Friday, May 31, 2024

LABUAN - MEE KOLOK - LAMAN VICTORIA - LABUAN CHIMNEY

Assalamualaikum.
Pagi hari ke 3 ini kami dibawa oleh Cik Ayu (rakan kerja isteri saya) pergi makan sarapan mee kolok. Lepas sarapan kami pergi ke Labuan Chimney and did the Labuan Chimney Walking Trail.

Sejak semalam saya saya sudah merancang untuk merakam saat-saat matahari terbit di Pantai Tanjung Batu yang lokasinya betul-betul seberang jalan dari hotel penginapan kami ini iaitu Tiara Labuan Hotel. Inilah pemandangannya dari balkoni bilik hotel kami. 

Kelihatan mendung macam nak hujan ketika itu. In fact, tak lama selepas itu hujan turun dengan agak lebat juga.




Kelihatan sebuah bot. Mungkin bot nelayan agaknya.

A buoy and a boat.



Hujan sudah mula renyai masa itu, tidaklah selebat tadinya. Kelihatan beberapa orang lokal sedang berjogging dalam hujan.

Cuba merakam ray of lights.



Bila hujan sudah agak reda kami turun ke Pantai Tanjung Batu ini sebelum Cik Ayu tiba untuk menjemput kami.

Tidaklah seperti yang diharapkan namun tetap sungguh indah sekali. The vastness of the open space in front of us felt absolutely epic. 

Walau pun kelihatan mendung, sejuk dan suram, it also felt quiet and calm. 

Kelihatan sinaran mentari pagi di celah kepulan awan mendung berat.

Sedang hujan di sana, di Pulau Daat.

Pagi semalamnya saya telah berjalan dari lokasi ini, di sepanjang Pantai Tanjung Batu ini, ke Taman Awam Tanjung Purun.



Lebat sungguh nampaknya hujan sedang turun di laut sana.

Kelihatan seorang lagi penduduk di sini sedang bersenam di pantai ini.

Lebih kurang pukul 7 pagi, Cik Ayu pun tiba untuk bawa kami pergi breakfast.


Sedang hujan renyai ketika itu.


Kami bersarapan di restoran bernama H&B Coffee Shop ini. Kata Cik Ayu, restoran ini memang cukup terkenal dengan mee koloknya.

Suasana di dalam restoran.

Restoran ini cukup popular. Kami memilih untuk duduk di luar saja sebab sekejap lagi di dalam tu akan penuh sesak, kata Cik Ayu. Memang benar, dalam beberapa minit sahaja restoran ini penuh dengan pengunjung.

Sebenarnya semalam bila Cik Ayu kata nak bawa kami makan mee kolok for breakfast, kami tidaklah merasa begitu teruja. Ini kerana kami berdua dulu pernah cuba makan mee kolok di Kuching dan terasa tidak kena dengan tekak kami. Saya juga pernah cuba mee kolok segera yang dibeli di Miri, juga tidak begitu serasi. Tapi Cik Ayu kata mee kolok yang dia nak kami cuba adalah sedap dan dia sendiri sudah banyak kali makan.

Jadi Cik Ayu pun tolong order untuk kami. Ada 2 versi; dalam kuahnya boleh letak ikan rebus atau ikan goreng. Saya pilih ikan rebus dan isteri pilih ikan goreng. 
Dannnn.... Uwaahhhh.... Sedap sungguh! Both versions pun sedap sangat! 😋

The noodles portion was huge sampai terfikir boleh ke nak habiskan. Kami berdua makan habis licin... hahaha. 

Kuahnya sungguh sedap dan berperisa. Sedap dimakan bersama mee bersama ikan atau dihirup saja. Lip-smacking good!

Alhamdulillah. 


Di sebelah restoran ada sebuah laman, Laman Victoria namanya. Victoria adalah nama lama Labuan sewaktu di zaman pemerintahan British.

Jadi lepas sarapan kami pun bersiar-siar sekejap dan bergambar di laman ini.

Laman kecil ini dibuat sempena Program Mampan Sejahtera Gotong-Royong Keceriaan Bandar Di Bawah Local Agenda 21 (LA21) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2022 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan (Labuan Corporation). Ia telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Pengerusi Perbadanan Labuan).

Sumber: Laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara
🟢Program Gotong Royong Keceriaan Pusat Bandar Tahun 2022 amat penting bagi menjamin kesejahteraan penduduk Labuan secara keseluruhannya.

🟢Program gotong-royong seumpama itu bukan hanya untuk menceriakan keadaan bandar Labuan ini sendiri, tetapi juga merupakan usaha dalam membendung penularan wabak denggi yang semakin meningkat di wilayah ini khususnya di kawasan bandar.

🟢Selain daripada aspek kebersihan dan keceriaan, aspek kesihatan persekitaran juga perlu diutamakan demi kesejahteraan warga Labuan secara keseluruhannya.

🟢Penganjuran program gotong-royong seperti ini turut menggalakkan aktiviti pembersihan dilaksanakan secara gotong royong melalui penglibatan dan kerjasama daripada rakan-rakan strategik seperti agensi-agensi kerajaan, Dewan-Dewan Perniagaan, persatuan dan orang awam.


Alhamdulillah, cuaca ketika itu semakin cerah dan hujan dah pun berhenti total. Bolehlah kami proceed dengan program Labuan Chimney Walking Trail.

Bergambar-gambar dulu sebelum ke Labuan Chimney.



Ok, jom kita ke Labuan Chimney. Tak jauh, cuma dalam 14 km atau lebih kurang 20 minit.



Dan kami pun tiba di Muzium Chimney. 

Di sebelah kanan itulah Labuan Chimney.



Bergambar di depan Muzium Chimney. 

MUZIUM CHIMNEY
🟠Muzium Chimney yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia merupakan sebuah muzium yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong dan perlombongan arang batu di Labuan. 
🟠Menara Chimney yang terletak berhampiran merupakan ikon bersejarah ketika era kegemilangan perlombongan arang batu dan menjadi kebanggaan masyarakat Labuan setelah memenangi Anugerah "The International Green Apple Awards for Environmental Best Practice" dan "Sustainable Development 2013" untuk kategori seni bina bangunan bersejarah daripada the Green Organisation, United Kingdom.

Ok, jom kita lihat Menara Chimney dengan lebih dekat lagi.



Ada sebuah taman yang cantik di sini. How lovely!


Cahaya pagi itu cukup indah sekali. SubhanAllah.


Monumen yang dikenali sebagai Chimney ini adalah sebuah mercutanda bersejarah terkenal dan unik di Wilayah Persekutuan Labuan. Di kalangan masyarakat tempatan ia lebih dikenali dengan nama "Punil". 
Framing the historic tower with this beautiful plant arch

Chimney ini dipercayai dibina pada awal 1900 ketika kemuncak industri perlombongan arang batu di Tanjung Kubong di bawah pentadbiran British North Borneo Chartered Company. Persekitaran Chimney adalah sebahagian danpada kawasan utama industri perlombongan arang batu Labuan ketika pendudukan Inggeris.


Banyak hipotesis telah diutarakan berhubung fungsi sebenar Chimney:
🟠Sangkaan ia adalah sebuah tempat pengalihan udara untuk terowong bawah tanah tidak benar kerana kerja-kerja ekskavasi tidak menemui sebarang struktur terowong dibawahnya. 
🟠la juga tidak mungkin sebuah cerobong asap seperti namanya kerana tidak ditemui sebarang jelaga pembakaran pada dinding dalam. 
🟠Sebahagian menyatakan ia adalah rumah api yang memberikan isyarat kepada kapal-kapal yang berlalu, lebih-lebih lagi kedudukannya tinggi berhampiran laut, manakala sebuah pelabuhan dinamakan Raffies Anchorage pernah wujud di kawasan perairan Tanjung Kubong suatu ketika dahulu. 
🟠Penduduk tempatan pula menjelaskan ia adalah menara loceng untuk memaklumkan ketibaan kapal.



Kepelbagaian andaian mengenai fungsi sebenarnya menjadikan Labuan Chimney ini sebuah monumen yang penuh misteri dan sentiasa menggamit kekaguman serta persoalan pengunjung. Mengambil kira kepentingan monumen ini kepada sejarah Labuan. Jabatan Muzium dan Antikuiti telan melaksanakan kerja-kerja konservasi ke atas Chimney pada tahun 1997 untuk mengembalikan kekukuhan can rekabentuk asalnya.

DESKRIPSI FIZIKAL CHIMNEY
Chimney yang berketinggian 106' - 6" (32.5 meter) adalah sebuah menara berbentuk segiempat menjulang tinggi dan terdapat lubang di dalamnya. Keseluruhan monumen ini dibina menggunakan ribuan batu-bata merah yang tidak dilepa dengan susunan bata adalah corak tipikal Inggeris. Bahagian permukaan dinding sahaja dianggarkan menggunakan lebih 23,000 biji batu-bata. 

Kerja-kerja ekskavasi mendapati tapak dasar monumen ini didirikan di atas tanah kaolin dengan kedalaman kira-kira satu meter. Ini dianggap mengkagumkan kerana tanpa penggunaan cerucuk seperti kaedah pembinaan hari ini Chimney tetap kukun binaannya. Dua buah gerbang yang terdapat di tapak Chimney berfungsi sebagai pemecah angin yang melindungi bahagian tapak Chimney daripada angin kuat. Rel-rel besi yang mengikat bangunan berfungsi menahan rekahan dan memberikan tekanan berat yang mengukuhkan bahagian tapak Chimney, manakala puncak monumen diletakkan kepingan besi yang memberikan kekuatan kepada bahagian atas.

THE GREEN ORGANIZATION 
THE INTERNATIONAL 
THE GREEN APPLE AWARDS
FOR THE BUILT ENVIRONMENT AND ARCHITECTURAL HERITAGE
Sipnosis mengenai Green Apple Award
🟠Pada bulan Februari yang lepas, Perbadanan Labuan telah menghantar penyertaan ke International Green Apple Award for the Building Environment & Architectural Heritage 2013 yang dianjurkan oleh The Green Organisation di London. Produk yang dicalonkan adalah Chimney bagi kategori Architectural Heritage. 
🟠Pada 23 April 2013 yang lalu, Perbadanan Labuan telah dimaklumkan oleh pihak penganjur sebagai salah satu penerima anugerah berprestij ini. Majlis penganugerahan telah diadakan di Swindon, London pada 24 Jun 2013 yang lalu. Perbadanan Labuan telah menerima Anugerah Gangsa bagi Warisan Seni Bina (Arhitectural Heritage Category). Dengan mendapat anugerah ini, Perbadanan Labuan juga telah dilantik sebagai Green World Ambassador sehingga tahun 2014.








Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment