Saturday, January 8, 2022

MY PHOTOGRAPHY JOURNEY - HOW IT ALL STARTED

Kali terakhir kami bercuti dalam negara adalah pada September 2020 di Kuala Terengganu. Ke luar negara pula adalah ke Sumatera Barat pada Januari 2020. Tahun 2021 langsung tiada ke mana-mana sebab Covid. 

Jadi bagaimana nak legakan rasa gatal nak travel masa kuarantin, travel restrictions, flights cancellations etc sekarang ini? Ada beberapa cara contohnya kami selalu watch travel documentaries di Astro. There are  many such programs and we watch them whenever we can. Boleh juga baca travel blogs orang lain sambil boleh dapat idea mana nak pergi bercuti and make a bucket list. Juga sekali sekala see other people's travel photos in instagram.

For me, since dah ada blog ni, maka dibaca la balik kisah-kisah travels kami. Masa ni la seronok reminisce dan rasa berbaloi dulu bersusah payah buat blogs detail-detail dan letak banyak foto.. hihi ๐Ÿ˜. Bila baca dan scroll up and down the blogs, mula teringat semula moments bila foto-foto itu dirakam; where we were, tengah buat lawatan ke mana, dengan siapa kita masa tu etc; juga mengingatkan semula stories yang mungkin kita dah lupa. 

Contohnya masa saya duduk on a bench di tepi Lake Taupo New Zealand ketika percutian di sana pada 2019. Tengok foto ini teringat masa tu masih awal pagi dengan suhu belas-belas. Suasananya cukup nyaman and tranquil. Kelihatan masa itu across the Lake Taupo the Motutaiko Island, Mount Ruapehu, Mount Tongariro and Mount Ngauruhoe. It was an absolutely magical moment for me.

Just the other day, masa nak cari a few photos from a previous trip, I ended up baca semua entries trip itu nak dekat sejam lebih.. hihihi. Terus jadi teruja nak pergi bercuti-cuti lagi ๐Ÿ˜„. 

Bila tengok semula foto-foto yang sempat saya rakam semasa percutian-percutian itu, maka terpanggil pula nak buat entries tentang ‘My Photography Journey’ sejak dari masa mula-mula pegang kamera hinggalah dapat dimanfaatkan masa travels.  

And what a journey it was, still is actually.

MY PHOTOGRAPHY JOURNEY

Bermula pada tahun 2005. Minat berfotografi sudah ada lebih awal tapi 2005 baru saya mula indulge in this hobby. Kerja di office often times stressful, so I needed a distraction. Also more like for work-life balance. That year jugalah saya beli kamera digital saya yang pertama, the Canon PowerShot G6, a prosumer camera actually which basically is a mix of a consumer and professional camera. 

Canon PowerShot G6

Tak berani lagi masa tu nak beli fully professional camera since masih lagi nak start belajar ambil gambar. Moreover, pro camera harganya mahal. So Canon G6 ni sesuailah untuk saya masa itu. Harganya masa tu kalau tak silap about RM1.5k. 


Ada macam-macam cap dan jenis kamera, jadi kenapa pilih kamera ini? Ya, betul memang ada banyak pilihan yang quite honestly buat saya jadi bingung nak pilih yang mana dengan bajet yang ada masa itu. Jadi akhirnya beli Canon PowerShot G6 ini sebab itulah antara kamera yang digunakan oleh seorang British photographer yang websitenya saya follow masa itu. Tambahan pula foto-foto yang dia ambil dengan Canon PowerShot G6 and share in his website adalah sungguh awesome belaka.

Antara sebab saya pilih kamera ini ialah ia ada LCD monitor that can tilt, twist and swivel.

Mula-mula memang la kekok, tak reti nak guna digital kamera. After much readings on the subject and practices, barulah dapat rakam images yang decent.

Menjadi pilihan juga kerana selain mode Auto, kamera ini juga ada mode Manual, TV dan AV. Jadi bolehlah berlatih mode-mode itu so that later on bila upgrade to DLSR, reti la nak guna those functions. 

Lepas guna kamera Canon PowerShot G6 lebih 2 tahun and after taking practically thousands of photos with it, I felt I was ready for a DSLR. 

Kamera Canon PowerShot G6 yang sudah sangat berjasa dan merupakan satu-satunya photography tools yang saya guna for so many things I learned about photography.

I remembered it was quite a decision to make to upgrade my camera from a prosumer camera to a DLSR. Well, firstly and obviously, DSLR camera adalah lebih mahal. Tapi minat punya pasal, maka kumpullah duit bulan-bulan. Bila duit sudah cukup, saya pun belilah kamera Canon EOS 400D. It was in 2007. 

Canon EOS 400D

Kamera Canon EOS 400D ini kiranya macam mid range dalam kategori kamera-kamera EOS Canon. Tak ingat berapa harganya tapi tak lebih RM3k pada masa itu. 

Selepas 14 tahun, beginilah rupa kamera ini sekarang ๐Ÿ˜….

Harganya dah ok, tambahan pula pada saya functions kamera ini tidaklah terlalu complicated sampai boleh buat garu kepala sebab kamera Canon Powershot G6 juga ada some similar functions with the Canon EOS 400D.

Lepas baca banyak sumber tentang cara nak guna Canon EOS 400D ini di internet, maka saya susul dengan praktikal. Not so much DIY or indoor photography like I did with the Canon PowerShot G6 but more on outdoor photography and of course during our vacations.

Me, wife and my Canon EOS 400D and my 5 kg camera beg di Bali ๐Ÿ˜….

Dan bila nak beli kamera DLSR, makanya mulalah juga fikir hendak beli lenses juga. Ada macam-macam lens untuk very specific usages. Begitulah kalau guna kamera DSLR. Ada 6 lensa semuanya yang saya beli over a 10 year period. 

Kalau hanya guna Kit lense (which basically is a starter lens yang selalunya kita beli dengan body kamera), kita tidak akan dapat nak capture certain images seperti wide shots, zoom shots, macro shots etc. Lensa-lensa khas diperlukan. Dan lenses ni semua bukannya murah. Ada yang harganya lebih mahal than the actual camera.


Sambil mengesat peluh di dahi, saya pun contemplate nak beli which lenses ๐Ÿ˜…. Kena fikir masak-masak and make sure memang lenses tu akan diguna dan tidak cuma simpan dalam gerobok sampai berkulat. Rugilah gitu bila sudah bayar mahal-mahal. Like always, kumpul duit dulu. Dah cukup baru beli.

So saya pun beli lenses berikut. Not all at once but one or two at a time, depending pada harganya. And I really did use them to the max (as much as I know how) sampai ada yang rosak... hihi. Rosak mungkin sebab overused atau tidak diguna dengan betul atau tidak dijaga dengan baik atau sudah wear and tear. I am guilty for one or all of the mentioned ๐Ÿ˜…. Bila rosak memang la sedih tapi apa nak buat. Kena la ganti dengan yang version murah dan bukan cap Canon ๐Ÿ˜….

Yang ini Kit lens, beli sekali dengan body kamera Canon EOS 400D. As mentioned it is a 'starter lense', bundled with a camera. It is a 18-55mm lens. Boleh guna untuk ambil gambar yang biasa-biasa sahaja. And by that I mean tidak bolehlah nak wide shots or zooming etc. Tapi bagus untuk diguna oleh orang macam saya yang baru pertama kali nak belajar-belajar guna DSLR. Dan harganya bolehlah dikira dalam kategori murah. Ye lah kan, body camera pun dah beribu harganya, elok la Kit lens ni dibuat dan dijual murah.
Kit Lens 18-55mm

Masa beli Canon EOS 400D, saya beli sekali 2 lensa kerana jika guna Kit lens sahaja akan rasa terhad in capturing images. The first lens was Canon 70-300mm. Beli sebab ia boleh ambil gambar subject yang jauh, boleh untuk ambil portraiture shots dan boleh juga rakam macro shots.
Canon 70-300mm

Lensa kedua yang saya beli sekali dengan kamera Canon EOS 400D ialah Canon Wide Angle 10-22mm.  Seperti namanya, lensa ini enable you to capture wide field of view. Sudut pandangannya yang luas memang sesuai untuk fotografi landskap dan seni bina. To this day it is my favourite lens. Lensa ini sudah macam ciri kekal pada kamera saya sebab jarang ditanggal dari body kamera๐Ÿ˜.
Canon Wide Angle 10-22mm

Salah satu jenis fotografi yang saya suka ialah macro photography. Seronok ambil gambar very small subjects like bugs and tiny plants and flowers. The details captured and revealed were just so amazing. Makanya after much thoughts and considerations saya pun belilah. Kumpul duit nak beli lensa ini makan sampai about setahun sebab it is, to me, very expensive. Saya beli juga sebab to produce quality macro shots one must use good macro lens and Canon Macro Lens 100mm saya baca diberi good reviews by experts. Alhamdulillah setelah bertahun memendam perasaan nakkan lensa ini, dapat juga akhirnya.
Canon Macro Lens 100mm

Lepas such expensive purchase i.e the macro lens, the next lens I bought was a cheaper lens, much much cheaper tapi lens ni ibarat kecil-kecil cili padi. It is the amazing Canon 50mm lens. Murah, ringan, image pun sharp dan sangat cantik untuk portraiture dan nak membokeh (imej yang background kabur-kabur).
Canon 50mm

Dan lens yang terakhir sekali saya beli ialah Tamron 18-270mm. Saya beli lensa ini sebagai ganti lensa Canon 70-300mm yang telah rosak. Fyi, harga lensa Tamron itu adalah lebih murah dari kos nak repair the Canon 70-300mm itu. Lepas ni mungkin tak beli lagi dah any new lenses sebab sekarang ni guna compact camera je ๐Ÿ˜.
Tamron 18-270mm

Selesai cerita pasal lenses, sambung balik cerita pasal kamera-kamera yang pernah saya guna. Selepas 5 tahun menggunakan kamera Canon EOS 400D, maka tiba masanya untuk mencari pengganti. 
Kenangan bersama my trusty Canon EOS 400D yang telah begitu banyak berjasa dalam my photography journey.

Selalunya dari 400D kalau nak upgrade orang akan go for models yang lebih canggih. Masalahnya lagi canggih kamera, lagi mahal harganya. Lagi pun pada saya masa itu, as I always were and still am, fotografi cumalah sebagai hobi. Jadi berbaloi ke nak belanja besar begitu? Lainlah kalau saya guna kamera to do photography jobs. Aiii... fotografi adalah hobi saya, an indulgence nak kasi hilang stress kerja. Kalau buat jobs, lagilah jadi stress.. hihi ๐Ÿ˜. 
Photography is just a hobby ๐Ÿ˜

As it turned out, dapat juga saya upgrade ke model yang up sikit dari model 400D. Tidak disangka dan sama sekali tidak dirancang, I bought Canon EOS 7D semasa bercuti di Bangkok pada tahun 2012. 

Begini ceritanya. Masa itu kami tengah jalan-jalan di salah satu shopping mall besar di Bangkok iaitu MBK Center. We passed by a camera shop dan saya ajak wife masuk kedai tu kejap nak check harga kamera-kamera yang dijual di situ. Bila tanya harga, tentu la diberitahu dalam Baht. Bila convert.. eh... biar betul... nak dekat separuh harganya compared dengan harga di KL. Lepas bincang dengan wife saya pun belilah.  
Gembira dapat beli kamera baru ๐Ÿ˜

Me and my Canon EOS 7D in action at Angkor Wat Cambodia. It was a really hot afternoon ๐Ÿ˜…. 

Me, my Canon EOS 7D and a friend during an outdoor photoshoot ๐Ÿ˜.

Masa outdoor photoshoot and especially masa bercuti, selain bawa the main camera saya juga akan bawa compact camera as back up. Mana la tahu kot the main camera tu meragam ke, bateri habis power ke atau memory cards dah penuh ke, ada la kamera lain untuk diguna. And here are some of the compact cameras that I used over the years.

Me and Canon IXUS 300 HS

Next, masa di kedai handphone I came upon a delightful little gadget called the Insta360 Air. I thought, what a nifty tool to have with me especially masa pergi bercuti.

Harganya ok, affordable. Design sangat cool. Highly portable and convenient package. Saiz comel macam ni senang nak sumbat dalam beg kamera atau masuk poket je. Sesuai sangat masa travel. 
This gadget has earned a permanent spot in my camera bag ๐Ÿ˜.

Easy and safe to carry inside its rounded protective silicone casing. Jadi tidaklah senang scratched or damage.  

Just attached this unit to your handphone and your phone instantly became a 360° camera. Boleh rakam 360° panoramic photos and videos. Ada filter nak kasi cantik imej-imej yang dirakam. Convenient sharing to social media platforms plus can also live streaming of panoramic videos.

Saya suka wide angle shots, so panoramic images from this 360° camera memang la best. 
Masjid Jamek Kuala Lumpur di rakam dengan Insta360 Air.

Dan photographic tool yang terakhir yang saya beli setakat ini adalah sebuah compact camera kecil comel, the Canon SX720 HS. This move from using a DSLR to a compact camera represent a significant change in the way I enjoy photography, creatively and healthwise, especially when travelling. 
Canon SX720 HS

Jadi kenapa switch from a DSLR kepada compact camera? The main reason is the weight. Carrying a bag filled with a big heavy camera plus several lenses with total weight of 5 kg had eventually taken a toll on my shoulder.

Berat sungguh rasanya, jadi kalau saya di airport mesti guna airport trolley to carry my camera bag. 

Kalau masa jalan-jalan kena la gendung. Lagi stress bila kena pakai winter clothing.

5 kg tu dah kira macam bawak sekampit beras saiz 5 kg lah. Lagi la seksa bila nak pose lompat-lompat... hihi. Yes, I know I should have put the beg/beras aside la dulu sebelum melompat ๐Ÿ˜….

Kepayahan mengendung beg kamera was poignantly captured by my wife in below shot ๐Ÿ˜„. So dramatic ๐Ÿ˜! Oh but the pain was real!

My right shoulder was so stressed I started to feel excruciating pain. It did not happen immediately but gradually. Biasa la kan ingat the pain will go away tapi it got worst. Sampai tak boleh tidur mengiring belah kanan. Makanya saya pun ke physiotherapy center, where I had been to several times before for other joints and muscles issues.

Physiotherapist kata, indeed very likely the weight of my camera bag had contributed to the pain I was experiencing. Though I tried switching shoulders when carrying the bag, that did not help due to the prolonged uneven distribution of weight that my body had to endure. 

So after 14 sessions of physiotherapy and exercises at the center and at home (which I did diligently), Alhamdulillah I had fully recovered. And it has been more than 2 years now without any recurrence of the shoulder pain. 
Gigih melakukan senam di physiotherapy center

Jadi itulah sebab utama saya switch from a DSLR kepada compact camera. Coupled with wife's urging, I bought the Canon SX720 HS, a compact camera. Weighing at only 270 grams, the compact camera is a much welcomed addition to my photographic tool. So much so that my Canon EOS 7D and all the lenses dah lama terperap dalam kotak. Sekali sekala ada la juga guna just to make sure ia tak rosak. 
Bermula dengan compact camera, akhirnya guna compact camera balik ๐Ÿ˜

DSLR vs compact camera? Image quality compromised tak? Tentulah. Tapi pada saya ok je sebab compact kamera sekarang bukan macam dulu-dulu. Dah canggih. Lagi pun foto-foto tu mainly cuma untuk kenangan and for blogging. So they are definitely sufficient. 
Foto The Razorback ini dirakam dengan Canon SX720 HS. Saya puas hati dengan kualitinya. 

Begitulah kisahnya bagaimana saya bermula berhobi fotografi.

Ok, next coming entries I'll be sharing photos captured over the years, according to categories. Meanwhile, take care and be well. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment