Wednesday, October 25, 2017

MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET

Saya sambung cerita jalan-jalan saya dan isteri di bandar Melbourne. So lepas jalan-jalan di Princes Walk, Southbank dan Flinders Walk dan beli tiket river cruise, kami pun naik tram untuk ke Queen Victoria Market. 

Berjalan di Flinders Street Station untuk ke 'Swanston Street/Flinders Street' tram stop. 



Ini di 'Federation Square/Swanston Street' tram stop.

Naik tram dalam kawasan 'Free Tram Zone'. 

Masih lagi kadang kala hujan renyai. 

Sampai di 'Melbourne Central Station/State Library of Victoria' tram stop.

Opposite tram stop ni ada bangunan State Library Victoria. 

Depan library ni ada this interesting sculpture macam sinking building. Namanya 'Architectural fragment' oleh Petrus Spronk, installed on the footpath outside the Library in 1993.

Juga ada beberapa patung seperti patung Sir Redmond Barry, yang didirikan pada 1887. Habis kena berak kepala patung ni.

‘St George and the Dragon', installed in 1889 and ‘Jeanne d'Arc' (Joan of Arc), installed in 1907.

Kalau nak naik tram dan venture area luar Free Tram Zone, mestilah beli myki yang boleh dibeli di mesin ni. 

Unik tiang depan mall ni.

Di Melbourne saya memang noticed ada seni yang pelik like this one. Ini bangunan RMIT University. 

Sculpture ni namanya 'Green Brain' dibuat dari glass fiber composite. Student university ni panggil benda hijau tu green snot/hingus hijau.. hehehe.

And then there are arts yang macam ni, which I really like. Not sure if these are paintings ke atau pasted printed posters. They're awesome regardless 😊.

Like 'Games of Thrones?' much? 😃



Berjalan ke persimpangan La Trobe Street dan Elizabeth Street.

Bangunan Melbourne Institute of Technology. 

Sampai di La Trobe Street/Elizabeth Street tram stop we found out tak de tram lalu sini hari Ahad.. hehe. 

Jadi kami ke Melbourne Central tram stop ni. 

Bergambar di Melbourne Central tram stop. 

Ok, jom naik tram.

Naik tram ke Queen Victoria Market. Ni notis amaran berjaga around trams. Kalau dilanggar impact macam kena sondol dengan badak sumbu atas skateboard!

Tiba di Queen Victoria Market tram stop.

Bangunan coklat belakang tram stop ni ialah Queen Victoria Market. Bangunan tinggi (foto kanan) ialah Vision Apartment.

Queen Victoria Market. Disenaraikan di Victorian Heritage Register. Pasar ini tidak dinamakan sempena Ratu Victoria, tetapi mendapat namanya dari lokasinya di sudut Queen and Victoria Streets.

Pintu masuk utama Queen Victoria Market. Juga dikenal sebagai 'Vic Market' atau 'Queen Vic'. Merupakan destinasi pelancongan utama di Melbourne.

Pasar ini ada dijual pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, ayam dan makanan laut, makanan gourmet dan delicatessen serta hidangan istimewa. Ia juga mempunyai bahagian pasar yang besar yang tidak berkaitan dengan makanan, menjual pelbagai jenis pakaian, kasut, barang kemas dan seni dan kerajinan buatan tangan.

Di bahagian pedestrian walk luar Queen Victoria Market.

Jom masuk market ni tengok macam mana rupanya. Nice!

Bau sedap dari cake shop ni sangatlah menggoda! Ada cakes, baguettes, focaccia (flat Italian bread made with yeast and olive oil and flavoured with herbs), nougats and biscuits. Hmmm... 😛.
Ada Turkish rolls, muli grain sour dough rolls, pane di casa rolls, brioche rolls, ciabatta rolls, Viennoise chocolat, olive sour dough, walnut rye loaf, parmesan and tasty cheese sour dough, ciabatta loaf and Turkish loaf among others. Dahsyat selection yang ada!   

Bau freshly brewed coffee dari Coffee and Tea shop ni lagi la. Harummm... Good thing saya bukan peminat kopi 😊.

Kedai ni pulak jual macam-macam pork product such as bratwurst which is german pork sausage dalam berbagai perisa. 

Kedai croissants, Danish pastries, handmade pastries and pies.  
Ada choc chip brioche, custard donuts, muffins, custard croissants, fruit and custard danish, New York cheese cake, French Vanilla slice, lemon tart, Apple/cheese/cheery strudel, chocolate croissant, almond croissant, Polish donut and cheese danish dan lain-lain. Kecur!

Kami suka kedai ni 😊. Turkish delicacies! Borek nama kedai ni.

Ada all these delicious food. Mana tau sedap? Baunya! Hehehehe.. Plus sebelum ni kami pernah ada peluang merasa Turkish food semasa di Istanbul dan kami berdua memang suka their food. So decided to buy our lunch di kedai ni later. Now nak jalan-jalan dulu. Also not time yet for lunch. Pukul 11 pagi masa ni.  

M & G Caiafa ni sebuah family business. Dah 40 tahun. 

M & G Caiafa specializes in gourmet breads and pastries, dried fruit, nuts and seeds, homemade Australian peanut butter, honey, oils, vinegars and condiments, flour, grains and cereals, cooking couverture chocolate, assorted chocolates and nougat and herbs and spices.

Ni pulak kedai The Corner Chicken Shop. Saya baca kedai ni popular sebab free range poultry mereka.

Jom tengok ada apa dijual di kedai ni. Ada Greek keftethes (Greek meatballs), home made and low fat chicken rissoles, honey soy nibbles, herd and garlic chicken sausages, honey soy skewers, duck sausages, Thai basil and chilli chicken sausages and Malaysian chicken sausages, among others.

Di kedai ni juga ada jual daging kangaroo. Macam mana rasanya? Masak apa sedap? Kicap? Rendang? Juga ada chicken, duck, quail, turkey dan wild rabbit. 

More kangaroo meat, yang fresh dan yang marinated in garlic and red wine. Saya baca, 'To ensure tenderness do not overcook as this is the best cut available and should only be cook rare or medium in a pan or on a bbq'. Oh gitu. Me no eat not fully cooked meat lah.. hehe.

Kangaroo, before and after.

Also got wallaby, wild boar, wild goat, wild young rabbit, emu, buffalo, 

Wallaby, before and after 😞.

Rabbit, before and after 😡.

Kami terus explore market yang interesting ni. Ke bahagian meat and poultry dan seafood.

Di Australia ni ada sejenis udang yang dipanggil banana prawn. Udang ni semakin popular di sana due to their light, sweet flavour. Yang belah kanan dalam foto bawah ni. Those are banana prawn cutlets with tails. AUD39.99 sekilo atau RM131.58. 
Banana prawn ni sesuai dalam masakan yang pedas seperti masakan-masakan Asia. Tak sesuai untuk cold salads atau  platter. Hidangan kegemaran dalam masakan Asia, udang pisang sangat sesuai untuk rasa pedas. Juga sesuai dalam Thai-style coconut curries and avocado cocktails.

Yang ni pulak ialah cooked tiger prawns. Wild caught, bukan ternak. Ocean caught. AUD29.50 sekilo atau RM97.00.  
Kenapa jual cooked ya? Rupanya udang ini dah direbus atas kapal di laut sebaik sahaja ia ditangkap. Supaya tahan agaknya. Also agaknya kalau off season bila udang ni dah dibeku, still la can continue eat prawns ni. Untuk mengurangkan risiko keracunan makanan, udang yang dimasak mestilah dibekukan di atas kapal dengan segera, atau diproses di darat pada hari yang sama. Udang dimasak untuk menyediakan satu produk yang dah sedia untuk dimakan, dan untuk melonggarkan isi udang dari kulit udang sebelum mengopek. Nak makan, defrost je udang tu, dah boleh makan terus.

Haa.. panjang pulak cerita pasal udang.. hehe. Bukan apa, curious nak tahu kenapa udang tu dijual dalam bentuk dah dimasak. Sebelum ni saya tak pernah lagi jumpa ready-to-eat cooked frozen prawns 😊.

Fish fillets, like salmon fillet.  

Kedai ni jual pork. Macam-macam parts ada such as young female pork neck, young pork shoulder, young female pork belly, young female trimmed pork loin, young female pork mince, young female pprk spare ribs dan young female pork chop. Hidung pork je tak de.. hehe. Kedai ni specialize young female pigs agaknya. Ada juga jual beef, lamb, goat, kangaroo dan sausages/hamburger.

Suasana dalam Queen Victoria Market's meat section.


Kedai pork lagi. 

Ni kedai daging. Ada beef brisket, roasing beef, veal shanks, diced lamb, beef sado (beef mahal dari Jepun), lamb racks, porterhouse steak, eye fillet, beef stir fry, rump steak, veal legs, veal fillets dan veal schnitzel. Macam-macam! Tapi tak jumpa any halal butcher shops di meat section ni. May be not here in this market.

Then kami keluar dan pergi ke non-food section of this market.


Bau dari khemah ni... ooohhh... 😛.

Gerai ni jual pinchos. Pinchos ni macam tapas tapi bezanya dagingnya dicucuk pada skewers bersama roti. Chorizo tu sejenis pork sausage. Patatas bravas tu sejenis Spanish dish, potato dish masak dengan spicy tomato sauce. Yang dalam kuali leper tu kot. Since Melbourne ni multi racial so macam-macam ethic food ada dijual.

Masuk ke section buah-buahan. Ada no wax, no polish apples, watermelon, pears dan oranges. Semua so fresh.

Ada bananas, strawberries and all sort of vegetables. 

Normal oranges and blood oranges. 

Many, many kinds of fresh vegetables. 

Di gerai ni labels are in Chinese. 

Spinach, leeks, broccoli and others vegetables.

And eggs. Ada free range eggs (AUD8 ke AUD12 satu tray), over size eggs (AUD6 satu tray) dan extra large eggs (AUD8 satu tray) . 

Pisang ni AUD2.50 sekilo.

Queen Victoria Market's market hours. Monday and Wednesday is closed.

Section barang-barang. Non-food.

Ada la kami beli sikit souvenirs ni untuk family. 




No, we did not buy these.. hehe.


Rasanya kedai baju paling banyak di sini. Ni bukan bundle ya.

Fragrant goat milk soaps. 50% susu kambingnya.

Geram betul tengok caps tu! AUD20 atau RM65 satu.

Kedai kulit. Macam-macam kulit binatang ada. From cows to kangaroos. 

They are very soft.

Kulit lembu.

Bulu kangaroo ni harganya AUD50 sekeping.



Berjalan semula ke main building tadi for a quick lunch. 


Renyai balik masa ni.

Ada interesting info di main building ni. 


Skinning rabbit!


Ingat nak lunch di sini tapi penuh pulak. 

So back to our original plan nak beli lunch dari kedai Borek ni 😊.

Masa tengah beli tu, akak ni beritahu isteri saya yang semua makanan di kedai dia ni adalah halal. Syukur Alhamdulillah.

Kami beli Zucchini patty ni. Sedapnya! Alhamduillah. 

Bersambung.... nak cruising Sungai Yarra. Eh.. kan hujan... 😅. 

Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN 

17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Zzuchini tu a type of sayur kan? macam cekodok dibuat gitu

    en syed eh pakcik eh abang pernah makan arnab tak?
    saya pernah
    sate arnab je tapi
    kat Samuri
    taste like chicken
    so..
    kalau kangaroo , wallaby tu disembelih cara Islam , kita boleh makan ke tak ?
    dia bukan maging kan? tak ada gigi taring ..
    bukanlah nak manak .. hehehhe.. kesian.. just a thought ..

    apesal tak beli boomeramg?
    apesal tak beli sabun ?
    apesal tak beli kulit kangaroo ..?
    hehhehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dan tu lah antara cucur yg paling sedap pernah saya makan! Like, seriously!

      Eh.. eh... eh.. hahahaha...
      That's what people always say, taste chicken. I tak pernah lagi makan arnab.
      Tak sure la doc if can eat or not. I think can. But yes la, kesian la... makan ayam je la.. hehe

      Sebab tak budget untuk membeli belah.. hehehe.

      Delete