السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Seperti yang dijanjikan, pada pukul 5:15 petang Pak cik Saadon seorang pemandu teksi di Kangar ini that we contacted earlier pun datang menjemput kami di hotel untuk program jalan-jalan Perlis kami.
Sebenarnya perancangan awal kami adalah ke Kuala Perlis tapi lepas bincang dengan Pak cik Saadon kami dibawa singgah dahulu ke Pasar Terapung Kolam JPS Perlis. Kami terjumpa info tentang pasar ini di internet jadi kami bertanyalah pada Pak Cik Saadon dan dia kata ok je kalau kami nak singgah di pasar itu dulu sebelum ke Kuala Perlis.
Taman Merdeka Majlis Perbandaran Kangar Perlis. |
Bangunan Majlis Perbandaran Kangar Perlis di Persiaran Jubli Emas, Kangar.
I 💗 Perlis @ Taman Merdeka.
Then we came upon satu lagi taman rekreasi di Kangar ini, iaitu Denai Larian Sungai Perlis Pengkalan Asam. Seperti namanya, ia adalah sebuah jogging park. Taman ini diselenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis.
Di taman ini ada sebuah jambatan gantung yang dibina merentangi Sungai Perlis.
Lokasi taman ini adalah di tepi Sungai Perlis.
Selain untuk berjogging, taman ini sesuai untuk beriadah bersama keluarga.
Acara tahunan Kangar City Run diadakan di taman ini. Jarak larian di taman ini adalah sejauh lebih kurang 7.5 km bagi satu pusingan. Ada beberapa trek di sini seperti trek 2.6 km, 5.5 km dan 10 km. Juga ada trek berbasikal.
Ok, sebenarnya masa ini kami sudah pun sampai ke Pasar Terapung Kolam JPS Perlis. Tapi saya kongsi dulu beberapa foto-foto pasar terapung di Damnoen Saduak Floating Market, Thailand yang dirakam masa kami bercuti ke sana dulu.
Tentulah expectation kami Pasar Terapung Kolam JPS Perlis tidaklah seperti yang di Thailand tu. Namun, the idea of having one in Malaysia excites us just as much. I read actually di Kelantan pun ada floating market.
Pak cik Saadon pun menurunkan kami di depan pintu masuk ke pasar terapung. He asked us to just take our time and enjoy the place. Sudah selesai nanti, call saja dia and he'll come to pick us up at this same spot.
Ini pintu masuk ke Pasar Terapung Kolam JPS Perlis. Sebenarnya Pasar Terapung in berada di sebuah kolam besar dalam kawasan Kompleks Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis.
Untuk masuk ke dalam kawasan pasar terapung, kami melalui sebuah jambatan kecil menyeberang sebuah moat/parit besar iaitu jalan masuk utama ke kompleks JPS.
Pemandangan parit besar depan Kompleks JPS.
Kawasan yang kami masuk ini sebenarnya adalah kawasan Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis, Kompleks JPS Perlis, Pengkalan Asam, Kangar Perlis.
Di sebelah kiri jalan masuk inilah lokasi Pasar Terapung Kolam JPS Perlis.
Lebih specific lagi, Pasar Terapung Kolam JPS Perlis ini berada dalam kawasan Laman Inovasi & Goes Green JPS.
Ada kunci air dan kincir angin kecil.
Ada patung dua orang sedang 'memutar' propeller pada kincir angin ini. Nice 😃.
Ada walkway antara moat/parit dan kolam besar.
Instead of terus ke tepi kolam di tempat para penjual, kami ke walkway tepi kolam ini dulu untuk merakam pemandangan keseluruhan pasar terapung ini dari seberang sini.
As stated above, pasar terapung ini adalah di sebuah kolam dan bukannya di sungai. Kata Pak cik Saadon, asalnya masa mula-mula pasar terapung ini dilancarkan lokasinya adalah di Sungai Perlis. Hampir mirip seperti yang di Thailand kata Pak cik Saadon. Tambah Pak cik Saadon lagi, disebabkan lokasi asalnya agak sukar dikunjungi ia kurang mendapat sambutan. Maka ia dipindahkan ke lokasi kolam ini and since then the responses from visitors had been more encouraging.
Banyak juga gerai perahu yang ada di pasar terapung ini.
Dan kami juga perasan nampaknya perahu-perahu gerai ini adalah permanently stationed pada sepanjang tepian kolam dan tidaklah berlayar ke sana sini seperti yang saya sangkakan macam di Damnoen Saduak Floating Market, Thailand. Rupanya dikatakan konsep pasar terapung seperti ini adalah seperti Khlong Hae Floating Market di Hat Yai Thailand.
Kalau macam yang di Khlong Hae Floating Market, Hat Yai maka betullah begini konsepnya.
Bergambar dulu sebelum ke gerai-gerai perahu.
Tak begitu ramai pengunjung masa ini.
Gerai menjual bermacam permainan kanak-kanak. Bagus rasanya kalau dibenarkan lebih banyak penjual gerai begini on this side on the path, bersetentang dengan barisan gerai perahu. Tambah meriahlah.
Jom kita lihat lebih dekat lagi gerai-gerai perahu di sini.
Di gerai perahu ini ada jual Kueytew T'hing, Nasi Lemak Pandan Ayam Perap, Bihun Soto Bakso, Bihun Kuah dan Tart Portugis.
Saya berteguran dan sembang serba sedikit dengan penjual ini. Saya juga minta kebenaran dulu sebelum ambil gambar. Cik ni ok je 😃. Tapi belinya tidak... hihi 😅.
Tart Portugis tu nampak sedap!
Gerai perahu sebelah ni pula jual ais krim potong. Memang syok la kalau dapat makan ais krim ni especially at that time sebab masa tu cuaca agak panas.
Macam-macam perasa ada.
Unfortunately penjualnya tak ada. Mungkin break pergi bersolat agaknya.
Haaa.. kalau kehausan, silalah ke gerai perahu ni.
Kelihatan penjual ini sedang sibuk menyiapkan ABC.
Tu diaaa...! 😋😃
Pengunjung bergambar di signage 'We 💗 Pasar Terapung'.
Pengunjung-pengunjung juga boleh bersampan di kolam ini.
Sebenarnya kolam ini agak besar juga saiznya.
Jom tengok gerai-gerai perahu lain.
Gerai kiri ini pula menjual Oden. Bahan-bahan seperti fish tofu, seafood tofu, crab stick dan fishcake dengan kuah tomyam menjadi sajian.
Gerai ini pula menjual Lokcing. Saya baca Lokcing ni ialah sate ikan sejenis makanan yang dikatakan berasal dari selatan Thailand. Ia bermaksud 'bebola bakar'.
Selain sate ikan, nampaknya ada juga pelbagai bahan untuk grilling seperti sosej dan lain-lain makanan laut.
Suasana di Pasar Terapung Kolam JPS Perlis.
Ke gerai perahu seterusnya.
Gerai menjual popcorn dan pelbagai aneka roti.
Gerai ini pula menjual Ayam Gunting. Basically ayam salut tepung berperisa yang digoreng crispy.
Gerai ini menjual Pulut Ayam, Buah Potong dan Namplawan.
Namplawan adalah rojak buah ala Thai. Essentially buah-buahan yang dimakan bersama sos pencicah versi Thai.
Gerai sebelahnya menjual Rojak Buah, Somtam dan Sengkuang Calit.
Ini platform untuk pengunjung beraktiviti naik sampan dan kayak.
Khemah tempat untuk sewa sampan dan kayak.
Murah caj-cajnya.
Section seterusnya di Pasar Terapung Kolam JPS Perlis ini adalah khemah besar tempat pengunjung makan. Disediakan kerusi dan meja untuk keselesaan pengunjung. Macam khemah kenduri kahwin.
Khemah besar ini berbumbung tinggi jadi suasana adalah nyaman.
Juga ada live performances bagi memeriahkan lagi suasana. Tapi masa ni the performers were taking a break.
Di tepi khemah ini juga ada gerai-gerai makanan dan minuman. Sedap nampaknya teh ais ni 😃.
Gerai-gerai snek dan minuman.
Gerai Kak Ah ini pula menjual Koteaw Sup Thai, Lokcing dan Teh Hijau.
Tempat duduk makan dengan jarak yang selesa untuk jaga SOP.
Snek goreng pun ada, seperti bebola dan cucur.
Rasanya ini tempat pengunjung bergambar dan berselfie.
Pemandangan kolam JPS Perlis.
Gerai menjual fresh fruits and drinks.
Ikan Pelaga pun ada dijual di sini.
Di kawasan Pasar Terapung Kolam JPS Perlis ini juga beberapa pulau-pulau kecil. Nak ke sana ada caj RM2.00 seorang.
Apa ada di pulau tu? Adik ni kata ada arnab dan kita boleh beri makan carrot. Dalam kolam ni pun ada banyak ikan, jadi makanan ikan turut dijual di meja ini. Jom kita tengok.
Let's just call this one Pulau 01. Ada rumah-rumah kecil di tepi pulau ini.
Pulau di sebelah kiri tu pula saya panggil saja Pulau 02. Ada jambatan kayu menyambungkan Pulau 01 dan Pulau 02.
Rupanya rumah kecil ini adalah reban Ayam Serama.
Cantik comel benor rebannya pun 😃. Design 'A' shaped roof / gable roof lagi 😊.
Ada 4 pulau-pulau kecil di kolam JPS Perlis ini yang dihubungkan dengan jambatan-jambatan dan titi-titi kayu. Cantik sungguh kedua-dua pulau dengan pokok-pokok besar ini. Let's call these islands Pulau 03 dan Pulau 04.
Pemandangan barisan gerai-gerai perahu di tebing kolam.
Rebannya ada pintu dan tingkap sekali. Comel lah sangat! 😊
Tak lari ke Ayam Serama ni? Tak, sebab kaki dah diikat dengan tali. Talinya panjang, so bolehlah dia roam around the small island.
Eloklah ayam-ayam ni ada berpasangan.
Haa... nampak tu... reban ini ada tingkap mengadap pemandangan cantik kolam ini 😊😃. A reban with a view 😃.
Ayam Serama jantan yang sihat. Nampaknya dipelihara dengan baik. I mean, as you can see it got full set of beautiful adult chicken feathers unlike those other animals in captivity di tempat-tempat lain yang pernah saya lawat dahulu yang dah nak hampir togel bulu-bulu tercabut.
This particular reban I think has the best view of the pond 😃.
Jom kita menyeberang to the next island.
Berfotoan sekejap 😁.
Pemandangan deretan gerai-gerai perahu dan khemah besar dari jambatan yang menyambungkan Pulau 01 dan Pulau 02.
Kalau di Pulau 01 ada Ayam Serama, di Pulau 02 pula ada arnab.
Di Pulau 02 ini, selain arnab, di bawah perahu telangkup ini ada 2 jenis ayam yang tak tahu saya apa bakanya.
Reban arnab. Ada petting zookeeper/grounds keeper yang bertugas menjaga haiwan-haiwan dan landskap di pulau-pulau di sini.
Beri arnab makan carrot.
Pulau 04.
Di ttian kayu yang menghubungkan Pulau 03 dan Pulau 04.
Pemandangan Pasar Terapung Kolam JPS Perlis dari titian kayu antara Pulau 03 dan Pulau 04.
Pulau 02.
Ada adik sedang bagi ikan makan di jambatan antara Pulau 01 dan Pulau 02.
Banyak sungguh ikan-ikannya! Berkocak air kolam ikan berebut makanan.
Selain aktiviti-aktiviti dayung sampan dan kayak, aktiviti memancing juga adalah dibenarkan di kolam ini. Tak tahu saya apa spesis-spesis ikan yang ada di kolam ini.
Kalau nak berkayak, boleh pilih single person or 2-person kayak.
Maka selesailah lawatan kami di Pasar Terapung Kolam JPS Perlis ini. Kawasannya tidaklah terlalu besar, sesuai untuk jalan-jalan bersantai bersama keluarga. Kami ambil masa cuma lebih kurang 30 minit sahaja untuk round tempat ini. Just nice. Memanglah lebih menarik kalau lokasinya di sungai but still it has its own charm. Perhaps suasana di sini akan lebih meriah jika ada lebih banyak lagi gerai-gerai perahu yang menjual pelbagai makanan khas utara dan Thai.
Till the next coming blog entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment