Monday, January 15, 2024

TAIWAN - TAIPEI - YANPING RIVERSIDE PARK & DADAOCHENG PIER PLAZA

Assalamualaikum.
Ok, sudah pun hari ke 4 kami di Taipei. Hari ini kami akan balik ke Malaysia flight Malaysia Airlines pukul 3:10 pm. Well, that's the actual departure time, but late last night we received email and SMS from Malaysia Airlines informing us that our said flight will be delayed to 9:55 pm. Nak stay di hotel till departure tak boleh dah sebab check-out pukul 11:00 am. Jadi kami decided untuk pergi saja ke airport pada pukul 11 pagi seperti yang sudah ada dalam itinerari.

Pagi itu, lepas sarapan kami bercadang untuk pergi morning walk sebelum ke airport. Begitulah kebiasaan kami kalau bercuti. For me personally, the morning walks has become such an integral part of my vacations. Tambah lagi pula cuaca pagi itu was just nice.

Seawal 7 pagi kami sudah turun untuk bersarapan.

Sarapan halal kami ini disediakan oleh pihak hotel. Request must be made at least a day earlier at the hotel's reception for halal breakfast set. 

Ada mee goreng, stir fried chicken, sayur kobis goreng dan salad. 

Utensil set with "Halal" labels. 

Alhamdulillah mengenyangkan. Makan lebih sikit sebab lepas ni nak go for morning walk 😅.

Selesai sarapan kami pun memulakan our morning walk di bandaraya Taipei ini bermula di Section 2, Kaifeng Street. 


Colorful mural on a metal roll-up door of a store.

Nampaknya kafe begini dibuka awal pagi di Taipei. May be to cater to people on the way to work, like grabbing a quick coffee or packed breakfast. 

Kami berjalan di bawah sini, di Huanhe Expressway. Di atas tu, the elevated highway is the Haunhenanbei Expressway.


Seperti di Malaysia, di Taipei juga ada banyak kedai-kedai menjual barangan begini. 

Agaknya diletak basikal-basikal di tepi jalan ini supaya tak ada kenderaan yang park di situ/depan kedai ini.

Elevated highway bertingkat.

Tak pernah saya nampak kipas kaki tiga begini di Malaysia. 

Stores selling electrical appliances and home appliances.

Mesin-mesin gerudi agaknya. Letak luar kedai je, tak ada siapa nak curi sebab berat beratus kilo 😄.



Repair shop agaknya.

Electrical appliances store.


Store specialized in heavy duty trolley wheels.


ZhongXiao Bridge.




We passed by Yuquan Park which is also a "Disaster Prevention Park". It is a city park with an indoor heated swimming pool with a water slide, plus playgrounds and fitness equipment.



There are many city parks in Taipei City. Just now we passed by Yuquan Park. On the opposite side of this street, is Longshan Riverside Park. To the north of it, is Yanping Riverside Park. Next to Yanping Riverside Park is Dadaocheng Pier Plaza. 

Huanhenanbei Expressway yang bersilang-silang dengan inner city elevated highways.


Zhengzhou Road.


Kelihatan di seberang jalan Yanping Evacuation Gate (No. 3 Evacuation Gate). 
🔴Pintu-pintu evakuasi di tambak sungai Tamsui sentiasa bersedia untuk dibuka dan ditutup sebagai tindak balas kepada perubahan cuaca semasa tempoh kawalan banjir. 
🔴Kebanyakan sistem pembukaan dan penutupan pintu evakuasi di bandar ini kini telah dinaik taraf kepada pemacu hidraulik. 
🔴Namun masih lagi terdapat beberapa lagi pintu yang masih menggunakan jentera elektrik. Sistem kecemasan kawalan banjir cara ini memerlukan lebih banyak masa dan tenaga kerja untuk membuka dan menutup, jadi sistem pembukaan dan penutupan perlu diperbaiki untuk meningkatkan kecekapan operasi dan keselamatan pencegahan banjir.
🔴Fyi, Taiwan kerap menghadapi hujan lebat. Terdapat tiga hingga empat taufan melanda Taiwan setiap tahun. Jadi banjir sering berlaku ketika taufan-taufan ini.


Ok jom kita masuk ke Yanping Riverside Park melalui Yanping Evacuation Gate ini.


Inilah jalan masuk ke Yanping Riverside Park. Terdapat disediakan laluan-laluan basikal dan skatepark.



Kelihatan Zhongxiao Bridge di hujung sana.


Saya baca masa Spring, taman ini penuh dengan bunga berwarna warni. Kami di sini masa autumn, so kelihatan padang hijau saja lah. 

Yanping Riverside Park ini terletak di tepi sungai Tamsui. Di Taipei terdapat 29 riverside parks.

Selain berfungsi sebagai kawalan banjir dan memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat, riverside parks seperti ini juga mengekalkan landskap semula jadi dan sumber ekologinya yang kaya, menjadikannya kawasan rekreasi yang rare dan berharga di kawasan bandar.

Kawasan sungai yang luas di Bandar Taipei telah menjadi salah satu kawasan riadah dan rekreasi paling popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pembinaan dan pembangunan di tepi sungai telah membolehkan Bandar Taipei, bandar paling makmur, mencipta imej baharu bandar itu.

Penduduk Taipei beriadah.

Bandar Taipei terletak di Lembangan Taipei di utara Taiwan, dikelilingi oleh gunung di tiga sisi, dengan Sungai Keelung mengalir melaluinya, Sungai Tamsui di barat, Sungai Xindian dan Sungai Jingmei di selatan, dan bersebelahan dengan New Taipei City. 

Bentuk muka bumi di sepanjang sungai adalah rendah, dan beberapa kawasan lebih rendah daripada paras air pasang tinggi purata. Ia perlu dilindungi oleh benteng, pintu pemindahan, stesen pam, kolam tahanan dan pembetung air hujan. 

Kota Taipei pada masa ini mempunyai 111.5 kilometer benteng, 36 pintu pemindahan, 88 stesen pam (21 stesen pam sementara), 4 kolam tahanan, dan jumlah panjang pembetung air ribut kira-kira 716 kilometer.

Bandar Taipei mempunyai musim hujan dari Mei hingga Jun setiap tahun, diikuti dengan taufan dari November hingga November, jadi kerajaan bandar menetapkan Mei hingga November setiap tahun sebagai tempoh kawalan banjir untuk mengukuhkan kawalan banjir dalam tempoh ini.


Ini adalah Zhongxiao Bridge. Ia merentasi sungai Tamsui menghubungkan Taipei City (tebing kiri) dan Sanchong District (tebing kanan).

Ketika ini kami berada di Yanping Riverside Park. Di sebelah sana Zhongxiao Bridge itu ialah Longshan Riverside Park.


Dari Yanping Riverside Park ini boleh juga nampak Zhongxing Bridge yang juga dibina merentasi sungai Tamsui dan panjangnya 0.8 km. Juga dikenali sebagai ChungHsiao Bridge.

Kelihatan Sanchong District dari Yanping Riveside Park ini.

Tepian sungai Tamsui di Sanchong District sana direntasi oleh New Taipei Expressway. 

Sungai Tamsui, New Taipei Expressway dan Sanchong District. 

Untuk menyediakan ruang tepi sungai yang berkualiti tinggi dan pelbagai, Water Conservancy Engineering Office of the Taipei City Government's Public Works Bureau telah menjalankan kerja-kerja seperti mengecat dan mencantikkan tambak, pengindahan hijau di tepi sungai, dan pengemaskinian dan penambahbaikan kemudahan rekreasi tepi sungai. 

Nun di hujung sana adalah satu lagi jambatan yang menrentasi sungai Tamsui ini. Namanya Taibei Bridge.

Dari Yanping Riverside Park ini kita juga boleh nampak pergunungan yang merupakan lokasi Yangmingshan National Park.


Di Yangmingshan National Park terdapat destinasi indah dengan mata air panas dan denai kembara, serta gunung berapi aktif dan tidak aktif terbesar di Taiwan.
🌋Gunung Datun ialah sebuah gunung yang terletak di Yangmingshan National Park
🌋Dengan ketinggian 1,092 meter, ia adalah gunung ke-3 tertinggi di taman ini dan terletak di Kumpulan Gunung Berapi Tatun. 
🌋Ia adalah salah satu daripada dua gunung berapi aktif Taiwan. Gunung ini pertama kali meletus 2.5 juta tahun yang lalu, manakala 700,000 tahun kemudian, ia meletus lagi dan membelah gunung itu kepada beberapa puncak. Letusan terbaru berlaku 5,000-6,000 tahun dahulu.

Saya baca dulu sungai Tamsui ini tersangat tercemar. Setelah clean up, ia kini kami nampak ditumbuhi subur dengan tumbuhan akuatik dan menjadi tempat burung-burung air mencari makan. Kami juga ternampak sekumpulan ikan melompat-lompat di permukaan air (ikan belanak yang melompat untuk mengelak pemangsa dan pernafasan udara). Juga kami tidak pun terbau apa-apa yang tidak menyenangkan.

Tumbuhan sungai tumbuh subur di tengah sungai Tamsui. 


We spotted a Eurasian Magpie. Taiwan's national bird is a Magpie, but not this Eurasian Magpie but the Blue Magpie Mikado.

Inilah burung kebangsaan Taiwan ~ the blue Magpie Mikado. Taiwan Blue Magpie (Urocissa caerulea) ialah burung endemik simbolik Taiwan. Sosial, pintar, lantang dan bekerjasama, burung berwarna-warni ini telah dipilih untuk mewakili semangat rakyat Taiwan.
Foto ini adalah sebahagian daripada lukisan 3D di lantai di pintu masuk tingkat bawah Dewan Chiang Kai-shek Memorial Hall. 

Dan inilah lukisan 3D lengkap yang dinyatakan di atas. Lukisan ini menampilkan burung-burung yang ada di Taiwan. Dari kanan: Kingfisher, Taiwanese blue magpie, Goldfinch (yellow) dan Malayan Night Heron

Eurasian Magpie.

Taipei City Government telah komited terhadap pelaksanaan estetika bandar selama ini dengan usaha membina sebuah bandar tepi sungai yang mengubah keadaan tambak yang rigid dan ketidakharmonian dengan landskap alam sekitar. Usaha ini melibatkan pengindahan benteng yang berunsurkan ciri tempatan sehingga benteng ini bukan lagi sekadar tembok tinggi yang berfungsi mengawal banjir, malah lebih dekat dengan kehidupan penduduk setempat.

Oleh kerana pembinaan kemudahan rekreasi yang pelbagai di taman tepi sungai, kumpulan umur orang yang melawatnya juga sangat luas. Lokasi benteng adalah berdekatan dengan kawasan perumahan, jadi pengindahan benteng kawalan banjir ini adalah selaras dengan keperluan tempatan.
Juga ada projek "Taipei's New Painted Embankment". 

Jenis-jenis benteng yang dirancang oleh Taipei City Government terbahagi terutamanya kepada tembok kawalan banjir, tembok penahan, benteng, dan benteng tanah. Panjang benteng adalah lebih kurang 131,231 meter, dan panjang benteng yang telah mencapai ketinggian kawalan banjir ialah 109,141 meter.

Walau bagaimanapun, walaupun tambak itu pada asalnya dibina untuk melindungi penduduk daripada bencana banjir, kawasan tepi sungai yang terpisah dari kawasan bandar ini telah menjadi tanah hijau yang sukar ditemui di kawasan bandar. Kawasan tanah rata Taiwan adalah kecil dan berpenduduk padat. Dengan ekonomi yang berkembang pesat, kadar penggunaan tanah telah menjadi lebih tinggi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan orang ramai terhadap taman tepi sungai seperti ini, yang merupakan tempat popular yang jarang ditemui untuk bersukan air dan riadah di dalam kawasan bandar, juga meningkat secara relatif.

Oleh itu, landskap taman tepi sungai dan pembinaan kemudahan riadah juga menjadi projek kerja yang terus diusahakan oleh city government. Tambak adalah sebahagian daripada Taman Tepi Sungai dan ianya tidak kelihatan menarik. Oleh itu, Taipei City Government mula menanam sebilangan besar tumbuhan menjalar dan pokok jalanan untuk melembutkan dan menambah kesan visualnya. 

We spotted yet another bird. This is Black-collared starling.

Kelihatannya sedang sibuk mencari makanan.

Haaaa.. tu diaaa! Dapat seekor ulat yang gemuk! 😃
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A, Nabi SAW bersabda:
لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
Maksudnya: “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”
Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164),
Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894)


Deretan kompleks pangsapuri di tebing sungai Tamsui di Sanchong District. Harga sebuah apartment 4 bilik dengan pemandangan sungai Tamsui seperti ini boleh sampai RM 4.6 juta. 

Di Taiwan apartment yang paling mahal ialah di Tao Zhu Yin Yuan Apartment Complex. Lokasinya sebelah bangunan Taipei 101. Harga 1 unit ialah RM 306 juta, menjadikannya yang termahal di Taipei.
Yang berpintal macam bentuk DNA itulah bangunan Tao Zhu Yin Yuan apartment complex, seen from Taipei 101.

Kelihatan satu lagi spesis burung di Yanping Riverside Park ini, burung bangau. 

Sekumpulan bangau kecil sedang mencari makan.

Boleh berjalan, berjogging dan berbasikal di taman ini.


Yanping Riverside Park is a pet-friendly park.


Kelihatan sebuah kapal terbang Uni Airways menuju ke airport yang terdekat dengan Taipei iaitu Taipei Songshan (TSA) Airport.

Wikipedia: UNI Airways is a Taiwanese regional airline based in Zhongshan, Taipei, Taiwan. With an operation focus on domestic routes, UNI Air is a subsidiary of Evergreen Group, making it a sister airline of the mainline operator EVA Air.

Haaa.... nampak lagi seekor spesis burung di taman ini, the Eurasian Tree sparrow 😃. The cute Burung Pipit la 😄.

Bergambar kenangan di Tamsui river waterfront, Taipei.

Tidak kelihatan sebarang aktiviti air atau bot-bot di sungai Tamsui ini masa kami di sini. Mungkin tahap pencemarannya masih lagi kritikal. Atau mungkin juga ketika itu air sungai ini sedang cetek, jadi tiada bot-bot cruise. Saya baca di muara sungai ini, di Bali District, ada sailing activities and cruises. Mungkin di sana airnya lebih bersih.

Ada kawasan rendang dengan pokok-pokok banyan besar di sini.



Ada sebuah kuil di sini, Dadaocheng Qiansui Temple, a Taoist temple.

Kelihatan senior citizens sedang senam tari.


Sekumpulan joggers.

Kami pun sampai di hujung Yanping Riverside Park iaitu di Dadaocheng Pier Plaza.

Dadaocheng pada asalnya diduduki oleh orang Pingpu yang berhijrah ke situ selepas pergaduhan sengit dengan peneroka di Mengjia (Daerah Wanhua hari ini) dari Tonga di Wilayah Fujian. Selama bertahun-tahun, Dadaocheng berkembang dengan kedai dan rumah di sepanjang Sungai Tamsui. Selepas Pelabuhan Tamsui dibuka, Dadaocheng menjadi dermaga utama di Taipei menarik banyak syarikat perdagangan dari seluruh dunia barat. Teh, gula, kapur barus, arangbatu, kapas dan sutera adalah barangan dagangan utama yang diniagakan pada masa itu.

Dadaocheng sebagai pusat perdagangan merosot semasa era penjajahan Jepun. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan ini telah mengalami kebangkitan semula sebagai destinasi pelancongan, tempat berbasikal dan tempat berlepas untuk lawatan bot di sepanjang Sungai Tamsui. Di dermaga Dadaocheng ini juga telah diadakan pesta bunga api utama. 

Kelihatan pada dinding benteng kawalan banjir di sini dilukis mural-mural besar yang cantik dalam usaha Taipei City Government untuk memperindahkan taman tepi sungai ini. 


Berikut adalah beberapa pemandangan indah yang sempat kami rakam di Dadaocheng Pier Plaza ini.







Ada banyak gerai-gerai pelbagai street food dan souvenirs.


Di sini turut disediakan tempat parking kenderaan.



Jeti bot.




Kelihatan beberapa buah bot-bot cruise berlabuh di jeti ini.

River cruise ticket counter.


Ada replika sebuah kapal layar Tangshan, sebuah kapal dagang lama yang pernah digunakan satu ketika dahulu. 

Terdapat juga maklumat tentang Tangshan sailboat dan Tamsui River Shipping.

It's in Mandarin, here's the translation.


That is the Dadaocheng Evacuation Gate No. 5.


More murals on this side of the wharf.




That's Six Hall Pumping Station building. Cubicle warna hijau putih itu adalah public wheelchair-accessible toilets.

Kiosk biru itu adalah pop-up awareness center untuk mewujudkan kesedaran tentang HPV Vaccination. Tujuh daripada 10 kes kanser serviks boleh dielakkan dengan vaksinasi HPV.

A cyclist taking a break.



Statues titled "Affection".

Ok, selesai sudah jalan-jalan kami di Yanping Riverside Park dan Dadaocheng Pier Plaza. Jom kita jalan balik ke hotel. Moreover, ketika itu sudah mula drizzling. 

Pemandangan Dadaocheng Evacuation Gate No. 5 dari jalan raya. Ada mural-mural besar yang menggambarkan suasana dermaga perdagangan ini satu ketika dahulu. 

Roadside Tourist Information board.

Ada banyak tempat yang boleh dilawati di kawasan ini.


Satu lagi patung. 




This is Lee Chunsheng Memorial Church, a Presbyterian church.

Inilah peta morning walk kami. Bermula dari hotel penginapan kami Hotel PaPa Whale kami ikut Section 2, Kaifeng Street dan belok ke kanan sambung jalan lagi menyusuri Huanhe Expessway. Sampai di persimpangan Zhengzhou Road kami melintas dan masuk ke Yanping Riverside Park. Lepas itu terus berjalan lagi menyusuri sungai Tamsui dan tiba di Dadaocheng Pier Plaza. Dari situ kami berpatah balik ke hotel. 

It was such a beautiful morning walk. A walk by the riverside was such a fitting end to our short visit to Taiwan. 

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment