Friday, December 16, 2016

KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 01 - ON THE WAY TO ABU DHABI

Dah masuk hari ke 3 kami di UAE dan hari ke 8 dalam cuti-cuti Kuwait/UAE kami. 

Hari ni kami nak ke Abu Dhabi pula. Just a day trip, bertolak pagi dari Dubai ke Abu Dhabi dan bertolak balik ke Dubai belah petang. 

Macam biasa mesti sarapan dulu.

Lokasi Dubai dan Abu Dhabi dalam UAE. 8:30 am kami dah bertolak. Lebih sejam juga perjalanannya.

Dalam perjalanan tu ternampak bahagian luar bangunan Mall of Emirates di mana terletaknya Ski Dubai. Haa.. nampak tu, di situ la bahagian snow slope tu to ski down. 

Mall of Emirates.

Ini adalah Al Salam Mosque di Al Barsha District, Dubai.
Masjid ini dibina dengan design yang mencerminkan semangat seni bina Emirati bercampur dengan Andalusia dan seni bina Uthmaniyyah. Boleh muat 1.500 orang jemaah.

Sebuah sekolah dan hospital di Al Barsha District.

2 menara yang rupa macam Chrysler building di New York tu ialah Al Kazim Towers. 
Setinggi 53 tingkat. Dan ditukar nama kepada Business Central Towers, nama yang lebih 'mesra' untuk semua syarikat-syarikat asing dalam kedua-dua bangunan ni. Ia terletak di Dubai Media City di Sheikh Zayed Road.

Bila lalu Sheikh Zayed Road ni memang saya asyik dengan pemandangan bangunan-bangunan tinggi Dubai ni. 

Dan saya cari le nama-nama towers ni ๐Ÿ˜Š.

That's the Dubai Internet City Metro Station.

More skyscapers.

And their names. 

Di Sheikh Zayed Rd menuju ke Abu Dhabi.

The buildings and...

... their names ๐Ÿ˜Š.


Rajin betul cari nama-nama bangunan ni kan.. hehe.

Tengok tu, dari aerial view ni nampak macam congested betul. 

Ok, a few more towers and their names.  




Kami passed by DEWA (Dubai Electricity and Water Authority) Jebel Ali Power Plant and Desalination Complex.

Kilang itu mempunyai kapasiti 2,060 megawatt dan 140 juta gelen air sehari. Unit penyahgaraman di sini adalah yang terbesar seumpamanya di dunia. Di UAE ni kalau tak yang 'terbesar' memang bukan UAE lah ๐Ÿ˜Š.

Power plant ni ada 6 turbin gas yang menjana kuasa dan gas ekzos panas disalur ke boilers memanaskan air laut untuk menghasilkan wap. Stim boleh digunakan samada untuk memacu turbin stim untuk menghasilkan lebih banyak kuasa atau disalurkan melalui 8 unit penyahgaraman untuk menghasilkan air yang boleh diminum.

Mรถvenpick Ibn Battuta Gate Hotel Dubai dan Buabed Banafa Perfumes Industry.
Buabed Banafa Perfumes Industry dianggap sebagai salah satu daripada perintis dalam Perfume Manufacturing dengan wangian campuran yang berbeza daripada kedua-dua Timur dan Eropah.

Ini adalah bangunan Jebel Ali Convention Centre Complex - Jebel Ali Free Zone Authority - JAFZA.
JAFZA sedang membangunkan sebuah pusat konvensyen, kompleks pejabat dan hotel di Jebel Ali Freezone di Dubai.


Ini kilang buat Emirates Pofaki. Apa tu? Ia adalah Snek Cheese Corn Curls oleh National Food Industries ๐Ÿ˜Š

Inilah Emirates Pofaki ๐Ÿ˜Š.

Memasuki Al Wajeha Al Bahriah District.

Tak pasti ni bangunan apa di tengah-tengah gurun ni. May be one of those exclusive desert hotels. Chetan, our driver that day kata it was UAE's oldest hotel or something like that.

Popularnya Bollywood di UAE ni sampai ada Bollywood Parks Dubai. Taman tema pertama di dunia yang khusus untuk semua benda berkaitan dengan Bollywood! Kubah-kubah yang kami nampak tu ialah Rajmahal theatre.

Lokasi Bollywood Parks. Macam kena pergi Dubai lagi ni.. hahahaha.

Dah Bollywood popular sangat di UAE ni maka billboards macam ni memang tak menghairankanlah.

Ya, walaupun UAE ni pesat sungguh membangun, pemerintah tetap prihatin dalam preservations of wildlifes.
Dikendalikan oleh Emirates Marine Environmental Group (EMEG), Jebel Ali Wildlife Sanctuary ni meliputi pantai antara Jebel Ali dan Ghantoot sepanjang 14 km of total 64 km pantai Emirates. Ada activiti seperti pembersihan pantai dan penanaman pokok-pokok bakau dan pelbagai usaha konservasi.  

Highway yang kami lalui, Sheikh Maktoum Bin Rashid Road.

Abu Dhabi, 88 km lagi of 120 km dari Dubai ke Abu Dhabi melalui highway E11. 

Then kami berhenti sebentar di stesen minyak sebab Chetan nak fill up the tank. Nama stesen ni ialah ADNOC (Abu Dhabi National Oil Company).


Masuk area Ghantoot. Ada Masjid Mohammed Sadiq Al-Balushi dan Ghantoot Royal Restaurant.


Nak tengok lumba kereta boleh, nak tengok lumba unta pun boleh ๐Ÿ˜Š.

Di Highway E11 dari Dubai ke Abu Dhabi ni speed limitnya ialah 140 km/h. Dulu 160km/h. Dengan kamera-kamera ni, toleransi melebihi had laju adalah 0 km/h ๐Ÿ˜Š.

Di UAE ni pun ada masjid bentuk piramid ni. Still under construction.

Teringat masa kami di Kuwait City tempoh hari ada ternampak sebuah masjid bentuk piramid ni iaitu Masjid Mohammed Nasser el Sabah Ras-Salmiya Kuwait City.

Ini adalah Sakhboot Mosque, Abu Dhabi.

Masa melalui Sakhboot Mosque ni maka kami telah pun masuk ke Abu Dhabi.

Ini pula ialah Souk Mosque, Abu Dhabi.

Kami juga passed by the Deerfields Townsquare mall, Abu Dhabi.

Satu lagi masjid, Al Bahya Mosque. 

Bangunan unik ni ialah Aldar headquarters, merupakan bangunan bulat yang pertama seumpamanya di Timur Tengah. Ia terletak di Al Raha, Abu Dhabi, United Arab Emirates.

Bangunan ini telah dipilih sebagai 'Best Futuristic Design' semasa persidangan The Building Exchange (BEX) yang diadakan di Sepanyol.

Bentuk bulat ini melambangkan perpaduan, kestabilan dan rasional. Ia juga merupakan simbol infiniti, tanpa permulaan atau akhir, kesempurnaan, simbol geometri muktamad.  

Ilham bangunan ni datangnya dari kulit kerang yang dah memang punya makna yang mendalam untuk Abu Dhabi dengan warisan pelayarannya. Ia seperti kulit kerang yang terbuka. 

Nampak bangunan Aldar HQ ni teringat saya pada bangunan yang bentuknya lebih kurang sama yang pernah kami nampak semasa kami cuti-cuti di Eropah, Hotel Radisson, Frankfurt ni.

Huuuu.. masa kami lalu di sini... Waaaa... saya jadi super excited! Ada mural besar boleh nampak dari highway ni! Amazing murals ni terletak di Al Raha Beach. Mural ni yang panjangnya 600 meter merupakan mural di Abu Dhabi yang paling besar. Ia mempamerkan warisan, tradisi dan budaya UAE. Ianya sebuah projek oleh Aldar.

Ia terletak di antara Al Raha Mall dan kawasan Al Bandar, dan ambil masa 5 minggu untuk disiapkan. Dilukis dengan kerjasama Miami-based artist Elio Mercado, Peruvians Daniel Cortez, Jade Rivera and Entes Suero, Iriving Cano from Mexico, Marcos Temoches from Venezuela and Onur Dinc from Switzerland.


Proses kreatif bermula dengan mengumpul idea-idea dan mengkaji foto-foto dari photographers yang berpusat di UAE iaitu Wouter Kingma, Chinthra Unni dan Jassim Al Buainain. Hasilnya ialah satu siri lukisan seperti falcons, unta dan rakyat dalam aktiviti kebudayaan.


Cat lateks luaran yang khas digunakan untuk membuat murals ini supaya tahan iklim padang pasir dan untuk menahan debu dan haba.

Cantik dan hebat sungguh! Memang saya tak sangka ada this wonderful surprise! Alhamdulillah.

Then passed by Al Raha Mall.

Ini Al Raha Beach Hotel.

Ini Khor Al Raha.

Kami melalui Maqta Bridge untuk ke tempat lawatan pertama kami di UAE.

Dari Maqta Bridge kami boleh nampak Sheikh Zayed Bridge.

Ini Sheikh Zayed Bridge. Ia menggambarkan sand dunes yang berombak-ombak.


Sampai dah kami ke Abu Dhabi. Syukur Alhamdulillah.

Haaa... kan... perjalanan dari Dubai ke Abu Dhabi pun boleh buat satu blog entry khas. Udah nampak macam-macam, kena le tampal dan cerita di sini.. hehe ๐Ÿ˜Š.

Bersambung....

For easy reference, saya senaraikan kesemua entries UAE saya di sini: 
1) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 01 - DEPARTING TO DUBAI
2) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 02 - DESERT SAFARI
3) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 01 - CITY SIGHTSEEING DUBAI BUS TOUR
4) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 02 - DUBAI GRAND MOSQUE AND DUBAI MUSEUM
5) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 01 - DEIRA SPICE SOUK - DUBAI ABRA CRUISE
6) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 02 - DUBAI MALL - BURJ KHALIFA - SKI DUBAI
7) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 01 - ON THE WAY TO ABU DHABI
8) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 02 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE, ABU DHABI
9) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 03 - ABU DHABI CITY TOUR
10) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 04 - FERRARI WORLD ABU DHABI
11) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 05 - PALM JUMEIRAH - ATLANTIS - BURJ AL ARAB - SKI DUBAI
12) KUWAIT & UAE: DAY 09 - GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. mau sampai 25 posts untuk trip ni karang en syed!! hehehee

    chop..ampunnn ..
    [ saya malas gugel hari ni.. hehehe.. UAE negeri .. Dubai is a city dalam UAE. so is Abu Dhabi? or Abu Dhabi is also a city ? ]
    mana kenyang sarapan telur and sosej je gitu??!!
    nak jalan jauh ni!! :)

    masa belajar dulu .. balik UK naik flight apa ntah.. Biman Airline rasanya.. [ sebab murah ! hehhehe] .. transit Bangkok.. then transit Sharjah.. punyalah lama dalam flight .. tak tahu kena transit Sharjah pulak ..rasa masa landing kat Sharjah tu dah sampai London.. nengok luar.. aik.. pesal gurun!! hahhaa. sengal !!] 22 jam baru sampai London !! lembik ..

    rajinnya en syed search nama=namak bangunan tu..kat gugel map eh?
    lumba unta!! besr nya!!

    saya bayangkan bangunan tu lagi futuristik kalau kerang tu boleh terbukak!! heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kan... I tgh cuba nak cap at most 25 entries je.. tu yang some entries jadi panjang jela.. hehe.

      Hehehe.. tak pe.. UAE tu negara, capitalnya Abu Dhabi. Dubai is another city.

      Betul tu, nak jalan jauh mmg kena makan lebih sikit. Actually, habis sepinggan tu, 2nd round bubur nasi dan roti pulak. Malu nak letak fotonya.. hehehe.

      Lamanyaaa....! Habis tu terpaksa tidur di airport la ya? Masa tu tak tau ya kena transit di Sharjah dan berapa lama di situ? Sorang je ke masa tu?

      Rajin doc sampai ada sekali tu sampai berjam mencari sebab banyak bangunan2nya.. hehe. Susah nak cari sebenarnya sebab saya tak reti sgt. Last2 guna street view sampai sesat jalan.. hahaha.
      Sure awesome kan kalau dapat tgk lumba unta tu!

      Huishh... itu mmg lagi futuristik! Boleh bukak katup.. hebat!

      Delete
  2. lama lah jugak.. lima enam jam kot..
    masa tu tak tahu pulak kena transit sana sini.. orang yang belikan tiket . beli ramai-ramai-- ada dekat 20 orang rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tu. Tapi ok la sebab ramai-ramai, tak le keboringan.

      Delete