Friday, January 26, 2024

PORT DICKSON - NEGERI SEMBILAN - LEXIS PORT DICKSON - SAUJANA BEACH

Assalamualaikum.
Lepas isteri habis meeting kami pun check-out dari Lexis Port Dickson dan pulang ke rumah. 

Tapi kami singgah sekejap di Pantai Saujana untuk makan tengahari.

Kami lunch di restoran ini. Lauk pilihan saya tentulah asam pedas ikan pari. Excited sampai lupa nak ambil gambar lunch kami 😄.

Lepas lunch kami pergi jalan-jalan di Pantai Saujana.

Ada gerai street food.

Juga gerai jual barangan second hand.



Ada Peta Pelancongan Daerah Port Dickson.




Ini tapak Pasar Malam Batu 4, Port Dickson. 

Jom tengok jualan di gerai-gerai yang sudah mula beroperasi masa itu.





Kami ke stesen minyak Petronas untuk tumpang bersolat.



Selesai solat kami melintas Jalan Pantai ini untuk ke Pantai Saujana.

Kalau tak silap Pantai Saujana ini dulu dikenali sebagai Pantai Batu Empat. Namanya telah ditukar kepada Pantai Saujana pada tahun 2001 apabila pantai-pantai di Port Dickson dinamakan semula. Nama "Saujana" ini diberikan berdasarkan lokasinya yang berdekatan dengan bukit Saujana dan sejarahnya yang unik.
Pada tahun 1800 semasa pentadbiran British, terdapat sebuah banglo kolonial yang dikenali sebagai Banglo Saujana. Dengan seni bina kolonial yang indah, ia berdiri megah di atas bukit yang menawarkan pemandangan panoramik kawasan sekitarnya. Hari ini banglo itu adalah Rumah Kelab TNB. 

Pantai Saujana ialah destinasi pantai di Batu 4, Port Dickson. Ia terletak di antara Pantai Bagan Pinang dan Pantai Cahaya Negeri. Lokasi yang strategik dengan persisiran pantai yang lebar dan luas, menjadikannya popular untuk pelbagai aktiviti pantai. 

Perkhemahan ialah salah satu aktiviti kegemaran keluarga dan berkumpulan di sini, di mana ada disediakan kemudahan bilik mandi awam. Di hujung barat Pantai Saujana ini terdapat tempat memancing dan tapak perkhemahan yang bagus.

Di buat taman di sepanjang tepi pantai ini yang dilengkapi dengan gazebo, taman permainan kanak-kanak dan laluan pejalan kaki berturap yang dinaungi oleh kehijauan yang subur.

Sejumlah gerai penjaja dan trak makanan juga beroperasi dari petang hingga malam di bahagian tempat letak kereta. 

Panjang keseluruhan pantai ini adalah sekitar 1 km bermula dari resort pantai Avillion Port Dickson hingga ke Pantai Cahaya.

Sekeluarga makan tengahari di gazebo. 

Ramai penduduk tempatan dan pengunjung dari luar Port Dickson datang ke sini for short vacations sebab ia tidaklah terlalu jauh, contohnya, dari KL.

Pantai ini sering dibanjiri orang ramai terutamanya pada musim perayaan dan cuti hujung minggu. Penduduk tempatan memanggil pantai ini sebagai "Pantai PD".

Komen oleh Elizabeth: 
"Pantai sangat bersih. Pasirnya lembut. Banyak pokok rendang. Airnya juga bersih. Suka berenang di sini. Berenang sejauh 1.5 km terasa seperti bayu dengan arus atau ombak yang kecil. Sangat disyorkan."

Komen oleh Izhar:
"Antara tempat terbaik untuk bercamping! Airnye bersih. Tempat terjaga. Kemudahan toilet. Sampai tgh mlm kedai makan bersepah2. Eh best la camping kat sini."

Komen oleh Isaac:
"A little bit crowd but nice place to watch sunset and many beach activities. Good for family trip (picnic or camping) and school holiday trip."

Ada banyak pokok-pokok rendang di sini. Bentang tikar dan tidur. Sangat healing! 😊😌

Pantai Saujana mempunyai kawasan parkir khas berbayar untuk pengunjung. Kawasan parkirnya terletak dalam jarak berjalan kaki dari pantai. Very convenient.


Tak tahu apakah hasil tangkapan laut mereka ini.


Family camping. Nice!





Nun di sana adalah Avillion Port Dickson.

Avillion Port Dickson's water chalets.



Riang ria di Pantai Saujana. Nun di ufuk sana kelihatan oil tankers sedang melalui Selat Melaka.



Pantai Saujana, bandwagon, banana boat, Pulau Arang, oil tanker dan Selat Melaka.





It was quite windy indeed. Nice!

The last time I camping masa I Tingkatan 3 😄.

So lovely, right.


Ada kiosk/gerai tetap. 


The menu.


"Healing" in progress.

Attractions lain yang ada berdekatan pantai ini adalah Muzium Tentera Darat Port Dickson dan Pantai Cahaya Negeri. Saya sudah pergi ke kedua-duanya. I must say that Muzium Tentera Darat adalah salah satu dari muzium yang terbagus di Malaysia. Like, Seriously. Dan Pantai Cahaya Negeri pula harus dilawat bila sudah berada di area Batu 4 ini sebab yang menariknya di situ ada Jambatan Pulau Burung dan menara tinjau. Pemandangan di situ sangat cantik.







Kelihatan layang-layang. Jom zoom-in.

Colorful.



Banana bot and bandwagon.


Port Dickson's The frame.















Bersih. Muafakat. Sejahtera.
.

Tempat parkir. Juga ada gerai-gerai.


Yang dilarang di sini.










Ok, dah, jom ke kereta.

Pasar Malam Batu 4, PD.

Tapak ini juga jadi lokasi Pasar Tani.

Kapal terbang XiamenAir.
Wikipedia: Xiamen Air also known as Xiamen Airlines, is an airline based in Xiamen, China. Xiamen Air has its northern headquarters in Beijing and eight branches in Fuzhou, Hangzhou, Tianjin, Hunan, Beijing, Quanzhou, Chongqing and Shanghai, and two subsidiaries in Hebei Airlines and Jiangxi Airlines.





Leaving PD.

Muzium Tentera Darat, Port Dickson.



Selamat Jalan. Jumpa Lagi.








Bangunan-bangunan pencakar langit KL.










Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment