Assalamualaikum.
Selepas berjalan di Pantai Tanjung Batu dan Taman Awam Tanjung Purun dari Tiara Labuan Hotel, saya sambung lagi morning walk saya ke Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan ini. Ia terletak di seberang jalan dari Taman Awam Tanjung Purun.
Pada Januari lepas di arena ini juga pernah diadakan acara Boling Padang Kejohanan Labuan Ambang 2024 sebuah kejohanan anjuran Persatuan Boling Padang Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan Asian Supply Base (ASB) yang disertai oleh 44 pasukan membabitkan penyertaan dari Sabah, Sarawak, Semenanjung dan juga Labuan.
Arena ini dibina oleh Perbadanan Labuan dengan keluasan 6,500 meter persegi. Bumbungnya dibuat dari PVDF-coated PVC fabric. Ia siap dibina pada tahun 2007.
Penyambut tetamu Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan yang comel 😃😍😊.
Kata kakak-kakak security si comel nampak mengantuk sebab baru lepas diberi makan 😄.
Kebetulan ketika itu sedang berlangsung Kejohanan Lawn Bowls Labuan Open Pairs 2024. Saya terus jadi excited sebab saya tidak pernah lagi menyaksikan acara lawn bowls. Di TV ada la, never live. Also saya tidak pernah lagi ambil gambar acara ini.
Ada jadual-jadual perlawanan.
Bila ingat-ingat balik, sudah banyak juga acara-acara bertema sukan yang pernah saya ambil gambar seperti bolasepak, ragbi, MTB race, wheelchair basketball, dayung sampan (dragon boat), pacu jawi, jet ski/banana boat/other boats, bina badan, team buildings dan ATV.
Seterusnya saya menuju ke Menara Jam Labuan pula yang terletak across the arena's parking lot.
Menara Jam Labuan ini didirikan semula mengikut rekabentuk dan saiz struktur asal menara jam yang didirikan sekitar 1906 yang didermakan peniaga terkemuka Negeri-Negeri Selat berasal dari Melaka bernama Chee Swee Cheng.
Walaupun Bandar Victoria (Bandar Labuan) telah musnah oleh pengeboman semasa perang dunia kedua, namun struktur menara jam asal tersebut masih kukuh dan merupakan salah satu dari empat struktur yang terselamat, dari pengeboman Tentera Bersekutu selain Chimney, bangunan hospital dan rumah api di Pulau Papan dan Pulau Kuraman.
Pemerintahan British berjanji untuk mendirikan semula menara jam tersebut setelah meruntuhkannya dalam tahun 1948. Akhirnya tinggalan sejarah ini berjaya didirikan semula dalam tahun 2002 oleh Perbadanan Labuan menggunakan peruntukan yang diterima dari Kementerian Pelancongan Malaysia.
Menara Jam Labuan ini terletak bersebelahan dengan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dan Medan Selera yang baru. Uniknya, menara jam ini akan berbunyi pada setiap jam, dimana bunyinya akan kedengaran di sekitar kawasan menara jam tersebut.
Menara Jam Labuan adalah replika menara jam asal yang dibina pada tahun 1906 oleh Chee Swee Cheng, seorang hartawan dan dermawan dari Melaka dan pengerusi pertama Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC Bank).
Kehausan, saya pun berjalan ke medan selera yang terletak di sebelah taman Menara Jam Labuan ini. Namanya Medan Selera Labuan.
Saya diberitahu medan selera ini selalunya akan ramai pengunjung waktu petang dan malam.
Papan info tentang fasiliti yang ada di sini |
Design bumbung medan selera ini sangat menarik.
Sempat saya singgah dan berbual dengan seorang peniaga/caterer di sini. Dia sedang menyediakan makanan untuk satu event. Waaa... nampak sedap dan baunya sungguh menggoda 😋.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment