Monday, March 4, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 03 - PART 04 - GOVERNMENT GARDEN

Baik, saya sambung cerita percutian kami di North Island New Zealand.

Lepas lawatan ke Hobbiton Movie Set, kami dibawa Haziq, our tour guide di NZ, ke pekan Matamata untuk makan tengahari. 

Leaving Hobbiton Movie Set.

Heading to Matamata town. Tak jauh, cuma about 15 minutes drive.

Tapi dalam masa 15 minit tu banyak gambar yang sempat kami ambil masa pass by ladang-ladang besar di area ni. 

So many cows yang jumlahnya 2 kali ganda dari manusia di NZ ni. 10 juta vs 5 juta.

Bila dapat shots macam ni, it just made my day lah ๐Ÿ˜Š. 

Basically kawasan yang kami lalu ni are vast open spaces yang beralun-alun with scattered trees.

Lembu-lembu yang kami nampak semuanya besar-besar dan sihat berkilat... hehe.

I hope owner kuda ni tanggalkan la cover kuda tu sebab dah makin panas dah masa ni. I know I worry too much sometimes... hehe. Bukan apa, kesian kuda tu. 

Tiba di Matamata town. Beginilah kebanyakkan rumah di sini. Single storey dan tak perlu bertingkat sebab tanah banyak, kata Haziq.

Matamata adalah sebuah bandar di Wilayah Waikato di Pulau Utara New Zealand. Ia terletak berhampiran dasar Kaimai Ranges, dan merupakan kawasan pertanian yang berkembang maju untuk Thoroughbred horse breeding. Pekan ini mempunyai penduduk seramai 7,920 pada Jun 2018.

Macam sleepy town je. Hardly any car on the road.

Beautiful clock tower di roundabout yang dihiasi cantik dengan pokok-pokok bunga berwarna warni.

Haziq bawa kami makan tengahari di sebuah restoran Turki namanya Fez Kebab.  

Makanan yang ada di sini adalah Kebabs (Turkish Wrap), Rice Dish, Chip Meals, Salads, Open Kebab Sandwich dan Pizza. Price ranges from NZD10 to NZD15 (RM30 - RM40).

Kami order Chicken Kebab dan Open Chicken Kebab Sandwich. 

Our orders being prepared. Boleh pilih nak salad yang mana.

Tu diaaaa... portion orang putih... kembang kempis hidung nak habiskan.. hehe. Tapi Alhamdulillah, sedap dan kenyang.

Suasana dalam restoran.

Lepas makan masih ada masa lagi kata Haziq jadi kami relak kejap di taman just across the road. 

Ada this huge majestic tree. So beautiful. 

And lots of flowers. 

Bergambar dengan bunga.


Cantik!





Tetiba kami rasa nak makan ice cream. So beli la di kedai nearby. 

Pemandu di NZ akan awal-awal dah berhenti bila nampak ada orang nak melintas jalan. Kata Haziq dah memang cara mereka di sini. Dan kalau ada pemandu yang bertindak otherwise, si pelintas jalan boleh ambil the plate number dan report guna apps dan dalam a few minutes si pemandu akan dapat warning/saman. Or course CCTV akan di check dulu la sebelum such action to verify the truth.

Dah siap makan tengahari dan bersiar sambil makan ais krim, kami pun bertolak ke Rotorua, lebih kurang sejam perjalanan dari Matamata.

Dari Hobbiton Movie Set, kami ke pekan Matamata dan seterusnya ke Rotorua.

Highway NZ yang scenic. 

Bila tengok balik foto ni teringat masa trip saya bersama rakan-rakan ke Padang Mengatas di Sumatera, Indonesia, lawatan ke ladang lembu di sana.

Ini foto yang saya rakam semasa di ladang penternakan lembu Balai Pembibitan Ternak Unggul Hijauan Pakan Ternak (BPTUHPT) Jl. Padang Mangatas, Mungo, Luak, Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat. If interested boleh la baca blognya di sini.

Ingat tak di atas tadi I was hoping owner kuda tu take the cover off the horse? Ni la sebabnya. Dah panas dah. Lembu-lembu ni pun dah ramai-ramai berteduh bawah pokok ni.. hehe.


Ada ladang pakai pagar kayu.


Ada ladang pakai pagar letrik. Memang banyak ladang di NZ ni guna pagar letrik untuk kawal lembu-lembu mereka. 

Saya baca:
An electric fence delivers a short, sharp belt every second or so, enough to throw you off it, but not enough to do you any real damage. It’s not like mains current, which is constant. Also, the current flow is very low - the kick comes from the high voltage, but you don’t actually get much electricity flowing through you.
Jadi kira tak fatal la kan.

But then I read headlines macam ni ๐Ÿ˜ฑ.
Toddler dies in paddock after stumbling on electric fence - NZ Herald
New Zealand man jump starts own heart on electric fence - www.dailymail.co.uk

Lagi 61 km nak sampai Rotorua.






Tiba di Rotorua. 
Pet Cremations: A Dignified Farewell.
Our aim is to make this time of loss both personal and peaceful from start to finish, by making this to be a time of devotion and remembrance to your beloved pet.

Rotorua juga adalah pusat kebudayaan Maori yang utama di New Zealand. Di sini ada perkampungan Maori dan Institut Seni dan Kraf Maori New Zealand, dengan sekolah ukiran kayu dan tenunan tradisional.
Mitai Maori Village evening experience offers an authentic traditional Maori experience.


Ada 59 ribu penduduk di Rotorua, dan adalah kawasan bandar terbesar ke-10 di negara ini. Btw, Countdown tu ialah sebuah supermarket.

Car dealer and storage company. Tu haa... nak simpan harimau pun mereka boleh!

Bersih dan hijau.

Rotorua Primary School dan The Bay of Plenty Regional Council. 
The Bay of Plenty Regional Council, which used the brand name Environment Bay of Plenty for a number of years, is the administrative body responsible for overseeing regional land use, environmental management and civil defence in the region.

Sampai ke Rotorua kami terus ke Government Garden. Ia adalah sebuah taman awam dan masuk adalah percuma. Dibina oleh kerajaan NZ sebagai salah satu NZ's major tourists attractions. 

Entrance utama ke taman ini melalui Prince's Arch and Gateway. Gerbang ini dibina menyerupai a royal crown untuk menyambut lawatan Duke and Duchess of Cornwall and York (later King George V and Queen Mary) pada 1901. 

Di gerbang ini terdapat beberapa tiang berukiran yang telah diberikan oleh orang-orang Ngati Whakaue untuk memperingati kurniaan tanah mereka ini (iaitu tanah tapak taman ini) kepada British pada tahun 1880 sebagai "hei oranga mo nga iwi katoa a te ao – for the benefit of the people of the world". Dibuat oleh master carver Tene Waitere, mereka menggambarkan tribal ancestors.

Pada asalnya dikenali sebagai Paepaekumana, Government Garden ini terletak di tepi tasik di pusat bandar Rotorua. Tapak ini mempunyai kepentingan legenda dan sejarah bagi penduduk Maori tempatan, kerana di sini telah berlaku banyak pertempuran penting. Tanah yang asalnya dipenuhi semak samun ini adalah kawasan geotermal dengan beberapa kolam terapeutik. 

Since ianya kawasan geothermal, masuk je kawasan taman ini dah mula terbau the pungent smell of sulfur. 

That's the infamous Rotorua Museum of Art & History. 

Monumen ini pula ialah The Arawa Soldiers’ Memorial and Krupps Gun. Nanti kita visit monumen ni.


Dulu sebuah Bath House, kini bangunan dengan design Elizabethan ini menempatkan Rotorua Museum of Art & History (Te Whare Taonga o Te Arawa). Ia adalah 'the most photographed building in New Zealand'. 

The Bath House, yang dibuka pada tahun 1908, merupakan satu-satunya bangunan yang masih survive dari 45 tahun pertama spa Rotorua. 

Bangunan itu merupakan pelaburan utama yang pertama oleh kerajaan New Zealand dalam industri pelancongan dan diiktiraf secara meluas sebagai lambang kota Rotorua. 

Dengan membina sebuah spa, ia pernah satu ketika dahulu memberikan rawatan kepada beribu-ribu orang sebelum ia ditutup pada tahun 1966. 

Hari ini bangunan, yang dikelaskan sebagai 'significant' oleh Historic Places Trust, menempatkan Muzium Seni dan Sejarah Rotorua.

Lepas parking, kami pun berjalan-jalan di taman ini. 

First thing saya noticed was this art monument. The Waitukei Sculpture.

Info tentang Waitukei Sculpture.



More info boards.


Di hadapan Rotorua Museum terdapat Bowling Greens, tempat bermain Petanque dan juga Croquet Green. Ia kini masih digunakan.

Terperasan pulak ada ikan ni di tepi drainage. I wonder to indicate what?

Luas Bowling Greens ni.

Ok sebelum kami explore further, saya share the map of this huge garden. Lokasi kami masa ni ialah di Bowling Greens near Waitukei Sculpture. Exploration kami bermula dari lokasi ini passed by Rotorua Museum, then ke Arawa Soldier's Memorial (belakang memorial tu ada taman bunga ros), then ke Gardener's Cottage, terus ke Croquet Pavillion, Wylie Memorial, Ornamental Pond and Gardens, crossed Bowling Green ke sebuah kolam geothermal Oruawhata, then passed by Blue Baths dan akhirnya sampai semula ke startign point tadi.

Ok, moh kita jalan-jalan. 


Sebenarnya itinerary kami termasuk lawatan ke dalam muzium ini. Unfortunately muzium ini ditutup - 'currently closed for earthquake strengthening'.

Oh well, there are so many other things we can see here.

Next kami ke The Arawa Soldiers’ Memorial and Krupps Gun.

Peringatan khas ini didirikan untuk memperingati perajurit Maori dari keturunan Te Arawa yang bertempur dan terkorban dalam Perang Dunia 1. 

Patung, yang dicipta oleh W H Feldon ini, dirasmikan pada bulan Februari 1927 oleh Duke of York (kemudian Raja George VI).

Perkataan, gambar dan simbolnya menceritakan kisah ketibaan Te Arawa waka di Maketu dan 'pelayaran' mereka ke abad ke-20. 

Pada monumen ini pernah diletakkan dengan ukiran-ukiran Rangitihi, yang diingat sebagai bapa kepada rakyat Daerah Lakes, dan lapan anaknya. Ukiran-ukiran ini telah dipindahkan untuk dipulihkan. 


Ini pula adalah Krupps Field Gun yang dikaitkan dengan Batalion Perintis (terdiri daripada askar Mรกori) di Lequesnoy, Perancis, semasa Perang Dunia 1. 

Senjata yang dibuat pada tahun 1898 dan diukir dengan lambang Kaiser Wilhelm, telah diubah menjadi sistem hidraulik pada 1908. Ia telah dipulihkan pada tahun 1998 selepas bertahun-tahun disimpan di Muzium Te Amorangi.

Di belakang Arawa Soldiers’ Memorial ada The Klamath Falls Rose Gardens. 

Lovely and well kept rose garden.


Masa musim panas begini pun banyak bunga-bunga cantik pelbagai warna ditanam di sini.

Let's have a closer look shall we.

Walau pun tak banyak bunga rosnya, tapi suasana tetap fragrant.


Ada nama-namanya sekali.









Ada garden pergola yang cantik. 

Pemandangan Klamath Falls Rose Gardens. Masa musim bunga agaknya tentu lagi cantik.

Jom sambung jalan lagi.

Ada info board tentang Government Garden ini.

Dan juga peta keseluruhan taman.

Next kami ke Gardener's Cottage. Villa zaman Victoria ini dibina untuk ketua tukang kebun taman ini pada tahun 1899. Ia baru-baru ini telah dikembalikan kepada skema warna asalnya. Kawasan di hadapannya pula telah dilanskapkan dalam reka bentuk rasmi. 

Dan tarikan di cottage ini adalah the Purple Lavenders. 

Cantik sungguh.

Close up.

A bit more closer.

Cannot go too close cause got big bees.. hehe.

Hello big furry bumble bee. Tengah busy ya ๐Ÿ˜Š.


Beautiful landscaping.

Next kami ke Corquet Pavillion ni, just across the Gardener's Cottage. Dibina pada tahun 1907, pagoda-roofed ‘tennis’ pavilion yang asal terletak berhampiran dengan Malfroy Geyers. Pavilion itu kemudiannya dipindahkan ke lokasinya sekarang pada tahun 1920-an dan dilanjutkan selama bertahun-tahun. Pada tahun 1998, bumbung terracotta tahun 1950nya telah digantikan dengan bumbung gaya pagoda baru. Taman-taman di sini telah menganjurkan pelbagai sukan termasuk tennis, bowls and croquet dan baru-baru ini, petanque.



Info tentang Corquet Pavillion.

Antara pokok-pokok tua yang ada di taman ini. Agaknya dah dekat 100 tahun usianya.


Lovely purple Hydrangeas. 



Then kami stop sekejap di Cenotaph ini yang didirikan untuk memperingati tentera dari kawasan Rotorua yang bertugas dan terkorban semasa Perang Dunia Pertama 1914-1918.


Berhampiran cenotaph tadi ada sebuah kolam kecil yang cantik. 


Kalau masa full bloom tentulah lagi berwarna warni. 


Di Government Garden, Rotorua ini ada satu lagi memorial, The Wylie Memorial. 

Tugu ini didirikan untuk memperingati Fred Wylie, seorang askar muda dari Galatea yang bertempur dalam Perang Boer dan terbunuh yang mengetuai serangan di Klipfontein pada 26 Mei 1901. Dia berusia 25 tahun.


Info tentang The Wylie Memorial. 



Berhampiran ada Oriental Pond and Gardens. Projek taman ini bermula pada awal 1890an dan dikatakan satu projek yang ambitious dan berkos tinggi kerana ini adalah kawasan geothermal yang dikatakan payah tumbuhan nak hidup. 

Dikatakan ada beberapa pokok di sini yang dapat dilihat pada hari ini, seperti Cryptomerias, adalah sisa-sisa penanaman asal tahun 1890-an.

Berhampiran juga ada satu gazebo besar dipanggil Band Rotunda. Ia pada asalnya dibina berhampiran Sanatorium tetapi dipindahkan pada tahun 1991. Apabila ia dibina pada tahun 1900, dua brass bands tempatan, satu Maori dan satu lagi Eropah, bermain di sini pada waktu malam semasa musim pelancongan. Masa kami sampai kedengaran persembahan oleh musicians. 

Dah di taman, maka banyak bunga-bungaan.




Then we walked across the Bowling Greens dan stop kejap di pokok besar ini.

Info tentang pokok 100 tahun tu.




Lovely Blue Lily.

Dah tertunduk dah sebab dah nak tengahari.

Info tentang Sanatorium.


Next kami singgah ke Oruawhata di mana ada kolam geothermal. Kuat sungguh bau sulfur masa ni sampai kena tutup hidung. 

Info tentang Oruawhata. Dikatakan kolam ini pernah digunakan  oleh orang Maori untuk mengebumikan warriors mereka supaya the bodies never came into the hands of enemies.

Di kolam air panas ini ada bust Camille Malfroy, Chairman of the Rotorua town-board 1891-1897. 

Itulah kolam air panas Oruawhata. 

A closer look.

Di kolam ini juga this very interesting mother and child Mฤori carving. Tak pernah lagi nampak yang hitam putih macam ni.


Dah lagi dekat ni lagi kuat la bau sulfurnya. 

Tengah mendidih.


Dah time untuk berkumpul semula. On the way ke starting point tadi, we passed by bangunan Blue Baths. 
In the early 1930s a second building, the Blue Baths, was constructed in an ornate Mediterranean style. These were among the first baths in the world to allow both males and females in the same pool. 

Rather than medicinal, the purpose of the Blue Baths was fun - a chance to socialise in the style of Hollywood movie stars. Fully restored to their original glory, the Blue Baths offer you the chance to relax in heated waters in an architecturally stunning setting. Spanish Mission-style bath house. 

Ok, selesai dah jalan-jalan di Government Gardens, Rotorua ni. Menarik juga sebenarnya. Walau pun cuaca agak panas, kami santai je. Tak lama, cuma lebih kurang sejam je walking around kami tu. 

Ok, next kami nak ke Tasik Rotorua pula. 


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. you are such a worrier !!! hehhehhee..
    food included dah dalam tour ni ? atau bayar asing ?

    saya lah kawan yang di Padang Mengatas tu !!
    it was such a fun travel kan!!??
    jom buat lagi !.. nak culik en syed dari puan azila lagi.. nak buli dia cukup cukup kali ni ... :))

    wangi tak lavender tu ?
    bee nya besar macam kurma!! [ kata anak saya ] :)
    and the rose garden looks so invitingly sweetly smelling ..

    yang berjurai dari pokok tua tu apa?
    macam rambut hantu tu ..?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... I must admit that I am.. hehe...
      Package ni half board, meaning breakfasts (di hotel) dan dinners were included. Lunch kami bayar sendiri.

      Exactly! Ingat lagi ke doc trip berempat kita dengan 'bekas' dan CikGadisBunga?
      'Bekas'... hahahha.. adoiii... sakit perut ingat interview tu... hadoii... tolong... sakit perut ketawa... :D
      Hahaha... kena repot pada badan anti-buli nih! Hahahaha...
      I tau you nak buli I by making me worry kan.. huisshh... mental bullying.. sadis kau! Hahaha..

      Wangiiiii... walau pun open air macam tu.
      Memang besar bees tu doc. Dan ada banyak. Takut la jugak kalau kena sengat.
      Doc kalau plan ke taman ni atau taman lain di NZ, dtg la masa musim berbunga. Di taman ini, for instance, besides rose, ada lots of tulips too masa tu.

      Saya pun tak tau doc apa juraian tu. May be part of pokok tumpang. May be the tree's bark peels. Entah le.

      Delete