Monday, January 17, 2022

MY PHOTOGRAPHY JOURNEY - MACRO PHOTOGRAPHY

Baik, seterusnya saya bercerita pula tentang Macro Photography dalam 'My Photography Journey' saya ini. 

Macro Photography adalah fotografi jarak dekat yang ekstrim yang biasanya merakam objek-objek yang sangat kecil dan organisma-organisma hidup seperti serangga, di mana saiz subjek dalam gambar adalah lebih besar daripada saiz sebenar. Ia juga dikenali sebagai photomacrography, macrography atau macrophotography. 


Macro Photography adalah salah satu genre fotografi yang cukup popular di kalangan photographers. Makanya saya pun terikut-ikutlah.. hihi. What's amazing is, it gives me a chance to discover and enjoy the tiny world yang mata kasar kita tidak boleh lihat. Dan dalam proses itu, maka terserlahlah kehebatan dan keajaiban ciptaan Allah SWT yang sempurna.

Imej-imej macro saya diambil menggunakan kamera Canon EOS dengan macro lens Canon 100mm dan juga menggunakan the built-in Macro Mode bila menggunakan the compact cameras.

Jadi ke mana saya pergi nak cari serangga? Ok, untuk foto-foto dalam blog ini, saya share macro shots saya yang saya rakam di Taman Rimba Ampang, Taman Awam Taman Bukit Indah Ampang, Taman Orkid Kuala Lumpur dan Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. The first two locations are near my house so paling banyak foto-foto macro saya adalah dirakam di lokasi-lokasi itu.

Taman Rimba Ampang

Taman Awam Taman Bukit Indah Ampang

Taman Orkid Kuala Lumpur

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Ok saya kongsi di sini foto-foto macro saya by subjects alphabetically. Starting with ants. Ini di Taman Rimba Ampang. Nama pun rimba, maka semut-semutnya bersaiz lebih besar dari semut-semut di rumah. Which made it a bit easier to capture 😀.

My advise is kalau ambil gambar semut-semut besar macam ni, do not present yourself as a threat to them. Maintain a safe distance and just let them be and do their own things. 

Selalunya saya noticed, kalau ada a group of ants macam ni, among the worker ants mesti ada seekor yang bersaiz besar. Jadi saya fokus pada semut itu. 

Imagine kena gigit sepit by those mandibles!

Selalunya kalau ke kawasan rimba seperti ini, saya akan tampal pada baju saya insect patch repellent. But not masa shoot macro. Nanti lari semua serangga.. hihi.

When the lighting is really good, details butiran pasir pada semut ini pun boleh kita capture. 

Dalam bila dalam kawasan redup seperti ini, kita kena la adjust sikit camera settings in order to capture more details of the ant without over exposing the bright areas yang disinar cahaya matahari.

Waktu pagi adalah the best time to shoot sebab cahaya pagi lembut dan tak harsh. For this photo, I positioned myself menghala ke arah cahaya supaya semut-semut ini nampak 'glowing' dan merah cantik. Sambil itu make sure shutter speed adalah sesuai supaya imej tajam. Boleh cantikkan lagi shot dengan membokeh (blurred background). Tapi kena berjaga-jaga dengan camera setting supaya the bright area did not become too harsh.

No, these ants were not fighting. One of them was carrying a dead ant. Saya baca salah satu kerja workers ants adalah mengasingkan semut-semut yang sudah mati dengan dibawa ke tempat pembuangan atau dibawa ke sebuah ruang khusus dalam sarang mereka. Ada juga spesis semut yang menanam semut-semut yang sudah mati. 

Ok, lebah adalah serangga yang paling susah dan paling takut saya nak rakam.. hihi 😅. Most times it hovers over a flower and freezing its flight motion is so hard for me to do. Dan bila dia land pada bunga, dia akan menjerumus masuk ke dalam bunga dan nampak bontot dia saja. Tak nice lah.. hahaha. Fyi, susah saya nak jumpa lebah belang biru/turquoise macam ni. 

Also kena berbanyak sabar bila nak rakam imej lebah sebab lebah memang susah nak duduk diam, fluttering from one flower to the next. Bila dia dah melekat pada bunga dan tengah asyik sedut madu macam ni, baru la ada chance nak capture 😄. 

Lebah-lebah yang saya jumpa di Taman Rimba Ampang ini saya rakam di tepi sungai. 

Mungkin lebah-lebah ini sedang menghisap garam. Saya baca lebah juga memerlukan garam untuk proses metabolik mereka sendiri, dan untuk dibawa ke sarang mereka untuk membantu pembesaran larva.

Kalau tak silap, lebah yang besar tu adalah Lebah Madu Hutan atau Madu Tualang (Apis Dorsata) dan yang kecil tu adalah Lebah Lalat (Apis Cerana).

Foto yang ini pula dirakam di Taman Orkid Kuala Lumpur. Berpeluh nak dapatkan imej ini. Kalau lebah tu tengah busy buzzing really fast here and there, memang tak ada chance la saya nak freeze the motion. Tapi kalau lebah tu hovers in one place for a few seconds macam ni boleh la cepat-cepat shoot 😅.

Yellow stripe bees and purple water lilies.. cantik! 

Kumbang ini adalah antara kumbang yang paling cantik dan paling colorful pernah saya jumpa dan rakam. Saiz kecik sangat, lebih kurang suku saiz duit 5 sen. 

Fortunately, kumbang ini was very 'cooperative' dan duduk diam je masa gambar dia diambil.. hihi. Inner part berwarna warni, manakala the outer part tu lutsinar pula. Unik sangat! SubhanAllah.

Kalau tak silap namanya tortoise/leaf-mining beetles. Lebih tepat ia adalah Deloyala guttata, the mottled tortoise beetle.

Bentuk badan kumbang ini yang seperti serkop membolehkan ia berpaut dengan begitu rapat pada permukaan rata sehingga semut dan banyak musuh lain tidak dapat mencengkam mereka.

And these beautiful, colorful and shiny bug is called the Jewel Bug, aptly named I'd say 😀.

Warnanya cantik sungguh. Berkilat macam ada metallic sheild. Serangga ini memakan jus tumbuhan daripada pelbagai spesies yang berbeza, termasuk beberapa tanaman komersial. Berkait rapat dengan pepijat busuk, ia juga boleh menghasilkan bau yang kuat apabila diganggu sebagai defence mechanism. 

Sejenis jungle moth with fuzzy yellow coat and spiky antenna. 

This bug could very well be one of the smallest bug I had ever captured with my camera. Terperasan kumbang ni pun sebab warnanya yang sangat merah 😀. 

I must say it was a very curious little bug. It did not scurry away and just lets me photographed it. Well, I'd like to think that it 'posed' for me. I mean just look at below photo.. hihi 😄. 

Again positioned myself on this side of the bug so that this image had a bit brighter background. 


Serangga ini namanya leafhopper. If look closer boleh nampak kaki dia yang macam kaki belalang untuk melompat. It is a plant feeders that suck plant sap from grass, shrubs and trees.

Ok, now on to butterflies. Imej ini dirakam di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. There is a feeding station for the butterflies filled with bright colored flowers and fruits, some of them were laced with sugar water to feed the butterflies. Unlike in the wild, these butterflies were quite easy to shoot even when pointing my camera/lens close to them because mereka tengah asyik feeding.  

Foto-foto ini pula saya rakam di Taman Rimba Ampang. It's pretty much a well known fact that butterflies also feed on salt too as it is vital for their reproduction. Jadi kalau kita nampak butterfly hinggap pada orang, itu sebab butterfly tu tengah hisap peluh manusia yang ada garam.    

Rama-rama (I think this was a moth actually) yang sangat cantik ini sedang hisap garam di tepi sungai di Taman Rimba Ampang. 

It was so engrossed feeding itself sampai saya acu kamera saya dengan begitu dekat pun dia tak kisah.. hihi 😄.

What a beautiful butterfly with its bright yellow and amazing stripes and dots... subhanAllah.


Rama-rama berjanggut.. hihi. Oh what mesmerizing set of eyes!

Rama-rama ini nampak macam it was camouflaging itself with the big leaf. Well, almost. So when out looking for small subject espcially in the wild, kena la buka mata besar-besar 😀.

Rama-rama ini saya terpaksa shoot menggunakan Canon 70-300mm lens sebab kedudukannya agak jauh dalam semak. Ok, for this shot saya duduk rendah sama aras dengan rama-rama ini supaya nampak rumput-rumput dan untuk effect background kabur. Nampak cantik pulak semak ni 😀.

Dah terkoyak sikit sayap rama-rama ini. Cantik belang-belang hitam tu pada sayap putihnya. Dirakam di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur after the butterflies' feeding time. So it was in a calm mood and was not fluttering here and there. Thus making it quite easy to photograph.  
Sepasang 'ekor' panjang pada sayapnya mirip swallowtail, hence known as the Swallowtail Butterfly.

Beautiful large and colorful butterfly captured dalam suasana cahaya pagi yang lembut.  

Juga dirakam menggunakan Canon 70-300mm lens di Taman Awam Taman Bukit Indah Ampang.

Saya shoot cara handheld tapi sebenarnya lagi elok kalau guna tripod sebab foto-foto saya banyak juga yang tak tajam 😅.


Seterusnya caterpillars pula. Banyak dan panjang sungguh bulu-bulu ulat bulu ini. Jadi lagi cantik bila dipenuhi dengan water droplets.  

Caterpillar ini juga berbulu tapi body dia lebih berwarna warni.

Truth be told nak dapatkan imej yang tajam macam ni adalah sangat payah pada saya. Banyak shot yang blur 😅. Ketaq tangan sebab saya guna the Canon 100mm lens yang berat. 

Juga saya akui, masa shooting kadang-kadang tu tak sempat nak review the captured images. Especially ketika subjek tengah buat banyak movements. Jadi tembak dulu later baru review.. hihi. 

Dan bila ada peluang eloklah review untuk memastikan kita dapat shots yang elok dan tajam. Itulah kelebihan kamera digital. Kalau tak elok, boleh terus delete dan shoot lagi.

Also shooting macro agak mencabar kalau subjek yang kita nak rakam itu berada dalam semak, rendah ke tanah atau tinggi lokasinya dan lain-lain keadaaan. Especially challenging because in macro photography kita kena be as close as possible to the subject. 

Pernah beberapa kali saya terpaksa berpijak atas kawasan tanah lembab tepi semak dan pokok renek berdekatan dengan sungai. Asyik sangat ambil gambar tak perasan pacat dah kenyang kembung di kaki! The horror.. hihi 😅.  

Juga cubalah shoot subjek dari pelbagai sudut untuk dapatkan variety of shots. Yang ini shoot dari depan. Di mulut ulat bulu ini pun ada butiran air.  Nice!

Ini satu lagi imej yang paling susah saya nak rakam. Entah macam mana saya boleh terperasan ulat bulu yang sedang bergantungan by its thread yang sangat kecik ini. Sudahlah kecil, it was wriggling non stop! Akhirnya dapatlah 2, 3 shots yang tajam, lepas tu terus give up.. hihi.  

Kalau tak silap saya, those tiny green larvae are wasps larvae. Wasps betina suntik telur ke dalam ulat bulu yang masih hidup. Bila menetas, larvae wasp itu akan matang dan makan/hisap the caterpillar's body fluids. 

Lepas itu larvae itu akan gigit kulit ulat bulu itu dari dalam sampai tembus dan mula keluar. Dan ulat bulu itu masih lagi hidup pada masa itu. Then larvae itu pun terus menggunakan body ulat bulu itu dan mula menjadi kepompong dan mematang. Akhirnya ulat bulu itu akan mati kelaparan tapi tidak sebelum tiny wasps mula muncul and fly away. MasyaAllah.

Ulat bulu yang ini pula adalah ulat bulu yang paling cantik dan berwarna warni yang pernah saya rakam 😁. Mesti cantik bila jadi rama-rama.

Bila keadaan mengizinkan dan ada kesempatan, elok sekali sekala review balik imej yang kita rakam. Kalau ambil gambar ulat bulu macam ni, masa review tu, zoom-in the image in your camera to see the amazing details. Lepas tu cuba shoot again untuk dapatkan imej yang lebih menyerlahkan all the wonderful details. Meaning try to zoom-in even more closer to the subject.


Bila cuba get this close, imejnya kabur. Tangan menggeletar... hihi.

Next, Dragonflies. Do dragonflies smile? I think they do.. hihi 😄.

Pepatung biasanya akan sit still even when we come real close to it. The trick is, jangan cuba ikut dia ke sini sana masa dia terbang. Just wait until it settle at one place. Perangai dia, even kalau dia terbang sana sini, dia tetap akan hinggap di tempat yang sama.  

Bila saya ambil gambar pepatung saya cuba fokus pada mata dan sayapnya. The patterns are so amazing.. subhanAllah.

Pepatung ini berbulu-bulu juga rupanya 😃.

Iya, boleh shoot dari depan muka dia, dengan jarak yang dekat. Just don't make any sudden move lah. In this photo I managed to focus on the spiny leg as well which are used to capture prey. 

Bila sayap-sayap pepatung sudah betul-betul flap ke bawah, itu maknanya it is in full resting mode. Masa inilah senang nak ambil gambar. 

Bila ada peluang saya juga cuba rakam pepatung ketika ia hinggap di pelbagai tempat seperti daun hijau, daun kering, batang kecil pokok-pokok renek, bunga, rumput dan lain-lain tempat bertenggek. 

Kebetulan masa itu ada pula sepasang pepatung tengah mating. The male is the one at the top. Formation ini dipanggil heart-shaped 'mating-wheel'. Fyi, they can also mate in the air. 

Nak tangkap gambar pepatung tengah hovering macam ni adalah sangat mencabar bagi saya 😅. Payah sungguh! Tapi kena try jugak.. hihi. Afterall, dragonfly is an aerial predator insect. 
Pepatung boleh terbang terbalik, berpusing 360° dan terbang dengan kelajuan 55 kilometer sejam. Mereka juga boleh terbang backwards. 

Dragonflies are to insects what hummingbirds are to birds


Sebenarnya spesis pepatung ini ada bermacam-macam warna. Yang paling common berwarna merah. Ini first time saya nampak pepatung warna biru.

Warna-warna cerah ini bukan sahaja untuk estetik, ia juga berfungsi sebagai camouflage to blend with its surroundings dan juga sebagai amaran kepada pemangsa. 

Warna yang cerah juga berfungsi untuk memikat pasangan. Pepatung mempunyai penglihatan yang tajam, jadi bila berpasangan selalunya bermula dengan mencari pasangan yang betul warnanya.

Sambil terbang, pepatung menangkap mangsa dengan kaki berdurinya dan memakan terus tangkapan semasa terbang.

Banyak foto pepatung saya tampal di sini sebab ia adalah serangga yang fascinating dan agak mudah untuk diambil gambar. 



Pepatung mempunyai dua mata yang besar, masing-masing dengan beribu-ribu kanta, dan tiga mata dengan kanta ringkas. Setiap retina mengandungi beberapa ribu fotoreseptor yang mengumpul cahaya dan menghantar maklumat tentang pemandangan visual kepada interneuron, yang memproses maklumat. 


Mata sfera besar pepatung melitupi sebahagian besar kepala mereka, memberikannya penglihatan yang sangat baik semasa memburu mangsa yang kebanyakannya adalah serangga terbang kecil terutamanya nyamuk. 




Bukan sahaja bahagian mata dan sayap saya fokus, pada bahagian thorax juga saya cuba zoomed-in 😄.

Spesis pepatung ini mempunyai sayap-sayap yang lutsinar. 




Tentunya subjek fotografi macro termasuk juga bunga-bungaan.  

Untuk imej-imej ini saya fokus juga pada lebah yang telah lemas dalam nektar bunga. 

Focussing on the water lily's stamens. 

Bunga raya. 


These tiny mushrooms can also be a very interesting macro photography subjects. Biasanya cendawan begini tumbuh masa musim hujan. So kalau ke taman-taman rimba cuba tengok-tengok kot ada cendawan tumbuh.


Kebetulan di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur ada kolam-kolam kecil yang ada katak. Maka tentulah ambil gambar katak-katak juga.. hihi.

Ambil gambar katak berendam dalam kolam memang interesting tapi pada saya katak yang sedang hinggap pada batang pokok ini adalah lebih menarik 😄. Kebetulan cahaya masa ni sungguh cantik. Macam ada spotlight dari atas. Background pula gelap yang membantu menyerlahkan subjek dengan lebih cantik lagi.

So tiny and so cute! 😀 Fortunately katak ini tidak melompat lari bila saya merapatinya. 

It is a tree frog yang menghabiskan sebahagian besar jangka hayatnya pada pokok. 

Katak spesis ini tidak turun ke tanah, kecuali untuk mengawan dan bertelur. Ada juga yang buat sarang buih pada daun dan jarang meninggalkan pokok sama sekali ketika dewasa.

Katak spesis ini pula namanya Green Paddy Frog atau Katak Padi/Sawah Hijau. Ia merupakan salah satu katak South-Asian yang paling cantik.


Seterusnya belalang. 

Ada spesis belalang yang susah hendak diambil gambarnya. Baru datang dekat dah melompat.

Tapi ada juga yang begitu 'cooperative' 😄.

Elok je dia duduk diam masa saya dekat macam ni 😀.

Mata dia macam guli yang ada corak-corak di dalamnya. Cantik! Amazing!

Next, Ladybirds. Since it is very tiny, mungkin boleh terlepas pandang. Tapi kalau kita tengok dekat mudah nak spot sebab warnanya yang cerah di tengah kehijauan daun. Cara nak ambil gambar Ladybirds sama saja dengan slow moving insects yang lain. Cumanya yang ini masa tu tengah aktif merayap sana sini, so jadi lebih mencabar.. hihi 😄. 

Di Great Britain dipanggil Ladybird. Kalau di North America dipanggil Ladybug. Kalau di German pula 'Marybeetle'. Di Turki ia dipanggil uğur böceği, yang bermaksud 'good luck bug'. Yang saya captured ini adalah the 10-spotted Ladybird.

Selalunya Ladybird yang biasa kita nampak berwarna merah. Yang saya capture ini berwarna lebih kepada warna orange-red. Selain warna merah dan oren ada juga yang berwarna kuning. Spesis Ladybird ini boleh ada antara tiada spot hingga 15 spots.

Pemangsa utama Ladybirds biasanya adalah burung, tetapi termasuk juga katak, wasps, labah-labah dan pepatung.

Ladybirds are pretty slow moving so senang nak diambil gambar.

Warna-warna cerah Ladybirds boleh menjadi penghalang pada pemangsa. Selain itu Ladybirds juga boleh mengeluarkan sejenis cecair toxin sebagai penghalang dimakan pemangsa.

Selama ini tak tahu pun badan Ladybirds berbulu.. hihi. 

Ladybird yang ini is fully red in color dan tidak ada black spots or any markings.

Saya paling seronok buat fotografi makro di Taman Rimba Ampang. Bukan saja ada macam-macam jenis serangga, tapi ada juga beautiful jungle lizards. 

Dalam bahasa Inggeris, cicak ini dipanggil Skinks.

Persekitaran hidup tertentu skink selalunya boleh ditentukan dengan panjang jari kakinya. Secara amnya, semakin panjang jari kaki seekor skink, semakin besar kemungkinan ia menghabiskan sebahagian besar masanya memanjat pokok.

Banyak spesies skink adalah escape artists. Seperti cicak rumah, skinks juga boleh memutuskan ekor mereka bila perlu jika ada pemangsa cuba menangkap mereka. Ekor yang putus itu boleh tumbuh semula. 

Ekor yang putus akan bergoyang-goyang untuk jangka masa yang singkat untuk mengalih perhatian pemangsa supaya mereka boleh melarikan diri. Skink juga boleh mencari kembali ekor yang putus tadi dan menelannya untuk mendapatkan semula nilai nutrien yang hilang.

Skinks adalah jenis cicak yang suka menjemur diri. Ikut pengalaman saya itulah masa yang paling sesuai untuk ambil gambar mereka, while they are relaxed and calm 😄.  

Kadangkala ada juga terjumpa siput. It is amazing to watch it stretches its body untuk bergerak dari daun ke daun.


Tidak lengkap fotografi makro saya kalau tidak ambil gambar labah-labah 😃. Tidak disangka-sangka, masa saya sedang ambil gambar ini, tiba-tiba seekor lalat terbang dan terperangkap pada sarang labah-labah ini. It was so fascinating to watch how efficient and super quick the spider grabbed, injected and spin the fly and wrapped it. 

Semuanya berlaku dengan begitu cepat, saya jadi kelam kabut nak tangkap gambar.. hihi.

When the insides of the silk-wrapped fly liquify, barulah labah-labah ini boleh menjamu selera. 

It was amazing to see how a dragonfly can also fell prey and got tangled up in the spider's web!

This was a particularly big spider. Agak mudah nak ambil gambar labah-labah ini sebab saiznya yang besar dan masa itu dia tengah duduk diam macam ni.

Cantik belang hijau hitam pada abdomen labah-labah ini. 

Kalau labah-labah yang ini pula susah sikit nak capture imejnya sebab it was busy moving about clearing the droplets off its web. 

As mentioned above, cahaya pagi memang cantik dan lembut untuk fotografi, tapi mendapatkan sudut yang sesuai juga penting.  


Strings upon strings of tiny shiny water droplets adorning the spider webs... so mesmerizing! 

Tembak dari sudut cahaya matahari menyinar. 




Semua foto-foto labah-labah di atas diambil di Taman Rimba Ampang.

Foto-foto labah-labah di bawah ini pula dirakam di Taman Orkid Kuala lumpur. And they were very tiny.





Seterusnya wasps/tebuan/penyengat pula. 

Serangga terbang yang tengah cari madu seperti penyengat ini pada saya memanglah susah nak diambil gambar. Darting here and there so fast! Bila dia land dan hurung bunga baru ada chance.. hihi. 

It does hover quite a bit, so when it is in mid air like this, saya pun cubalah capture. Jenuh! Fortunately masa itu ada beberapa ekor wasps yang hovering at the same flower so bolehlah saya kept on trying again and again... hihi. Akhir dapatlah satu yang focussed pada mata. 




Rasanya ini sejenis lagi wasp/penyengat. Capturing the following shots, I must say, was one of the most amazing experience I had. At first I did not realize what I had shot because the wasp was so tiny and was partially hidden behind some green leaves. Tapi bila review dalam camera.. Waaaahhhh! Wasp ini tengah makan larva!

I remembered feeling so amazed and horrified at the same time watching how viciously the wasp cuts through the larvae's outer membrance and started to devoured the larvae insides, while the larvae was still wriggling. 

Other wasps shots.






And the rest of my macro shots.











Maka begitulah... salah satu perkara yang menyeronokkan bila kita buat fotografi makro... kita boleh menyaksikan satu dunia baru, dunia yang berskala (sangat) kecil yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar, tapi penuh dengan keluarbiasaan.

A tiny world within our world...

Dari sebesar-besar sehinggalah sekecil-kecil ciptaan Allah SWT, semua dicipta olehNya dengan penuh keindahan dan kesempurnaan. 

SubhanAllah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.




No comments:

Post a Comment