السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Selepas kami bercuti di Miri dan Kuching, Sarawak, kami bercuti pula ke Perlis dan Pulau Pinang. Dengan percutian ke Perlis maka lengkaplah jalan-jalan saya di semua negeri di Malaysia. Cuma yang tak pergi lagi ialah Wilayah Persekutuan Labuan. Tapi since Pulau Labuan adalah part of Sabah, so kiranya lengkap lah... hihi 😄. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah.
Most of my jalan-jalan di Malaysia adalah berikutan tugasan isteri yang memerlukan dia untuk hadir meeting, lawatan, seminar etc. Kebiasaannya saya temankan dia dan sambil itu kami jalan-jalan. Dan kali ini kami ke Perlis dan Pulau Pinang pula kerana isteri ada lawatan kerja di kedua-dua negeri ini.
Kami ke KLIA2, terbang dengan AirAsia ke Alor Setar. Sampai Alor Setar kami akan naik teksi ke Kangar, Perlis. Kami ke Perlis dua hari sebelum hari wife buat lawatan kerja iaitu pada hari Isnin so that bolehlah kami jalan-jalan over the weekend.
|
Foto compulsory dalam teksi... hihi 😄. |
KLIA2.
Suasana masih lengang, tidak sesibuk seperti selalunya.
Kedai-kedai masih banyak yang tutup. But definitely much more livelier.
Terus ke bangunan check-in. Scan MySejahtera dan lalu thermal scanners dulu.
Kami pilih untuk terbang dengan AirAsia sebab departure date and time yang bagus.
Gelabah la sikit masa di mesin self check-in ni 😅. Ada lain sikit dari yang dulu sebab guna QR Code.
Attached Bag Tag.
Then to drop bag counter. Tak ada passengers lain masa tu.
Kami dibantu oleh staff AirAsia.
Lepas drop bags terus cari hand sanitizer dan lumur tangan sebab tadinya kami pegang handheld scanner di drop bag counter tu 😅. Can never be too careful, right 😃.
Then kami cari sarapan. Restoran mamak yang kami pernah had meals at before tutup pula hari tu.
Jadi kami ke Food Arcade.
Suasana dalam Food Arcade KLIA2.
Views from KLIA2's Food Arcade.
Wife's breakfast.
My breakfast. Both our breakfasts are quite delicious actually. Alhamdulillah.
Lepas sarapan, terus ke Gate J8.
Sebelah Gate J8 ada Saudagar Kurma Shop ni. Jom masuk kejap.
Macam-macam ada.
Saya beli dried kiwi fruit. Nice but a bit too sweet for me.
Flight details and Boarding Pass. Let's board the plane.
Alhamdulillah cuaca baik pagi tu.
Kelihatan passengers lain adalah anak-anak muda. Kami fikir perhaps they are students on the way to their universities. Kan di Kedah dan Perlis ada beberapa universiti seperti Universiti Utara Malaysia di Kedah dan Universiti Malaysia Perlis. Universiti Teknologi Mara juga ada di kedua-dua negeri Perlis dan Kedah.
Boarding Gate J8.
Flight AirAsia AK 6018 ke Alor Setar.
Jom boarding.
Nice jugak ambil gambar stail macam ni di aerobridge.
Suasana dalam kapal terbang.
In-flight safety demonstrations.
Menuju ke runway.
Ini first time dapat rakam gambar kedua-dua KLIA1 dan KLIA2 in one shot.
Pemandangan Bagan Datuk dan Sungai Perak dari kapal terbang.
Ini juga pertama kali kami lihat ketika dalam penerbangan pemandangan persisir laut di Selat Melaka ini. Cantik sungguh. SubhanAllah. Di bawah tu ialah Pantai Remis, Perak.
Flying over Selinsing, Perak.
View of Kuala Gula, Perak from above.
Pemandangan banjaran yang cukup indah sekali. SubhanAllah.
Di sebelah kanan dalam foto bawah itu adalah bandar Kuala Kurau dan Sungai Kurau, Perak. Di sebelah kiri pula ialah Tanjung Piandang dan Sungai Tanjung Piandang. Dan petak-petak itu adalah petak-petak sawah padi Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.
Bandar Tanjung Piandang di sebelah kanan foto. Di sebelah kiri foto pula adalah Parit Buntar.
Ini adalah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Foto keseluruhan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang sempat kami rakam. Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dengan Batu Maung di Pulau Pinang. Di sebelah kiri foto ialah Pulau Jerejak.
Dan yang ini adalah Jambatan Pulau Pinang yang pertama.
A bit of info about both bridges.
Flying over George Town. Di hujung seberang sana adalah Butterworth Port. Di sebelah kiri adalah Gurney Drive.
Reclamation project at Gurney Drive.
Memasuki ruang udara Negeri Kedah. Kapal terbang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar.
Flew over kawasan Kuala Kedah.
Cantiknya pemandangan dari atas ni.
Pemandangan kawasan-kawasan perumahan dan petak-petak sawah padi Kuala Kedah.
Sungai Kedah.
Ini sebuah jambatan yang merentasi Sungai Kedah yang menjadi laluan Sultanah Bahiyah Highway. Di jambatan ini ada Tandop Kawalan Pasang Surut Sungai Kedah, Ampang Jajar, Alor Setar. Fungsi binaan ini adalah untuk mengawal aras air Sungai Kedah. Bila berlaku air pasang, pintunya ditutup untuk elak air laut (pasang) memasuki Sungai Kedah yang boleh mengakibatkan banjir teruk.
Terbang atas Bandaraya Alor Setar.
Kami boleh nampak Menara Alor Setar dari tingkap kapal terbang.
Juga boleh nampak Stadium Darul Aman.
Pejabat YAB Menteri Besar Kedah.
Till the next coming blog entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment