Monday, October 29, 2018

EGYPT - DAY 03 - PART 02 - UYUN MUSA

Selepas melawat Muzium Kubu Israel or War Memorial 73, kami ke 'Uyun Musa atau Telaga Musa pula. 

Ini sebuah tugu berhampiran War Memorial 73.

Signboard direction ke 'Uyun Musa.

Kami berdua memang tak jemu merakam desert landscape di Mesir ni. Cantik sangat! 







Tiba di 'Uyun Musa (Moses Spring, عيون موسى). Mata air Musa ini berlokasi 20 km Selatan dari Terowong Ahmed Hamdi di Sinai Selatan.

Setelah selamat dari dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya, kaum Bani Israil merasa haus yang teramat sangat, hingga mereka meminta air dan makanan kepada Nabi Musa as. Lalu Nabi Musa as memukulkan tongkatnya dan keluarlah 12 mata air dari batu yang dipukulnya itu, setiap satu mata air untuk satu suku Bani Israil. Di 'Uyun Musa inilah dipercayai sebagai tempat 12 mata air itu.  

Ayat 60 Surah Al Baqarah. 
وَإِذِ اسْتَسْقَى مُوسَى لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ كُلُواْ وَاشْرَبُواْ مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلاَ تَعْثَوْاْ فِي الأَرْضِ مُفْسِدِينَ
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". (QS: Al-Baqarah: 60).

Dari 12 mata air itu, 5 sahaja yang dapat dilihat di peta bawah. Dipercayai 7 lagi telah tertimbus. Dari peta ini juga, lokasi telaga-telaga ini boleh diketahui berdasarkan bumbung-bumbung khemah yang dibina untuk melindungi telaga-telaga itu. 

Dari dalam bas dah nampak bumbung khemah salah satu telaga Nabi Musa as.

Turun dari bas kami berjalan ke arah telaga-telaga itu.



Ini telaga Nabi Musa as yang pertama kami lawat. 

Selain dari khemah, binaan dinding telaga juga telah dibuat untuk elak perigi ini dari terkambus, juga sebagai tanda adanya telaga di sini. 

Airnya agak kotor kerana pencemaran dibuat oleh manusia. Dulu jernih airnya kata Ustaz. 




Berjalan ke telaga satu lagi.


Juga berbumbung dan berdinding telaga. 

Telaga yang ini pula kering. Ustaz kata kali terakhir dia lawat telaga ini ada airnya, juga bersih.


Persekitaran di telaga-telaga ini kelihatan subur dengan pokok-pokok besar dan pohon kurma. 

Di hujung sana ada lagi 3 telaga tapi kami tak sempat nak lawat kerana kesuntukan masa. Maklum la, perjalanan kami ke Dahab masih jauh lagi. Nak lalu banyak sekatan lagi.

Lokasi telaga-telaga Nabi Musa as ini adalah dekat dengan Teluk Suez i.e Laut Merah.

Zoomed-in dan boleh nampak kapal besar sedang berlayar di Teluk Suez dari 'Uyun Musa ni.

Exploring nearby shady area. Panas masa tu.


Itu kedua-dua telaga yang kami lawat tadi dilihat dari jauh.

Telaga yang pertama.

Telaga yang kedua.

Telaga yang lagi 3 ada di sebalik pokok-pokok itu. Jauh nak jalan ke sana dan  kami dah nak bertolak.

Terfascinated pulak tengok pokok ni. Macam dah berusia ratusan tahun rupanya.

Hidup subur di kawasan padang pasir, di kawasan telaga-telaga Nabi Musa as ini.


Ada deretan kedai-kedai di sini tapi nampaknya tiada penjual masa tu.

Mereka inilah dua orang anggota polis escort kami selama kami di Sinai. They were assigned to protect us in case kami menghadapi situasi cemas. Juga mereka wajid ada mengiringi kami untuk melapor kepada semua anggota keselamatan yang bertugas di semua sekatan checkpoints yang kami lalui di Sinai. Dan mereka bersenjata. Mereka ni memang la nampak serius as they should tapi mereka baik. Ada akak-akak dalam group kami yang bergambar dengan mereka.. hehe. Baik je mereka layan mak cik-mak cik tu.

Bas kami semasa di Sinai.

Bertolak meninggalkan 'Uyun Musa untuk ke destinasi seterusnya.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. amazing kan .. still ada uyun tu after all this years...
    sayangnya dah tercemar..

    abang abang polis tu bawak senjata tak?
    tak nampak pun sorok kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed tapi saya baca telaga Nabi Musa ini juga dikatakan berada dilokasi lain. So cannot be sure exactly where the telaga-telaga are. Wallahu a’lam bish-shawabi. Pada saya di mana the actual perigi is tak la begitu penting kerana yang lebih penting ia membawa kita menjejak rasul berserta kisah2 yg tertulis di dalam Al Quran.

      Part tercemar tu I agree with you la. Mana2 pun ada je orang yg tak prihatin.

      Ada bawak, di pinggang mereka, well hidden.

      Delete