Monday, March 14, 2016

PHILIPPINES - DAY 03 - PART 02 - PEOPLE'S PARK IN THE SKY

Ok, jom sambung cerita....


Dalam perjalanan seterusnya kami dapat saksikan dengan lebih dekat slums area dan rumah-rumah setinggan.  

Welcome to Bacoor, sebuah bandar di wilayah Cavite, Filipina.

An elementary school in Bacoor.

People shots di sepanjang perjalanan.



Menuju Tagaytay.


We're heading to People's Park. 

Ok, dah nampak Tasik Taal ni kira dah sampai Tagaytay lah. 

Amazing view. 

Kereta kami pun diberhentikan di tepi jalan untuk kami keluar dan menikmati keindahan pemandangan ini. 

Tasik air tawar ini terbentuk dari letupan gunung berapi pada suatu ketika dahulu. Ia adalah tasik yang ketiga terbesar di Filipina selepas Laguna de Bay dan Lake Lanao.
Tasik ni asalnya adalah sebuah kawah gunung berapi. Di tasik ini ada pulau yang ada gunung berapinya sendiri. Pulau tu namanya Volcano Island dan gunung berapinya dipanggil Taal Volcano.

Gunung berapi ini adalah gunung berapi yang ke 2 paling aktif di Filipina [selepas Mayon Volcano] dengan 33 sejarah letusan, yang last sekali pada 1977, dan merupakan sebahagian daripada  Pacific Ring of Fire.

Pemandangan di sekitar Tasik Taal. 

Kediaman eksklusif di pergunungan dengan pemandangan Tasik taal. 


Destinasi kami di Tagaytay ialah ke People's Park In The Sky untuk menikmati pemandangan Tasik Taal dari aras yang lebih tinggi dan pemandangan yang lebih jelas dari pemandangan tepi jalan tadi.
Ramai pengunjung sebab masa tu public holiday Chinese New Year. 

Untuk naik ke atas kami naik jeepney. Kami happy sebab dapat la merasa naik jeepney.. hehehe... 

Ini rupa People's Park In The Sky atau Palace In The Sky. Teruk rupanya.
Kenapa la tak dibaikpulih bangunan ni sedangkan tempat ni memang salah satu destinasi popular perlancongan di Filipina. 

Sebenarnya ini adalah sebuah bangunan yang separuh siap dibina oleh Imelda Marcos untuk dijadikan rumah persinggahan Presiden US ketika itu, Ronald Reagan yang merancang untuk melawat Filipina. Tapi tak sempat siap sebab Presiden Ferdinand Marcos kena guling. So terbengkalai la projek ni. 

Tapiiii... viewnyaaa.... SubhanAllah... cantik sangat... 





Ladang nenas. 






Padang golf.




Satu lagi bangunan yang tak siap. 





Tugu nenas. Banyak ladang nenas di kawasan ni.



Angin memang sangat kuat di atas ni. Sejuk nyaman. 








Sebelah bangunan ni ada gereja. 

Tak de apa aktiviti di sini, cuma tengok pemandangan. Ada satu meja ada ular sawa kuning ni. 

Ada la adik-adik ni menyewa teropong.  
Apa la..., tempat yang best macam ni tentu ada potensi bagi sesiapa yang nak berniaga. Buat la tandas elok-elok [yep, there are no toilets di bangunan ni], buat gerai and cafe. Boleh la pengunjung duduk-duduk sambil minum tengok pemandangan cantik... etc etc. Macam-macam boleh buat. Hmmm... kalau saya boleh fikir ini semua mesti kerajaan tempatan di situ pun boleh fikir benda yang sama. Kenapa tak buat? Agaknya mungkin struktur bangunan tak begitu selamat. Mungkin tak de bajet. Entah la.


Selesai tengok pemandangan kami pun beredar. Instead of naik jeepney kami jalan kaki turun ke bawah. Nice!



Gereja tadi. 

Remaja Filipino bergambar dengan kuda.

And of course a duck face selfie is a must.  

Uzur sangat dah. 


Masa turun tu kami nampak penjual jalanan ni menjual salah satu snek popular di Filipina dipanggil taho, macam tau foo fah di Malaysia. Tapi version Filipina ni berperasa strawberi dicampur sago.


Banyak jeepney sedang naik ke puncak. Dan buat seketika suasana nyaman pergunungan tercemar. 

Signboards di entrance yang dah lusuh.  

Sebab di sini kawasan curam, parked jeepneys mesti ditahan dengan batu di roda. 


Ada penjual di tepi jalan. 

Penjual ni dengan baik hati menunjukkan pada saya skill food carving dia. 


Kacang dan gajus.


Selesai dah di People's Park, kami bertolak balik ke Manila. 

Masa tengah stuck dalam traffic jam, kereta didatangi adik-adik ni for a food tasting. Ada restoran baru dibuka di bangunan berhampiran. 


Kami tersekat dalam traffic jam yang massive. Kata Janine ni kerana masa tu cuti umum so ramai nak ke Tagaytay. 

Kalau lapar atau saja nak ngunyah atau tengah resah dok dalam traffic jam, boleh la beli snek dari penjual-penjual ni. 


For lunch Janine bawak kami ke restoran Leslie's ni. Cantik restoran ni tapi masa tu tengah ramai orang sebab dah memang masa makan tengahari. 

Janine tengah tanya pasal menu, nampaknya macam dia tak de pun sebarang reservations. Apa la Janine ni. She need to learn more jadi tour guide.

Sementara tu ternampak pulak snek-snek Filipina ni. So mesti ambik gambar la.. hehe.. Ada garlic toast, sugar biscuits, mango boat tart, toasted sponge cake, butter toast, Sukang Iloco [sugarcane juice vinegar], caramel boat tart, cashew fritters, crispy shrimp ukoy [keropok] dan sweet toasted biscuits.  


Lepas tengok menu si Norlene tak nak makan situ sebab mahal sangat kata dia. Lepas tu si Norlene tu terus blah. Suami dia nampak macam terpaksa cakap elok-elok pada Janine dan kami. Terpinga-pinga si Janine. Dalam hal macam ni si Janine la yang patut handle. Lepas tu si Janine kata kalau kami setuju kami boleh makan di restoran ni dan dia akan bawa Steve dan Norlene ke restoran lain. Lepas sejam dia akan datang ambik kami. Masa tu saya fikir macam mana dia nak masuk balik dalam traffic jam tu, then cari restoran, then patah balik ke restoran ni. Dalam sejam boleh ke?

Akhirnya kami decided tak payah la lunch sebab masa tu dah nak pukul 3 petang and we still have such a long drive ahead of us, tambah pulak lagi dengan traffic jam. Moreover kami dah buat reservations nak makan malam kat Ilang Ilang Cafe for our last night di Manila Hotel.

Since dah di restoran ni, kami pun ambik peluang ke balkoni restoran ni yang view nya sangat cantik.



Ada perusahaan ikan sangkar di tasik Taal.



Takut pulak nanti kelaparan dalam kereta so kami pun beli la chocolate chips cookies buat alas perut. Despite whatever happened, kami kesian jugak kat si Steve dan Norlene tu so kami pun belikan la jugak cookies for them. 



Ada banyak ladang nenas yang kami nampak.


Dan gerai-gerai tepi jalan yang menjual nenas dan buah-buahan lain.


Buah nangka pun ada. 




Antara signboards yang kami nampak.


Lechon adalah makanan tradisional Philippines seperti Babi Guling di Bali. Ia bagaimanapun dimasak seperti cara "Luau" di Hawaii.

Antara pemandangan-pemandangan yang sempat saya rakam dalam perjalanan dari Tagaytay ke Manila.




Lega dah tak jam.


Lebuhraya SLEX menuju ke Manila.

Dah sampai Manila.

Dan tersekat dalam traffic jam Manila pulak. 

Sedaya upaya saya nak cuba ambik Manila city skyline. So hard.. hehehe...

Kami masuk ke area Makati sebab nak hantar Steve dan Norlene. Hmm.. dapat jugak kami lalu Makati ni. 


Senja di kota Manila.

Sampai je Manila Hotel kami terus ke Business Center hotel ni nak buat web check-in. First 30 minutes is free, internetnya laju sungguh so we get to use for free lah :).

Selesai check-in kami terus ke Ilang Ilang Cafe di Manila Hotel ni for dinner. Lapar sungguh kami masa tu sebab tadi tak lunch. Malam tu tak de masalah nak makan situ sebab dah buat reservation.

Restoran ni ada buffet halal, tapi kami decided untuk makan ala carte sebab buffet nya mahal sungguh. 

Sementara tunggu makanan sampai, saya round-round restoran ni ambik gambar lah :).

Chefs sedang sibuk menyediakan hidangan.

We had the Chicken Lesuni Malai Tikka and Prawns Pishwari. Sedap la sangat. Like, seriously. Teringat macam masa saya makan masakan authentic ethnic Kashmir dulu. Dah la kami berlapar dalam kereta tadi, then dapat pulak makan sedap. Syukur Alhamdulillah.
My wife had the Chicken Lesuni Malai Tikka [boneless chicken breast cooked in tandoori oven served with naan bread, chutney, pickles and samosa]. I had the Prawns Pishwari [prawns sauteed with tomatoes, onions, bell peppers and spices served with naan bread or basmathi rice, chutney and pickles]. 

Syukur kami dapat rezeki makan sedap malam tu. Lepas tu masa nak bayar kami dapat pulak 40% discount! Sebabnya we were guests di hotel tu. 
Syukur Alhamdulillah... 

Bersambung ke next entry.. going home.... 


Di bawah adalah links kepada semua entries Philippines saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. OH..
    alaa..
    tak ada adegan naik kuda panjat gunung ??
    alaaaaa..
    mana ya saya baca kena naik kuda kat situ.. pergi lagi dekat atau ke bawah tasik kot
    nanti saya baca balik kat su[ermeng malaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. memang tak de, memang dielak... tak berani naik kuda, some more turun naik gunung... huisshhh... nehi nehi.. hahahaha...

      Delete