Monday, March 7, 2016

PHILIPPINES - DAY 02 - PART 02 - VILLA ESCUDERO CULTURAL SHOW

Catatan tour di Villa Escudero diteruskan :)


Sampai masa untuk menyaksikan cultural show pulak. Kami dibawa Jane ke dewan Coconut Pavilion [which is also a restaurant] ni dan mencari tempat yang best untuk saksikan persembahan dan untuk ambik gambar. Tapi lokasi strategik semua dah taken. Last sekali dapat seats 2nd row tepi stage belah kiri. Ok la tu.. hehehe...  

Since show tak start lagi Jane bawa kami ke hujung belakang dewan to show this awesome view :). Belah kiri tu la resort Villa Escudero ni. Boleh bermalam di situ. Reka bentuk macam rumah tradisional Filipina.

Pemandangan tasik Labasin dengan orang berakit. Jane kata dia pernah ambik gambar macam ni dan telah diterbitkan dalam sebuah majalah travel di Manila. Sebenarnya si Jane ni pun suka photography dan bercadang nak beli camera dslr. Dah dia revealed dia suka photography, maka bertambah rancak la kami borak dengan dia :).


Persembahan tarian tradisional di Villa Escudero ni adalah persembahan secara live dengan live music juga. Koreografinya adalah oleh Artis Negara Filipina Ramon Obusan yang saya baca telah memastikan semua tarian-tarian yang dipersembahkan adalah yang betul-betul asli dan tidak dimodenkan. Pemuzik adalah oleh Rondalla band dan pemuzik Muslim yang memainkan instrumen etnik. 

Persembahan tarian ini adalah kompilasi Filipino Folk Dances dari era pre-Spanish period hingga la ke Spanish period. Beberapa tarian dari wilayah-wilayah Visayas dan Mindanao juga dipersembahkan. Para penari adalah pekerja-pekerja hacienda ini yang telah cukup terlatih. 

Dan show pun mula dengan tarian Ragragsakan. 


Balancing baskets of festive goods.


Displaying blankets of life.


Tarian seterusnya tarian Ngilin. 



Courtship behaviour of a rooster. 







Pemain alat-alat musik etnik.

Kuntao ni macam silat kita. Cuma mereka pakai kipas.







Sebuah tarian yang mengasyikkan :).






























Saya suka tarian ni. Elegan.





Tarian yang pakai bamboo clappers tu.











Tarian yang unik. Ketuk-ketuk tempurung kelapa yang diikat pada badan.


Kat bawah tu ada saya letak videonya :).







Sebenarnya cemas jugak tengok penari perempuan tu melompat-lompat atas titi tu walaupun titi tu cuma dalam 2 kaki je tingginya dari lantai... hehe... 

Bukan rendah ya lompatnya. Lepas tu lompat berpusing pulak tu.. hehe. 




Di sana pun panggil 'sabong' jugak.




Kesian tengok ayam-ayam jantan tu. Tapi later saya zoom in my photos and noticed that taji ayam-ayam jantan ni dah dibalut supaya ayam-ayam ni tak cedera bila berlawan. As should la kan sebab this is a just show. I felt very lega. 






Dan last sekali, of course la tarian buluh yang cukup popular ni.





Walaupun dah banyak kali kami tengok tapi setiap kali tu jugak la kami teruja :).


Amboi, penari budak-budak pun ada juga. 

Wahh! Lincah betul adik-adik ni. Ligat dan laju betul gerakan kaki mereka. And all the while looking so cute in their flowery dresses :).


Sebenarnya adik-adik ni adalah anak-anak pekerja-pekerja di Villa Escudero ni juga. 


Nyanyian penutup. 




Rondalla band yang sangat best!

Ok, ni kompilasi tarian-tarian tadi yang sempat saya rakam. Just short video je for each folk dance.

Dan tentunya ada sesi bergambar dengan penari-penari.

Saya abadikan satu shot di sini :).

Selesai tengok cultural show, kami ke kedai souvenir sekejap sebab saya nak cari DVD persembahan tarian di dewan tu. Malangnya tak ada. Yang ada ialah rakaman jenis-jenis tarian yang sama dengan yang di dewan tapi oleh penari-penari asal yang dirakam outdoor seperti di sawah, di tepi sungai, di padang dan di kawasan pergunungan. Lagi la awesome! 


Ok stop sini dulu.. bersambung in next entry.... 


Di bawah adalah links kepada semua entries Philippines saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. beli tak vcd tu?

    dia letak sponge kat taji ayam tu!
    hehhee.
    mesti ayam tu dok pikir.. kenapaaa lah tak mati-mati ayam yamg sekor ni!!??
    puas kena taji!!

    berapa lama persembahan ni?
    macam lama je
    sebab banyak tariannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beliiii! Dah tu je yg ada pun.. hehehe... at least got la some info... :).

      Hehehe.. bagus la. Kalau tak, memang kejammm!!!

      Lebih kurang sejam 30 minit. Banyak tarian, tapi each dalam 5 to 10 minutes je. Just nice la.

      Delete