Seterusnya saya dibawa oleh En. Badrul ke bandar Pekan. Honestly I did not know much about Pekan. And that's what made it more exciting for me... hehe. Furthermore, En. Badrul kata ada a few tempat-tempat menarik di sana. Lagi pun tak jauh bandar Pekan tu dari Kuala Pahang (our location at that time), less than 20 km atau less than 30 minutes drive.
Passed by Kampung Marhum, Teluk Kandang.
Passed by Kampung Marhum, Teluk Kandang.
Goats frolicking by the roadside.
Menuju ke bandar Pekan. Awas! Kawasan banyak lembu.
Cows grazing.
Ever wonder kenapa lembu-lembu ni dibiar lepas begini without the owner/s around? Sebab bila petang, lembu-lembu ni pandai balik sendiri ke kandang mereka. Eh, wait... saya pernah diberitahu oleh seorang penternak kerbau, yang pandai balik sendiri (lepas berkubang) ialah kerbau. She did not mentioned lembu though... hehe.
Passed by Kampung Siong.
Berbeza dengan kediaman di bandar, rumah-rumah di kawasan kampung selalunya ada ruang lapang keliling rumah. Senang nak pasang khemah masa kenduri.
Passed by Kampung Pulau Tambun.
Ini Ancasa Royale Pekan Pahang. Ia adalah sebuah hotel 7 tingkat yang menjadi permata bagi rangkaian AnCasa Hotels and Resorts. Ia adalah hotel 4 bintang.
Passing through Bandar Pekan. Bandar Pekan adalah sebuah bandar di Daerah Pekan, yang merupakan bandar diraja negeri Pahang yang diketuai oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Ia juga merupakan kampung halaman kedua Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, dan anaknya, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah Ahli Parlimen Pekan.
Selain Tun Abdul Razak Hussein dan Datuk Seri Najib Razak, personaliti terkenal yang berasal dari Pekan adalah termasuk juga Tun Mohd Khalil Yaakob (Gabenor Melaka, bekas Menteri Besar Pahang), Dato' Zakaria Hitam (pengarang kebangsaan, Budayawan Negeri Pahang), Dato' Sarimah Ahmad (pelakon terkenal) dan Tan Sri Mohd Sidek Hassan (bekas Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Malaysia, Chairman Petronas).
Nama 'Pekan' dikatakan berasal dari sejenis bunga yang bernama Bunga Pekan. Menurut tradisi tempatan, tumbuhan berbunga bernama Bunga Pekan pernah tumbuh liar di sepanjang tebing Sungai Pahang. Ia dikatakan putih seperti bunga melati.
Inilah Bunga Pekan. |
Sumber lain pula mengatakan nama "Pekan" berasal daripada perkataan "Pekan Sehari" (Pekan Sehari atau Pasar Minggu masih wujud hari ini), dan perkataan "Sehari" akhirnya ditinggalkan dan penduduk tempatan menyebutnya "Pekan" sahaja.
Pekan dianggap telah wujud semenjak zaman Kerajaan Pahang Lama dan dikenali pada zaman itu sebagai Inderapura. Ia juga dikenali dengan nama pendek 'Pura', yang mana kebanyakkan orang Melayu pada masa itu memanggilnya Pekan (dalam Bahasa Sanskrit, perkataan ‘pura’ membawa maksud sebagai pekan).
Pusat bandar kerajaan lama ini terletak di tebing kiri dan kanan Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua hingga ke Tanjung Langgar. Bandar ini dibahagikan kepada Pekan Baharu dan Pekan Lama. Nama lama untuk Pekan Baharu ialah Kampung Cina.
Ada siganages menarik: Istana Kuning yang dibina pada 1927 dan Istana Kota Beram yang dibina pada 1929.
Daulat Tuanku.
En. Badrul suggested that I visit Sultan Abu Bakar Museum to which I immediately agreed la sebab saya suka juga pelbagaikan program jalan-jalan saya.
Sebuah tugu sempena memuliakan sambutan 40 tahun kegemilangan pemerintahan KDYMM Sultan Pahang ke 5.
Passed by Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan.
Di sebelah Masjid Sultan Ahmad Shah ada Muzium Masjid Sultan Abdullah ini.
Antara Muzium Masjid Sultan Abdullah dan Muzium Sultan Abu Bakar ada kereta api yang terletak dalam perkarangan Muzium Sultan Abu Bakar.
Tiba di Muzium Sultan Abu Bakar.
Ini peta perjalanan kami tadi, dari Jeti Kuala Pahang ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan.
Bersetentang dengan Muzium Sultan Abu Bakar ada Galeri Pengangkutan Air. Saya bercadang kalau ada masa lepas jalan-jalan di Muzium Sultan Abu Bakar, saya nak pergi tengok galeri ini.
Tapi nampaknya macam deserted.
Di sebelah jalan besar depan Muzium Sultan Abu Bakar, iaitu Jalan Sultan Ahmad, ada anak sungai Pahang ini.
Jalan di sepanjang sungai kawasan ini adalah boleh dikatakan Pekan's Heritage Route atau Laluan Warisan Pekan. Jika kita berjalan ke arah bandar dari Muzium Sultan Abu Bakar ini, kita boleh memvisualisasikan bagaimana pada zaman dahulu sungai ini sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti membawa penumpang dan mengangkut barangan ke dalam Bandar Diraja ini.
Ok, jom kita ke Muzium Sultan Abu Bakar. Tempat parking depan muzium di tepi Jalan Sultan Ahmad ini banyak kosong masa tu, so En. Badrul park kereta dia di situ saja. Bagus la, tak perlu la jalan jauh dari tempat parking nak ke muzium.
Bangunan putih bentuk masjid di hujung sana Jalan Sultan Ahmad ini ialah Muzium Masjid Sultan Abdullah yang kami nampak tadi. Ia adalah asalnya sebuah masjid yang telah dijadikan sebuah muzium. Saya juga ada ke muzium itu. Akan saya kongsi ceritanya later.
Crossing Jalan Sultan Ahmad. Fyi, yang bestnya En. Badrul turut serta jalan-jalan sekali dengan saya. Bagus la, tidak la dia cuma menunggu saya sahaja sehingga saya selesai di muzium. Fyi, saya ni kalau dah ke muzium, selalunya berjam-jam.. hehe.
Muzium Sultan Abu Bakar.
موزيوم سلطان ابو بكر
Di laman padang hijau Muzium Sultan Abu Bakar yang luas ini ada diletak beberapa kenderaan/jentera ketenteraan.
Zooming-in. Ada jet.
Ada kereta perisai.
Dan ada helikopter.
Di perkarangan depan muzium ini juga ada arca-arca kuda yang unik dan artistik ini.
Wah... such beautiful artwork! More of these later.
Berbalik kepada kereta perisai dan helikopter.
Ketiga-tiga kenderaan ketenteraan, jet, kereta perisai dan helikopter.
As mentioned earlier, di luar Muzium Sultan Abu Bakar ini ada kereta api.
Kepala kereta api dengan tiga gerabak ini sebelum ini berada di Stesen Kereta Api Gemas yang lama. Beberapa tahun yang lalu ia telah dipindahkan ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang ini.
Kereta api dan gerebak-gerabak lama ini telah dibeli oleh Muzium Sultan Abu Bakar bagi tujuan dijadikan sebagai salah satu tarikan. Lalu saya pun terfikir, kalau kereta api ini ada nilai sejarah (which I think tentunya ada sebab kalau tak ada, tak kan la pihak Muzium Sultan Abu Bakar beli) kenapa tidak diadakan muzium keretapi di Stesen Keretapi Api Gemas lama itu sendiri dan simpan kereta api lama ini di muzium tu. Kan lagi sesuai kerana Stesen Kereta Api Gemas lama itu sendiri adalah satu tapak sejarah yang dilindungi dan di preserve. Tapi since tak ada such museum, maka elok la juga pihak Muzium Sultan Abu Bakar beli kereta api ini supaya ia lebih terjaga dan mudah dilawati.
Ok, tadi foto-foto kenderaan ketenteraan diambil dari jauh, now let's have a closer look shall we.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atau The Royal Malaysian Air Force (RMAF) ditubuhkan pada tahun 1958 seiring dengan sampainya pesawat pertama - the 'Scottish Aviation Twin Pioneer'. Pada akhir 60-an TUDM memasuki era jet dengan kedatangan jet-jet 'Canadair CL-41G Tutors' pada tahun 1967 dan 'Avon CA-27 Sabers' pada tahun 1969. Dan jet TUDM 'Avon CA-27 Sabers' 1969 inilah yang dipamerkan di laman Muzium Sultan Abu Bakar ini.
Skuadron No. 11 yang ditubuhkan pada Oktober 1969 telah diberi penghormatan sebagai skuadron yang pertama yang dilengkapi dengan jet mengendali pesawat Avon CA-27 Saber ini. Pesawat Sabers 15 sub-sonik ini adalah hadiah dari kerajaan Australia kepada kerajaan Malaysia dan berperanan menyediakan pertahanan udara untuk negara.
Pada body jet ini ada 'National Insignia' ('Lencana kebangsaan') bintang kuning dalam kotak biru. Bintang pecah 14 itu mewakili 14 negeri di negara ini (13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan). Dan warna kuning bintang melambangkan warna kuning Diraja selari dengan perkataan 'Diraja' dalam 'TUDM'.
No. 11 Squadron yang berpangkalan di Butterworth Air Base, telah menggunakan 'Cobra' sebagai logo/badge skuadron yang dilukis pada ekor jet.
Badge Skuadron No. 11 dengan nombor 11 dan 'Cobra' pada ekor jet 'Avon CA-27 Sabers'. |
Di perkarangan Muzium Sultan Abu Bakar ini juga ada sebuah kereta perisai. Unfortunately I could not find any information on it.
Tapi nampaknya seperti kereta perisai era darurat Comando V100 AFC (Armoured Personel Carrier).
Ok, now the helicopter pulak. Ini adalah helikopter TLDM Westland Wasp. Ia adalah merupakan helikopter anti kapal selam generasi pertama.
Helikopter ini memenuhi keperluan 'MATCH' (Manned Torpedo-Carrying Helicopter) oleh Tentera Laut Diraja British bagi helikopter kecil yang mampu mendarat di atas kapal tentera laut dan mampu membawa dua torpedo pensasar. - Wikipedia
Tentera laut Diraja Malaysia memulakan era udaranya apabila enam pesawat Wasp HAS MK1 dibeli daripada tentera laut diraja British pada akhir 1987. Helikopter Westland Wasp merupakan helikopter ringan yang dilengkapi dengan radio UHF dan VHF untuk berkomunikasi dengan pengkalan dan kapal. Ia juga dilengkapi dengan sistem GPS bagi memudahkan pemanduan. - Wikipedia
Pengeluar: Westland
Penerbangan sulung: 28 Oktober, 1962
Diperkenalkan: 1963
Dihentikan: 2000 (Tentera Laut Diraja Malaysia)
Pengguna utama: Fleet Air Arm
Tentera Laut Diraja New Zealand
Pasukan Udara Tentera Laut Belanda
Tentera Laut Diraja Malaysia
Jumlah dibina: 125 buah
Selain sebagai tarikan kepada public, jadi kenapa agaknya ya diletakkan kenderaan-kenderaan ketenteraan di perkarangan sebuah muzium di Pekan? My theory is mungkin kerana di Pekan ini ada kilang pengeluar kenderaan ketenteraan terbesar di Malaysia iaitu DefTech's Defence & Security Manufacturing Division plant yang sudah beroperasi di sini sejak 2001. Jadi dengan meletakkan jet TUDM, kereta perisai dan helikopter TLDM di sini perhaps to represent Pekan sebagai pengeluar kenderaan-kenderaan ketenteraan. Like I said, just my theory lah.
Ok, next saya cerita pula a bit more tentang arca kayu berbentuk haiwan yang a few of the photos ada saya kongsi earlier.
Inilah bangunan putih berumbung merah Muzium Sultan Abu Bakar.
Ok, next saya cerita pula a bit more tentang arca kayu berbentuk haiwan yang a few of the photos ada saya kongsi earlier.
Inilah bangunan putih berumbung merah Muzium Sultan Abu Bakar.
Di padang hijau sebelah kanan muzium ini ada beberapa arca kayu kuda.
Pekerja muzium sedang memotong rumput.
Arca-arca kayu di laman muzium ini dibuat dari kayu-kayu yang hanyut dan kayu jati yang ditemui di tepi laut, tepi sungai dan hutan. Dan nama hasil seni begini dipanggil 'Driftwood Art'.
Kayu-kayu hanyut itu kemudian dicantum dengan skru dan dibentuk menjadi bentuk-bentuk haiwan. Selain kuda, ada juga arca-arca kayu bentuk burung bangau, gajah dan rusa. Juga ada dibuat arca kayu orang-orang asli.
Arca-arca ini bukan dibuat di Malaysia tapi di Semarang, Pulau Jawa Tengah, Indonesia. Arca yang bersaiz besar begini harganya boleh mencecah IDR30 juta (lebih RM8K). Wah... ini salah satu cara kitar semula (recycling) yang sangat menguntungkan 😊. Saya faham kenapa mahal sebab bukannya senang nak buat sculptor macam ni.
So cool right. Just look at those 'facial muscles'. Ada saya baca sculptor yang buat arca ini menggunakan terus driftwoods asal yang dijumpai tanpa memotong, memahat atau merubah bentuk asal kayu-kayu itu. Isn't that just amazing. Macam nak buat jigsaw puzzle 3D bila nak cantum-cantumkan kayu-kayu itu membentuk objek yang dibuat. Kalau mainan jigsaw puzzle yang beli di kedai tu dah memanglah siap ada setiap keping yang pastinya boleh dilengkapkan. Tapi puzzle arca ini guna kayu hanyut. For a while I cannot brain! Memikirkan betapa time consuming nak buat arca-arca ini. Tapi kalau dah minat, dah passionate, yang susah dan leceh pada kita, pada artis tu bukanlah sesuatu yang menyusahkan, bahkan sebaliknya, seperti dapat kepuasan.
Jadi kenapa kuda? Ini kerana Bandar Pekan adalah tuan rumah bagi acara Royal Pahang Classic Polo Championship yang diadakan setiap tahun. Tambahan pula keluarga Diraja Pahang sendiri sangat meminati sukan polo.
Jadi kenapa pihak muzium memilih arca-arca di sini dibuat dari kayu dan tidak menggunakan bahan binaan tahan lama lain seperti logam, marmar/plaster atau simen? Untuk memberikan muzium identiti visual yang bersepadu dan peralihan lancar dari kawasan luar ke ruang dalaman, kayu digunakan sebagai medium pemersatu kerana kepentingannya kepada masyarakat Melayu. Ukiran kayu adalah salah satu seni Melayu yang paling penting di Pantai Timur. Itulah sebabnya.
Sebenarnya Driftwood Art ini telah pun ujud dipelopori oleh artis yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Deborah Butterfield (American sculptor) atau Heather Jansch (British sculptor).
Ini contoh driftwood art oleh Deborah Butterfield.
Yang ini pula oleh Heather Jansch.
Sebenarnya Driftwood Art ini telah pun ujud dipelopori oleh artis yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Deborah Butterfield (American sculptor) atau Heather Jansch (British sculptor).
Ini contoh driftwood art oleh Deborah Butterfield.
Yang ini pula oleh Heather Jansch.
Dan sculptors lain.
Jadi siapakah yang buat arca-arca di perkarangan Muzium Sultan Abu Bakar ini? Namanya ialah Abdul Ghofur, seorang sculptor Indonesia dari Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.
Jadi siapakah yang buat arca-arca di perkarangan Muzium Sultan Abu Bakar ini? Namanya ialah Abdul Ghofur, seorang sculptor Indonesia dari Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.
Abdul Ghofur telah berminat dalam bidang seni melukis dan sculpting sejak usia muda lagi. Dia belajar di Universitas Negeri Semarang di Fakulti Bahasa dan Seni dan kemudian memulakan kariernya dalam industri kayu untuk sebuah syarikat asing antarabangsa dan mendapat banyak pengetahuan dalam reka bentuk perabot klasik, seni dan kraf klasik Eropah.
Abdul Ghofur bekerja dalam suasana alam semula jadi di studionya berhampiran gunung Ungaran. Suasana begitu sangat sesuai bagi beliau untuk merancang dengan teliti, mendapat idea, inspirasi dan emosinya.
Lokasi Bandar Semarang dan Gunung Ungaran.
Lokasi Bandar Semarang dan Gunung Ungaran.
Ini antara sketches yang dibuat sebelum kerja membuat arca dimulakan.
Kerja membuat suatu patung arca tertentu boleh mengambil masa antara beberapa minggu hingga beberapa bulan bergantung kepada ketersediaan bahan yang betul. Abdul Ghofur memilih setiap bahan, iaitu kayu hanyut dan akar jati, yang secara semula jadinya adalah berbentuk yang tepat dan sesuai untuk digunakan di bahagian contohnya 'otot-otot' tertentu arca itu.
Dari foto-foto in jelas kita nampak semua bahagian '3 dimensional puzzle' arca ini dibuat dengan pemilihan kayu-kayu yang tepat dan dilakukan dengan penuh ketelitian.
Kerja membuat suatu patung arca tertentu boleh mengambil masa antara beberapa minggu hingga beberapa bulan bergantung kepada ketersediaan bahan yang betul. Abdul Ghofur memilih setiap bahan, iaitu kayu hanyut dan akar jati, yang secara semula jadinya adalah berbentuk yang tepat dan sesuai untuk digunakan di bahagian contohnya 'otot-otot' tertentu arca itu.
Dari foto-foto in jelas kita nampak semua bahagian '3 dimensional puzzle' arca ini dibuat dengan pemilihan kayu-kayu yang tepat dan dilakukan dengan penuh ketelitian.
Walaupun hari ini, arca-arcanya diterima baik di kalangan pengemar seni Eropah ketika di beberapa pameran, kejayaan penting Abdul Ghofur yang pertama adalah pengiktirafan oleh Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang, Malaysia, di mana beberapa arca-arcanya dijadikan koleksi tetap dan dipaparkan di perkarangan muzium dan galeri dalaman.
Arca-arca kayu driftwood art oleh Abdul Ghofur di perkarangan Muzium Sultan Abu Bakar. |
Ini contoh-contoh hasil seni driftwood art Abdul Ghofur yang lain.
Menurut Abdul Ghofur, arca-arcanya dibuat dari akar kayu Jati yang tidak dipotong dari pokok tetapi akar yang hanyut dibawa air sungai di sekitar Pulau Jawa. Dan batang-batang akar dan kayu hanyut itu dicantumkan dengan skru.
Untuk siapkan arca setinggi 2 meter (arca zirafah), masa lebih kurang 4 minggu diperlukan. Arca bersaiz kecil seperti arca arnab pula memerlukan masa lebih kurang 2 minggu.
Abdul Ghofur sudah mula membuat arca-arca kayu ini sejak tahun 2007. Hasil seninya ini lebih dikenali di pasaran international berbanding pasaran tempatan. Lebih kurang 90% arca kayunya dijual di pasaran antarabangsa seperti di UK, Belgium dan USA.
Bermula dengan permintaan pelanggan dari UK, Abdul Ghofur mula menceburi bidang driftwood art secara serious. Dia menyukai idea membuat arca kayu dari kayu-kayu hanyut itu dan selepas percubaan ketiga, pelanggan dari UK itu terus setuju membeli hasil seninya. Merasakan driftwood art ini bukan sekadar perniagaan tetapi juga hobi, dia pun mula serious menghasilkan karya seni ini sebagai perniagaan pada tahun 2010.
One of the challenges faced by Abdul Ghofur ialah dalam mendapatkan supply kayu hanyut dan akar jati. Yang diperlukan bukan sekadar kayu jati biasa tetapi kayu jati yang sudah kelihatan usang seperti kayu-kayu yang hanyut di sungai-sungai besar dan kayu yang terdampar di persisiran pantai. Kayu-kayu jenis lain juga ada digunakan tetapi sekadar sebagai pelengkap.
Arca-arca kayu Abdul Ghofur adalah dibuat dari 99% kayu jati.
Kayu-kayu yang dicantumkan adalah dalam bentuknya yang asal, tidak dipotong-potong atau dipahat. Kalau ada pun cuma very minor alterations. Ia dibuat begitu kerana para pengemar driftwood art terutama yang dari Eropah sukakan yang natural.
Untuk mendapatkan bekalan kayu, Abdul Ghofur ada beberapa kumpulan pekerja yang mencari kayu-kayu tersebut di sekitar beberapa daerah di Pulau Jawa seperti di kawasan sungai, tepi laut dan dalam hutan.
Hubungan antara Abdul Ghofur dan pekerja-pekerja itu adalah seperti hubungan sebuah keluarga. Mereka akan dibayar untuk kayu yang dijumpai mengikut gred kayu. Kalau tak jumpa pun Abdul Ghofur tetap juga bayar to cover kos pencarian.
Arca-arca kayu jati ini adalah fully weatherproof. Dan seperti perabot kayu jati selepas bertahun ia akan mula nampak its natural grey color hence menjadikan arca-arca ini begitu authentic dan unik.
Menurut Abdul Ghofur, arca-arcanya dibuat dari akar kayu Jati yang tidak dipotong dari pokok tetapi akar yang hanyut dibawa air sungai di sekitar Pulau Jawa. Dan batang-batang akar dan kayu hanyut itu dicantumkan dengan skru.
Abdul Ghofur menggunakan skru untuk mencantumkan kayu-kayu. |
Untuk siapkan arca setinggi 2 meter (arca zirafah), masa lebih kurang 4 minggu diperlukan. Arca bersaiz kecil seperti arca arnab pula memerlukan masa lebih kurang 2 minggu.
Abdul Ghofur sudah mula membuat arca-arca kayu ini sejak tahun 2007. Hasil seninya ini lebih dikenali di pasaran international berbanding pasaran tempatan. Lebih kurang 90% arca kayunya dijual di pasaran antarabangsa seperti di UK, Belgium dan USA.
Bermula dengan permintaan pelanggan dari UK, Abdul Ghofur mula menceburi bidang driftwood art secara serious. Dia menyukai idea membuat arca kayu dari kayu-kayu hanyut itu dan selepas percubaan ketiga, pelanggan dari UK itu terus setuju membeli hasil seninya. Merasakan driftwood art ini bukan sekadar perniagaan tetapi juga hobi, dia pun mula serious menghasilkan karya seni ini sebagai perniagaan pada tahun 2010.
One of the challenges faced by Abdul Ghofur ialah dalam mendapatkan supply kayu hanyut dan akar jati. Yang diperlukan bukan sekadar kayu jati biasa tetapi kayu jati yang sudah kelihatan usang seperti kayu-kayu yang hanyut di sungai-sungai besar dan kayu yang terdampar di persisiran pantai. Kayu-kayu jenis lain juga ada digunakan tetapi sekadar sebagai pelengkap.
Arca-arca kayu Abdul Ghofur adalah dibuat dari 99% kayu jati.
Kayu-kayu yang dicantumkan adalah dalam bentuknya yang asal, tidak dipotong-potong atau dipahat. Kalau ada pun cuma very minor alterations. Ia dibuat begitu kerana para pengemar driftwood art terutama yang dari Eropah sukakan yang natural.
Untuk mendapatkan bekalan kayu, Abdul Ghofur ada beberapa kumpulan pekerja yang mencari kayu-kayu tersebut di sekitar beberapa daerah di Pulau Jawa seperti di kawasan sungai, tepi laut dan dalam hutan.
Hubungan antara Abdul Ghofur dan pekerja-pekerja itu adalah seperti hubungan sebuah keluarga. Mereka akan dibayar untuk kayu yang dijumpai mengikut gred kayu. Kalau tak jumpa pun Abdul Ghofur tetap juga bayar to cover kos pencarian.
Arca-arca kayu jati ini adalah fully weatherproof. Dan seperti perabot kayu jati selepas bertahun ia akan mula nampak its natural grey color hence menjadikan arca-arca ini begitu authentic dan unik.
Juga ada meriam lama di laman muzium ini. Tiada info yang saya jumpa tentang meriam bersejarah ini. Mungkin ia meriam Dutch.
Lepas jalan-jalan di luar ni, saya akan masuk ke dalam muzium. Nampak besar sungguh bangunannya.
Di depan bangunan Muzium Sultan Abu Bakar ini ada sebuah infinity pool dengan arca-arca kayu burung-burung bangau oleh Abdul Ghofur.
It is such a beautiful landscape decorations.
Ada banyak burung-burung bangaunya.
Ini pemandangan depan bangunan Muzium Sultan Abu Bakar.
Muzium Sultan Abu Bakar, merupakan sebuah bangunan lama yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan bangunan kayu dua tingkat yang dibina oleh Inggeris pada tahun 1888, sebagai tempat kediaman Residen British Pertama di Pahang, J.P. Rodger. Pada tahun 1898, ibu negeri Pahang dipindahkan dari Pekan ke Kuala Lipis dan bangunan ini dijadikan tempat penginapan Residen-residen Inggeris yang datang menjalankan tugas-tugas rasminya di bandar Pekan.
Sumber: arkib.gov.my
Muzium Sultan Abu Bakar, merupakan sebuah bangunan lama yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan bangunan kayu dua tingkat yang dibina oleh Inggeris pada tahun 1888, sebagai tempat kediaman Residen British Pertama di Pahang, J.P. Rodger. Pada tahun 1898, ibu negeri Pahang dipindahkan dari Pekan ke Kuala Lipis dan bangunan ini dijadikan tempat penginapan Residen-residen Inggeris yang datang menjalankan tugas-tugas rasminya di bandar Pekan.
Sumber: arkib.gov.my
Pada tahun 1929, bangunan kayu ini digantikan dengan bangunan batu dua tingkat iaitu seperti yang terdapat sekarang ini. Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu bangunan ini digunakan sebagai markas pegawai-pegawai tentera Jepun. Dalam tahun 1948, bangunan ini telah diduduki oleh DYMM Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai menggantikan Istana Sri Terentang. Bangunan ini kemudiannya dikenali sebagai lstana Kota Beram yang menjadi tempat persemayaman baginda dan menjalankan upacara-upacara yang lain. Pada tahun 1954, lantaran kedudukan ruang-ruang di dalam istana yang agak terhad, kerajaan negeri telah membina bangunan tambahan untuk dijadikan balai yang dikenali dengan Balairung Seri.
Sumber: arkib.gov.my
Pada tahun 1970, YAB Perdana Menteri Tun Haji Abdul Razak dalam pertemuannya ketika itu dengan penduduk Pekan telah mengusulkan agar diwujudkan sebuah Muzium Pahang, bertujuan untuk mengumpul dan mempamerkan sejarah dan kebudayaan negeri Pahang. Lanjutan daripada itu pada tahun 1974, kerajaan negeri Pahang, telah mengkaji keperluan menubuhkan Muzium ini, satu Jawatankuasa Kerja telah dibentuk bagi mengubahsuai Istana Kota Beram kepada Muzium Negeri. Muzium ini kemudiaanya dinamakan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar bersempena Istana yang pernah menjadi tempat persemayaman baginda.
Sumber: arkib.gov.my
موزيوم سلطان ابو بكر
Let's have a closer look at these wooden birds.
With all those spotlights, sure masa malam pemandangan di kolam ini sangat awesome!
Pancutan-pancutan air di kolam ini adalah pelengkap yang tepat.
Zoomed-in dekat-dekat nak tengok the details. So amazing! I mean, just look at the individual pieces of teak woods and drift woods so intricately put together forming a beautiful artwork. As you can see pelbagai saiz, bentuk dan lengkungan kayu digunakan.
Also perasan tak yang arca-arca burung ini dibuat dalam keadaan pelbagai poses.
Kolam infiniti cetek dengan air pancut untuk kanak-kanak menggantikan tarmac panas tempat letak kereta.
Then I saw sekumpulan pelajar kolej/universiti made a short photo-opp stop bergambar di depan Muzium Sultan Abu Bakar ini.
Beberapa lagi foto-foto arca kayu burung bangau di kolam infiniti Muzium Sultan Abu Bakar.
So beautiful.
I can't get over how fabulous the details are! Hehehehe..
Can you imagine the time taken to make one of this driftwood art?
And dedication, creativity and passion needed?
Bangunan yang asalnya bangunan kayu dua tingkat, kemudian diganti dengan bangunan batu. Pernah dijadikan kediaman Residen British Pertama di Pahang, J.P. Rodger, penginapan Residen-residen Inggeris, markas pegawai-pegawai tentera Jepun, diduduki oleh DYMM Almarhum Sultan Abu Bakar dan sekarang telah diubahsuai menjadi Muzium Negeri.
Satu lagi meriam bersejarah di perkarangam muzium ini.
Ada juga on display Malaysia Armed Forces Artillery. First thing that came to my mind when I saw this huge gun was how loud it is bila menembak.. hehe. My guess is, tentera yang mengendalikan artileri ini sudah semestinyalah kena pakai ear protection atau earplugs.
Dari saiznya nampaknya macam artillery (large-calibre gun) ini boleh ditarik oleh sebuah kenderaan ringan atau boleh diangkut dengan helikopter dibawa ke lokasi-lokasi negara kita yang berhutan tebal dan bergunung ganang.
Tahukah anda dekat Gemas, Negeri Sembilan ada assembly facilities untuk pasang artileri begini? I did not know that.
Selain dari arca-arca kayu driftwood art oleh Abdul Ghofur yang berbentuk kuda dan bangau tadi, arca-arca kayu gajah juga ada di sini. Saya baca arca-arca gajah ini dihantar ke muzium ini lama selepas arca-arca lain kerana lebih banyak masa diperlukan untuk menyiapkannya in view that a very large quantity of driftwood was needed.
Anak gajah yang comel sangat.. hehe.
Teringat anak gajah di Sri Lanka ni masa kami bercuti ke sana pada tahun 2015 😊.
Arca kayu gajah dewasa.
Lagi besar subjeknya, lagi besar saiz kayu yang digunakan.
Yang ini ada tusks.
Oii.. bukan senang nak cari kayu yang melengkong untuk belalai tu.
Arca-arca kayu in saya perasan dipasangkan atas rangka metal base supaya ia boleh berdiri tegak.
Dan ini pula arca-arca beberapa ekor rusa.
Dah patah satu tanduk pulak. Vandalism ke? Gini la jadinya kalau letak di open public space macam ni. Apa la.
Yang ini pulak nampaknya kedua-dua tanduk dah tercabut.
At least yang ini ada effort nak reattach satu tanduknya. Yang lain tu agaknya tanduk-tanduk yang patah sudah tak ada, dah dibawa balik buat souvenir agaknya. Apa la.
Dan di hujung laman ini, on the far left of the compund ada arca-arca kayu Orang Asli suku kaum Batek yang juga dibuat oleh Abdul Ghofur.
Kalau tak silap saya, earlier arca-arca in dipamerkan di dalam ruang muzium di bahagian Arkeologi dan Masyarakat Orang Asli. Tapi sekarang diletakkan di luar. I much prefer it this way sebab di luar nampak lebih nice and natural.
Orang Asli suku kaum Batek mengamalkan cara hidup berpindah randah atau nomad yang diwarisi sejak turun-temurun. Mereka boleh ditemui hanya di Pahang, Kelantan dan Terengganu sahaja.
Suku kaum Batek selalunya stayed in one place between 3 to 4 months according to their belief. Kerana tekanan hidup, mereka juga boleh extend the stay up to 7 months.
Mengikut kepercayaan mereka regarding the places they stayed at, kalau ada antara mereka yang sakit, the whole village (usually about 20 or so people) will move to an area near a river. After a few months after that barulah mereka pindah balik ke area asal tadi. Dan kalau ada kematian, the whole village will move away and never return to the area.
Tidak seperti Orang Asli lain, kaum Batek tidak bercucuk tanam. Ini untuk mengelak dari tinggal lama di satu tempat. Tapi mereka sangat mahir menggunakan sumpit dan memburu.
Disebabkan cara hidup nomad mereka, anak-anak mereka tidak ke sekolah. Jadi mereka sejak dari kecil sudah mula diajar cara hidup di kawasan pendalaman tempat mereka menetap sementara.
Dan salah satu cara survival ini ialah belajar menggunakan sumpit. Pada zaman dulu, anak-anak kecil ini diikat perutnya dengan rotan semasa tengah belajar menyumpit. Untuk apa? Untuk mengukur kekuatan hembusan sumpitan mereka.
Comes the time bila rotan tu terputus, barulah anak-anak kecil itu boleh dikira telah graduate dan boleh la ikut bapak pergi memburu.
Jadi bagi Orang Asli kaum Batek menyumpit adalah a very important lesson, a hunting skill that will ensure their survival. Sebab itulah saya rasa penting bagi pihak muzium mempamerkannya di muzium ini and commissioned sculptor Abdul Ghofur untuk membuat arca-arca kayu ini depicting an aspect of the aboriginal way of life. Moreover, Orang Asli kaum Batek adalah salah satu warga Pahang dan ada yang menetap di Taman Negara. Jadi memang wajarlah mereka mendapat tempat di muzium ini.
Sculptor Abdul Ghofur dari Semarang, Jawa Tengah, Indonesia bergambar bersama salah satu arca kayu Orang Asli suku kaum Batek ciptaannya yang kini ada di perkarangan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Selesai meronda perkarangan depan Muzium Sultan Abu Bakar ini saya pun proceed to its main entrance. Ini papan maklumat waktu operasi.
Bangunan ini dulu pernah dinamakan Istana Beram.
Foto lama Istana Beram di banner di jalanraya.
Honestly, saya tak sangka la pulak lawatan ke muzium ini membawa saya bercerita tentang Bandar Pekan, keretapi/jet/helikopter lama, driftwood art dan sculptor Abdul Ghofur, sejarah bangunan muzium dan Orang Asli suku kaum Batek. Siapa kata lawat muzium tak best.. hehe. Dan ini pun baru di luar laman muzium, belum lagi masuk dalam tu..hehe.
Ok, saya akan sambung cerita tentang pameran dalam muzium ini in the next entry, insyaAllah.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.