Friday, March 8, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 04 - PART 01 - AGRODOME FARM SHOW

Lawatan pertama kami pada hari ke 4 dalam program percutian kami di North Island, New Zealand ini ialah ke Agrodome Farm Show. Apparently it is New Zealand's largest and most popular farm show, one not to be missed jika datang ke Rotorua ni. Lepas tu kami akan ke Te Puia dan Skyline Rotorua. Te Puia tu yang saya paling excited nak pergi 😊.

Di Rotorua hari tu waktu Solat Subuh adalah pukul 4:49 pagi. Meaning by 6:30 am dah terang dah. As you can see below, Zohor lebih kurang di Malaysia. Tapi Asarnya lewat pukul 5:18 petang dan Maghrib pukul 8:26 malam. Makanya senang dan selesa la kami nak menjamak solat di hotel sebab by 5 pm or latest by 6 pm kami dah balik ke hotel.

Sarapan kami yang dihantar oleh pihak hotel petang semalam. Rasa selesa dan seronok pulak sarapan macam ni di bilik dengan berbaju tidur je 😊. Mana foto kami? Hishhh... mana boleh letak, pak cik pakai shorts je, aurat! πŸ˜ƒ

Choc chips dan croissant tu kami beli the day before di supermarket. Love the fruits; got berries, watermelon and pineapples πŸ˜‹.

Oh ya, malam tadi tidur memang lena. Betul kata owner hotel tak perlu ada air-con sebab malam sejuk. In fact, kami pasang kipas pun pada speed paling low just for ventilation. And also to add, di sini ada bau sulfur. Ada kalanya bau sulfur tu agak kuat kerana di Rotorua ni ada banyak kolam-kolam geothermal. Tapi tak la dramatik sangat sampai nak pengsan. After a while jadi biasa dah dan tak notice pun. 

Haziq kata semlm nak ambil kami pagi ni pukul 8:30 pagi. Tak perlu keluar awal sangat sebab tempat-tempat yang kami nak pergi hari ni distances not very far. Also jalanraya di sini tak de jam. Jadi since dah bangun awal, lepas sarapan kami jalan-jalan la kejap di keliling hotel ni. Fyi, sejuk masa ni, in the low 20s.
Lovely Japanese Maple tree by the roadside.

And lavenders too.

At 8:30 am Haziq pun sampai and whisked us off to our first destination hari ni iaitu Agrodome Farm. Hari tu hari Isnin dan dah pun after 8:30 am. Mana kereta-kereta lain? Mana traffic jam? Kalau di tempat kita siap ada polis trafik tolong manage the traffic flow. Sini tenang aman damai sentosa sejahtera. Mungkin inilah salah satu sebab kenapa orang nak migrate ke sini. Tak stress! 
The more recent net migration rates are high for New Zealand and high by international standards. Annual net migration in the July 2018 year was 63,800. Migrant arrivals were 129,000 and migrant departures were 65,200.
www.stats.govt.nz

Di Rotorua ni ada banyak parks. Love it. And this is one of them. Tapi kena la tahan bau sulfur. As the signboard warns; 'DANGER! THERMAL ACTIVITY. KEEP TO WALKING TRACKS AT ALL TIMES'.

Rotorua Scented Garden. 

Haaa... nampak tu wap dari kolam geothermal di taman ini. That's a huge pool. It does look rather scenic.

Dan bau sulfur di sini adalah lebih intensified. Rotorua is afterall the geothermal capital of New Zealand earning it the nickname 'Sulphur City'. Disebabkan sulfur ni baunya macam rotten eggs maka bandar ini juga dikenali sebagai 'Rotten-rua'. 

Bila baca warning macam ni agaknya pernah la dulu ada kes orang yang gi masuk ke area kolam tu kot. Nak buat macam 'onsen bath' ke dalam tu? Huisshhh. mendidih tu!

Btw, nama Rotorua berasal dari Māori, nama penuh untuk bandar dan tasik adalah Te Rotorua-nui-a-Kahumatamomoe. Roto bermaksud 'tasik' dan rua bermaksud 'dua' atau dalam kes ini 'kedua' - Rotorua bermaksud 'Tasik Kedua'.

Apa atas bukit tu? Itulah Skyline Rotorua yang terletak di atas Gunung Ngongotaha. 

Kami akan naik ke atas sana tu after a couple of visits to other places.

Nak ke atas sana tu kena naik gondola.

Tapi kami ke Agrodome dahulu. Per the signboard, ada banyak attractions di Rotorua ni.

Perasan tak pokok-pokok tu nampak macam tumbuh tersusun dengan maturity yang sama. Sebabnya ialah itu adalah ladang penanaman semula pokok untuk kegunaan dalam industri kayu di NZ. More of this in later entry.

Sampai dah ke simpang masuk ke Agrodome.

Ada patung besar biri-biri baka Merino di entrance ni.

Nama dia Prince, a fine wool Merino ram. 

Haziq ajak kami stop sekejap untuk ambil gambar. Kami berenam ni kalau stop-stop memang suka lah.. hehe.

Ada info tentang Merino Ram.

Memang nampak 'regal' baka ni.

Kalau tadi tengok patungnya, ini dia yang real.
Merino adalah baka kambing pertama yang dibawa ke New Zealand dalam jumlah besar. Dibawa ke New Zealand dari Spain pada tahun 1970-an. Di New Zealand, kira-kira 700 penternak Merino menguruskan 3.3 juta biri-biri, 97% daripadanya adalah di South Island.

Uwah.. posing yang segak sekali... hehe.
Selama berabad-abad, biri-biri Merino telah dibiakkan hanya untuk bulu mereka, bukan untuk daging. Biri-biri jenis ini adalah kurus dan lambat untuk matang, tidak sesuai untuk menghasilkan daging, berbanding baka British.

Merino adalah jenis kambing biri-biri. Terkenal dengan bulu halus, lembut (biasanya dirujuk sebagai fibre/serat) dan keupayaannya berkembang biak dalam iklim yang melampau. Produk dari New Zealand Merino terkenal di dunia kerana kemewahannya, kualiti dan prestasi.

And it is huge! And check out the horns! Melengkung! 
Merino dianggap sebagai baka kambing tertua di dunia, setelah berkembang biak dari beberapa spesies liar.

A magnificent ram. SubhanAllah.
Biri-biri Merino adalah tahan lasak dan boleh membiak dalam persekitaran yang tidak sesuai untuk baka kambing biri-biri yang lain. Mereka sesuai diternak di kawasan tanah tinggi dan landskap pergunungan, contohnya, di South Island New Zealand, di mana suhu boleh berubah dari 35°C pada musim panas hingga -15°C pada musim sejuk.

Produk dari bulu biri-biri Merino mempunyai kualiti yang luar biasa: breathable, sangat lembut dan tidak gatal, secara semulajadinya ia tahan api, tahan bau, penjagaannya yang mudah, pengawal suhu yang baik, ia memberikan perlindungan UV dan 100% biodegradable.

Sangat luas kawasan ladang ni.


More sheeps. 

Nampak kurus. Let's zoom in.


Ooo.. dah kena cukur rupanya.. hehe. 

Biri-biri ni bila dicukur bulunya, tak la dicukur sampai botak nampak kulit. Ditinggal beberapa inci untuk coat musim sejuk. Tapi tak nampak snazzy la coat tu.. hehe. Tapi yang penting bila dah dicukur masa musim panas maka selesa la mereka tak kepanasan. Dan dengan the left over woolly fur boleh la tahan sejuk winter.



Cantik pemandangan tepi jalan masuk ke Agrodome ni.

Maka haruslah berfoto kenangan.

Dah, jom masuk ke dalam.

Ke tempat parking.

Welcome to Agrodome.

Macam biasa kalau ada brochure/pamphlet tentang tempat lawatan saya akan share sekali. Kami akan tengok the 1st Farm Show pukul 9:30 pagi. Fyi, tiket Farm Show ni kami dah request travel agent buat booking dulu, kot tak ada tiket pulak nanti. Harga tiket Farm Show ialah NZD36.50 (RM101).

Memang la nampak menarik tapi Farm Tour kami tak join sebab tiketnya lain dari yang Farm Show and it is expensive, NZD49.50 (RM137) seorang. Semua benda mahal di NZ ni. Actually boleh combine both Farm Show dan Farm Tour tu dan harga pakej ni NZD69 (RM191) tapi the 1st Farm tour starts at 10:40 am, so nanti lambat pula kami nak ke tempat lawatan lain. 

Ini senarai harga tiketnya.
Farm ShowFarm TourFarm Show + Farm Tour ComboFarm Show & Rainbow Springs
Adult$36.50$49.50$69.00$73.00
Child (5-15yrs)$19.50$25.50$36.00$36.00
Family (2 adults + up to 3 kids)$92.50$124.50$169.00$180.00
Infant   (0-4yrs)FREEFREEFREEFREE
Duration1 hour1 hour2 hoursN/A
Times9.30am
11.00am
2.30pm
10.40am
12.10pm
1.30pm
3.40pm
Rainbow Springs 8.30am-5.30pm
www.agrodome.co.nz

Ada info tentang the Farm Show.

Also about the Farmyard Nursery dan Farm Tour.

Nama pun farm, maka itik-itik pun ada juga. In fact, nanti saya share foto-foto farm animals lain yang ada di Agrodome ni.

Inilah kenderaan yang digunakan untuk Farm Tour, sebuah farm tractor. 

Dog & Whistle tu ialah a gift and souvenir shop. 

Kami terus ke bangunan di mana diadakan Farm Show. Di entrance bangunan ni ada patung pekerja ladang sedang cukur seekor biri-biri.


Amazing details.

Kaunter tiket dan jalan masuk ke dewan besar bangunan Farm Show.

Tapi sebelum masuk jom kita tengok info menarik yang on display di sini.

The Agrodome Story.



And I just love old black and white photos like these. 

Let's have a closer look.



Ok, jom masuk ke dalam hall. Waaa.. besar dewannya.

Maklumat tentang Agrodome Farm Show dari promotional pamphlets mereka.

Mula-mula ingat nak duduk tengah...

Then decided to sit at the side where it was closer to the stage. And it was easier to take photos while standing on the side aisle without blocking others' views.

Waa... ada pyramid stepped stage dengan nama-nama baka-baka kambing biri-biri. Merino di atas sekali and at center stage. But of course. 

Di kiri kanan stage ada lorong. Di dalamnya ada beratur kambing biri-biri dari baka-baka yang namanya ada di stage tadi. Nama pun kambing, tak kira la dari NZ ke mana ke, tetap semerbak bau-bauannya.. hehe.

While waiting for the show to start, pergi sekejap tengok anak-anak farm animals yang super duper cute comel yang amat! Tiket Farm Show adalah termasuk free entry ke Farmyard Nursery. Lokasinya di sebelah kiri stage right besides the audience seats.

Ya Allah, isn't this simply the most adorable baby alpaca! 

Rasa nak peluk dan bawak balik. Tapi tak jadi sebab nanti Tam Tam jeles 😊. 

Kepada yang tak kenal Tam Tam, inilah dia 😊.

And the other animals.

Baby rabbits. A'aa.. memang besar macam tu.

Baby sheeps. Tengah lapar nampaknya. 

Aww... cuteness overload! Black-faced baby sheeps. Yes, kaki mereka pun hitam jugak. 

Snuggling with each other... adorable sangat!

New Zealand Grey Duck agaknya.

Tak lama lepas tu Farm Show pun started. Inilah the host of the show, very funny, very entertaining guy 😊.

And of course the stars of the show are the sheeps. Presented were the best sheeps dari 19 baka kambing biri-biri. 
Untuk buat biri-biri tu duduk diam di tempat masing-masing mereka dirantai dan depan mereka ada mangkuk berisi makanan. Kelakar bila ada yang kena marah sebab makan dari mangkuk kambing sebelah... hehe.  

Seekor demi seekor kambing dibawa keluar oleh host dan pembantunya naik ke pyramid stepped stage secara berselang seli dari kanan dan kiri lorong di tepi pentas.

Sambil itu host juga memperkenalkan setiap baka kambing biri-biri di pentas. 
Bahagian atas pyramid stepped stage dari kanan: Dorper, Coopworth, English Leicester, Border Leicester, Corriedale, Merino, Romney, Cheviot, Perendale, Lincoln and Texel.
Bahagian bawah pyramid stepped stage dari kanan: Dorset Down, Southdown, Poll Dorset, Dorset Horn, Drysdale, Suffolk, South Suffolk and Black Romney.

Audience pagi tu datang dari beberapa negara seperti UK, India, China, South Korea (paling ramai), Australia, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan New Zealand sendiri. 

Penerangan serba ringkas diberi oleh host dengan cara yang sangat humorous. Memang asyik gelak je kami.. hehe. I wish I could recall them so that I could share here.

Biri-biri ni semuanya besar-besar belaka. Or at least bulu mereka sungguh tebal, so nampak besar.

Barisan supermodels dari 19 baka biri-biri yang ada di New Zealand. 

Aaa... handsome poses 😊.

Dan baka yang ini yang paling hebat pada saya sebab ada bukan satu, tapi dua pasang tanduk yang melengkung. Ini baka Dorset Horn.


Host ni kata dia, macam biri-biri tu, dia juga adalah baka terbaik New Zealand sambil berposing ala model sedia untuk foto dia diambil... hehe. 

They truly are such beautiful animal. 

Kehebatan ciptaanNya, kurnia dariNya kepada manusia untuk dimanfaatkan.

Next, sesi mencukur pula. Ni host sedang tunjuk cara nak pegang/kepit biri-biri tu supaya duduk diam masa dicukur. 


Shearing pun dimulakan. 

Shearing process biasanya dilakukan sekali setahun, antara Ogos dan November. Masa cukur dipastikan biri-biri masih mempunyai sedikit lagi of their woolly coats untuk musim sejuk.

Shearers adalah sangat mahir dan bangga dengan cara pengendalian biri-biri mereka yang dilakukan dengan berhati-hati. 

Penggunaan mesin gunting adalah yang paling popular kerana kerja mencukur dapat dilakukan dengan cepat dan efisien memastikan stress paling minimum pada biri-biri. 

Mencukur bukan hanya bertujuan untuk mendapatkan bulu biri-biri itu tapi juga untuk buat biri-biri itu selesa, melegakan mereka semasa musim panas.

Throughout the shearing process, biri-biri tu elok je dok diam.

Dah nak botak dah. Nampak macam dah habis kena cukur tapi ada sikit lagi bulunya. Moreover, over the next weeks akan tumbuh lagi  bulu baru enough to keep it warm during the coming winter.

Host dan pembantu. 

Supermodels ni tak la di cukur sebab, well, they are supermodels.. hehe. They have to remain woolly coated for the coming shows. And because they are the stars of the show dan tak dicukur, maka masa musim panas agaknya mereka ni diletak dalam cool indoor barns. 

Dorset Horn ni tanduknya melengkung berpintal ke depan. Yang betina has high milk production and will breed out of season.

Yang ini baka Poll Dorset, diternak mainly untuk dagingnya. Poll Dorset sheep are renowned for their ease of lambing, hardiness and capability to thrive particularly when conditions are hot and dry. It is biggest meat breed in both New Zealand and Australia.


Yang ini pulak ialah baka Suffolk. Suffolks adalah salah satu baka kambing yang paling berat. Kedua-dua jantan dan betina berat boleh sampai 100 kg. Secara semulajadi ianya subur dan mempunyai peratus pembiakan yang sangat baik. Bulunya juga lebih banyak berbanding kebanyakan baka lain, dan mempunyai ciri-ciri yang sangat baik untuk thermal fillings in garments and bedding.

Baka South Suffolk.

Lepas shearing host pun baling to the audience a few samples bulu biri-biri. 




Lepas pertunjukkan shearing, host bawa masuk seekor mama cow dan memanggil seorang penonton naik ke pentas untuk perah susu lembu tu. Berebut-rebut kaum dari Korea Selatan nak volunteer. Fyi, mama cow mesti la digosok-gosok dulu before milking.

Dan of course kawan si pemerah adalah terlebih lagi sibuknya dan langsung tak kisah dia tu menghalang pemandangan penonton lain.  


Then host menjemput beberapa orang adik naik pentas. Mereka pun diberi botol susu. Then beberapa lambs dilepaskan dari pintu tepi pentas dan terus meluru ke arah adik-adik yang pegang botol susu tu nak menyusu.

Aggressive lambs tu sampai salah seorang adik perempuan tu jadi panik dan terus lari turun pentas. Kesian dia. 

The boys ok je. Another new girl was asked to the stage and she was ok. Tengok dari gaya lambs tu menyusu, memang kena pegang botol susu tu kuat-kuat. 

Dan of course a farm show tak lengkap kalau tak ada show sheep dog. Cukup patuh dan obedient anjing ni ikut setiap perintah the host. Kagum nengoknya. 

Atas pentas tak boleh la nak tunjuk demo anjing ni kawal biri-biri so guna la itik-itik. Still very impressive. Suka tengok body language anjing tu masa dia mengawal pergerakan itik-itik tu. 



A very handsome dog.


Si Drysdale tu macam ketawa pulak.. hehe. 

Dan last sekali, kemuncak show, ialah bila the sheep dog berlari ke tepi kanan pentas dan melompat berpijak atas setiap biri-biri sampai ke the other side of the stage.

Needless to say, the claps from the audience was thunderous. It was quite amazing feat actually. 

A nice way to end a very entertaining show. 

Lepas show tu penonton dijemput naik ke pentas to have a closer look at the sheeps, nak ambil gambar dan bergambar with them pun boleh. Kami tak naik sebab keadaan yang berkerumun masa tu.  

So saya pun jalan-jalan dalam hall ni and saw a few old photos di dinding. Ada foto-foto biri-biri yang pernah terlibat dalam Farm Show yang kini sudah tiada lagi. Yang ni namanya Sambo. 

Yang ini namanya Rugby. 


2 lagi biri-biri. In memoriam. 

Jenis-jenis pencukur letrik yang digunakan.

Then ternampak the host passed by, so ajak le bergambar.. hehe.

Lepas tu masuk ke Dog & Whistle, Gift and Souvenir Shop. 

Then noticed crowd dah kurang di pentas, so naik la kejap. 

Hello sheeps 😊.





Suspen jugak nak gi dekat-dekat.. hehe. Kot disondolnya.. haha.

Dapat pun satu shot dekat tapi tak nampak mata pulak.. hehe.



The amazing sheep dogs!


Selesai dah kami pun exited the building. Saw a group about to go for the Farm Tour.

Haziq kata still got time so kami pun explore the farm.

Ada tempat foot bath. 

Siap ada berus untuk bersihkan kasut. 

Ada patung burung kiwi besar.

Bunga Agapanthus praecox, sejenis lily.



The host Farm Show tadi walking with his dog.

Patung sheep dog yang so cute.

Jom explore further.

Ada keldai.

Rasanya ini Willowbank Miniature Donkeys. 

Let's go see horses and sheeps pulak.



A Boer goat and a Clydesdale horse. 















Old carriages.


Biri-biri yang dah dicukur.


Yang ini masih fluffy, belum dicukur. 


Another donkey.

A pony agaknya. All black with brown hair and shiny.

Oh ya, ni sticker untuk masuk tengok Farm Show tadi. 

Dah, jom lepak minum kejap.

Beli hot chocolate and potato chips di The Coffee Kiosk. 


So good πŸ˜‹.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment