Wednesday, April 25, 2018

KERALA INDIA - DAY 04 - PART 03 - COCHIN TOUR - JEWISH SYNAGOGUE - JEW TOWN

Next kami ke Jewish Synagogue. 

Penganut Yahudi tempatan yang dinamakan Malabari Jews telah ada di Cochin sebelum kedatangan Yahudi Sephardic ke Jew Town ini. Tetapi, seperti juga Orang Portugis yang enggan mengiktiraf penganut Kristian tempatan dulu, Yahudi Sephardic juga tidak mengiktiraf Yahudi Malabari kerana mereka berkulit gelap dan miskin.

Walaupun di Cochin ketika itu telah ada 7 buah synagogue, orang Sephardic Jews masih membina synagogue mereka sendiri yang dinamakan Paradesi Synagogue (Foreigners' Synagogue). 

Disebabkan ramai penganut Yahudi dari kedua-dua golongan Sephardic dan Malabari telah berhijrah ke Israel kini, semua synagogue ini tidak lagi dapat berfungsi sebagai rumah ibadat secara tetap. Ini adalah kerana bilangan Yahudi yang masih tinggal di sini tak cukup untuk membentuk kuorum (dipanggil Minyan) untuk melaksanakan ibadat di synagogue. Kehadiran sekurang-kurangnya 10 orang lelaki Yahudi diperlukan dalam sesuatu Minyan.

Semua synagogue milik Yahudi Malabari di Cochin telah ditutup dan ada di antaranya telah diroboh atau ditukar fungsi. Paradesi Syanagogue adalah satu-satunya synagogue yang dapat bertahan kerana dari semasa ke semasa, ia menerima kehadiran orang Yahudi dari Israel dan Eropah yang berkunjung ke sini untuk beribadat, walaupun tidak secara regular.
Menara Jam ini sebenarnya mempunyai 2 muka. Nombor pada muka yang menghadap ke Jew Town ditulis dalam Huruf Roman manakala bahagian yang menghadap ke Mattancherry Dutch Palace ditulis dalam huruf Malabari.

Paradesi Synagogue boleh dilawati tetapi ia ditutup pada Hari Sabtu seperti hari lawatan kami kerana Shabbat. Shabbat yang bermula dari terbenam matahari setiap Hari Jumaat sehingga terbenam matahari pada Hari Sabtu adalah waktu suci bagi Orang Yahudi di mana mereka tak boleh bekerja pada ketika itu. Jadi pengunjung yang datang pada hari ini cuma boleh melihat synagogue ini dari luar sahaja.

Menara Jam Synagogue ini sedang dipulihara oleh pertubuhan World Monuments Fund Jewish Heritage Programme

Since tak boleh masuk maka dicari foto dalam synagogue ni di internet. 

Pemandangan di dalam Paradesi Synagogue. Lantainya dipasang dengan 1100 keping jubin yang diimport dari China pada tahun 1762. Kesemua jubin ini mempunyai gambar dan corak yang berbeza.

Pemandangan menghala ke Ark di dalam Synagogue. Almari yang dinamakan Ark ini sentiasa ada di dalam Synangogue. Ia digunakan untuk menyimpan scroll kitab suci orang Yahudi yang dinamakan Torah (Taurat).


Ini pintu pagar ke perkuburan Yahudi di tepi synagogue.

Kawasan perkuburan ini juga tidak boleh dimasuki.




Berjalan meninggalkan Paradesi Synagogue.

The Ethnic Passage.

Shalom adalah ucapan Salam dalam Bahasa Hebrew. 




Sebelum balik ke kereta untuk ke airport, kami singgah sekejap di Ginger House Museum Hotel ini. 

Seperti namanya, ia adalah sebuah hotel tapi penuh dengan hiasan barang-barang antik. Ia juga mempunyai sebuah taman yang cantik dan restoran yang menghadap ke Laut Arab yang boleh dikunjungi, walaupun kita tak menginap di sini.  

Di entrance passage ni ada patung Kathakali.

Ada satu passage yang cantik yang dihias dengan arches dan patung-patung di kiri kanan dinding.


Ginger House Museum Hotel.


Lalu di lorong ni macam berjalan dalam sebuah galeri.







Then kami masuk ke dalam taman di Ginger House Museum Hotel ini.

Menarik juga landskapnya. Tapi penuh dengan patung-patung la.
















Ini pula ialah Restoran di Ginger House Museum Hotel.

Restoran ini menghadap ke Laut Arab.



Then kami keluar dari bangunan Ginger House Museum Hotel dan berjalan menuju ke kereta.

Antara yang dijual di kedai-kedai souvenir di sini.




Masuk dalam kedai ni kejap. Kakak ipar nak beli t'shirts.

Beautiful stitches. 




Selembar hamparan hiasan dinding yang sungguh mahal nampaknya.

Extremely intricate with amazing details and crazy beautiful patterns.



Sambung balik jalan ke kereta.



Dari main road terperasan pulak ada lukisan di dinding lorong ini. Jom masuk kejap.

The Kochi-Muziris Biennale is an international exhibition of contemporary art held in Kochi, Kerala.








Panas dan berbahang.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. comel-comelnya gajah dekat tapestry tu !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang letak extra photos tu. hehe.

      Delete