Assalamualaikum.
Baik, selepas minum di Medan Selera Labuan, saya seterusnya ke Muzium Marin Labuan pula. Tak jauh, just across the road.
Muzium Marin Labuan ialah sebuah muzium yang terletak di dalam Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Jom masuk sekejap ke dalam Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Labuan ini.
Unfortunately tiada petugas di kaunter depan. Sebenarnya saya hendak minta pamphlets yang menyenaraikan tempat-tempat menarik di Labuan dan lokasi-lokasinya. Lama juga saya tunggu dan juga jengok-jengok ke bahagian dalam/belakang pejabat ini. Tapi sunyi sepi.
Masa saya sampai, muzium ini belum lagi dibuka. Lagi a few more minutes. Jadi saya jalan-jalan ambil gambar dulu di sekitar Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini.
Plaza Berpayung Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
🐙Muzium Marin Labuan merupakan muzium yang pertama seumpamanya di Malaysia yang bertemakan hidupan laut. Ianya berfungsi untuk memberikan maklumat dan pengetahuan tentang hidupan laut yang terdapat di perairan Borneo dan Labuan yang bermatlamat untuk memupuk kesedaran serta sifat tanggungjawab dan perasaan cintakan warisan alam semulajadi negara di kalangan pengunjung.
🐙Ia dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Paduka Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir pada tanggal 26 Januari 2003.
Peta yang menunjukkan tempat-tempat menarik di Labuan |
🐟Dengan 16 galeri, muzium dua tingkat ini menampilkan pelbagai jenis hidupan marin terutamanya dari perairan sekitar Labuan.
🐟Dibina dalam reka bentuk menyerupai kapal, Muzium Marin Labuan membawa pengunjung mengembara ke dunia akuatik yang menakjubkan.
🐠Bermatlamat untuk memelihara dan mempromosikan warisan marin negara, Muzium Marin Labuan menawarkan peluang untuk melihat sejarah arkelogi dan membudayakan ekosistem marin negara dari sudut yang berbeza.
🐠Muzium Marin Labuan ditubuhkan bukan sahaja sebagai pusat biodiversiti hidupan marin untuk disaksikan oleh generasi sekarang dan yang akan datang, tetapi juga sebagai tempat untuk berkumpul untuk mengingatkan orang ramai tentang pelbagai isu-isu yang mengganggu ekosistem alam kita, seperti ancaman penerokaan berterusan dan perubahan iklim.
🦈Tingkat bawah muzium mempamerkan spesies ikan tempatan di Labuan dan maklumat tentang bangkai kapal terkenal yang terletak di dalam perairannya, termasuk bahagian ikan dan batu karang. 14 akuarium dan kolam sentuh juga diletakkan dalam aras ini.
🦈Aras atas memaparkan maklumat tentang biodiversiti terumbu karang, haiwan marin invertebrata dan hidupan marin yang lain. Pameran yang menampilkan peralatan menyelam, alat memancing tradisional dan moden, serta alat memancing untuk makhluk berbahaya juga terdapat di sini.
🐳Tema sambutan ulang tahun Muzium Marin Labuan yang ke 20 adalah ‘Masa Depan Marin: Kita Teroka, Kita Jaga’.
🐳Muzium Marin Labuan pernah mengadakan acara "Semarak Muzium" di sini pada tahun 2023. Terdapat banyak aktiviti menarik, seperti pameran, ceramah tentang pengurusan plastik, membersihkan pantai, pertandingan mewarna, memasak, senam sihat, dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment