Wednesday, December 14, 2016

KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 02 - DUBAI MALL - BURJ KHALIFA - SKI DUBAI

Selesai cruise di Dubai Creek dengan abra, kami naik semula bas hop-on hop-off balik ke Dubai Mall. Kami nak ke mall tu sebab nak makan tengahari dan bersolat. Lepas tu nak naik Burj Khalifa. 

Menunggu bas City Sightseeing di bus stop. 

Apparently bas ni kosong masa tu sebab pelancong semua dah turun di Deira Wharfage ni. 

Hmm... apa maksud 'Happy Dubai' ni?   
'Happy Dubai' bertujuan untuk menjadikan Dubai salah satu 'top 10 happiest cities in world'  menjelang 2021. Macam mana agaknya 'Happines Index' tu?

Sorang sibuk berselfie, lagi sorang sibuk getting connected.. hehe. Ada wifi dalam bas ni 😊.

Lalu semula di Sheikh Zayed Road yang ada barisan bangunan-bangunan pencakar langit ni.



Tiba di Dubai Mall.

Seperti di Mall of Emirates, di Dubai Mall ni juga ada Courtesy Policy. Tapi yang berpakaian seksi tu ada ramai yang kami nampak especially wanita-wanita Filipino. Nak tampal contoh di sini pun saya rasa tak sesuai sebab seksi benor.

Dah kelaparan sangat dah kami masa tu so we just went for the first tempat makan yang kami jumpa. Mall ni besar sangat, tak larat dah nak pergi cari cafe lain nak lunch. Makan tengahari kami hari tu ialah di Segafredo Zanetti Espresso Dubai. Mana la saya pernah dengar nama restoran ni. Gasak je la. Harga pun macam ok je. 

The tuna mayo sandwich tasted so sedap! Ke sebab saya dah kelaparan.. hehe. Also huge portion! Kenyang sungguh Alhamdulillah. 

Selesai makan kami pun bersolat. Lupa pulak nak ambik gambar bilik solat di Dubai Mall ni.

Lepas kenyang kena burn calories yang berlori-lori... hehe. What better way to walk it off di Dubai Mall yang tersangat besar ni.. hehe. Lagi pun masa tu dah tak sempat nak sambung balik program naik bas hop-on hop-off sebab by 4:30 pm kami dah kena beratur nak naik Burj Khalifa tu. We had less than a hour masa tu.

Beautiful decorations of thousands upon thousands of white butterflies. 

Tak boleh berpakaian sexy dalam mall ni tapi pakaian yang dijual di sini adalah seksi.

Rows and rows of fashion stores at fashion avenue and a french pΓ’tisserie.   

Aaa... the infamous Dubai Mall's indoor waterfall. Saya tak pernah tahu pun pasal waterfall ni sebelum ni 😳, my wife knows la.

Waterfall ni setinggi 4 tingkat atau 24 meter dan diterangi oleh natural outside light dari siling dan tingkap besar sebelah kanan tu.

Air terjun ni merupakan salah satu daya tarikan tema air di Dubai Mall selain Burj Khalifa Lake, Dubai Fountain dan Dubai Aquarium. 

Ada fibreglass sculptures of divers. 

Ada yang kata patung-patung ni adalah penyelam mutiara. Ada yang kata Olympian divers. 


Walk some more. More and more luxury stores. 


Haaa... unta kristal berhias emas ni kami pernah nampak di Empire Hotel & Country Club di Brunei. Yang di Brunei tu ialah pure Baccarat Crystal Camel dan harganya USD 1 juta. Yang di Dubai Mall ni tak tau la berapa.

Inilah Baccarat Crystal Camel di Empire Hotel & Country Club, Brunei. Siap korek arkib saya cari foto-foto lama ni.. hehe.

Jalan dan jalan lagi dalam mall besar amat ni dan kami terjumpa Dubai Aquarium and Underwater Zoo. Ooo... ada zoo. Tak pernah tengok lagi ni. 

Memang teringin yang tengok underwater zoo tu tapi entrance fee mahal. Also kejap je lagi dah nak gi naik Burj Khalifa. Tapi dapat la jugak tengok dan ambik gambar aquarium yang sangat besar ni dari luar. Bahagian ni memang open for public.

Ada beribu-ribu haiwan akuatik dalam aquarium ni, lebih 140 spesies. Ada lebih dari 300 jerung dan ikan pari, termasuk koleksi terbesar Sand Tiger Sharks di dunia. 

Di dalam tu pelawat boleh jalan dalam terowong aquarium, naik bot lantai kaca, Cage Snorkeling Experience dan Shark Dive.

Memang sangat hebat aquarium ni.

Masih ada masa sebelum boleh masuk beratur nak naik Burj Khalifa. Jadi kami keluar kejap nak tengok bangunan Burj Khalifa tu dari luar Dubai Mall ni. 

Kami lalu di jambatan yang merentasi Burj Khalifa Lake. Di hujung jambatan ni ialah Souk Al Bahar. 

Di sini ada Burj Khalifa Lake dan The Dubai Fountain.

Lokasi di mana kami ambil foto Burj Khalifa, di anak panah merah tu, mengadap Burj Khalifa Lake dengan view Burj Khalifa.

Burj Khalifa ni adalah struktur tertinggi di dunia, setinggi 829.8 m. Bangunan ni pegang banyak rekod tertinggi antaranya ialah 'Building with most floors', 'World's highest elevator installation', 'World's highest observation deck' dan 'World's highest restaurant'. Banyak lagi rekod lain sebenarnya.

Kerajaan UAE bina tower ni untuk diversify daripada ekonomi berasaskan minyak kepada yang berasaskan service and tourism. 

Juga dibina untuk meraih pengiktirafan antarabangsa dan pelaburan. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum kata dia nak letak Dubai dalam peta dunia dengan sesuatu yang sangat sensasi i.e Burj Khalifa ni la.

Mula-mula menara ni namanya Burj Dubai sehingga pembukaan rasminya pada Januari 2010. Tapi telah dinamakan semula sebagai penghormatan kepada pemerintah Abu Dhabi dan Presiden United Arab Emirates, Khalifa bin Zayed Al Nahyan.

Reka bentuk Burj Khalifa berasal dari sistem pencorakan yang terkandung dalam seni bina Islam yang menggabungkan elemen budaya dan sejarah khusus kepada rantau ini, seperti Great Mosque of Samarra. 

Inilah Great Mosque of Samarra. Ini adalah foto replika masjid Samarra yang saya ambik di Taman Tamadun Islam di Terengganu. Rajin saya korek arkib saya.. hehe.

Bukan senang nak cuci 24 ribu tingkap-tingkap Burj Khalifa ni. 3 atau 4 bulan baru boleh habis siap dicuci. 

Ok, dah time nak naik Burj Khalifa. Jom masuk balik Dubai Mall ni.

Pintu masuk ke 'At The Top, Burj Khalifa'.

Kami akan ke Observation Decks. Deck yang kami nak pergi ni ialah di tingkat 125. Ada satu lagi observation deck di tingkat 148, tapi tu lagi mahal la.

Tiket 'At The Top' ni kami dah beli awal lagi di Malaysia secara online. Just print the confirmation received via email dan berikan pada staff di kaunter tiket 'At The Top' dan akan diberi tiket-tiket ni. Kami beli yang tiket ke observation deck di tingkat 125, harganya AED200 (RM241).

Ini senarai harga tiket naik ke observation deck di Burj Khalifa yang saya ambil dari 'At The Top' website. Kami beli tiket for 'Prime hours' sebab nak tengok sunset 😊.
'At The Top' link

Nak naik ni kena beratur sangat panjang tapi bergerak agak cepat juga la. Masa tu saya berharap kami tak la lama beratur sampai terlepas pulak sunset πŸ˜…. Mula-mula beratur lalu pemeriksaan Security. Kami nampak ada yang kena buang canned drinks. Lepas tu beratur ke lift.

Masa beratur tu di dinding laluan ada kata-kata oleh His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. 

Supaya tak sesak, pelawat-pelawat hanya dibenarkan beratur awal 30 minit dari masa yang tertera pada tiket. Bila dah di atas tu, boleh stay there for as long as you want. Bagus tu sebab dengan 'Prime hours' tiket yang kami beli tu, kami akan dapat tengok dan ambik gambar masa suasana masih terang, ketika sunset dan juga waktu malam. Gitu le harapan kami. 

Beratur nak ke lift adalah tidak membosankan. Selain bergerak agak cepat, pelawat juga dapat menonton video tentang pembinaan Burj Khalifa dan juga berita terkini serta pencapaian bangunan tertinggi ni.
Burj Khalifa's World Records:
- Tallest building
- Tallest man-made structure
- Tallest free-standing structure
- Largest number of storeys
- Highest occupied floor
- Highest outdoor observation deck
- World record for vertical concrete pumping
- Tallest service elevator Highest aluminium and glass facade

Dan tentunya ada video adegan dari filem tahun 2011 Mission: Impossible – Ghost Protocol starring Tom Cruise 😊. 

Tom Cruise (bukan stuntman) sendiri yang panjat Burj Khalifa ni. Dia nak panjat sangat bangunan ni sampai di pecat syarikat insuran filem ni sebab tak nak insure him for these scenes. 

Lift Burj Khalifa. Di pintu lift ni kita boleh nampak dah sampai mana lift tu masa tu. Contohnya sampai di tingkat 124 pada aras 451 meter dalam masa 76 saat. Atau di tingkat 95 di ketinggian 320 meter dalam masa 24 saat. 

Aras ketinggian lift masa ni dah capai ketinggian Menara Petronas. Kawalan tekanan dalam lift ni sangat bagus sebab tak rasa langsung sakit telinga.

Keseluruhan ada 160 tingkat, obeservation deck ni di tingkat 125. Di ketinggian 456 meter. Turun satu tingkat ke tingkat 124 ada open deck. 

Ketinggian At The Top Observation deck ni adalah bersamaan dengan berada di ketinggian hujung Menara Petronas di Malaysia.

Bagus la masa tu tak ramai sangat orang. Kalau tak, susah le nak ambik gambar masa sunset bila dah ramai yang berkumpul dekat that side of the deck, yang mengadap sunset. Di deck ni boleh nampak 360-degree view. 

Siling di tingkat 125 Burj Khalifa ni ada 'Mashrabiya' - sejenis tingkap dengan ukiran kayu - sebagai satu penghormatan kepada seni dan budaya Arab. Cantik!

Dan inilah pemandangan dari 'the highest outdoor observatory in the world'. MasyaAllah.

Dah ramai yang dah mula book tempat duduk tepi tingkap mengadap sunset. Mereka ni jenis yang suka berlonggok-longgok nampaknya terutama yang dari belah-belah India. 

Mesti la ada wifi ye tak? 😊

Pemandangan matahari terbenam over Dubai dari tingkat 125 Burj Khalifa. Agak berjerebu masa tu. 

Then saya noticed 'sungai' tu. Rupanya itulah Dubai Water Canal, salah satu projek mega di Dubai ni. 

Dengan siapnya Dubai Water Canal pada November 2016, maka area Bur Dubai (pink), Downtown Dubai (Burj Khalifa) hingga ke Al Habtoor City telah menjadi sebuah pulau.

Projek Dubai Water Canal ni bermula dari Jambatan di Sheikh Zayed Rd hingga ke Jumeirah Beach. Terusan buatan ni panjangnya lebih 2 kilometer melalui Safa Park dan Jumeirah.

Dubai Creek yang semulajadi bermula dari Teluk Arab berdekatan dengan Al Shindagha di Bur Dubai hingga ke Ras Al Khor Wildlife Sanctuary dan panjanganya adalah 14 kilometer. Kemudian satu terusan buatan dibuat sepanjang 10 km (seperti dalam imej) di bawah 'Business Bay development project'. Lepas tu disambung lagi terusan buatan tu sepanjang 2 km dari Business Bay hingga ke Jumeirah Beach. Panjangnya keseluruhan Dubai Creek yang original dengan terusan buatan tu ialah 26.8 km. Maka terbentuklah sebuah pulau. 

Ok, saya kongsi di sini beberapa shots yang diambil dari observation deck ni. 

Pemandangan mengadap Sheikh Zayed Road yang ada banyak bangunan-bangunan pencakar langit. Masa naik bas hop-on hop-off pagi tadinya sampai nak lenguh la jugak leher dok mendongak tengok bangunan-bangunan ni. Tapi dari atas ni ni nampak kecik-kecik je 😊.


Yang ni pulak view mengadap Burj Khalifa Lake. 

Di tasik buatan tu juga ada Dubai Fountain.



Memang kita sendiri pun boleh agak yang harga satu unit residences di bawah tu, yang mengadap Burj Khalifa ni, dah tentunya jutaan AED. By the way, di Burj Khalifa tower ni pun ada suites satu, dua, tiga dan empat bilik. Contohnya harga unit 2 bedroom 1,888 sqft ialah AED6.2 juta (RM7.3 juta). Kalau nak yang lagi ekslusif boleh la beli penthouse 5 bedroom dengan harga AED102 juta (RM123 juta).


Malam menjelang. Since tak bawak tripod, tembak handheld je. Ada la jugak yang menjadi.. hehe.



Masa tu juga Dubai Fountain show bermula. Muziknya boleh didengar di level 125 ni. Tapi adalah susah nak ambik shots ni disebabkan kedudukkan fountain tu yang dekat ke Burj Khalifa ni dan juga kecik je nampaknya dari atas ni.

Beberapa lagi night shots.




Sebenarnya tak perlu lama di observation deck ni. Kalau tak kerana nak ambik gambar di 3 waktu tu, rasanya kami dah awal tadi turunnya. 

Dan masa nak turun tu tentunya dilalukan pelawat ke bahagian souvenirs. Mahal yang amat. But then again, di Dubai ni mahal-mahal belaka. Jadi kalau nak ke Dubai ni kocek kena penuh tebal dengan duit kalau tak nak pakai credit card. Kami tak beli apa pun... hehe. Souvenirs kami adalah foto-foto yang kami ambik, bukan sahaja free, malah foto-foto lebih 'long lasting' memorinya dan lebih bermakna. Cheapskate kan! Hahahaha... But then again nak naik ni pun dah kena bayar RM241 sorang. Nak beli souvenir pulak lagi? Huishhhh..  nanti banyak sangat pulak belanjanya at just one place. 

Kami sangat bersyukur kerana dapat pengalaman yang cukup menarik melawat Burj Khalifa ni, sementara ia masih lagi bangunan tertinggi dunia. Alhamdulillah.

Selesai di observation deck, kami turun ke Dubai Mall untuk makan malam. Kami makan di foodcourt di Assia In Wok. I had the Mee Goreng Prawn and my wife had the Sweet Sour Chicken. Portion memang la besar dan udangnya pun banyak. Tapi sedap ke? Sedap! Alhamdulillah.

Total AED145 or RM174 so that's RM87 sorang. Like I said, mahal belaka di Dubai ni. 

Ingat nak sambung naik bas hop-on hop-off for the night tour pulak tapi kami dah tak larat dah. Gitu le bila umur dah nak masuk kategori veteran...hehe. Tapi seriously saya terasa penat mungkin sebab di situ panas berbahang. No doubt kami spent most times dalam mall yang berhawa dingin, even that pun penat jugak sebab mall besar so jauh berjalan. Lagi pun susah nak ambik gambar masa malam, lebih-lebih lagi susahnya masa dalam bas. 

Also kalau ikut night tour tu, last bas stop tak sampai ke Mall Of Emirates where our hotel is. Kena pulak naik teksi. Duit lagi nanti. So kami balik je terus ke hotel dengan bas hop-on hop-off dengan laluan Night Tour Contemporary Route menuju ke Mall Of The Emirates.

Dalam bas ni ada wifi dan juga free cool bottled water. Boleh ambik berapa botol pun.  

Cuba la jugak ambik gambar malam dalam bas yang terumbang ambing.. hehehe... ni je yang decent.. haha. Jadi la buat pengisi blog entry ni 😊.

Tiba di Mall of Emirates. Kena jalan jauh lagi.. hehe. Ketaq lutut. Dah la bawak beg 5 kg πŸ˜….

Tapi sempat pulak tu singgah kejap ambik gambar dari luar tingkap Ski Dubai ni.. hehehe. 

Luas sungguh dalamnya. 

Kami decided to take a few shots sebab awal pagi tadi Ski Dubai ni masih tutup. Masa ni dah malam so meriah dalam tu. 





Ramai pengunjung masa tu.


Nak cuba bobsled pun boleh 😊.


Alhamdulillah dah selamat sampai di hotel. Memang rasa penat tapi seronok dapat melawat beberapa tempat di Dubai ni. 

Sah la memang kami telah berjalan cukup jauh sekali hari tu. 14 ribu langkah, lebih kurang 10 km tu. 10 km tu saya bawak beg kamera 5 kg. Uwah! Needless to say, lepas mandi, solat dan backup photos, rebah je ke katil terus berdengkur.. hehehe. 

Berikut adalah summary jalan-jalan Dubai kami pada hari ke 2:
1) City Tour dengan bas Hop-on hop-off
2) Dubai Grand Mosque
3) Dubai Museum
4) Deira Spice Souk
5) Dubai Abra Cruise
6) Dubai Mall
7) Burj Khalifa
8) Ski Dubai

Syukur Alhamdulillah.

Bersambung...

For easy reference, saya senaraikan kesemua entries UAE saya di sini: 
1) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 01 - DEPARTING TO DUBAI
2) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 02 - DESERT SAFARI
3) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 01 - CITY SIGHTSEEING DUBAI BUS TOUR
4) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 02 - DUBAI GRAND MOSQUE AND DUBAI MUSEUM
5) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 01 - DEIRA SPICE SOUK - DUBAI ABRA CRUISE
6) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 02 - DUBAI MALL - BURJ KHALIFA - SKI DUBAI
7) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 01 - ON THE WAY TO ABU DHABI
8) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 02 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE, ABU DHABI
9) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 03 - ABU DHABI CITY TOUR
10) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 04 - FERRARI WORLD ABU DHABI
11) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 05 - PALM JUMEIRAH - ATLANTIS - BURJ AL ARAB - SKI DUBAI
12) KUWAIT & UAE: DAY 09 - GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. bas stop tu ekon kan?
    nampak orang dalam tu selesa je..

    berketul ketul muscle divers tu!!
    pandang lama lama macam scary pulak.. macam floating bodies .. hehehe

    mesti rasa macam ' achievement unlocked' masa dah sampai kat atas burj khalifa ni kan??!
    hehehe.. at the top of the world!! :)
    wifi ada.. pesal tak wasap gambar!!?? ni yang kita orang marah ni!! hehhee

    ok pe depa duduk berlonggok gitu . at ;esat orang lain still boleh nampak lagi
    en syed bayangkan kalau puak puak cina bukit yang kat situ.. mesti dok bergambar sakan.. mula mula sorang , lepas tu berdua, lepas tu bertiga..[ orang yang sama ni.. lepas tu satu famili .. lepas tu selfie lak .. dan all this while blocking the view.. dan dok choh cheh choh che kat situ...
    hishh..
    er..
    sori.. terlebih emosi lak ! hahaha

    ok pe hand held .. still cantik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, air-con doc. Kalau tak, duduk dalam tempat bertutup tu mau macam sauna.. hehehe. Dan air-con nya pun kuat! Tapi lepas tu saya pening sikit sebab bila di luar panas dan suddenly masuk sejuk... lagi pening kalau dari luar masuk dalam mall sebab dalam mall lagi la sejuk.

      Hehehe... I see what you mean pasal scary tu... hehehe...

      Err... saya terpaksa check apakah maksud 'achievement unlocked' tu... hehehe... malunya tak tau.. haha..
      Indeed, it felt like we had achieved something since kami dah mula rancang nak naik tu since kami decided nak ke Kuwait/UAE. It was my wife's idea utk naik Burj Khalifa tu, so I thanked her lah :).
      At the top of the world... masa tgk luar tingkap di observation deck tu mula-mula rasa sangat gayat!
      Hahaha.. sori.. sori... dah teruja sgt sampai kat atas tu sampai terlupa.. hehehe...

      Tak nampak fountain show di bawah tu bila mereka dah berlonggok macam tu actually. Moreover, one needs to be close to the tingkap to frame a better view of the sceneries dan untuk elak ambik gambar tiang-tiang tingkap. Susah kalau kena berdiri jauh dari tingkap.
      Hahahaha... I faham. I paling heran dengan their incapabilities to lower down their voices, kalau cakap tu menjerit-jerit macam nak gaduh! Sib baik tak de mereka masa tu! Come to think of it kami tak nampak pun pelancong dari China masa di Dubai. Just Shen dan lady boss dia je masa ke Desert Safari.

      Tu yg cantik la doc yg saya tampal kat sini. Yg gegor semua dah tekan butang delete.. hehehehe.

      Delete
  2. kalau selalu main game tau lah pasal achievement unlock tu! hehee.. mesti tak ada game pun kat fon en syed ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. tak de la doc. Tak reti nak play those games.. hehe. Takut hooked pun ye jugak.. hahaha.

      Delete