Monday, April 15, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 07 - PART 02 - AUCKLAND SKY TOWER

Next kami ke salah satu landmark di Auckland ni, the Auckland Sky Tower. Menara ni tingginya 328 meter, dibuka pada 1997, merupakan menara yang tertinggi di Hemisfera Selatan.

Salah satu ikon Auckland's sky line selama lebih dari 20 tahun, menara ini adalah hub aktiviti adrenalin, tempat makan dan pemandangan Auckland yang hebat. 

Jom kita naik menara ni. Di bawah Sky Tower ni, ada SkyCity Auckland entertainment complex di mana ada 2 hotel world-class, premier dining precinct with over 20 bars and restaurants, a 700 seat theatre and a world-class Casino.

Ada aktiviti SkyJump dan SkyWalk. Huii... tak berani pak cik.. 😮.

Ini tiketnya.

Diberi juga pamphlets info ni yang ada gambar panorama bandar Auckland. Nice!



Menara ni tahan earthquake magnitude 8.0. 

Ada foto panorama dengan lokasi Auckland's landmark of buildings and ports.


Naik lif. Mula-mula tak perasan ada lif ni ada lantai kaca. Then I saw it! Horror! 



Pemandangan bandar Auckland dari ketinggian 220 meter above street level.

Juga memberikan pelawat pemandangan panorama 360˚ sejauh 80 kilometer di setiap arah. 

Ok jom tengok pemandangan Auckland dari atas menara ni. Ini bangunan Town Hall.



Auckland University Old Arts Building. 

National Bank twin towers.


Albert Park, sebuah taman bandar di Auckland Art Gallery Toi o Tāmaki, Wellesley St. 






Ambik gambar je, tak berani pijak.. hehehehehe..




Ni kawasan Westhaven. St Marys Bay and Westhaven Dr. 

Viaduct Harbour. Di kawasan ini ada Auckland Fish Markte, ANZ Viaduct Event Center, Sofitel Auckland dan New Zealand Maritime Museum. 

Seperti di lain-lain menara di negara lain, mesti ada comparison 'Towers of the World' ni. 

Perbandingan Auckland Sky Tower dengan bangunan/menara dunia lain.

Pemandangan Viaduct Harbour yang lebih luas.


Ini Auckland Harbour Bridge. Lebar jambatan ni, ada 8 lanes. Siap dibina pada 1959, ia menyeberang Waitematā Harbour. Merupakan sebahagian dari State Highway 1. 

Yang terpanjang di North Island dan kedua terpanjang di New Zealand. Boleh buat bungy jump dan bridge climb di jambatan ni. 

Walau pun dianggap sebagai salah satu ikon Auckland, ada yang kritik kata jambatan ni rupanya macam penyangkut baju. Ada yang complain kata rupanya macam meniru Sydney Harbour Bridge dalam gaya 'copyist fashion'. Ramai juga yang kata ketiadaan kemudahan laluan pejalan kaki, basikal dan keretapi sebagai satu kesilapan. Tapi sebenarnya tak dibuat atas sebab kos.



Bangunan panjang putih on the top right hand corner tu ialah New Zealand Maritime Museum.

Some of Auckland's high rise buildings.

Di tengah tu bukan pulau tapi sebahagian dari tanah besar North Island yang membentuk wilayah Auckland. Yang kelihatan tu ialah Stanley Point dan Devonport. Laluan air tu ialah Waitemata Harbour. Yang di horizon tu ialah pulau Rangitoto Island Scenic Reserve. Dan selat antara Stanley Point/Devonport dan Rangitoto Island ialah Tamaki Strait.

Senang kalau dilabelkan macam ni.. hehe.

Kapal-kapal di Waitemata Harbour. 

Yang kanan tu ialah Fergusson Container Terminal.

Pemandangan dari Auckland Sky Tower ke arah Waitemata Harbour di waktu siang.

Pemandangan dari Auckland Sky Tower ke arah Waitemata Harbour di waktu malam.

Pemandangan Waitemata Harbour bersambung ke Tamaki Strait dengan Devonport di kiri dan Orakei dan Hobson Bay di kanan. Kelihatan juga Albert Park. 


Gayat!





Di menara ni ada aktiviti Sky Walk. Not for the faint hearted like me.. hehehe.
'Take a walk on the wild side at the top of New Zealand’s highest building. With no handrails to separate you from the 192m drop, you’ll be doing some adrenaline-fuelled challenges designed to get your heart racing while you take in those epic 360-degree views of the City of Sails.' - source

Di menara ni juga ada aktiviti "SkyJump", lompatan setinggi 192 meter dari observation deck, di mana jumper boleh mencapai kelajuan jatuh sehingga 85 km sejam. Lompatan ini adalah guide-cable-controlled yang dikawal untuk mengelakkan pelompat dari terhentam pada dinidng menara semasa keadaan angin kuat. Sekali lompat NZD225 for adult.
'It’s the ultimate leap of faith – a jump from NZ’s highest building with nothing but a wire between you and the ground 192m down! SkyJump gives you 11 seconds of pure adrenaline as you plunge 53 floors down at a speed of 85kph. You’ll feel like a total boss when you stick the landing in SkyCity Plaza.' - source

Aktiviti SkyJump boleh ditonton secara langsung oleh pelawat di TV yang ada di observation deck. Ini seorang jumper sedang disiapkan oleh staff SkyTower. 


Jumper dibawa keluar ke deck melompat.

Kalau pak cik masa ni for sure dah pucat lesu lelah hyperventilating  dahhh.. hehehehe...

Pemandangan ke bawah laluan SkyJump.

Jumper akan mendarat di kotak biru ni. 

Nampak tak cables dan wires tu. Drop ni will be guided by the wire to ensure jumper akan mendarat di spot mendarat i.e di kotak biru. Also cables/wires tu akan pastikan the jumper's descend adalah straight ke spot mendarat dan tidak terpesong langgar dinding menara ketika ada sudden angin kuat. 

Ok jom kita tengok the jump.





Off the deck!

'AAAaaaa...'. I imagine she shouted la.. hehe. Nampak tak macam kotak di kiri tu? Haa.. those are cameras yang follow the jumper down dan rakam the moments.




Touch down!

Landed on the blue box.

Another look dari instant reply di TV.












Ini pula shots yang sempat kami rakam secara langsung (bukan dari TV) of a jumper.


These are captured by my wife. Sempat dia click kamera dia!

Huii.. tengok je pun dah cemas!  

Selesai dah. Ok, jom turun.

Me staying away from the glass floor... hehehe.

The gift shop.

Bergambar dengan Cashier yang berasal dari Ethiopia. Jauh dia merantau mencari rezeki ke New Zealand.

With that maka berakhirlah lawatan kami di Auckland Sky Tower ini. Lepas ni nak lunch dan ke airport. Nak balik Malaysia dah.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment