Friday, October 19, 2018

EGYPT - DAY 02 - PART 03 - MOSQUE OF AL NASIR MOHAMMAD IBN QALAUN & ISLAMIC CAIRO

Ok, saya sambung cerita kami ke Qal’ah (kubu) Sultan Salahuddin al-Ayyubi dengan lawatan ke salah satu dari 2 masjid di dalam kubu ini iaitu Masjid Al Nasir Mohammad ibn Qalaun. Masjid yang satu lagi ialah Masjid Muhammad Ali Pasha yang juga ada kami lawat, yang ceritanya will be in my next coming blog entry.

Rasanya elok kalau saya bercerita juga serba sedikit tentang siapakah Al Nasir Mohammad ibn Qalaun disamping bercerita tentang masjid ini. 

Sultan Al Nasir Mohammad ibn Qalaun adalah sultan ke 9 dari Empayar Mamluk yang memerintah dalam tiga tempoh pemerintahan. Kerana perebutan kuasa, beliau pernah digulingkan dua kali semasa pemerintahannya. Pada awal pemerintahanya dia tidak punya banyak kuasa sebagai seorang sultan kerana ketika itu baru berusia 9 tahun. Disebabkan pada masa itu banyak berlaku perebutan kuasa maka Nasir telah dibesarkan di luar Cairo dihantar oleh pengajarnya Kitbuqa. Malangnya Kitbuqa telah dibunuh dan pemerintahan negara diterajui oleh beberapa orang sultan lain sehinggalah Lagin, penasihat setia diraja mengambil alih kuasa dan memanggil Nasir balik semula ke Cairo dan ditabalkan sebagai sultan. Setelah itu Sultan Nasir mula membuat pelbagai projek-projek besar di Cairo.

Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad ibn Qala'un adalah masjid awal abad ke-14 di Citadel, Kaherah, Mesir. Ia dibina oleh sultan Mamluk Al-Nasir Muhammad pada 1318 sebagai masjid kerajaan Citadel, di mana sultan-sultan Cairo melakukan solat Jumaat mereka. Masjid ini terletak di seberang jalan dari akses halaman ke Masjid Muhammad Ali Pasha. Masjid ini berbentuk empat segi seperti di dalam foto pelan di bawah.

View Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad ibn Qala'un dari atas. 

Masjid ini essentially rupanya adalah serupa seperti pada 1300an walaupun banyak pembaikan telah dibuat. Ia dibuka kepada orang ramai dan sering dikunjungi oleh pelancong.

Secara fisikalnya Sultan Nasir dikatakan tidaklah seperti seorang pemimpin tetapi hakikatnya beliau adalah seorang yang bijak dan bersemangat tinggi. Ilmuwan Ibn-Batuta mengatakan beliau adalah seorang yang mempunyai “noble character and great virtue”. Kedua-dua bapa dan saudara lelaki Sultan Nasir juga telah dinobatkan sebagai Sultan. Begitu juga dengan lapan anak-anaknya dan empat cucunya.

Pada masa itu pemerintah-pemerintah Cairo akan menyokong pembangunan bandar dengan menaja projek bangunan besar-besaran yang akan memberikan Cairo prestij disamping mewujudkan pekerjaan pada penduduk Cairo. Salah satu projek Sultan Nasir yang paling prestij ialah membina kawasan Citadel yang merupakan pusat pemerintahan Empayar Mamluk. Istana, aquaduct dan masjid telah dibina di situ. Sultan Nasir juga telah membina sebuah kompleks keagamaan di pusat kota, bersebelahan dengan pusat keagamaan yang dibina oleh ayahnya. Semasa pemerintahannya, Sultan Nasir juga telah merenovasi lebih dari 30 masjid. Beliau juga sangat menjaga kebajikan para jemaah haji dari Mesir dan Damascus dengan memberikan pelbagai bantuan.

Dalam renovasi 1335, masjid ini telah ditambah ketinggiannya, bumbungnya dibina semula dan kubah kayu yang dihias dengan jubin hijau telah ditambah. Selama berabad-abad masjid ini dianggap masjid paling hebat di Kaherah sehingga kubah hijaunya runtuh pada abad ke 16.

Pelan masjid ini terdiri daripada sebuah halaman yang dikelilingi oleh empat kawasan berbumbung, yang terdiri daripada barisan tiang-tiang, membentuk sisi-sisi halaman yang cukup menarik. 

Kawasan berbumbung yang terbesar terletak di bahagian sebelah timur (arah kiblat). 

Senibina di bahagian dalam masjid ini juga ada persamaan dengan Masjid Córdoba di Sepanyol dan Masjid Umayyad di Damsyik.

Dikatakan ruang solat di masjid ini boleh memuatkan 5,000 orang jemaah.

Bergambar bersama-sama kawan-kawan satu group di dataran dalam Masjid Al-Nasir Mohammad ibn Qalaun.

Bahagian berbumbung masjid ini dihiasi dengan lampu-lampu gantung yang sangat classic looking.

Vintage sungguh.

Ciri-ciri yang paling menarik dan unik di masjid ini adalah dua menaranya. 

Yang pertama diletakkan di barat laut diarahkan ke kawasan ketenteraan di bahagian barat. Menara yang kedua berlokasi di sudut tenggara masjid, mengarah ke kawasan awam (istana kesultanan) di bahagian selatan benteng.

Apa yang menjadikan menara-menara ini unik adalah bahagian bulat/bola yang berhiasan halus dan berukir dilitupi dengan mozek berwarna hijau, putih dan biru. 

Juga dihiasi dengan tulisan dari Al Quran putih dengan latar belakang biru, yang direalisasikan pada jubin seramik. 

Reka bentuk menara-menara masjid ini dipengaruhi oleh seni bina Ilkhanid (Mongol). Pada ketika itu tidak banyak menara masjid di sekitar Kaherah yang dihiasi begitu. 

Dipercayai Sultan Nasir mempunyai hubungan baik dengan Mongol pada masa itu dan mungkin telah mengupah tukang dari Tabriz untuk membina menara masjidnya. Ibu Sultan Nasir sendiri adalah dari keturunan Mongol.

Seterusnya kami ke bahagian mihrab masjid ini. Betul-betul di atas bahagian ini adalah kedudukan dome hijau tadi.

Pengunjung boleh lihat sendiri bagaimana masjid ini pernah satu ketika dulu merupakan sebuah masjid yang hebat.

Di bahagian atas di dalam masjid ini dihiasi dengan mosaik kaca. Sultan Nasir adalah Sultan Kaherah yang terakhir yang menggunakan hiasan seperti ini dalam pembinaan masjid.

Mungkin sesuatu yang unik dalam sejarah, dana untuk membina masjid ini telah tidak melebihi kos sebenarnya. Dana ini kemudiannya digunakan untuk membeli lebih banyak tanah dan kedai untuk menyokong masjid menjadikannya salah satu institusi paling kaya di bandar.

Ukiran pada siling yang cukup indah.

Grandeur!

Pemandangan siling di bahagian berbumbung masjid.

Di dalam masjid, dinding yang disokong oleh tiang-tiang mempunyai barisan tingkap yang melengkung yang memberi ciri khas bangunan. Tingkap-tingkap ini mungkin telah ditambah semasa bumbung masjid ini ditinggikan. Bukaan tingkap-tingkap ini membantu mengurangkan kesan tujahan yang disokong oleh tiang-tiang gerbang, menerangkan bahagian dalam berbumbung masjid dan juga sebagai hiasan. 

Minbar masjid yang penuh dengan ukiran yang menarik.

Ukiran motif geometri dan tumbuhan digunakan.


Lokasi dome hijau.

Mihrab yang penuh dengan hiasan marmar dan ukiran.

Sekitar 1318, setelah masjid ini selesai dibina, Sultan al-Nasir menggunakannya untuk mengerjakan solat hariannya. 

Kedua-dua kestabilan kewangan dan prestij Sultan Nasir sendiri telah menjadikan masjid ini tempat yang sesuai untuk bekerja. 

Untuk menentukan siapa yang akan mendapat pekerjaan itu, Sultan Nasir memanggil mengadap semua muezzin, pendakwah dan ahli-ahli agama untuk hadir dan mengajar. 

Oleh itu, Sultan Nasir telah dapat para pemimpin dan ilmuan agama yang terbaik untuk berkhidmat di masjidnya.




Asalnya, kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi ini sudah ada sebuah masjid. Seperti bangunan-bangunan lain yang dibina oleh Sultan Nasir, masjid ini telah dibina di atas tapak bangunan terdahulu. Masjid yang lebih awal mungkin merupakan masjid jemaah Ayyubid, mungkin dibina oleh Sultan Saladin.

Begitulah lawatan kami ke masjid hebat ini, Masjid Al-Nasir Mohammad ibn Qalaun. Walaupun nampak grand, tapi ianya bagi saya adalah sebuah masjid yang 'humble' dan tidak didekorasi dengan pelbagai hasil seni yang tentunya berkos tinggi untuk dilakukan. Mungkin sebab itu kos pembinaan masjid ini tidak melebihi bajet, which is a rare thing in any mega projects like this. 

Selesai melawat masjid Al Nasir Mohammad ibn Qalaun, kami pun sambung jalan-jalan di kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi ini.

Ini Bab (pintu) Al-Qullah berhampiran Muzium Polis.


Berjalan menuju ke anjung kubu for a panoramic view of Cairo.

Ini bangunan Istana Jawharah yang menjadi tempat kediaman Sultan Salahuddin Al Ayubi di kubu ini. Tapi kami tak masuk ke dalam.

Di dataran anjung kubu ini juga ada satu kawasan carigali sebahagian lagi binaan kubu lama.




Anjung kubu.


Pemandangan bandaraya Kaherah yang cukup indah. Kawasan ini dinamakan Islamic Cairo.

Islamic Cairo adalah sebahagian daripada pusat bandaraya Cairo berlokasi di sekitar kota lama Cairo dan Citadel of Cairo yang dipenuhi oleh beratus-ratus masjid, makam, madrasah, rumah-rumah besar dan kubu-kubu yang berasal dari zaman Islam. Jadinya Cairo terkenal dengan panggilan Kota Seribu Menara (City of 1,000 Minarets). Ini disebabkan ada terlalu banyak menara masjid di kota ini. Kedudukan masjid di Cairo memang dibina rapat-rapat antara satu sama lain kerana bilangan penduduknya yang ramai datang bersolat jemaah tidak mampu ditampung oleh hanya sebuah masjid dalam sesuatu kawasan.

Pada tahun 1979, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) mengisytiharkan Historic Cairo sebagai tapak World Cultural Heritage, sebagai "salah satu kota Islam tertua di dunia, dengan masjid, madrasas, hammam dan fountains yang terkenal" dan "pusat baru dunia Islam, yang mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-14".

Islamic Cairo adalah kawasan bandar Cairo yang mempunyai paling banyak monumen-monumen Islam yang paling terkenal. Kebanyakkan monumen-monumen ini dibina oleh khalifah Fatimiyah yang mengasaskan kota Cairo. 

Islamic Cairo adalah pusat kota bersejarah. Ketika Dinasti Fatimid menakluki Mesir pada tahun 969 M, mereka membina sebuah ibu kota baru di utara kota yang sedia ada untuk berfungsi sebagai pusat pentadbiran mereka. Bandar baru ini dinamakan Al-Qahira yang bermaksud 'The Vanquisher'. 

Al-Qahira menjadi ibu negara Mesir dari 750 hingga 868 dan berkembang menjadi pusat serantau untuk Islam di mana banyak masjid dan monumen Islam lain dibina. Inilah sebab utama kawasan ini dikenali sebagai Islamic Cairo.

Walaupun ia sudah tidak lagi menjadi pusat Cairo, Islamic Cairo kekal sebagai peringatan sejarah bandar itu. 

Kebanyakan tembok bandar lama ini telah lama runtuh, tetapi masih terdapat beratus-ratus monumen dan masjid yang indah membarisi jalan-jalan di Al-Qahira. 

Islam Cairo adalah unik dari banyak daerah bersejarah lain kerana ia diduduki oleh penduduk bandar ini. 

Dari anjung tinjau kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi ini boleh nampak 2 buah masjid bersejarah iaitu Masjid Sultan Hassan dan Masjid Rifa'i.

Masjid Sultan Hassan ini siap dibina oleh Sultan Hassan dari empayar Mamluk pada tahun 1363. Ia terletak di bawah kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi dan di sebelah Masjid Rifa'i yang lebih baru. Ia dikatakan contoh utama masjid dari dinasti Mamluk Islam. Merupakan salah satu masjid terbesar di Mesir dan dunia Arab, ia digunakan sebagai sekolah untuk pemikiran Islam (sunni) yang berbeza. Juga mengandungi makam.

Pada 2010, isteri saya ada ke Mesir dan lawat masjid Sultan Hassan ini so rasanya elok saya share di sini foto-foto yang dia ambil. 



Di dalam masjid ada sebuah lorong yang menuju ke sebuah courtyard yang terbuka.


Ruang solat Masjid yang terletak di ruang terbuka.

Di tengah-tengah courtyard terdapat sebuah fountain bagi kegunaan berwuduk.





Pemandangan dekat mihrab masjid.


Di belakang ruang solat, ada sebuah bilik yang digunakan bagi tujuan pengajian agama. Setiap mazhab Ahlul Sunnah mempunyai ruang kuliah masing-masing.

Masjid Sultan Hassan juga mempunyai akustik yang sangat hebat. Bila azan atau ayat suci dilaungkan, ia bukan sekadar bergema, malah bunyinya melantun-lantun di setiap penjuru. Dni demonstrasi bunyian azan yang melantun-lantun dalam masjid.

Setiap mazhab Ahlul Sunnah  (Maliki, Hanafi, Hambali dan Shafie) mempunyai ruang pengajian agama masing-masing seperti ini.

Masjid Rifa'i dibina pada tahun 1911. Di dalamnya ada makam raja-raja terakhir Mesir: Raja Foaud dan anaknya Raja Farouq, bersama juga sejumlah besar keluarga bangsawan Mesir. Shah Iran yang terakhir, yang berundur ke Kaherah setelah digulingkan dari kuasa di negaranya juga dikebumikan di sini.

Masjid Al Rifa'i ini ada pada duit 10 EGP.

Ok ini foto-foto Masjid Al Rifa'i yang isteri saya ambil masa dia lawat ke situ pada 2010.


Pemandangan di dalam masjid.



Terdapat makam beberapa orang kenamaan di dalam Masjid Rifa'i. Antara mereka termasuklah Shah Iran yang makamnya dibuat dari marmar hijau.

Walaupun Al-Qahira dipenuhi dengan istana dan bangunan pentadbiran ketika pertama kali dibina, penduduk Kaherah berpindah masuk ke kota lama ini semasa pengepungan abad ke-12 dan sejak itu mereka tidak pernah pulang ke tempat asal mereka. 


Walaupun terdapat banyak senibina dan infrastruktur yang terbiar, Islamic Cairo kekal sebagai salah satu kawasan yang paling ramai penduduk di Kaherah, dengan banyak monumen-monumennya yang menjadi sebahagian dari kehidupan seharian berjuta-juta orang Mesir





Haaa.. nampak tak piramid tu? Hardly right? Betul, saya pun at first tak nampak pun sehingga my wife pointed them out to me.

Lokasi kami di Salah El Din Al Ayouby Citadel dan The Great Pyramid of Giza. 

Kalau cuaca terang mesti nampak lagi jelas.



Bergambar kenangan bersama group members. 

Selesai ambil gambar dan menikmati keindahan kota lama Kaherah, kami bergerak pula ke bahagian seterusnya di dalam lawatan di kompleks Kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi ini.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

8 comments:

  1. tuan, xde gambar makanan dalam pakej ni ke?

    -dari entry umrah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik/Cik/Tuan/Puan Anonymous
      Ada. Cerita time makan baru saya share foto2 makanan.

      Delete
  2. wahhh... dah sangat pandai selpie dengan 360!!!
    cukup semua ahli rombongan !!
    Mongul ? as in Mongolia ?
    lampu-lampu tu memang warna gitu ? atau sebab berhabuk?
    beautiful arches and ukiran !
    and betul lah.. nampak ' humble ' je masjid ni.
    [ humble ? hehehhe is that the right word ]

    haze atau pollution tu ?
    sampai kelabu macam tu?i mean debu sebab padang pasir or pollution oleh manusia .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. boleh la sikit buat selfie/wefie.. hehe..
      Cukup! Since semua dah memang berkumpul for group photo for the travel agent, so I ajak le sekali ber360 :).
      Should be Mongol actually. The Mongolians.
      I think warnanya biru. Tapi tu dah covered with so much habuk. Mesti cantik if cleaned up!
      Indeed. Saya mmg asyik tengok all the details. Alas, saya tak pandai nak appreciate sebab tak de pengetahuan tentang architecture and designs.
      Tu la... jenuh fikir apa word yg appropriate. 'Humble' is the closest one that came to me to describe the masjid, which I think is quite fitting la.

      Mesir ni haze teruk, dari particulate yg bahaya pada paru-paru. Pollution pun ada juga dari kenderaan dan kilang.

      Delete
  3. sedap nama al qahira
    kaherah
    di mat salehkan jadi cairo

    ReplyDelete
  4. Salam.. rindu Mesir selepas tgk blog ni.

    Saya belajar di sana dari 2002 - 2008.

    Cuma pernah terdengar dan baca, yg Salahudin Al-Ayyubi tak sempat datang ke Kubu beliau setelah siap dibina (beliau hanya datang pada "penaklukan" dan kemudian arahkan pembinaan kubu dan kemudian keluar utk menyambung misi peperangan & penaklukan. Beliau tak sempat pulang ke Cairo sebelum meninggal dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham. Saya yang cuma beberapa hari di Mesir pun rasa rindu, especially lepas baca balik my Mesir entries, lagi la En. Ahmad yang pernah tinggal di sana selama 6 tahun.

      Oh ye ke! Such fascinating fact! Saya tak jumpa pula maklumat tentang dia tak sempat tengok sendiri kubu tu. Thanks!

      Delete