Monday, June 20, 2022

PERLIS - DAY 02 - PART 01 - MASJID ALWI KANGAR

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Pada hari kedua kami merancang untuk pergi ke beberapa lagi  places of interest di Perlis ini. Before that jom kita pergi sarapan dulu. Mestilah kena fuel up for the day's activities 😄. Fyi, kami menginap di hotel 2 bintang, jadi tiada sarapan disediakan. Staff di reception cadangkan kami ke sebuah gerai tidak jauh dari hotel. Kami jalan kaki sahaja ke gerai makan tu which is about 400 meters away from our hotel.

Sunrise di Bandar Kangar. Dekat dengan hotel penginapan kami, masa dalam perjalanan ke gerai sarapan we came upon gerbang Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Perlis ini yang tertera kenyataan 'Perlis Bandaraya 2030'. Ia merupakan perancangan mentransformasi Perlis kepada negeri yang bebas kemiskinan, negeri bandaraya maju dan masyarakat yang berpendapatan tinggi menjelang 2030 melalui Pelan Strategik Pembangunan Perlis (PSPP). Sumber: perlis.gov.my


Hiasan landskap pokok-pokok Bunga Kertas di kiri kanan jambatan di Jalan Kangar-Alor Setar. 

Fyi, pada esok hari (day 03), saya ada juga ke Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen. 


PSPP akan melengkapkan dua kajian awal – Kajian Perlis Maju 2015 dan Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030, di samping menambahkan dimensi baharu kepada kemajuan negeri Perlis seterusnya melonjakkannya ke dalam arus pembangunan perdana Malaysia.
🔷Pelan ini merangkumi rancangan, program dan projek untuk mengubah ekonomi Perlis dan membawa pembangunan kepada semua bahagian di negeri, termasuk kampong-kampung di pedalaman.
🔷Komponen sosioekonomi PSPP memastikan bahawa bantuan secara langsung disediakan kepada ribuan isi rumah. Mereka akan mendapat manfaat melalui pembinaan rumah kos rendah, dorongan kepada PKS Bumiputera melalui kredit, sokongan pemasaran dan bantuan kepada pesawah padi.
🔷Adalah diharapkan KDNK per kapita dapat ditingkatkan sebanyak tiga kali ganda menjelang akhir tempoh Pelan ini. Faedah-faedah pembangunan akan cuba diagihkan dengan saksama supaya semua penduduk Perlis akan menikmati hasil pembangunan tersebut.
Sumber: perlis.gov.my

Then we came upon Masjid Alwi Kangar. Cantik dapat capture masjid ini masa sunrise.

Masjid Alwi Kangar adalah salah satu daripada mercu tanda syiar Islam di Negeri Perlis.

Kami pun singgah sekejap di Masjid Alwi ini.

Masjid Alwi dahulunya adalah masjid negeri yang dibina pada zaman Penjajahan British. Statusnya sebagai masjid negeri digantikan apabila Masjid Negeri Perlis di Arau dibina pada tahun 1973.

Kerana pandemik, maka ketika bukan waktu solat, masjid ini ditutup bagi mematuhi SOP. Jadi kami ambil gambar dari luar sahaja.

Masjid Alwi telah didaftarkan sebagai Warisan di bawah akta warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan diluluskan oleh Dato’ Profesor Emeritus Zuraina Majid (Pesuruhaya Warisan 2008) dari Jabatan Warisan Negara di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia. 
Sumber: maips.gov.my

Sehingga kini, Masjid Alwi masih digunakan dan menjadi antara masjid utama di Negeri Perlis. Pelbagai program pengimarahan dan kemasyarakat seperti Kuliah Mingguan Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, Program Perkampungan Sunnah dan lain-lain dilaksanakan dengan sebaiknya.
Sumber: maips.gov.my

Masjid ini terletak secara strategik di dalam pusat bandar Kangar, berdekatan dengan beberapa bangunan dan institusi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perlis. 

Dari segi senibina, pengaruh warisan kolonialnya boleh dilihat pada kubahnya yang berbentuk bawang yang diekspresikan dalam gaya seni bina Mughal yang mendominasi bangunan dua tingkat ini. Kubah utamanya sangat mirip dengan masjid-masjid kolonial lain di negara ini, seperti Masjid Zahir di Alor Setar dan Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang. Kubah utama yang dipuncaknya dihiasi dengan bulan sabit, terletak di atas menara segi lapan yang mempunyai tingkap-tingkap bulat. 

Sebagai perbandingan, ini Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

Ini pula Masjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang.

Di atas anjung-anjung pintu masuk, ada pagar konkrit mengepung bumbung anjung yang dihiasi dengan dua obelisk yang dipasang seperti menara di kedua-dua sudut luar anjung.

Menara, yang dianggap sebagai ciri penting masjid tradisional, diletakkan di sebelah kanan pintu masuk utama. Ia adalah menara tipikal gaya Mughal, dengan balkoni gaya chattri dilengkapkan dengan kubah runcing berbentuk bawang.



Maklumat tentang Masjid Alwi di depan masjid.



Dan kami pun sampailah ke gerai ini. D'Danish Corner namanya. 

Look very cozy di bawah pokok besar yang rendang.


Ada sarapan dan makan malam. Jom kita tengok makanan apa yang ada dijual di sini.

Macam-macam kuih ada! Cucur Ikan Bilis, Apom, Donut, Buah Melaka, Agar-agar, Kuih Jawa, Kuih Bom dan Roti Sosej.

Pulut Inti dan Pulut Sambal. 

Sandwich Sardin, Ketayap, Popia Basah, Popia Goreng, Pulut Panggang dan Cucur Badak.

Dari ada banyak pilihan-pilihan yang sedap ni, Sandwich Sardin yang saya pilih... hihi 😄.

Kebab, Brownies dan donut pelbagai fillings.


Gerai Kuih Muih Kak Dah. Pelbagai Kuih Muih Tradisional dan Moden.

Nasi Goreng, Mee Goreng, Kuey Teow Goreng, Nasi Minyak Ayam dan Nasi Lemak Gulai Ayam.

Roti Jala dan Nasi Kuning Ayam Berempah.

Boleh makan di gerai ini. Jadi kami makan saja sarapan kami di sini. 

Juga ada Iwari Kitchen yang menjual Western Food.


I think ini menu makan malam di gerai ini.

Bergambar dulu sebelum duduk makan... hihi 😄.

Sarapan kami. Sandwich Sardin, Kuey Teow Goreng + Telor Goreng dan Nasi Lemak Sambal Udang.


Minum teh tarik dan Teh O kurang manis. 

Menu Iwari Kitchen. Wah... ada canapés dan bruschetta.


Selesai sarapan kami pun berjalan balik ke hotel. Ini Balai Bomba dan Penyelamat Kangar.

Tiba di Hotel. Kami naik ke bilik dulu since ada masa lagi sebelum mula jalan-jalan hari kedua kami.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment