Assalamualaikum.
Pada hari ke 2 kami di Labuan ini, event office isteri bermula. Saya pula buat itinerari sendiri untuk jalan-jalan di Labuan.
Pemandangan suasana pagi dari balkoni bilik hotel.
Saya makan extra sebab hari ini aktiviti saya penuh sehari bermula dari lepas sarapan hingga sunset 😄.
Selepas sarapan pagi kami berjalan ke Pantai Tanjung Batu yang terletak betul-betul di seberang jalan di hadapan resort ini.
Inilah pemandangan Pantai Tanjung Batu dari tepi jalan. Untuk betul-betul berada di tepi pantai, kita perlu turun bukit sikit.
Kelihatan Galaxy ferry yang membawa penumpang pergi balik antara Labuan dan Menumbok di Sabah. Harga tiket feri ini adalah RM9.00. Galaxy dan Blue Ocean dikendalikan oleh Juta Bonus Sdn Bhd. Saya baca sudah ada cadangan projek pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok.
Ini pula feri Kimanis 1. Bersamanya, feri-feri Putrajaya 1, Goodwill Star dan Joystar dikendalikan oleh Labuan Mainland Link Sdn Bhd.
Cantik sungguh pemandangan matahari terbit di Pantai Tanjung Batu ini. SubhanAllah.
Kelihatan kapal terbang flew over us. Kelihatannya seperti military aircraft. Nampak terbang rendah sebab hanya 3 km dari sini adalah Labuan Airport. Dan Labuan Airport berkongsi landasannya dengan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Saya memang akan jadi excited sungguh bila nampak papan maklumat seperti ini. Apatah lagi ianya info tentang Geopark 😃.
Papan maklumat tentang Labuan Geopark, Batu Pasir Belait Tanjung Batu yang disediakan untuk bacaan dan pengetahuan para pengunjung oleh Department Of Tourism, Culture and Arts Labuan Corporation and Ministry Of Tourism, Arts and Culture Malaysia.
Ada jalan turun yang landai untuk pengunjung ke tepian pantai.
Inilah maklumat tentang Labuan Geopark. Jom kita baca.
🔵Geopark Labuan suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat perlombongan batu arang terawal di Asia Tenggara pada 1847.
🔵Labuan juga istimewa kerana singkapan batuan penakung petroleum yang meluas di lepas pantai di Sabah, Brunei dan Sarawak.
🔵Batu pasir Formasi Belait (berusia 15-5 juta tahun) dan batuan syal Formasi Temburong (33-15 juta tahun) membentuk sebahagian daripada sistem petroleum tersingkap di pesisiran pantai menghasilkan landskap berpandangan indah.
🔵Kepelbagaian habitat pesisir pantai, perbukitan serta habitat bakau menjadi daya tarikan alam tabii.
🔵Amalan tradisi seperti membuat perahu kayu dan menangkap hasil laut masih diamalkan oleh komuniti setempat.
🔵Bermula dari petempatan kampung air, kini Labuan menjadi hub industri lepas pantai terkemuka negara.
Endapan Lautan Cetek Kuno
🔵Pada 15 juta tahun lampau, kawasan ini berada di dasar lautan cetek di dalamnya berlaku endapan pasir lapisan demi lapisan.
🔵Ombak dan pasang surut menghasilkan pelbagai struktur seperti lapisan silang, kesan riak, palung dan lapisan flaser.
🔵Ketika itu terdapat pelbagai hidupan marin di dasar laut (fosil badan) yang aktif sehingga meninggalkan kesan korekan (fosil surih).
🔵Kini anda dapat melihat landskap tebing pantai berbatu yang mengawet bukti semua proses silam ini.
🔵Landskap pantai hasil ukiran aktiviti hakisan air laut membentuk fitur menarik seperti tafoni, pentas hakisan ombak, tebing curam dan tanjung.
🔵In the last 15 million years, this area was at the bottom of a shallow sea in which sand had been deposited layer by layer.
🔵Waves and tidal currents produced various structures such as cross-bedding, ripple marks, trough cross-bedding and flaser bedding.
🔵At that time, there were various marine life on the seabed (fossils) that were active so as to leave traces of burrowing (trace fossils).
🔵Now, you can see the rocky coastal landscape that preserves evidence of all these past processes.
🔵The coastal landscapes carved by seawater erosion activities create interesting features such as tafoni, wave abrasional platforms, steep cliffs and headlands.
SubhanAllah. Cantik sungguh pemandangan sunrise ini! Kelihatan di ufuk sana adalah Pulau Daat.
🟦Pulau Daat telah mula dilelong sejak tiga tahun yang lalu dan pada hari ini ia telah dibeli oleh seorang warga asing dengan harga yang lebih rendah daripada harga asalnya.
🟦John Gavaron Treacher dan Clarence Cooper, warganegara British, adalah pemilik pertama Pulau Daat melalui geran yang dikeluarkan pada tahun 1856 oleh Gabenor Labuan ketika itu, George Warren Edwardes, bagi pihak Ratu England.
🟦Selepas bertukar hakmilik beberapa kali, akhirnya pulau itu dibeli oleh Potensi Bernas Sdn Bhd, sebuah syarikat pembangunan dan pengurusan hartanah.
🟦Pada tahun 2011, Pulau Daat mendapat perhatian para pelabur kerana ia dirancang untuk dibangunkan sebagai kompleks petroleum bersepadu bernilai RM3 bilion.
🟦Namun begitu, pelan itu tidak diteruskan kerana kawasan Pulau Daat yang cetek dan berlumpur makanya tidak sesuai untuk pembangunan industri minyak dan gas.
🟦Pada tahun 2021, pulau itu dilelong dengan harga rizab setinggi RM135 juta.
🟦Setelah syarikat Potensi Bernas Sdn Bhd dibubarkan pada 2022, lelongan kemudiannya dibuat sekali lagi dengan harga RM 121.5 juta.
🟦Kini Pulau Daat telah dibeli oleh seorang warga asing dengan harga yang lebih rendah daripada harga asalnya iaitu dengan harga RM80 juta.
Sumber: www.malaysiadateline.com
Ok, isteri pun balik semula ke hotel kerana event office dia akan bermula. Saya pun memulakan aktiviti "Jalan-Jalan Labuan" saya with a 'Morning Walk' di Pantai Tanjung Batu yang cukup indah ini.
Pantai Tanjung Batu ini terletak di pinggir Bandar Labuan di sudut Tenggara pulau. Ia adalah pantai yang paling hampir dengan bandar Labuan dan oleh itu popular di kalangan penduduk tempatan untuk beriadah dan berkelah.
Jalan-jalan awal pagi saya di sini ketika itu sepertinya I have the beach all to myself 😃. Not a single soul in sight.
I was awestruck by the vastness of the sandy beach, calm sea and glorious sky in front of me.
"Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya".
Surah Az-Zumar - 62
Pantai Tanjung Batu ini juga dikenali sebagai Pantai Navy oleh penduduk tempatan mungkin kerana berdekatan dengan pantai ini adalah lokasi Unit Pengawasan Senggara TLDM Timur (UPST), Pangkalan TLDM, Jalan Tanjung Purun, Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.
Pada Oktober 2022, pernah diadakan aktiviti 'Santai di Pantai' di Pantai Navy ini, yang melibatkan pegawai dan anggota UPS TLDM Timur, PSTL dan BAKAT TLDM Labuan. Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan seperti senamrobik dan sukaneka termasuk pesta buah.
On the right is CARIMIN ACACIA.
CARIMIN ACACIA is a Offshore Supply Ship and is sailing under the flag of Malaysia. Its length overall (LOA) is 78 meters with 20 meters width. An Offshore Supply Ship transports supplies, materials, and people from land to offshore rigs and ships.
I think that's an FPSO (Floating Production Storage and Offloading) vessel. It is a floating vessel used by the offshore oil and gas industry for the production and processing of hydrocarbons, and for the storage of oil.
Kita boleh lihat pelbagai kapal dan struktur binaan di laut dari Pantai Tanjung Batu ini. Yang kiri itu adalah sebuah kapal LNG carrier (LNG - Liquefied natural gas). Yang tengah itu adalah salah satu offshore oil rigs.
Tidak jauh dari pantai ini kita juga boleh nampak Pulau Papan. Pulau Papan adalah merupakan tarikan pelancong utama di Wilayah Persekutuan Labuan. Pulau kecil itu mempunyai landskap yang menakjubkan dan suasana pulau yang tenang. Terdapat sebuah rumah api kolonial lama di pulau itu. Disebabkan berdekatan dengan Labuan, Pulau Papan menarik minat ramai penduduk tempatan dan pelancong. Ia adalah percutian hujung minggu yang sangat popular di kalangan rakyat Brunei.
That is KEYFIELD FALCON, an Offshore Supply Ship and is sailing under the flag of Malaysia. Its length overall (LOA) is 80 meters with 20 meters width.
From left, semi-submersible platform, offshore supply ship and jackup rig.
Kelihatan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), the Eurocopter EC725 Super Cougar.
EC725 Caracal / Super Cougar / H225M |
Eurocopter EC725 Caracal, kini dipanggil Airbus Helicopters H225M, ialah helikopter tentera pengangkutan taktikal jarak jauh yang di upgrade daripada Eurocopter AS532 Cougar untuk kegunaan tentera. EC725 direka untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Perancis untuk helikopter khas bagi melakukan operasi Mencari dan Menyelamat.
Ia adalah pesawat berenjin berkembar dan boleh membawa sehingga 28 orang tentera bersama dua anak kapal, bergantung pada konfigurasi. Helikopter itu dipasarkan untuk pengangkutan tentera, pemindahan mangsa, dan tugas mencari dan menyelamat pertempuran.
🔷Pada April 2009, Malaysia membuat tempahan untuk 12 EC725 dalam konfigurasi 'Mencari dan Menyelamat' untuk menggantikan armada Sikorsky SH-3 Sea King yang sudah tua.
🔷Pada 2014, selepas Penerbangan 370 Malaysia Airlines hilang, Tentera Udara Diraja Malaysia mengerahkan EC725 mereka untuk mencari pesawat itu di sekitar Laut China Selatan dan Selat Melaka.
🔷Berikutan gempa bumi Sabah 2015, beberapa pesawat EC725 Tentera Udara Diraja Malaysia telah dihantar ke Laban Rata di Gunung Kinabalu untuk menyelamatkan pendaki yang terkandas dan mengambil mayat.
Galaxy ferry dan Carimin Acacia.
An Offshore Supply Ship, a passengers ferry and an FPSO (Floating Production Storage and Offloading) vessel.
Beautiful sandy beach.
Wind blown sand ripples. Mesmerizing!
Ini Alga Padina australis, sejenis rumpai laut.
Juga dikenali sebagai ear seaweed, agaknya sebab bentuknya macam cuping telinga.
Sejenis lagi rumpai laut yang saya jumpa di pantai ini.
Pada pemerhatian saya, Pantai Tanjung Batu ini adalah pantai awam yang bersih dan diselenggara dengan baik. Syabas kepada pihak yang bertanggungjawab dan juga kepada penduduk tempatan Labuan dan pengunjung kerana menjaga kebersihan dan bersyukur dengan nikmat keindahan alam sekitar semulajadi yang Allah SWT kurniakan.
Macam tak cukup-cukup ambil gambar sunrise ini.... sebab cantik dan epik sangat! 😃
Batu-batuan di persisiran pantai.
Beach rocks covered with sea moss and seaweed.
Pulau Papan yang indah.
Merakam sebuah bot yang sedang meluncur laju.
Nun jauh di sana, berdekatan dengan Pelabuhan Labuan, kelihatan begitu banyak kapal-kapal. Let's zoom-in and have a closer look.
Itu kapal Tanjung Dahan 2, an Offshore Supply/Support Ship.
The green ship's name is Berkat Tuah. It is also an Offshore Supply/Support Ship.
This is Perdana Resolute owned by Perdana Petroleum. It is an Accommodation Workbarge.
'Accommodation Workbarge' ialah kapal yang direka untuk menampung kakitangan kerja dan anak kapal dengan selesa dan selamat ketika mereka melakukan pelbagai tugas luar pesisir. Kapal ini biasanya dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.
Pelantar jack-up ialah pelantar penggerudian terapung yang biasanya mempunyai tiga kaki (tiang) yang boleh dinaikkan semasa pelantar digerakkan ke lokasi baru (sama ada digerakkan sendiri atau ditunda). Kaki-kaki itu kemudian diturunkan ke dasar laut untuk mengangkat pelantar ke ketinggian yang selamat di atas paras air.
Kapal-kapal Omni Stella dan Berkat Tuah. Both are Offshore Supply/Support Ships.
Left, Perdana Resolute (an Accommodation Workbarge) and Perdana Sovereign (an Accommodation Workboat), both owned by Perdana Petroleum.
Tanjung Dahan 2 (an Offshore Supply/Support Ship) and Bridgewater 132 (a Multi Purpose Offshore Vessel).
JM ABADI, a Fire Fighting Vessel.
That is BELAIT PSV 2, an Offshore Supply Ship sailing under the flag of Brunei.
Beautiful shell by the sea shore.
Offshore Supply-Support Ships.
Kelihatan nun di sana, jeti yang di hujungnya ada bangunan cafe, adalah merupakan sebahagian dari Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan berkeluasan 5.91 ekar telah dibina sebagai sebahagian daripada projek pengindahan Tepi Laut Labuan. Ia adalah pusat sukan air bertaraf dunia. Ia dibuka secara rasmi pada tahun 2001. Kompleks sukan laut ini menganjurkan Cabaran Laut Antarabangsa Labuan yang julung kali diadakan setiap tahun. Terdapat lebih banyak aktiviti termasuk kejohanan dan acara lain yang dianjurkan di tempat ini selain daripada cabaran laut.
Setelah berjalan sejauh lebih kurang 1 km di Pantai Tanjung Batu ini dari Tiara Labuan Hotel, saya pun sampai ke Pantai Labuan ini. I must say it was one of the most enjoyable and awe-inspiring morning walks I had in a long time. Alhamdulillah.
A signage 'Ya Allah Rahmatilah Labuan'. Amin....
Di seberang Jalan Tanjung Purun, bangunan bumbung kuning itu adalah Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan (Labuan International Lawn Bowl Arena).
Dan perlu saya nyatakan di sini sekali lagi yang kawasan pantai dan taman ini adalah bersih dan dijaga rapi. Saya yang bukan orang Labuan turut merasa berbangga dan bersyukur 😊.
Morning walk saya pagi itu instantly became absolutely more delightful bila terserempak dengan si putih kuning ini. He was such a beach cat, so chill and santai 😄😃😸.
Hello Love 😊 |
Taman Awam Tanjung Purun.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment