Assalamualaikum.
Isteri ada meeting di Bentong, Pahang. Maka bermulalah cerita saya ke sana.
Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) is a 24.4km, three-lane, dual-carriageway running from Sri Petaling to Ulu Kelang. It has 14 interchanges and reaches out to over 60 residential areas as well as connects to major highways and roads in Kuala Lumpur. SUKE aims to be a viable alternative to MRR2 by minimizing traffic congestion in Cheras, Pandan Indah and Ampang.
Source: www.mysuke.com.my
Perjalanan dari rumah ke Bentong tak lama, cuma lebih kurang 1 jam, jaraknya about 65 km.
Sambil itu isteri tolong rakam keindahan bumi Malaysia di waktu pagi dari highway yang kami lalui ini.
Terowong Genting Sempah, Genting Sempah, Bentong, Pahang.
Wikipedia:
🔵Terowong Genting Sempah adalah terowong lebuh raya yang pertama di Malaysia. Terletak di Lebuhraya Karak, terowong sepanjang 900 meter ini menghubungkan antara kawasan Gombak di Selangor dengan Genting Sempah di Pahang. Tempoh pembinaan terowong ini ialah dua tahun iaitu dari tahun 1977 hingga tahun 1979. Terowong ini dibuka secara rasminya pada tahun 1979 oleh bekas Menteri Kerja Raya dan Komunikasi, Dato Abdul Ghani Gilong.
🔵Terowong ini pernah menjadi terowong jalan raya terpanjang di Malaysia sebelum kedudukan tersebut dirampas oleh Terowong SMART sepanjang 4 km yang dibuka pada tahun 2007.
🔵Asalnya terowong Lebuhraya Karak ini hanyalah terowong tunggal dengan dua lorong sahaja tetapi terowong tambahan bagi lalu lintas ke arah timur telah dibina antara tahun 1995 hingga 1997 apabila Lebuhraya Karak dinaiktaraf daripada lebuh raya tunggal dua lorong kepada lebuh raya ekspres kembar empat lorong.
Isteri ada meeting di Hospital Bentong. Memandangkan most time parking di hospital pastinya selalu saja penuh, kami pun park kereta di tempat parking Dataran Bentong yang lokasinya betul-betul di sebelah hospital tersebut.
Tandas Awam Majlis Perbandaran Bentong.
Di seberang Jalan Tras ini adalah Masjid Bandar Bentong (Masjid Sultan Haji Ahmad Shah).
Bangunan Pejabat Tenaga Kerja Bentong.
Sudah pun hampir pukul 10 pagi ketika itu, so isteri pun pergi ke Hospital Bentong for her meeting which was expected to end around 2 in the afternoon. Which means I had roughly 4 hours to go jalan-jalan. Seperti biasanya saya kalau nak jalan-jalan di bandar-bandar begini, saya akan dapatkan khidmat teksi dan minta driver teksi untuk bawa saya ke tempat-tempat menarik yang ada di bandar itu. That day, it was uncle Jay who is orang Bentong.
Lepas bincang dengan uncle Jay, dia pun bawa saya ke Taman Eko Rimba Chamang. Saya nak ke sana sebab ada air terjun yang cukup indah.
Lokasi Taman Eko Rimba Chamang tidak jauh dari Hospital Bentong, lebih kurang 15 minit perjalanan sejauh lebih kurang 9 km.
We passed by Kechara Forest Retreat, a Buddhist temple.
Kechara Forest Retreat (KFR) is built upon eons of scientific wisdom to help humanity rise above the matrix of life in a Tibetan spiritual fashion.
Taman Eko-Rimba Chamang, 2 km lagi.
Masa operasinya dari 8 pagi hingga 5 petang. Ditutup pada musim tengkujuh antara November hingga Januari.
Tiba di gate masuk ke taman rimba.
forestry.pahang.gov.my
Lokasi: Kompartment 22, 31 dan 33, Hutan Simpan Bukit Tinggi keluasan pembangunan lebih kurang 25 hektar. Terletak 9 km dari Bandar Bentong iaitu di laluan utama Bentong ke Raub menuju ke Kampung Perling.
Ada disediakan tempat letak kereta yang luas untuk pengunjung. Juga ada Pusat Penerangan, surau, gerai-gerai, tandas, pondok rehat, laluan OKU, taman permainan, jambatan gantung dan tapak perkhemahan.
Selamat Datang ke Taman Eko Rimba Chamang.
Peta Panduan Taman Eko Rimba Chamang.
Di sini ada 5 dataran: Dataran Ara, Dataran Balau, Dataran Chengal, Dataran Dedaru dan Dataran Ekor Kuda. |
Papan maklumat tentang "Perbuatan Larangan Dalam Hutan Simpanan Kekal".
www.mpbentong.gov.my
🔵Hutan Lipur Sungai Chamang terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi yang mempunyai jenis Hutan Dilitupi oleh Bukit. Hutan Lipur Chamang yang dulunya dikenali dengan nama Air Terjun Chamang terletak kira-kira 8 km dari bandar Bentong, Pahang. Ia terletak dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Tinggi. Jarak dari Kuala Lumpur kira-kira 69 km.
🔵Keunikan hutan lipur ini ialah air terjun dan jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu yang terdapat di sini. Kawasan hutan lipur ini juga terdapat pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan, serangga, burung, reptilia yang unik lagi mengkagumkan.
Jenis hutan di sini adalah Hutan Diterokarp Bukit.
forestry.pahang.gov.my
🔵Keunikan hutan lipur ini ialah deruan air terjun dan jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu terdapat di sini.
🔵Terdapat juga berbagai spesies burung, tumbuhan, serangga dan reptilia yang unik dan mengagumkan.
Uncle Jay lelap dalam kereta sementara menunggu saya 😁.
Pemandangan Sungai Perting dari Jambatan Gantung Air Terjun Chamang.
Ok, selesai di Taman Air Terjun Chamang, saya dan uncle Jay ke destinasi seterusnya.
Unfortunately, hari itu adalah hari Selasa, so it is closed. Of all the days in a week, I happened to be there on a Tuesday... hihi 😄.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment