Friday, April 20, 2018

KERALA INDIA - DAY 04 - PART 01 - COCHIN TOUR - DOBHI KHANA

Ok dah Day 04. Hari ni kami nak balik KL dah. Tapi ada a few more places for us to visit today. Sebenarnya dah habis dah tour kami semalamnya tapi kami requested to go for another set of touring hari ini sebab semalam ada a few places yang kami tak sempat lawat atau sebab ada places yang closed masa tu. Additional tour ini tak ada extra charge. Alhamdulillah. Lagi pun flight balik belah malam so still got time lah. 

Apa-apa pun sarapan dulu. Breakfast di PGS Vedanta Hotel ni memang ok. Bagus juga selection buffet sarapannya. Dah yang penting semuanya halal. Alhamdulillah.



Love the juices and fruits selections.

We had dosai, ulunthu vadai, boiled eggs, dal, cup cakes, 2 types of bread with honey/fruit jam, omelette dan teh chai masala. 

And fruits, of course.

Nak la jugak bergambar style gini.. hehe. 

Lepas sarapan terus went for the extra tour. 

Seperti hari-hari yang lalu di M.G Road ni pagi-pagi agak sesak juga traffic.

Di Kochi ni, at least di M.G Road ni, kami noticed masih banyak lagi kerja-kerja binaan sedang in progress. 


M.G Road.

Pagi ini kami akan melawat ke Mattancherry yang terletak bersebelahan dengan Fort Kochi yang kami kunjungi semalam.

Salah satu shopping mall/office besar di M.G Road.

Iklan movie 'Eeda' dan cat asianpaints. 

Mattancherry, 13 km lagi. Selain ke Alappuzha untuk cruise dan bermalam dalam houseboat, tempat lawatan lain dalam tour kami lokasinya tidaklah terlalu jauh. So it was just nice. Sebenarnya ada juga pakej percutian ke pergunungan ladang teh dan pusat ayurveda serta safari tapi kami tidak berminat atau tidak sempat nak pergi sebab cuti pun tak dapat lama-lama.

Rasanya kalau tak ada wayar letrik yang berselirat, bandar Kochi ini akan nampak lebih kemas.

Deepika Padukone is India's official brand ambassador for OPPO F5. 

Ada banyak billboard khidmat nasihat masyarakat oleh sebuah private hospital di Kochi.

Pejabat suratkhabar 'The Times of India' dan kedai British Suit Gallery.

Shah Rukh Khan pula ialah brand ambassador untuk Reliance Jio sebuah telecom service provider di India.  

Manyavar, sebuah gedung menswear jual dhoti, kurtas, wedding dresses, sangeet wear, suit and Indian ethnic wear for men. Foto kanan: Centre Square Mall. 

St. Anthony Convent dan Cochin School of Economics.

Cochin Shipyard. 


Menyeberang Kollam-Kottapuram Waterway dengan Venduruthy Bridge menuju Willindgon Island.

Pintu masuk ke Pangkalan Tentera Laut India yang terletak di Willingdon Island. 

School for Navy Airmen.


Nampaknya tidak berpagar landasan keretapi ni di sebelah rumah-rumah sana.

Meneruskan perjalanan ke Mattancherry.

India welcomes you!

Melalui Mattancherry BOT Bridge - Gateway of Cochin Bridge.

Menyeberang Vembanad Lake.

GCDA Housing Colony, Thoppumpady, Kochi, Kerala, India.


Passed by Thoppumpady Junction.

Thoppumpady Rd, Thoppumpady, Kochi, Kerala. 


Melalui Moulana Azad Rd, Karuvelipady, Thoppumpady, Kochi, Kerala. 

Ini Masjid Ul Hajra di Aroor, Thoppumpady Rd, Thoppumpady, Kochi, Kerala. 

Walaupun umat Islam bukan majoriti di Kerala tapi we definitely felt their presence especially di Kochi ni.

Collection recycled waste.

Perkhidmatan bas awam.

Dan kami pun sampai ke tempat lawatan pertama kami iaitu Dhoby Khana. 

Perkarangan Dhoby Khana dekat pintu masuk. 

Ada mural besar di dinding near the entrance.  

Dikatakan Dhobi Khana ini adalah satu-satunya khidmat cucian tradisional yang paling berjaya di bandar Kochi ini kerana masih lagi beroperasi sehingga hari ini sejak berdekad yang lalu. Ini kerana masih lagi ada penduduk di sini yang masih suka menggunakan khidmat handwash mereka. 


Pusat dobi tradisional ini diasaskan oleh pemerintah Belanda pada masa dahulu untuk mencuci pakaian seragam tentera Belanda. Pekerja asal di Dhoby Khana adalah dari keturunan Vannar yang dibawa masuk oleh Belanda ke sini dari Tamil Nadu pada tahun 1720.

Bahagian pertama yang dilihat di Dhoby Khana adalah 'Ironing Yard' di mana kerja-kerja menggosok pakaian dibuat.

Jemuran yang dah kering dilonggok di tengah bangunan ironing yard sebelum digosok.

Kalau tak silap tong-tong kelabu belah kiri tu ialah washing machine model lama sebab ada corong keluar air di bawahnya dan are hooked up to power. Digunakan untuk membasuh jika ada pekerja yang sakit. Tapi pekerja di sini walaupun pernah terima donation industrial washing machine, lebih suka mencuci dengan cara tradisional yang mereka dah lakukan berdekad lamanya. Lagi pun pelanggan mereka hantar laundry ke sini specifically sebab suka pakaian mereka dibasuh dengan tangan. 

Dikatakan bahawa proses mencuci, menjemur dan menggosok tetap tidak berubah sekurang-kurangnya sejak 40 tahun yang lalu.

Semua pekerja yang kami nampak di sini sudah pun berusia. Boleh kata kebanyakkan mereka sudah berumur 50 tahun ke atas. 

Seperti kebanyakkan pekerjaan lain yang menggunakan cara tradisional lama, kerja laundry begini dipandang like a dying profession. Dikatakan juga kalau terus begini dalam masa 10 tahun style dobi macam ni akan pupus. Generasi muda tidak mahu buat kerja begini sebab ianya seperti kerja buruh dan gaji pula rendah. Lepas habis study mereka lebih suka cari kerja di bandar. 

Untuk menarik generasi muda, cara cuci laundry ni akan di modenkan. Persatuan Dhobi Khana sedang berusaha untuk mendapatkan mesin basuh, mesin pengering, seterika stim, dan semua kaedah moden dobi sebagai sebahagian daripada pemodenan Dhobi Khana. Ini diharap akan membawa generasi baru kepada profesion tradisional ini.

Kami perhatikan seterika yang pakai arang masih lagi digunakan. Berat seterika ini ada la dalam 8/9 kg. Berat tu! Dikatakan seterika-seterika di bawa dari Sri Lanka beberapa dekad yang lalu. 

Bayangkanlah menggosok dengan seterika berat ni berjam lamanya. Dah tu berdiri pulak. Dalam bangunan terbuka yang tentunya at times adalah panas. Lagi kesian pekerja di sini dah tua-tua belaka. Berdiri lama akan buat mereka sakit lutut dan kaki.

Seterusnya kami ke bahagian 'Washing Shed'. Ada 20 bilik-bilik washing shed di sini.

Di bahagian ini ada sebaris bilik-bilik kecil yang ada kolam (washing shed) yang digunakan oleh tukang cuci. Terdapat kira-kira 40 keluarga dalam masyarakat ini yang menggunakan washing sheds ini. Setiap bilik ada kolam, pelantar mencuci dan tangki air disediakan untuk setiap keluarga. Secara amnya tiada siapa yang dibenarkan menggunakan washing shed orang lain.

Tukang cuci di sini menawarkan perkhidmatan dobi untuk keluarga, hospital, hotel, asrama, homestay, firma kerajaan dan juga cruise ships. Ramai juga yang keluar mencari pelanggan dan mengambil pakaian untuk dicuci dari kawasan bukan hanya di Fort Kochi dan Mattancherry, tetapi juga dari seluruh Ernakulam.

Kami juga noticed pelakon terkenal Rajinikanth sangat diminati oleh komuniti di sini. Poster stars lain tak de, cuma Rajinikanth sahaja 😊.

Poster filem Rajinikanth dari kiri: Movies Kaala (2018), Kabali (2016), Billa (1980) dan Kodi Parakuthu (1988).

Ok, balik semula ke washing sheds ni.. hehe. Biasanya dari satu keluarga, yang lelaki akan mencuci pakaian dan yang wanita ditugaskan menjemur, mengangkat dan menggosok pakaian.

Tak pasti uncle ni tengah buat apa sebenarnya tapi ada bau kuat macam clorox.

Dalam satu washing shed ini ada sebuah kolam besar (paras pinggang), pelantar mencuci dan memukul kain, kolam tempat pencuci berdiri (paras betis) dan peralatan membasuh seperti baldi untuk rendam kain dalam kanji. 

Di washing shed no. 11 ni tengah ada seorang uncle sedang mencuci. Yang botol kaca tu tak tau apa. Mungkin bleaching liquid/klorin.

Cucian menggunakan tangan sepenuhnya. 

Ada sebuku sabun dan berus tangan tapi masa tu uncle ni sedang menyental kain tu. 

Washing shed no.4. Nampaknya uncle ni ada banyak cucian. Dia dapat job cuci cadar. Pasti cajnya lebih mahal dari mencuci pakaian.

Kalau kain warna putih/terang biasanya mesti diklorox. Again masa uncle ni celup-celup kain dalam baldi merah tu terhidu bau bleach yang agak kuat.

Kami notice juga mereka tidak menggunakan perlindungan untuk kulit mereka daripada peluntur atau bahan kimia lain yang digunakan.

Proses cuci baju di Dhobi Khana ni begini; mula-mula kain baju direndam dalam air bercampur dengan bahan pencuci selama beberapa lama. 

Pakaian yang lebih tebal dibasuh dengan memukul di atas concrete slab.  

Untuk menghilangkan kotoran dengan mudah, sedikit klorin juga digunakan.

Pekerja membasuh dengan memukul pakaian berulang kali pada pelantar konkrit sambil berdiri di kolam air.

Selepas itu pakaian dicuci dua kali dalam air bersih. 

Selesai dicuci, tukang cuci ini melempar kain cadar ke depan washing shed untuk later dijemur.

Overall very labour intensive.

Kain yang sudah dilibas dibilas dalam kolam tempat mereka berpijak. Bersih ke macam tu?

Especially untuk mencuci kain cadar yang besar dan berat (apa lagi bila basah) seperti ini tentunya memerlukan tenaga badan yang kuat. 

Kain cadar dibilas dalam kolam di belakang dalam washing shed. Celup-celup 3, 4 kali je saya tengok. Enough ke? 

Peralatan untuk handwash.

Uncle ni dah habis cucian dan sedang makan. 

Quite a few of them dah tua belaka.

Washing shed no.15.

Untuk menganji pakaian mereka masih menggunakan kaedah tradisional dengan mencelupkan pakaian dalam air beras. Tidak ada modern day starch yang boleh memberikan 'crispiness' seperti kanji dari beras. 

Di Washing shed no.17 pula ada seorang auntie sedang mencuci. Mungkin suami dia tak dapat membasuh hari ini so dia la yang kena mencuci. Seperti yang saya catat di atas tadi, tugas membasuh adalah tanggungjawab kaum lelaki dalam satu-satu keluarga.

Masih kuat bertenaga lagi auntie ni melibas walaupun usia dia kami agak dah masuk 60an.


Kain sari dibilas dalam kolam tempat berpijak. 


Di Washing shed no.19. Baru nak start membasuh kot.

Di hujung bahagian washing shed ini ada lagi poster movies lakonan Rajinikanth. Minat betul mereka pada Indian film actor and politician ni.  

Yang kiri filem 'Lingaa' (2014). Yang tengah, 'Kathanayakudu' (2008) dan yang kanan, 'Kaala' (2018).



Melibas cadar. Mungkin cadar pelanggan hotels atau hospital.



Actually masa ambil gambar ni, air libasan cadar tu terpercik kena saya.. hehe.



Ini video tukang cuci melibas kain.

Seterusnya kami ke bahagian jemuran.

Ada walkway yang boleh tourists lalu di bahagian ini.


Menyidai pakaian yang sudah dicuci dan dikanji selalunya dilakukan oleh kaum wanita. Dijemur bawah sinaran matahari dan bukan dikering menggunakan drying machine. Jadi kalau musim monsoon memang payah. 

Sempat kami ambil beberapa shots pekerja di bahagian jemuran ini. 

Selalunya cucian akan dijemur selama 5 jam. 

Di sini kain disidai tidak menggunakan sepit baju. Disangkut dengan menyepit kain pada pintalan tali sabut seperti dalam foto di bawah.

Semasa musim hujan, selalunya pekerja akan berada seharian di Dhobi Khana ni sebab kain mestilah diangkat bila hujan turun. Bila hujan dah berhenti, kena la sidai balik. Alternatively mereka akan menggunakan mesin dryer.

Musim hujan mendatangkan satu lagi masalah pada pekerja di sini. Bila hujan sangat lebat, laluan tanah di bahagian jemuran ini akan jadi lembik dan berlumpur. Payah untuk pekerja menyidai kain. Jadi walkways perlu dibuat. 

Sememangnya semasa kami di sini, cuaca cukup terik sekali. Berbahang. Ada la around 35°C. But it's good la for the drying process. 

Ada kalanya berangin juga di sini.

Kalau diperhatikan unik pula cara mereka support the ropes dengan buluh. 

I wonder ada tak agaknya mereka guna nila macam mak-mak kita dulu guna basuh baju sekolah putih kita.

Ada juga jemuran yang besar macam cadar ini yang dibentangkan di padang. 

Mengintai uncle yang tengah angkat kain ni di celah-celah batang buluh yang digunakan untuk menyokong tali sabut untuk sidaian.

Sebundut kain yang sudah kering.


Uncle dari washing shed no.4 tadi yang sudah selesai mencuci cadar berjalan ke tempat jemuran.

Menyidai langsir nampaknya.

Selesai di bahagian jemuran, kami berjalan semula ke 'Ironing Yard'.  

Auntie washing shed no.17 ni masih lagi belum selesai membasuh. 


Masuk semula ke bahagian menggosok.

Macam isteri saya kata seram tengok seterika letrik mereka ni sebab tidak menepati piawaian keselamatan.

Tengok la seterika tu, macam diy/modify sendiri. In fact, I think ni memang seterika buatan mereka sendiri. Nampak macam konkrit sebagai pemberat menjadi body seterika. Base plate pula menggunakan lapisan besi di mana bentuk konkrit dibuat mengikut bentuk base plate ini. Jadi body seterika ini lebih lebar. Also instead of menggunakan water spray, mereka tuam bahagian yang nak digosok dengan kain atau stokin lembap. 

Baju kemeja yang sudah siap digosok dan dilipat kemas.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. akhirnya habis jugak entri-entri saya dan boleh mula bukak kat sini to the beautiful photos kat sini dan mula mengomen.. hhehehehhe

    yang kuning masa sarapan tu apa ? kuah dhal?

    err..sangat lah hipsturrr gambar yanv kat kerusi tu bruh !! :))

    depika padukone lah , films of ranjinikanth pun dia tahu tahun berapa ... ni duduk rumah tiap-tiap hari dok tonton hindustan eh??!! hehehhe.. aamir khan tak minat ? saya suka aamir khan's movie .. especially 3 idiots .. eh ..

    omg !! ironnya !! scary ! buat sendiri??!! berat nya !! i
    guess senan nak sekali gosok terus licin.. tak payah ulang alik banyak kali .. tapi the wire melambai-lambai .. etc tu..
    i am imagining how you cringe when you saw this !!! :))

    and they will have to stand in the knee deep water while slapping the garments/cadar?and then celup-celup dalam air tu?
    come to think of it? boleh ke bersih kalau just hemouk-hempuk kain gitu kan?

    hehehhehe.. bundut .. bunjut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. congratts! Saya masih lagi terhegeh-hegeh tak habis-habis lagi. Lepas Kerala ni ada 3 lagi jalan-jalan yg tak diblog lagi.

      Yes, kuah dhal dengan kentang. Sedap!!!

      Hahaha... rasa mcm tak sesuai pulak gambar tu. Kan umur dah macam ni.. hehehe...

      Hehehe... Deepika Padukone tu saya kenal sebab dia ada berlakon film Hollywood dgn Vin Diesel.
      Rajinikanth tu... well sapa yg tak kenal dia kan.. hehehe.
      Amir Khan saya tak minat. Selain SRK saya minat Ranbir Kapoor.
      Ehh... don't get me started.. hahaha

      Mmg major cringe doc! Bahaya! Risaukan the uncles and aunties yg dah tua-tua tu..

      I think boleh bersih doc sebab kain tu dah direndam dalam cecair peluntur kotoran.
      Tapi bila dah celup2 bilas dlm kolam kaki tu.. hmmmm... bersih ke?

      Hahaha.. betul kan sebundut kain.. hehehe...

      Delete
  2. depa kat sana, even panas mana pun , kerja apa pun .. mesti pakai kemeja lengan panjang bergosok licin kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti! Like if you ada kedai jual kemeja atau tailor buat kemeja, maka tentulah maju jaya!

      Delete