mimi dan Riri, 2 tugu kuda laut yang merupakan ikon Bandaraya Miri yang didirikan secara berpasangan di bandaraya ini. 

Pada tahun 1994, kuda laut mula diperkenalkan sebagai simbol Bandaraya Miri oleh Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, mantan Ketua Menteri Sarawak yang keempat dan juga Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-7 sempena “I Love Miri Campaign”.


Kami terus dibawa Amza ke sebuah restoran di Bandaraya Miri untuk kami makan tengahari.

Borneo Medical Center (Miri).

Menuju ke pusat Bandaraya Miri.

Ini adalah bangunan Wisma Pelita Tunku. 

Dibina sekitar pertengahan 1980an, Wisma PelitaTunku adalah merupakan kompleks membeli-belah tertua dan yang pertama berhawa dingin sepenuhnya di Miri.

Kami menginap di Pullman Miri.


Amza beritahu kami di Bandaraya Miri ketika itu sedang ada 2 projek pembinaan hotel 5 bintang. 

Ini Miri Handicraft Center.

The Miri Handicraft Centre on Jln Brooke is a fascinating showcase of the ethnic arts and crafts of northern Sarawak.  Stalls are run by the individual producers, and craftspeople can often be viewed at work here. Items on sale include Penan mats and basketry, Orang Ulu beadwork and woodcarvings, and a variety of textiles from around the state. Cultural performances are occasionally held at weekends.  Open 9am – 6pm daily.
Source: sarawaktourism.com

Cantik mural di pusat kraftangan ini. 



Amza mencadangkan kami makan Lalapan. Kata dia antara hidangan Lalapan yang tersedap di Miri adalah di restoran ini, Restoran Muara, Miri. 

Cantik interior restoran ini. Masa tu nak CNY, hence the festive decorations.

Cosy nook. 

Sementara tunggu makanan sampai, jom ambil gambar.. hihi.

Bamboo encased ceiling and stairs. Nice!

Beautiful lightings deco.




Makanan sudah sampai. Jom makan. 

Kata Amza Lalapan ini lainnya dari yang versi Indonesia kerana sambalnya ada belacan instead of tomato. 

Sedap sungguh ayam goreng ini, crispy on the outside and tender on the inside. The rasa rempah was just mild enough for me to appreciate the dish without it being too spicy. 

Fresh ulam cecah sambal belacan perah limau nipis... kecur... hihi. Alhamdulillah, sedap lunch kami hari itu.

Selesai makan, kami pun sambung Miri City Tour. Ini masa kami passed by Wireless Walk. 

Kata Amza, street sepanjang 1 km ini masa malam adalah sangat happening sebab ada banyak gerai makanan dan tempat-tempat lepak. 

Kami passed by sebuah mercu tanda unik Bandaraya Miri iaitu "Miri Unity Tower' yang melambangkan keharmonian kaum dan agama di Bandaraya Miri, juga mewakili perpaduan pelbagai kaum dan etnik di seluruh Sarawak. Ia berada di tengah-tengah bulatan yang menghubungkan Jalan Kipas, Jalan Sukan dan Jalan Merpati. Ia terletak di salah satu jalan utama yang menghubungkan bahagian Selatan dan Utara Bandaraya Miri.

Menara ini terdiri daripada tiga bahagian, dengan masing-masing mempunyai makna yang berbeza.
Bahagian paling bawah ialah rangka kerja keluli tahan karat yang luas dengan anak tetingkap berwarna separa lutsinar berbentuk rhomboid yang kelihatan membentuk rangkaian sambungan yang luas ke tanah. Ini melambangkan Perpaduan dimulakan dari bawah dengan semua orang berhubung tanpa mengira perbezaan. Bersama-sama membentuk tulang belakang dan kestabilan kepada struktur keseluruhan.

Bahagian kedua ialah teras menara yang dipancarkan terus ke atas dengan unjuran kon yang tajam. Ia dihiasi dengan motif dari pelbagai etnik asli Bandar Miri, mengelilingi permukaan luar menara. Satu siri patung keluli tahan karat yang menggambarkan sekumpulan burung enggang mengelilingi bahagian tengah menara dengan kesemuanya menghadap ke atas melambangkan semua orang menghadap satu arah dengan satu matlamat.

Bahagian atas menara adalah bola cahaya sfera yang melambangkan sumber cahaya terang yang bersinar di seluruh tanah burung enggang. Ia kelihatan seperti rumah cahaya monolitik dengan cahayanya bersinar ke semua arah.

Ini Stadium Terbuka Miri (Miri Outdoor Stadium).

Masa ini pula kami passed by Miri City Fan.

Miri City Fan (Jln Merpati/Jln Kipas) ialah kompleks taman bandar yang memenangi anugerah yang terdiri daripada pelbagai taman tema, termasuk Taman Botani dan Taman Islam. Ia juga menempatkan Perpustakaan Bandaraya Miri, Kolam Renang Awam, dan Amfiteater besar tempat konsert sering diadakan. The City Fan ini popular di kalangan penduduk tempatan untuk bersiar-siar, berjoging atau sekadar bersantai.
Diberi nama Miri City Fan sebab bila dilihat dari atas, bentuk taman ini macam bentuk kipas.

Bersambung...  

May Allah make this a time in which we become closer to Him. May He protect us, our loved ones and the wider community from harm. Finally, we ask Him to forgive all of those who have passed away and have mercy on them.

May Allah protect us, our families, those working to stop the virus, and the entire ummah. Ya Allah, remove this virus from the earth, allow us to stay patient and selfless through this trial and grant us forgiveness and nearness to You. Ameen.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. Salam Tuan Syed,

    wahh..saya selama ni silet reader sahaja,kali ini terpanggil nak komen kerana gambar saya ada di dalam lensa tuan Syed, kita satu penerbangan sekali! :)

    Rugi tak jumpa sepanjang Tuan Syed di Miri tempoh hari tu.

    ok btw saya minta izin save gambar yang ada gambar saya tu ya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Akram
      Oh ye ke, kita sekali dalam satu flight ya :).
      Dalam foto yang mana satu? Are you the guy in front of us masa boarding tu? Yang bawa knapsack hitam tu ke? Kalau foto itu, my wife yang took that photo :).
      Anyway, ok je kalau nak save foto tu :) Thanks for the comments!

      Delete
    2. saya pun mode kepochi cari siapa yang pakai knapsack hitam itu ...:)

      Delete