Friday, March 15, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 04 - PART 04 - SKYLINE ROTORUA

Lapar dah kami lepas lawatan ke Agrodome Farm dan Te Puia. Masa untuk makan tengahari. Fyi, masa ni saya dah sakit-sakit pinggang dah, so a nice sit-in meals will be much needed and appreciated.. hehe.

Semalamnya Haziq our tour guide who is a Malaysian student di New Zealand ni beritahu kami yang di Rotorua ini ada sebuah restoran KFC Halal. Jadi kami minta dia membawa kami lunch di sana sahaja.

Kata Haziq di Rotorua ni ada 2 KFC dan one of them is halal. Restoran tu terletak di Amohia Street. Inilah antara bagusnya ada local guide macam Haziq yang dah lama duduk belajar di sini. Selain makan dia juga tentulah tahu tentang nak jaga solat etc. So travelling time can be arranged to enable us to pray comfortably. 



Tulis pasal halal KFC ni, saya pun cari la info tentang Islam di NZ ni. Ini antara maklumat yang menarik yang saya jumpa:
01 - Sedang ada kempen minta KFC menyediakan ayam halal untuk pelanggan. Ramai yang menyokong dan menentang. Pada 2001 dulu KFC pernah cuba tapi terpaksa stop sebab susah nak dapat supply ayam halal pada masa itu. Yang buat kempen tu kata sekarang dah senang sebab 'Kebanyakan ayam dan daging NZ adalah sudah siap halal bila ianya meninggalkan premis penyediaannya'.

02 - Eksport daging halal dari New Zealand bermula pada tahun 1970-an apabila dibuat sistem halal untuk membolehkan eksport ke pasaran halal Timur Tengah. Pemprosesan cara halal ini telah mengembangkan pasaran ke  Eropah, Amerika Utara dan China. 

03 - Kedai makanan diberikan akreditasi halal oleh Federation of Islamic Associations of New Zealand. Ministry for Primary Industries mempunyai standard pengawalseliaan khusus untuk pengeluaran daging halal.

04 - Pada masa ini ada 50k orang Islam (selain pelawat, pemegang permit dan pelajar) di New Zealand - ada yang refugees, ada yang datang ke New Zealand untuk bekerja dan yang lain dilahirkan di NZ. Majoriti umat Islam di New Zealand tertumpu di bandar-bandar utama seperti Auckland, Hamilton, Wellington, dan Christchurch. Seramai 35k tinggal di rantau auckland.

05 - Islam dianggarkan sebagai agama paling cepat berkembang di kalangan orang Mฤori.

06 - Orang Islam pertama di New Zealand adalah keluarga India yang menetap di Cashmere, Christchurch, pada tahun 1850-an.

07 - Majoriti orang Islam di New Zealand adalah Sunni tetapi terdapat sejumlah besar Shia yang tinggal di New Zealand, yang tertumpu di Auckland.

08 - Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kemasukan pelajar Melayu dari Malaysia dan Singapura telah meningkatkan populasi umat Islam di beberapa tempat, terutamanya di kota universiti Dunedin.

09 - Masjid Al-Huda Dunedin dikatakan adalah masjid yang berlokasi paling selatan di dunia. Jaraknya paling jauh dari Makkah dari semua masjid-masjid di Hemisfera Selatan.

10 - New Zealand kini mempunyai beberapa masjid di major centers, dan dua sekolah Islam iaitu Al Madinah dan Zayed College for Girls.

11 - Komuniti Islam di NZ terkenal dengan hubungan harmoni dengan komuniti lain di NZ, dengan pelbagai usaha interfaith dari semua pihak yang menyumbang kepada keadaan ini.

12 - Jumlah penduduk Islam NZ belum cukup besar untuk pertumbuhan pilihan bank yang mematuhi Syariah.

13 - "Jika saya mengembara, saya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan apa yang saya perlukan dari segi makanan yang halal, atau tempat untuk bersolat... Pernah sekali, saya bertanya kepada an airport manager jika saya boleh bersolat di pejabat dia, dan dia dengan senang hati meninggalkan pejabat dia supaya saya boleh bersolat."
- Dr Nauman Maqbool yang merupakan ahli jawatankuasa Waikato Muslim Association

14 - "Saya terlibat dalam industri daging Halal selama lebih kurang 30 tahun. Saya bekerja di kedai daging di Fiji sebelum menjadi penyembelih cara halal di New Zealand selama 23 tahun, dan baru-baru ini bekerja sebagai seorang Halal Auditor di seluruh New Zealand."
- Abdul Khan

15 - Muslim yang paling terkenal dari komuniti Islam NZ adalah pemain rugby dan heavyweight boxer, Sonny Bill Williams. He is a dedicated Muslim, converted to Islam in 2010.

Baik, jom sambung cerita. 

Next kami nak ke Skyline Rotorua. Tapi cuaca panas masa tu, jadi Haziq cadangkan kami balik bersolat dan berehat dulu di hotel sampai petang when it is cooler, then baru ke Skyline Rotorua. Kami setuju sangat dengan cadangan Haziq tu. Fyi, Maghrib pukul 8:30 malam jadi waktu terang siang masih panjang lagi.

Dah petang barulah kami keluar semula.

Menuju ke Skyline Rotorua.

Sampai dah.

Itu dia gondola-gondola untuk naik Gunung Ngongotaha tu. 


Aktiviti yang boleh dibuat oleh pelawat di sini. Ada Gondola ride (this one can), luge (no thank you, next), zipline (kecut perut!) dan skyswing (like, no way!). So tinggal apa nak buat? Naik gondola je la.. hehe. 

Di dalam. 

Macam-macam family fun pakej ada. 

Peta pelbagai aktiviti.


Luge ialah aktiviti naik kereta hitam ni turun gunung dengan cara graviti.

Beli tiket.

Gondola dah tiba.

Jom cepat-cepat naik sebab gondola ni tak stop.

Tiketnya.


Gondola ride begins.

Tak lama ride ni, about 15 minutes je.

Makin tinggi makin cantik pemandangannya. Tambah pula dengan cahaya petang.


Bandar Rotorua.



Sampai dah.


Trek MTB.

Inilah Skyswing.

Swing tinggi macam tu selaju 150 kph!

Pemandangan dari atas ni memang la cantik.

Bandar Rotorua dan Tasik Rotorua.



Ada banyak pokok New Zealand Silver Fern.



Gondola-gondola turun naik.

Pemandangan Bandar Rotorua dan Tasik Rotorua yang lebih jelas.

Boleh nampak Rotorua Lakefront Boardwalk yang kami lawat the day before.

Kelihatan juga Mokoia Island yang terkenal dengan kisah percintaan Hinemoa and Tutanekai. 

Ada pula alpaca.


So cute ๐Ÿ˜Š.













Di bawah tu ialah trek untuk luge.

Zoom power ON! Tu dia.. nampak orang tunggang kuda ๐Ÿ˜Š.

Beautiful flowers.

Berdesap desup luge ni!

Boleh kawal speed but where's the fun in that kan ๐Ÿ˜Š.

Mereka ni dah tahap expert, sampai senget-senget badan.

Pemandangan dari atas ini juga dilabelkan pada board ini so that we know what we are seeing.

Seperti Mokaia Island dan Rotorua Airport.



Ini kaunter beli tiket luge. Tiket untuk naik Luge ini berharga NZD14 (RM42) seorang, tapi harganya turun kepada NZD6 (RM18) selepas pukul 6 petang. Kebetulan jam menunjukkan pukul 5.50 petang ketika itu. So mesti la my brother-in-law and his 2 kids wait lagi 10 minit.



Rotorua's juga dipanggil dengan nickname 'Rotovegas'. Tapi ramai yang tak setuju sebab "Rotovegas suggests bright lights, loud music, everything Rotorua is not."

Luge code of conduct.

Orang main luge.

Looks like a lot of fun. 

Saya yang dah memang sakit pinggang dari tengahari tadi lagi decided not to go for it. We have 3 more days to go dalam percutian ini so better take care lah.



Ok, tu mereka dah siap berhelmet dah. 

Sebenarnya ada tiga track yang disediakan untuk permainan Luge ini: Scenic, Intermediate dan Advanced. Sesiapa yang main Luge untuk kali pertama di sini dikehendaki menggunakan Scenic Track. Bila mencuba kali kedua dan seterusnya barulah dibenarkan menggunakan Intermediate dan Advanced Track.

Sebelum berlepas, semua pemain Luge diberi training bagaimana nak control Luge masing-masing.

Off they went!

Scenic Track yang mereka lalui is not visible to us. So tak de la foto mereka.

Lepas selesai, semua pemain Luge dan juga Zipline akan naik semula ke atas menggunakan Chairlift. Kos menggunakan Chairlift ini dah termasuk dalam tiket tadi.

Kereta luge pun dibawa sekali disangkut di bawah chairlifts.


Tu pun mereka dah sampai. 

Sampai, angkat pengadang, lompat dari chairlift dan lari ke kanan off the chairlift's way.

Dah terasa syok sangat mereka pun went for a second time and that time around mereka guna Intermediate Track pula. Ni foto-foto mereka dari atas.

Selesai ๐Ÿ˜Š.

Bila dah senja, kami pun turun dengan gondola. On the way down kami nampak white spotted deers. 

Such beautiful animal.



Sebelum balik kami beli la buku souvenir ni untuk kenangan.

Terus kami ke Bandar Rotorua untuk makan malam. Ya betul, masih terang benderang lagi dah nak dinner ๐Ÿ˜Š.

Ehhh... kebakaran ke? Kenapa dibiarkan je?

Rupa-rupanya ada sebuah geothermal vent di perkarangan rumah ini dan wap ini sebenarnya berasal dari situ.

Malam tu, kami makan malam di restoran Ali Baba, sebuah restoran Tunisia, di Tutanekai Street, Rotorua.

Nice interior restoran ni. 

Ada makanan Mediterranean dan desert dwellers' culinary traditions. Baik owner restoran ni offer us to use his prayer room. 


The menu.

Bergambar sementara menunggu order sampai.

Dinner kami malam (petang?) tu. Sedap dan sangat mengenyangkan. Alhamdulillah.




Lepas makan kami jalan-jalan sekejap. Street ni ada banyak restoran dan cafe. Ada Goldiluck Bake Shop dan Artisan Cafe. Juga Thai dan Japanese restaurants.

Ada Nando's dan Chinese and Indian restaurants.

Di simpang Tutanekai Street dan Pukaki Street ni ada info board tentang kawasan ini menunjukkan Dining Area, Boutique Shopping Area dan Large Retails Area. Tidak dibenarkan minum arak di area ini melainkan dalam premis food outlets. Kawasan ini juga dipantau dengan CCTV. 

Pada board ini juga ada interesting info tentang Rotohiko Tangonui Haupapa, a notable New Zealand tribal leader, administrator and educationalist of Mฤori descent.

Lovely flowers adorning the street. 

Then Haziq kata nak tak jalan-jalan kejap di Eat Street yang merupakan jalan yang ada restoran-restoran makanan antarabangsa. Kami ok je. Saya cuma risau sebab masa tu dah habis dah masa Haziq bertugas sebagai our tour guide. Di NZ ni mereka very strict dengan time kerja mereka. Tapi Haziq ok je sebab tengahari tadi kan kami dah break balik hotel. Jadi cover balik la masa tu sekarang.

Unik binaan di Eat Street ni.

Auahi kore. No smoking please.

Entrance ke Eat Street.

Tempat parking basikal yang unik dan kreatif.


Eat Street dibina dari idea seperti di bawah. 

Info tentang Eat Street.




Jom jalan. Tak ada la apa sangat di jalan ni. It was a nice walk though after having such a big meal.

Dari pemerhatian kami, tak ada restoran halal di sini.

Di hujung jalan ni ada kedai ais krim pulak. Dah teringin.. hehe.

Haziq cadang kami cuba perisa Hokey Pokey, perisa original dari NZ. 

So we did. Sedap sungguh!! ๐Ÿ˜‹


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. cheh !!
    gondola je!!???
    penat ai berharap!!
    hahhahaa

    macamala boleh tersesat seekor alpaca kat situ?
    comel pulak tu...

    macamana nak sebut ' luge ' ni eh?
    ' laj ' ? ' luj ' ? ' liuj ' ? ' lag ' ?

    cantiknya bird eye view of Rotorua dari atas tu!!
    tak nampak matahari terbenam eh dari situ ?

    depa yang naik luge tu tak bawak action cam letak atas helmet ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious sakit pinggang masa tu. Tu yg tak try those rides. Actually luge tu pretty ok, but dont want to risk further sakit pinggang tu. Actually teringin nak try zipline.
      Mlmnya siap tampal pinggang dgn koyok. Tak tau apa sebabnya. Duduk lama dlm kereta? Lama berjln2? Ke sebab dah tua? Alhamdulillah esok paginya dah ok. And ok for the rest of the trip. So I think I was just tired.

      Kan. Entah dari mana dtgnya.

      Cara sebutnya 'luj'. I ingat 'lew-uj'.. hehe

      Mmg cantik. Kata org putih 'breathtakingly beautiful'. Betul, belum sunset masa tu. Maghrib pukul 8:30 mlm.

      Tak. Tak plan pun nak main luge tu.. hehe.

      Delete