Friday, April 5, 2024

UMRAH 2024 - ZIARAH SEKITAR MASJID NABAWI

Assalamualaikum.
Di Madinah, pihak Az Zuha ada mengatur dua program lawatan untuk group kami iaitu Lawatan Sekitar Masjid Nabawi dan Lawatan Sekitar Madinah. Kami berdua hanya mengikut program Lawatan Sekitar Masjid Nabawi sahaja dan tidak menyertai program Lawatan Sekitar Madinah disebabkan kami tidak sihat kerana batuk teruk. Tapi kami tidaklah terasa terkilan sangat kerana Lawatan Sekitar Madinah seperti ke Bukit Uhud dan Ladang Kurma sudah pun kami ikuti semasa umrah-umrah kami yang lalu. 

Pada pukul 4:56 pagi saya check cuaca/suhu di Madinah ini. Ternyata suasana sejuk dengan suhu 18℃. Maka mestilah pakai jaket dan stokin. Saya juga tidak perlu ke Masjid Nabawi seawal seperti ke Masjidil Haram kerana keadaan di Masjid Nabawi tidak sesak dan tiada kerja-kerja pembinaan seperti di Masjidil Haram. Tapi pada wanita perlulah ke Masjid Nabawi awal kerana ruang solat cepat penuh dan agak terhad, melainkan jika masuk ke masjid melalui pintu-pintu tertentu yang lokasinya jauh dari hotel kami.

Peta Masjid Nabawi yang Mutawwif kami send via WhatsApps.

Pukul 5 pagi kami keluar ke Masjid Nabawi. Masuk waktu solat Subuh di Madinah pada hari itu adalah pada pukul 5:41 pagi.

Pemandangan sekitar Masjid Nabawi yang penuh dengan deretan hotel-hotel.

Masjid Nabawi.



Ada disediakan ruang-ruang solat yang luas di luar masjid di bawah payung-payung besar.

Kelihatan ramai para jemaah bergegas ke masjid untuk solat Subuh.


Saya sering masuk ikut Pintu 18. 



Etiquette of visiting the Prophet's Mosque.

Masuk ke dalam Masjid Nabawi.

Kebiasaannya ruang solat berdekatan dengan pintu masuk cepat penuh.

Tapi tidak perlu risau kerana if you walk further ini, ke arah depan masjid, akan ada banyak lagi ruang-ruang kosong.


Berjalan ke arah depan masjid.

Di bahagian tengah ini ada banyak ruang kosong.

Dulu masa kami mengerjakan Umrah pada tahun 2017, karpet dalam Masjid Nabawi ini berwarna merah seperti dalam foto di bawah ini.

Semua karpet merah di Masjid Al Nabawi telah digantikan dengan karpet hijau baharu dengan teknologi canggih. Setiap permaidani mengandungi cip elektronik, dan dikaitkan dengan sistem elektronik untuk mengetahui maklumat permaidani sejak pembuatannya.

🟩Warna hijau telah diterima pakai, dan warna ini menjadi warna standard untuk permaidani di kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. “Permaidani ini diperbuat daripada 100 peratus benang akrilik tulen. Tumpukan beratnya 400 gram, dan ketinggiannya mencapai 14 milimeter dengan 575,000 knot setiap meter persegi.
🟩Permaidani buatan Arab Saudi ini dipasang Radio-Frequency Identification (RFID) memenuhi kriteria dan spesifikasi teknikal tertentu untuk disesuaikan dengan ruang masjid.

🟩Terdapat 25,000 karpet sedemikian di Masjid Nabawi, setiap satu dengan cip RFID yang dikaitkan dengan sistem elektronik dengan maklumat mengenai tarikh pembuatan karpet, sejarah penggunaan, lokasi dan masa mencuci.
🟩Karpet ini telah direka bentuk untuk memastikannya tahan lama dan mudah diselenggara, menjadikannya sesuai untuk masjid. Teknologi inovatif itu membolehkan pihak berkuasa masjid mengurus dan menjaga kebersihan kawasan solat serta memudahkan jemaah.

🟩Dahulu, karpet Masjidil Haram Makkah diimport dari Jerman, Belgium, dan Lubnan sejak sekian lama. Dari 1999 hingga 2000, pengimportan permaidani dihentikan, dan kumpulan pertama permaidani telah dihasilkan di kilang Makkah.
🟩Terdapat pemantauan sepanjang masa bagi isu pembersihan dan penyelenggaraan, dan pekerja di masjid kerap menyapu, membersihkan dan mewangikan semua permaidani sepanjang kitaran 24 jam.


Air Zamzam yang disediakan untuk para jemaah.

Yang tengah batuk teruk macam kami ini, eloklah minum yang 'Not Cold'.

Kemudahan kerusi untuk bersolat duduk.

Hanya Al Quran cetakan rasmi daripada Kilang Percetakan Al Quran Al Fahd sahaja yang dibenarkan untuk disimpan di kedua-dua Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah untuk menjaga ketulenan kandungannya.

Suasana dalam masjid ini adalah sejuk nyaman. Jadi ramai jemaah berjaket dan berstokin.

Ada laluan-laluan yang lebar seperti ini bagi memudahkan jemaah masuk dan keluar dari masjid. Bersolat hanya di ruang yang berkarpet. Tapi bila di bahagian karpet sudah penuh, ada juga yang bersolat di laluan ini.

Walau sudah beberapa kali saya berpeluang ke masjid ini, namun I am still in awe each time bila berada di dalamnya. 

Seni bina siling yang sangat cantik.

Juga ada banyak disediakan rak-rak kasut. Kami berdua ada bawa karung untuk kasut bagi memastikan tidak terbawa sebarang kekotoran ke dalam masjid secara tidak sedar.

Ini pula foto-foto yang dirakam oleh isteri. 

Ruang solat untuk Muslimat di Masjid Nabawi dibahagi kepada 2 kawasan yang terpisah: dekat Pintu 13 dan Pintu 25. Ruang Solat Muslimat Pintu 25 adalah lebih besar berbanding Ruang Solat di Pintu 13.

Hotel penginapan kami di Madinah, Hotel Concorde Dar Al Khair, terletak berhampiran Pintu 13 Masjid Nabawi yang merupakan ruang solat untuk Muslimat. Walaupun kedudukan pintu ini agak dekat dengan hotel, isteri terpaksa keluar awal sejam dari masuk waktu solat untuk bersolat di dalam masjid. Ini adalah kerana ruang solat Muslimat di Pintu 13 agak kecil berbanding ruang solat berhampiran Pintu 25 yang jauh lebih besar.


Ruang solat lelaki semakin penuh bila waktu masuk solat Subuh semakin hampir.


Berikut adalah foto-foto setelah selesai solat Subuh. Ramai yang berhenti minum Air Zamzam sebelum keluar dari masjid.






Keluar ikut Pintu 19.

Menara-menara Masjid Nabawi.





Tempat paip Air Zamzam di luar masjid.


Pintu 19.

Men's Toilet.

Pintu 20 dan 21.




Berjalan balik ke hotel.

Deretan kedai-kedai cenderamata.



Kedai emas. 

Kedai kurma.

Kedai emas dan Oud.






Hotel penginapan kami.


Bersarapan pagi.


Keadaan di dewan/restoran hotel ini sesak. 

Ketika ini tiada dibuat sections untuk jemaah Malaysia dan Indonesia.

Kawan dalam group share info tentang dobi.

Pemandangan dari tingkap bilik hotel.



Meow Madinah. Ada yang bagi mereka makan. 

Dah macam Henri Cartier-Bresson's “The Decisive Moment” pulak 😄.

Program Lawatan Sekitar Masjid Nabawi diadakan pada hari kedua kami berada di Madinah. Disebabkan hotel kami terletak berdekatan dengan Sokaifat Bani Saedah, lawatan kami bermula di sana.

Ustaz memberi penerangan tentang Sokaifat Bani Saedah.

Maklumat tentang Sokaifat Bani Saedah ada dalam BLOG saya ini. 


Semasa kami di sini pada 2017 dulu, Sokaifat Bani Saedah adalah merupakan sebuah kawasan taman kecil yang dipagar. Berhampiran dengannya adalah sebuah kawasan perniagaan terbuka yang dinamakan sebagai Pasar Nabi. Ia dinamakan Pasar Nabi kerana pasar ini dibuka oleh Nabi Muhammad SAW untuk mengelakkan pergantungan Umat Islam yang berhijrah dari Makkah ke Madinah kepada pasar milik Yahudi untuk mereka berniaga. Dalam lawatan pada kali ini, kami dapati kawasan Sokaifat Bani Saidah telah ditutup/hadang dan Pasar Nabi telah tiada.

Taman Saqifa Bani Saida ini sedang dalam development.

Berikut adalah beberapa foto yang kami rakam semasa berada di lokasi ini ketika kami mengerjakan Umrah pada tahun 2017 yang lalu. Ini adalah foto-foto Sokaifat Bani Saedah yang ketika itu merupakan sebuah taman kecil yang berpagar. 




Juga pada tahun 2017 itu ada pasar menjual pelbagai barangan yang kebanyakkannya adalah pakaian yang dijual dengan harga murah. 






Sunrise di Masjid Nabawi.


Sedekat inilah lokasi hotel-hotel dengan Masjid Nabawi.

Selepas mendengar penerangan tentang Sokaifat Bani Saedah, Ustaz bawa kami mengelilingi Masjid Nabawi. Sudah banyak perubahan yang kami lihat. Sekarang suasana lebih tenang dan tiada hiruk pikuk pasar. 

Kelihatan groups lain sedang duduk di atas karpet sambil mendengar penyampaian dari Mutawwif mereka.



Al Salam Museum - temporarily closed. Ketika Umrah 2017 kami, ada kami melawat muzium ini untuk menyaksikan pameran  'Muhammad: Messenger of Allah Exhibition'.

Deretan hotel-hotel: Mias Hotel, Emaar Maktan Hotel, Rawda Al Aqiq Hotel, Swiss International Taba Alsalam dan Hayah Golden.


Pekerja pembersihan Masjid Nabawi sedang morning briefing.


Bangunan putih (kanan) itu adalah bangunan Center for Islamic Civic Awareness. Di belakangnya ialah Masjid Abu Bakr Siddeeq RA. Di kiri pula ialah Masjid Al Ghamamah.

Center for Islamic Civic Awareness, Madinah.

Masjid Al Ghamamah. Bolehlah baca tentang masjid ini di BLOG saya ini ya. 

Kerja-kerja pembersihan karpet sudah bermula. I was fascinated sebab karpet yang perlu dibersihkan adalah sangat banyak/luas. Tambahan pula karpet-karpet yang di sini diletak di luar pagar masjid dan tidak berbumbung, makanya terdedah pada cuaca sekitar. Jadi pastinya mereka menggunakan carpet cleaner machine yang hebat dan powerful di mana pembersihan hanya perlu dilakukan sekali atau dua kali jalan sahaja dan tidak perlu berulang banyak kali. 

Being a cleaner of a house of Allah is an honourable job and being a cleaner at the prophet’s masjid is an even greater honour.

Mereka menggunakan Kärcher Carpet Vacuum Sweeper yang menggunakan bateri lithium-ion yang berupaya melakukan operasi selama 60 minit secara berterusan dan pembersihan sekitar 1,800 meter persegi kawasan permaidani dengan sekali cas. Hebat!
Harganya £3776.40 atau RM 21,074.96 satu unit.

Mesin pembersih yang menggunakan bateri ini memudahkan kerja tanpa perlu disambung ke power point. And fyi, bunyinya tidaklah terlalu kuat.

Meow Madinah.

Dari kanan: Center for Islamic Civic Awareness, Masjid Abu Bakr Siddeeq RA dan Masjid Al Ghamamah.

Center for Islamic Civic Awareness, Madinah.

 Masjid Abu Bakr Siddeeq RA.

Masjid Al Ghamamah.

Ini bangunan The General Directorate for the Affairs of Masjid Nabawi.

Di sini ada beberapa gambar besar di dalam Masjid Nabawi.

Foto-foto ini dibuat dengan gaya 3D, jadi bergambar di depan foto besar ini seolah-olah seperti berada di dalam masjid.

Terdapat foto Raudhah.

Another meow Madinah.

Al Salam Museum.

The Haram Courtyard Gate No 316 Side Starting.

Seterusnya Ustaz bawa kami masuk ke perkarangan Masjid Nabawi melalui Gate 316 ini.


Kami dibawa mengelilingi Masjid Nabawi dengan melalui perkarangan berpagar masjid.

Ini bangunan The General Directorate for the Affairs of Masjid Nabawi yang kita lihat tadi dari pedestrian corridor.

Di dalam bangunan ini ada Perpustakaan Masjid Nabawi. General Directorate for the Affairs of Masjid Nabawi. telah memperuntukkan lokasi untuk perpustakaan tersebut di bumbung barat laut yang mempunyai semua dewan, di mana akses kepada mereka boleh dibuat melalui eskalator di Pintu 10.
🔷Perpustakaan Masjid Nabawi, yang bergabung dengan General Presidency for the Affairs of the Two Holy Mosques, dianggap sebagai salah satu tempat terpenting yang pengunjung Masjid Nabawi boleh lawati. Ini adalah untuk memberi mereka peluang untuk memperoleh kemahiran dan kepakaran serta memperkaya pengetahuan mereka melalui buku-buku dalam lebih daripada 21 bahasa.
🔷Perpustakaan ini menempatkan kira-kira 180,000 buku dan 71 klasifikasi, yang teratas adalah buku mengenai biografi kenabian dengan 86 judul, dan pentadbiran dan jabatan khusus lain.
🔷Ia termasuk pentadbiran perpustakaan digital pintar yang dirasmikan selepas transformasi digital global, di mana pentadbiran perpustakaan di Masjid Nabawi menyediakan beberapa komputer dengan e-buku tertentu yang dimuatkan pada peranti.

Di pagar depan bangunan The General Directorate for the Affairs of Masjid Nabawi ini tertera: 
Di atas sekali: The Agency of the General Presidency for the Affairs of the Prophet’s Mosque welcomes the distinguished guests.
Surah al-Ahzab Ayat 56: "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".

Hadis: Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Pemandangan ke luar dari Gate 316.


That is Prophet's Mosque Exhibition building where there's the Exhibition of the Holy Quran, which is currently temporarily closed. Behind are hotels: Golden Tulip Al Shakreen, Al Balad Rawafed Hotel and Al Madinah Golden Hotel.




Itu bangunan The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization. International Fairs and Museums prihatin dengan memperkenalkan biografi nabi, akhlaknya yang agung dan mulia, dan ajarannya yang fleksibel, dalam pendekatan berasaskan saintifik dan penyelidikan yang berbeza, menggunakan teknologi terkini, dan alat persembahan yang paling maju dan kreatif, di bawah seliaan Muslim World League.

Di section ini ada disediakan beberapa Men's Toilet.

Pemandangan payung-payung besar yang terbuka dan yang tertutup.


Kelihatan Essalam Gate.


Pada tiang ini ada papan tanda beranak panah menunjukkan "Untuk Menyampaikan Salam Kepada Rasulullah SAW".


Kelihatan kubah hijau yang dibina sebagai menandakan kedudukan makam Nabi Muhammad SAW bersama tempat dua sahabat baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddik RA dan Khalifah Ummar Bin Khattab RA. 

🔹Kubah masjid mula dibina dengan kayu oleh Sultan Qalawun As Shalihi pada tahun 1250M (678H). 
🔹Daripada segi sejarah kubah ini, ia tidak dibina di zaman Rasulullah SAW, atau di zaman Khulafa’ al-Rasyidin, atau di zaman tabiin, bahkan tidak juga zaman tabi’ tabiin. Maka, pembinaan kubah ini langsung tidak menjadi dalil keharusan membina kubah di atas kubur.
🔹Bahan binaan kubah digantikan pada simen putih oleh Sultan Fayyabi pada tahun 1487M (892H).
🔹Kubah masjid ber- warna putih (simen) sebelum ditukar ke warna biru.
🔹Kubah diwarnakan dengan warna hijau pada zaman Sultan Abdul Hamid pada tahun 1839M (1253H).

Selama lebih dari 650 tahun setelah Nabi SAW wafat, tidak ada kubah di atas makam baginda SAW. Kubah yang pertama dibina pada 1279 oleh seorang sultan Mamluk dan diperbuat daripada kayu. Kubah hijau yang kita lihat hari ini sebenarnya adalah kubah luar di atas bilik Nabi SAW. Terdapat kubah dalam yang jauh lebih kecil dan mempunyai nama Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar RA dan Umar RA yang tertulis di bahagian dalamnya.
Sumber: persadaoasis.com.my

Ternyata kubah itu telah melalui pelbagai warna dan pengubahsuaian sebelum mencapai bentuk dan warna semasa kira-kira 150 tahun lalu. Pada satu ketika dahulu ia berwarna putih dan untuk tempoh yang paling lama ia adalah warna ungu-biru yang amat digemari oleh orang Arab Hijaz.
Sumber: persadaoasis.com.my

Saya baca kubah hijau yang berada di atas makam Nabi SAW termasuk bid’ah yang menjurus kepada syirik. Jadi kenapa dibina dan kenapa tidak diruntuhkan/dibuang? Jika ingin tahu lebih lanjut, bolehlah baca di LINK ini dan LINK ini.

Bolehlah menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad SAW di sini. Adalah tidak dibenarkan berlama-lama atau membuat group talk dengan Mutawwif (berkumpul) di sini kerana akan ada petugas security masjid yang akan suruh kita segera beredar supaya jangan ada sesiapa yang akan membuat perbuatan bid'ah di di sini.



Ini laluan ke Raudhah.


Kami dijadualkan masuk ke Raudhah pada pagi hari ini, selepas program Ziarah Masjid Nabawi ini selesai.


Ada pak cik Arab memberi kurma. 


Seterusnya kami dibawa Ustaz ke Perkuburan Baqi' keluar melalui Gate 362.

Perkuburan Baqi' adalah di sebelah kanan.



Di tepi dinding tanah perkuburan ini ada dipaparkan info dalam pelbagai bahasa tentang "Ziarah Yang Disyari'atkan" sebagai panduan kepada para pelawat.


Jom kita baca.




Di sini saya kongsi beberapa foto-foto lama Perkuburan Baqi' dari Umrah 2017 kami.



Kedudukan Perkuburan di Perkuburan Baqi'.








Gate 362. Nanti untuk masuk ke laluan ke Raudhah, kami akan ke gate ini.


Maka selesailah program Ziarah Masjid Nabawi kami dibawa Ustaz.



Berjalan melalui masjid untuk ke balik ke hotel untuk berehat seketika sebelum ke Raudhah.





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment