Wednesday, July 20, 2016

SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 03 - PUNCAK MANDEH - JAMBATAN AKAR - PASAR SORE

Saya teruskan dengan cerita jalan-jalan berfotografi ini dengan Hari 01 - Bhg 03. 

Beberapa foto-foto yang sempat saya rakam masa dalam perjalanan.




Destinasi kami seterusnya adalah ke Kawasan Wisata Mandeh. Kata Pa'unchu ada view cantik. 


Memang masuk kampung nak ke Mandeh ni. Kata Pa'unchu ni first time dia bawak orang Malaysia ke Puncak Mandeh.  


Nampaknya nak ke puncak ni melalui jalanraya yang sedang dibuat. Some parts masih tak siap lagi. 

Masa sampai ke sini, cuaca agak terik dan langit cantik biru. Yang saya nampak cuma bangunan warung ni sahaja. Mungkin akan ada lagi other facilities in the future.

Kawasan wisata Mandeh ni lokasinya adalah di Kecamatan Koto XI Tarusan, Kabupaten Pesisir Selatan. Puncak Mandeh ni mengadap Teluk Carocok Tarusan (Teluk Mandeh) yang cantik biru airnya yang ada beberapa pulau seperti Pulau Traju, Pulau Setan Kecil, Sironjong besar dan kecil dan Pulau Cubadak.

Inilah Puncak Mandeh di Bukit Mandeh. 

Pemandangan ke teluk memang lah cantik sangat!


Dari Puncak Mandeh ni boleh nampak Dermaga Carocok Wisata Mandeh.


Ada masjid dan rumah-rumah.





Terdapat juga banyak bot-bot nelayan yang dipanggil bagan. 


Fascinated betul saya dengan bagan-bagan ni! Tu yang banyak snap fotonya.. hehehe...






Ni pula di bahagian tinjau di Puncak Mandeh ni. Di sini saya boleh nampak keseluruhan teluk. 



Memang cantik la sangat pemandangan di sini. SubhanAllah.
Bak kata Presiden Jokowi, "Saya kaget waktu masuk kawasan ini. Saya lihat dari atas betapa anugerah Allah kepada kita. Keindahan itu patut kita syukuri,". 



Ok, one last shot before we leave.. hehehe...

Meninggalkan Puncak Mandeh menuju ke next destination. 




Lapar dah masa tu so kami stop makan tengahari di Rumah Makan Uniang ni dengan spesific ikan karangnya. Most restoran di sini saya perasan mesti ada 'spesific'nya. 
Sebenarnya Pa'unchu agak risau nak bawa saya makan di rumah-rumah makan seperti ini. Entah tak tau kenapa. Mungkin dia fikir saya ni kalau nak makan mesti ke rumah makan yang besar-besar seperti kebiasaannya dalam pakej percutian. Jauh jugak kami jalan dengan Pa'unchu tercari-cari rumah makan. To put him at ease, saya pun kata la, 'Pa'unchu, saya ni travel bajet pak. Kalau saya dapat sepinggan nasi dan satu lauk pun sudah cukup pak'... hehe... And that was the truth actually. Bajet kena jaga! :).

Banyak jugak pilihan lauk pauknya. Nice! Rumah makan ni bersih, makanan display dengan cantik dan bertutup dengan cermin/kain so that tak masuk lalat dan habuk. Excellent :). Bukan apa, saya ni tak la particular sangat cuma kekadang tu bila usia dah macam ni perut sensitive dan kalau masa jalan-jalan macam ni kena la jaga. Kang kejap-kejap Pa'unchu kena carikan tandas untuk saya.. hehehehe... 

Anyway, saya pilih 'spesific' rumah makan ni iaitu lauk ikan karang dengan telur dan sayur. 

Suasana dalam Rumah Makan Uniang.

Dan pak cik ni ialah boss rumah makan ni. Peramah sungguh orangnya. Seronok sembang dengan dia :). Pa'unchu banyak bertanya pada pak cik ni tentang tempat-tempat menarik yang ada di sekitar kawasan ni and the pak cik suggested a few places termasuk la suggestion naik bot cruise di Teluk Carocok Tarusan tadi untuk island hopping di pulau-pulau di situ. 

Hidangan lunch pun sampai. Lapar betul masa tu. Saya kalau masa travel memang cepat lapar. Itu pun tadi dalam kereta dah makan biskut bawak dari Malaysia.. hehehe... 
Punya la sedapnya ikan karang tu! Tak pernah rasanya sebelum ni saya makan ikan ni. Texturenya macam ikan tenggiri tapi lemaknya.. hmmm... enak sekali. Pulak tu masak lemak style sana... puhhh... saya beri 2 enthusiatic thumbs up!

Masa kami sembang-sembang dengan pak cik tu, kami di join oleh anaknya. Nama dia Ezra. Bila dengar je kami ni sebenarnya jalan-jalan berfotografi, Ezra nampak excited sebab dia kata dia juga suka fotografi dan terus cadang kami pergi ke salah satu pulau di Teluk Carocok Tarusan tadi iaitu ke Pulau Setan Kecil. Ezra kata memang nama pulau tu kurang elok tapi the island itself is very beautiful. 
Macam-macam Ezra cerita pada kami tentang pulau tu dan pulau-pulau lain di teluk tu. Terus saya berseloroh, 'Tak kan cerita saja Ezra, mana fotonya?' sambil gelak. Ehh.. terus Ezra ke bilik belakang dan ambik laptop dia dan tunjukkan foto-foto Pulau Setan Kecil. MasyaAllah memang la cantik sangat. Masa tu saya buat la kelakar sikit dengan tiba-tiba mintak kat pak cik tu bantal. Pak cik, Ezra dan Pa'unchu semua heran. Terus saya kata nak bantal sebab saya rasa macam nak pengsan sebab foto-foto yang Ezra tunjuk tu cantik-cantik sesangat. Jadi kalau saya rebah tak la cedera kepala sebab dah siap bantal. Gelak mereka.. hehehe. Well, you had to be there.. hehehe... Tapi really la memang cantik sangat sceneries di situ.

Ezra juga cerita pulau tu cukup popular jadi tempat wedding outdoor shooting. I understand why. Then saya tanya Ezra, bila lagi Ezra dan bakal isteri akan shoot wedding di situ. Ezra was caught offguard dan terus gelak. Masa tu mak Ezra dah join kami sembang. Terus saya toleh dan tanya bapak dia, "Ezra ni sudah ada pacarnya pak?". Pak cik tu gelak dan teragak-agak nak jawab, terus saya kata, "Eh...kenapa pulak saya tanya bapaknya, kan boleh terus tanya pada anaknya". Ezra macam malu-malu nak jawab pulak, so saya pun buat la shush sign signalling him not to reveal the answer.. hahahaha.   

Inilah antara foto-foto yang sempat Ezra kongsikan pada saya. Ezra ni sebenarnya a government appointed liaison untuk bekerjasama dengan penduduk setempat dalam usaha pihak pemerintah membangunkan kegiatan pelancongan di situ. For the locals, he has to create awareness and ensure understanding, foster cooperations, set the right mindset, and show how tourism (go green tourism) can help the locals improve their economy. 
Tugas Ezra in facilitating the go green tourism initiatives oleh pihak pemerintah bermula dari usul Jokowi as per below excerpt. Bagus la Jokowi, siap suruh mesyuarat dengan masyarakat dulu :).

Jokowi mengusulkan Mandeh dijadikan sebagai kawasan wisata keluarga. Yang berkaitan dengan bahari, wisata pulau dan selam. Sehingga pendapatan masyarakat bertambah. Perekonomian masyarakat akan lebih bagus. "Dari pengalaman di tempat lain, itu bisa berlipat, sampai lima kali pendapatan income kita," ujarnya.


Namun, dia meminta gubernur Sumatera Barat dan bupati Pesisir Selatan untuk musyawarah dengan masyarakat sekitar. Merumuskan Mandeh untuk dijadikan apa. "Kalau saya, saya enggak maksa loh ya. Sekali lagi tolong ditanyakan ke masyarakat. Dimusyawarahkan, kawasan yang sangat indah ini mau dijadikan apa".
Sumber: Tempo.co

Wah.... terpanjang sangat la pulak cerita makan tengahari.. hehehe... Ini lah sebenarnya salah satu target yang saya nak capai. Saya nak kenal the locals, bukan sekadar lalu sahaja kawasan mereka. Bila opportunity like this presented itself, opportunity to sembang-sembang dengan penduduk di situ, maka saya gunakan sebaik yang saya mampu untuk mengenali mereka. Dengan itu semoga juga ada cerita di sebalik foto-foto saya. 

Okeh, jom sambung balik perjalanan :).

Beberapa lagi foto-foto penduduk. 



Macam mana la saya nak duduk diam dalam kereta kalau sceneries macam ni.. hehehe. Next destination jauh, so ingat nak lelap mata kejap, lagi lah dah kekenyangan masa tu. Hrrrmm... tak jadi tidur pun... hehehe. 



Melalui Nagari Koto Berapak. 


Next kami nak ke Obyek Wisata Jambatan Aka. Memang tak de 'r' kat road sign tu. 

Foto kiri - Gobah Pakuburan Malayu Taruko Hiljas Jacoub.
Foto kanan - monumen memperingati Pahlawan Nasional H. Iljas Ja'coub (1903 - 1958) yang dilahirkan di kawasan ini, Nagari Asam Kumbang. 

H. Iljas Ja'coub. Seorang Ulama'. Seorang pahlawan.
Ilyas Ya’kub adalah seorang ulama dan syaikhul Islam dari Minangkabau, lulusan Mesir, diangkat menjadi pahlawan kemerdekaan Republik Indonesia dengan SK-Mensos RI Nomor: Pol-61/PK/1968, tanggal 16 Desember 1968 dan dikukuhkan kembali dengan Keputusan Presiden RI (Kepres-RI) Nomor 074/TK/Tahun 1999 tanggal 13 Agustus 1999 serta dianugerahi tanda kehormatan Bintang Mahaputra Adipradana atas jasanya mempertahankan prinsip-perinsip kemerdekaan dari ancaman kolonialisme Belanda sekaligus menggerakkan kemerdekaan RI dengan risiko dibuang Belanda ke Digul (di Papua – Indonesia sekarang) - wiki.

Dan kami pun sampai ke tempat jambatan akar di Nagari Puluik Puluik. Masa ni saya memang la terexcited lebih sebab dah lama fascinated dengan jambatan ni dan lama dah teringin nak tengok sendiri. 
Lokasi: Obyek wisata Jembatan Akar, Desa Pulut Pulut, Kecamatan Bayang Utara, Kabupaten Pesisir Selatan, Sumatera Barat.
Note: Jambatan/jembatan. Desa/Nagari. Puluik Puluik/Pulut Pulut.  


I just love official info like this!

Gerbang masuk ke kawasan jambatan akar.

Ada caj nak masuk sini.

Ada tangga turun ke bawah ke arah sungai. Masa ni dah kedengaran deruan air sungai yang deras.


Ada 2 beams supporting the cables yang merentasi jambatan ini. Mungkin to reinforce the bridge and thus ensure safety pengguna jambatan ini terutama ketika paras air sungai naik. 

Pokok beringin yang sungguh besar. Akar pokok ni lah jadi jambatan tu.


Jambatan ini merentasi Sungai Batang Bayang. Jadi jambatan ini juga dikenali dengan nama Jembatan Akar Bayang.

Jambatan ini menghubungkan Kampung Puluik-Puluik dan Kampung Lubuk Silau.

Jambatan akar ini terbentuk dari akar-akar pohon beringin yang saling melilit sehingga membentuk jambatan.

Jambatan ni panjangnya 25 meter dan selebar 1.5 meter. 

Jambatan Akar ini dulu dirancang oleh Pakiah Sokan alias Angku Ketek bersama masyarakat Desa Puluit Puluit.

Ada juga cerita yang jambatan ni dibuat oeh seorang ustaz bila anak muridnya tak dapat datang mengaji bila paras air sungai naik. Ada dibuat jambatan buluh tapi sering hanyut. So ustaz tu tanam pokok beringin di kedua belah tebing sungai dan sedikit demi sedikit melilit akar pokok beringin tu pada jambatan buluh sampai akar kedua-dua pokok tercantum.

Jambatan Akar ini mula dibentuk pada 1890 dan mula digunakan pada 1916. Jadi ia ambik masa 26 tahun untuk akar tu bersambung. Lagi lama, akar makin besar dan jambatan ini makin kuat.


Tak de pulak penduduk kampung melintas jambatan ni masa tu.. hehehe... 

Jambatan ni terletak 10 meter di atas paras air sungai. 

Susah juga nak dapatkan shot dari tepi atau dari bawah sebab tebing sungai ni curam dan berbatu-batu. Masa tu pulak tengah hujan renyai jadi agak licin. 

Nope, saya tak ke seberang sana. Rasa macam tak perlu. Jalan sampai tengah je untuk bergambar... hehe. 

Deras air sungai masa tu.

Goyang ke? Hmm... actually tak. Stable je. 

Macam biasa Pa'unchu mintak pose. Actually nak berpijak atas jambatan ni was quite challenging sebab permukaannya tak rata sebab akar. Ada a few parts yang diletak papan. Also masa tu licin sebab hujan. 



Alhamdulillah, dapat juga saya lawat jambatan akar ni setelah sekian lama mengingin :). It was really quite wonderous.

Lepas tu kami jalan lagi. 

Masih lagi dalam kawasan Nagari Koto Berapak, Kecamatan Bayang, kami terjumpa pasar di tepi jalan. Macam pasar tani. 

Bila Pa'unchu tanya nak turun ke, saya kata, 'Iya, harus pak' :). 

Saya kalau tempat macam ni memang la happy sangat.. hehe. Suka tengok aktiviti penduduk setempat. Tak kisah walau pun lebih kurang sama je macam di Malaysia. I'm still super excited.. hehe. Again, target jalan-jalan ni saya nak tengok dan experience avtiviti penduduk-penduduk tempat yang saya lalui as and when ada peluang :). 

Ada jual ikan.

Ada jual sayur.



Ikan-ikan segar. Bersih. Tak berbau hanyir. 


And more importantly the people are very friendly :).  
Again bagus la ada guide macam Pa'unchu yang juga into photography, yang begitu rajin ambik gambar saya.. hehehe.





Saya beri salam dan berteguran dengan akak ni. Saya tanya apa nama pasar ni. Dia kata tak de nama khas, cuma dipanggil pasar sore. Oh ok.. hehehe. 

Aaaaa... kuih! Nice for minum petang. Saya terus tanya puan ni ada ke risoles. Dia kata ada. Terus beli 4 ketul... hehe. Btw, seketul kuih harganya Rp.1,000, around RM0.30. 

Sebelum ambik gambar saya mintak izin dulu :). Semua nampak sedap!! Fyi, semua kuih muih ni elok bertutup masa saya sampai. 



I did pray for their safety. 

Bersambung.... 

Berikut adalah senarai links untuk semua entries Jalan-jalan Fotografi Sumatera Barat saya:
1) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 01 - MASJID RAYA - MUARA PADANG - JAMBATAN SITI NURBAYA - TELOK BAYUR
2) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 02 - TELUK KABUNG - KAMPUNG LUNDANG - JAMBATAN GANTUNG
3) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 03 - PUNCAK MANDEH - JAMBATAN AKAR - PASAR SORE
4) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 04 - PANTAI CAROCOK PAINAN - PUNCAK BUKIT LANGKISAU
5) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 01 - KAMPUANG BATU DALAM DANAU DIBAWAH
6) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 02 - MASJID UMMI - LADANG TEH
7) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 03 - LADANG BAWANG
8) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 04 - DANAU SINGKARAK
9) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 05 - SUNGAYANG - PUNCAK PATO
10) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 06 - KABUPATEN TANAH DATAR DAN LIMA PULUH KOTA
11) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 07 - LEMBAH HARAU DAN ABDI HOMESTAY
12) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 01 - ABDI HOMESTAY
13) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 02 - AIR TERJUN AKA BARAYUN DAN KENAGARIAN HARAU
14) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 03 - JEMBATAN KELOK 9 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - KENAGARIAN GADUT TILATANG KAMANG
15) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 04 - DANAU TARUSAN KAMANG
16) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 05 - KAMPUNG BARU KAMANG MUDIK
17) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 01 - MARAPI SUNRISE
18) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 02 - GANTING SINGGALANG
19) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 03 - PADANG PANJANG
20) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 04 - PACU JAWI
21) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 01 - TABEK PATAH
22) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 02 - PUNCAK ALAI - PASAR KELOMPOK TANI NAGARI KOTO TINGGI
23) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 03 - PASAR BAWAH BUKITTINGGI
24) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 04 - WISATA ALAM BUKIK TAKURUANG
25) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 06 - BUKITTINGGI - NAGARI MALALAK - GOING HOME
26) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - SUMMARY

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. hehhehee..
    dia orang dah biasa en syed..
    jangan risau.
    risau sebab nampak budak budak kecik berdiri atas lori kan??!
    :)

    baru hari pertama dah 3 entri!!
    ehhehehee

    ikan karang ?tak pernah dengar..
    pa'unchu pandai pilih tempat untuk makan..
    sedap sesap !

    tau tak apa maksud ketek?
    kecil
    :)
    ada satu kampung melayu kat hujung jalan hang jebat di banda hilir
    namanya kampung ketek
    ~ pengetahuan anm ..~ hehehe

    asam kumbang .. interesting nya nama !!

    nanti kala sampai kat sana .. saya nak nyanyi lagu ..pohon beringin .. yang dalam filem bawang putih bawang merah tu ..

    tak menyeberang sampai hujung sana ?? alaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul doc. Yes, I'm sure mereka dah biasa... still I worry lah :).

      Hehehe... ada days yg ada 7 parts tau.. hehehe... sebab banyak tempat singgahnya :)

      Mee to. Sedap sgt ikan tu. May be also because cara masak. Tapi mmg texture ikan tu so nice! May be sini ikan tu dikenali dengan nama lain. Right, semua tempat makan yg Pa'unchu bawak selama saya dia sana mmg sedap.

      Aaa... kecil.. ok :). Thanks :).

      Sana macam2 nama tempatnya. Dan mereka suka sambung2 perkataan kan :).

      Cool. Dan mesti dirakam video nyanyian tu ok :)

      Tak doc. Masa tu mcm rasa tak selamat pulak sebab uneven platform dan licin sebab hujan. Gayat pun ye jugak sebenarnya.. hehehe...

      Delete
  2. cantik jugak gambar en syed yang pa unchu tolong ambilkan tuh. dah polished dah skill dia, hahaha!!

    saya rasa seronok pulak nak travel macam ni. mana-mana pon boleh stop. hahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Dia tu saya perhatikan begitu tekun dan dedicated betul masa ambik gambar. Adakala tu siap minta saya pose gitu gini.. hehehe... layan je la :). Yg bestnya at end of the trip dia siap selected and gave me the best photos!

      Seronok GB! I think among the best experience ialah masa stop2 tu :).

      Delete
  3. trimaksih banyank atas kunjungan nya bapak.saya menunggu kedatangan bapak kembali.

    ReplyDelete