Friday, January 19, 2024

TAIWAN - GOING HOME

Assalamualaikum.
Lepas dinner kami naik semula ke bilik, ambil beg dan turun ke lobi hotel dan check-out. 



Bas sampai pukul 8 malam dan kami dibawa semula ke Taipei Taoyuan International Airport.

Keadaan jalan raya sesak masa itu. Risau takut stuck lama dalam traffic jam. Fortunately, jarak dari hotel ke airport tidaklah jauh.




Kelihatan ramai penumpang yang sama flight dengan kami sedang beratur. Mungkin mereka sengaja datang lewat ke airport sebab flight sudah tukar ke pukul 9:55 malam. Jadi mereka tidaklah dapat compensation hotel and meals seperti kami yang 20 orang ini. Tapi itu mungkin mereka sendiri pun tidak tahu about the compensation. Kalau mereka tahu, mungkin juga mereka akan datang ke airport awal dan check-in sebelum pukul 2 petang tadi. Tapi mungkin juga mereka gunakan the extra time in Taipei/Taiwan for a bit more jalan-jalan or makan-makan.

Since kami sudah check-in, kami terus ke Boarding Gate.




Flight kami, MH367.

Kalau Autogates di KLIA cuma boleh baca passport Malaysia sahaja, Autogates di airport ini boleh baca semua passport. Bila scan passport Malaysia, pada screen autogates itu keluar arahan dalam Bahasa Malaysia. Canggih, right.





















Tiba di Gate B4.






Jom boarding. Melangkah masuk sambil membaca doa.

Suasana malam di Taipei Taoyuan International Airport.


Sebelum berlepas kedengaran Chief Steward membuat permohonan maaf atas kelewatan yang berlaku, tetapi tiada dinyatakan sebab pertukaran waktu departure. Adakah sebab masalah Catering juga, seperti yang berlaku semasa nak ke Taipei dari KLIA tempoh hari? 

Pada 9.55 malam, Malaysia Airlines MH 367 berlepas dari Taipei Taoyuan International Airport menuju ke KLIA. 




Bye bye Taiwan.

Flight path.



Jom makan.



Tidur. 





Disinfection spray.




Alhamdulillah, kami pun selamat tiba di KLIA pada pukul 2:10 pagi selepas penerbangan selama lebih kurang 4 jam 20 minit.







Maka berakhirlah cerita percutian 4 hari 3 malam kami di Taiwan Utara. Berikut adalah aktiviti / tempat-tempat menarik yang sempat kami lawat:
01 - Ximending Night Walking Tour
02 - Taipei City Morning Walk
03 - Taipei City Tour - Chiang Kai-Sek Memorial Hall
04 - Taipei City Tour - Taipei Grand Mosque
05 - Taipei City Tour - Taipei 101 Building
06 - Taipei City Tour - Wufenpu Clothing Market
07 - Taipei City Tour - Raohe Street Night Market
08 - Taipei City Morning Walk - Wanhua District and Xining Market
09 - Taipei City - Pineapple Cake Shop
10 - Yehliu Geopark
11 - Tamsui Fisherman's Wharf
12 - Fort San Domingo
13 - Shifen Waterfalls
14 - Shifen Sky Lantern

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment