Wednesday, March 9, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 02 - PART 02 - MIRI - NIAH CAVE PLANKWALK TRAIL - PART 01

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok, selesai dengan lawatan ke Niah National Park's Interpretation Center kami dibawa oleh Amza (tour guide kami) untuk memulakan perjalanan ke Gua Niah. Masa tu saya rasa excited and risau bercampur. Risau disebabkan cabaran yang bakal ditempoh. Maklumlah umur dah gini.. hihi 😅.


Keluar dari Interpretation Center, kami crossed the parking lot dan berjalan menuju ke Pengkalan Lobang untuk naik bot menyeberangi Sungai Niah. 

Perjalanan ke Gua Niah bermula di pengkalan ini. Kami pun bacalah apa yang patut dan berdoa semoga selamat perjalanan dan kuat badan kami. Maklumlah nak masuk hutan.

Saya suka monumen Niah National Park ini yang dihiasi dengan metal cut outs in the shapes of human-like and animal-like motifs and death ships from the paintings that were found in the Niah Caves.  

Di HQ Taman Negara Niah ini juga dihiasi dengan papan tanda 'Selamat Datang' yang bahagian hujungnya berbentuk ukiran kepala burung Kenyalang. Tiang besarnya pula dihiasi dengan stylized carvings of the burial poles similar to those found at the Gua Niah's burial sites. Fyi, it is not a 'totem' pole and should not be identified as such.

Bergambar kenangan dulu sebelum memulakan perjalanan 😁.

Oh ya, kami juga tampal beberapa insect repellent patches untuk protect diri dari diserang serangga-serangga masa jalan dalam hutan nanti. Just in case lah 😅.

Map of the Niah Great Caves Trail.

3 kilometer. Jauh tu! 😓

Berjalan ke jeti. Per the papan tanda, di sini ada chalets, VIP chalets dan asrama. 

Peringatan dari 'Controller' Hidupan Liar: Awas! Ada buaya! 😕😱
🔴Rivers and streams often run through fainforests, draining excess water away and providing yet another habitat for many kinds of animal: Crocodiles not only play key roles as an apex predator at the top of the food chain, it is also play a vital part in oral tradition and well respected by lowland tribes in Sarawak. Some of the native communities still, regarded crocodiles as their ancestors and protectors.
🔴The story about the mighty 'Bujang Senang' had become household words among the local people in Sarawak. 'Bujang Senang' is a huge saltwater crocodile that has a white stripe on its back and it was said that this animal is responsible for a number of attacks toward local people and livestock in Batang Lupar in the late 80's.

Info board on 'Historical Significance Of Niah National Park'.

Maklumat penting di info board itu sudah lusuh dan pudar, so I did this 👇.

Pengkalan Lobang.

Amza menasihatkan kami supaya pergi ke tandas yang ada di jeti ini dulu sementara dia beli tiket. Next tandas will be about 2.5 km away. Good advice!

Pemandangan Sungai Niah yang tenang airnya dari jeti Pengkalan Lobang. Nampak tenang tapi mungkin ada buaya.

Agaknya pada masa-masa tertentu seperti musim cuti sekolah, jeti ini penuh dengan pengunjung yang menunggu giliran untuk naik bot.


Sungai Niah atau juga dikenali sebagai Batang Niah. 

Kerana ada buaya dan ini merbahayakan keselamatan penduduk yang tinggal di tebing-tebing sungai terutamanya, saya baca pihak Jabatan Hutan Sarawak (JHS) di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 pernah mengeluarkan lesen bertempoh (selama 7 bulan) untuk satu pasukan pemburu buaya untuk memburu 10 ekor buaya air tawar di Sungai Niah ini dan beberapa sungai lain. Mereka berjaya menangkap 3 ekor buaya berukuran antara 12 kaki hingga 17 kaki lebih panjangnya.

Tiket-tiket untuk ke Gua Niah yang dibeli oleh Amza.

Naik bot dekat sahaja, cuma untuk menyeberang Sungai Niah ini ke jeti di seberang sana.


Moh kita naik bot.

Tiada jadual tertentu bagi bot ini beroperasi. Pelawat naik, terus gerak. Masa ini cuma ada kami bertiga sahaja.


Pemandu bot.

Insect repellent patches ditampal di kanan kiri bahu 😁. 

Dah pun sampai. 



Jeti tempat kami berlepas tadi.

Maka bermulalah perjalanan kami. 

Ini peta the overall Niah National Park and the Niah Great Caves Trail.

Perjalanan pergi dan balik adalah menggunakan laluan yang sama. Bermula dari Niah Caves Entrance hingga ke first stop di Tangap Community Center. Selepas itu berjalan lagi sampai ke Trader's Cave dan Great Cave.

Ini peta perjalanan dari Niah Caves Entrance ke arah Gua Niah dengan takat-takat 1st kilometer, 2nd kilometer and the final destination. Untuk sampai di stop pertama, iaitu Tangap Community Center, jarak perjalanannya adalah sejauh 2.5 km dari entrance.

Ini pula peta perjalanan dari Niah Caves balik ke entrance. Jadi total jarak perjalanan pergi dan balik adalah lebih kurang 7 km.

Dan ini peta perjalanan keseluruhan pergi dan balik.

Muzium Arkeologi Niah ini kata Azma sudah lama ditutup kerana kerja naiktaraf. Mesti awesome muzium ni. 

Ini antara penginapan yang disediakan di Taman Negara ini untuk pengunjung.

Penamaan kawasan Niah ini sebagai Taman Negara mempunyai dua objektif utama. 
🔵Pertama, ia adalah untuk menyediakan perlindungan untuk gabungan unik kawasan bukit batu kapur, hutan dipterokarpa tanah rendah dan sistem gua. 
🔵Kedua dan yang lebih penting, ia adalah untuk melindungi peninggalan prasejarah yang penting di dalam gua yang terdiri daripada lukisan dinding, keranda berbentuk bot kayu, dan tapak tengkorak manusia Palaeolitik yang berusia sekurang-kurangnya 40,000 tahun.
Taman Negara Niah

Diisytiharkan sebagai Taman Negara itu penting bukan sahaja atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas tetapi juga untuk mendapatkan status World Heritage oleh UNESCO. As we all know, bukan senang nak dapatkan status tersebut kerana ada banyak syarat-syarat yang perlu dipenuhi. As at today, 'Warisan Arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah, Sarawak, Malaysia' ini masih lagi ada di dalam 'Tentative Lists' UNESCO.
Taman ini mempunyai keluasan 3,138 hektar kawasan hutan dan karst batu kapur. Ia pertama kali diwartakan sebagai Monumen Bersejarah Negara pada tahun 1958 dan pada 23 November 1974 telah diwartakan sebagai Taman Negara dan dibuka kepada orang ramai pada 1 Januari 1975.

Kawasan yang diwartakan sebagai taman negara ini merangkumi hampir keseluruhan pergunungan batu kapur yang padat, dengan rangkaian penuh menara-menara karst klasik dan proses geomorfik yang berkaitan. Semua gua dan tapak lain yang diketahui mempunyai kepentingan arkeologi adalah termasuk dalam kawasan ini. Bentuk muka bumi yang sangat lasak secara amnya telah mengasingkan kawasan ini daripada pendudukan dan penggunaan intensif, dan kebanyakan bahagian dalamannya kekal dalam keadaan semula jadi. Di dalam kawasan semula jadi yang luas kawasan ini tidak ada sebarang struktur yang menghalang pemandangan atau menjejaskan daya tarikan estetik. Kawasan yang diduduki kebanyakannya adalah kediaman tradisional kecil untuk aktiviti perdagangan di Gua Pedagang (Trader's Cave). Sebahagian besar kawasan ini adalah termasuk dalam tiga kawasan perlindungan yang ditetapkan secara rasmi, dan mengandungi beberapa tapak lain yang dilindungi oleh Kerajaan. Kawasan taman negara yang besar ini bertindak sebagai zon penampan mengelilingi kompleks gua bagi melindunginya daripada kesan luaran.

Taman Negara Niah meliputi kawasan yang agak kecil yang mempunyai populasi penduduk dan bilangan pelawat yang ramai dan semakin meningkat. Pemantauan rapi, peraturan yang ketat dan pengurusan yang teliti diperlukan dalam jangka panjang untuk mengelakkan tekanan dan ancaman daripada pengembangan bandar, perladangan, penggunaan sumber, pembesaran perkampungan dan pelancong yang terlalu ramai. Ini adalah antara isu utama yang telah diberi keutamaan dalam Pelan Pengurusan Pemuliharaan sedia ada dan Pelan Pengurusan Pelancongan yang sedang disediakan oleh Sarawak Forestry Corporation dan Kerajaan Sarawak.

Memulakan perjalanan ke Gua Niah menggunakan Main Trail To Great Cave sejauh 3.1 km. Memandangkan kami akan beraktiviti fizikal dan berjalan jarak yang jauh kami dinasihatkan untuk membuka face mask so that we can breath easily dan tidak sesak nafas. Tapi SOP penjarakan sosial mesti dijaga at all times. 

Amza menasihatkan kami supaya berhati-hati ketika berjalan kerana ada laluan konkrit yang berlumut. Jadi sebelum datang ke sini eloklah memakai kasut yang kuat cengkamannya. 

Ambil gambar sambil being super careful where we step. Licin especially sebab pagi tadi hujan.

Sebuah gazebo di laman chalets.

Info board on 'What awaits you!'.

The prints on the board were not so clear so I reproduced them here. 

Jarak ke lokasi-lokasi di Taman Negara ini. Upgrades/repairs to this sign would be great.

Then we came upon a tree with green fruits. Amza kata nama pokok ini ialah pokok Pong-pong. Juga dikenali sebagai pokok bunuh diri atau pokok buta-buta. 

🔴Dipanggil pokok bunuh diri sebab susu getah putihnya sering digunakan untuk bunuh diri atau bunuh orang lain. Racun getah ini menghalang saluran ion kalsium pada otot jantung, menyebabkan gangguan pada degupan jantung dan boleh menyebabkan kematian. Racun ini adalah sukar dikesan dalam belah siasat dan rasanya boleh dikaburi dengan rempah yang pekat. Dengan itu ia sering digunakan bagi pembunuhan dan membunuh diri di India. 
🔴Dipanggil pokok buta-buta pula sebab kalau getahnya kena mata, boleh jadi buta.

Meneruskan perjalanan.

Kami berdua rasa selamat dan lega ada tour guide seperti Amza yang mempunyai banyak pengalaman bawa pelancong ke Gua Niah. Bukan sahaja dia kept reminding us to watch where we step tapi juga tunjuk ajar kami bagaimana cara untuk berjalan dengan selamat untuk elak dari tergelicik dan jatuh. Dia juga menasihatkan kami supaya berjalan santai sahaja and not be in a hurry to conserve our energy and so that we can enjoy the jungle walk.

Seterusnya kami melakukan perjalanan menggunakan titian kayu. Laluan ke Gua Niah ini juga dikenali sebagai Plankwalk Trail. Untuk memenuhi antara syarat-syarat UNESCO, walkway kayu ini dibina sebagai laluan pejalan kaki bagi memelihara kelestarian alam sekitar.

Tentulah our first instinct bila lalu laluan yang kelihatan licin, kita akan secara otomatik nak pegang railing titian ini. Tapi Amza kata kita kena berhati-hati juga sebab banyak serangga menggunakannya sebagai laluan highway mereka. Ada di antara serangga ini yang mempunyai gigitan berbisa.

Sebagai contoh Amza menunjukkan pada kami pokok ini yang daun-daunnya menyentuh dekat pada railing titian kayu. 

Di celah-celah daun besar itu rupanya ada sarang-sarang semut. Jadi semut-semut itu memang menggunakan the railings to move around. Ini baru semut-semut kecil kata Amza. Ada yang lagi besar dan kalau kena gigit boleh merana kita.

Amza juga menasihatkan kami supaya berjalan di tengah-tengah titian kayu ini kerana that part is more stable. 

Bila sudah diberi pelbagai nasihat dan waspada dari Amza, maka dapatlah kami enjoy the walk and beauty of this amazing jungle dengan tenang. On top of that, sepanjang perjalanan, Amza sering from time to time menoleh ke belakang untuk memastikan kami ok. 

So beautiful... subhanAllah.

Seterusnya di tepi laluan we came upon batang pokok yang berlubang di tengahnya. Kata Amza, lubang itu terjadi due to proses pereputan biasa. Memang setengah pokok di hutan ini akan berlubang begitu bila terbiar lama.  

Kata Amza lagi, pada zaman dahulu kala, mayat dibaringkan di dalam lubang pokok begini sebagai cara pengebumian. Dan pokok yang digunakan hanyalah pokok yang tumbang naturally sahaja dan bukan yang ditebang.

Batang pokok kayu berlubang digunakan sebagai keranda mengingatkan saya pada Waruga di Monumen Benteng Moraya di Sulawesi Utara ketika kami bercuti di sana. Masyarakat suku Minahasa, Sulawesi Utara juga ada tradisi yang khas dalam penguburan iaitu dengan memasukkan jasad ke dalam makam yang dipanggil waruga. 
Keranda-keranda batang kayu berlubang 'Waruga' di Monumen Benteng Moraya, Sulawesi Utara, Indonesia

Batang-batang kayu ini adalah kubur orang Minahasa zaman dahulu. Meletakkan mayat dalam batang kayu yang berongga di dalamnya sememangnya adalah cara mayat dimakamkan pada zaman itu. Dan pada ketika itu the practise was batang kayu yang berisi mayat tadi akan ditanam dalam tanah. 

Laluan Gua Niah Trail ini ada yang konkrit dan ada yang titi-titi kayu. Kalau jalan mendaki di konkrit seperti ini mestilah berhati-hati especially kalau ada lumut. Btw, walau pun nampak macam tak curam, pendakian ini agak melelahkan juga sebab bukannya short distance. Pada kami la... hihi 😅.

Kadang-kadang memang kami kena stop kejap dan ambil gambar bila pemandangan cantik macam ni.


In a tropical rainforest, many creatures lives so closely together that every inch is their home or habitat. Like an apartment, a tropical rainforest has many storeys - emergent, canopy, understorey and ground. 

Forest is home to more than 50% of the world's plants and animals.

Haaa... ini 'magic mushroom' kata Amza 😁. Kalau makan boleh jadi high dan mabuk.

Bentuk nampak macam cendawan tiram.



Amza selalu toleh belakang to watch our steps bila laluan licin berlumut macam ini. Dia juga saran kami beri laluan pada pengunjung-pengunjung lain. Kami perasan ada juga pelawat-pelawat lain yang pada kami sudah berpangkat auntie dan uncle even atok dan opah. Steady je mereka jalan. Rasa tercabar pulak... hihi 😅.

Lagi pokok batang berlubang. Amza kata pokok-pokok di hutan ini sangat dijaga dan tidak boleh ditebang sesuka hati. Pokok ini mungkin tumbang sendiri dan dikerat-kerat atau perlu ditumbangkan kerana sudah tua dan boleh membahayakan keselamatan pelawat yang lalu lalang. 

Lagi cendawan magik.


Kemudian Amza menunjukkan pada kami bekas sarang lebah kelulut. Dia kata very likely sarang ini sudah kosong sebab lebah-lebah kelulut di situ telah membunuh diri dan yang bekas hitam itu adalah madu lama yang meleleh keluar. Bunuh diri kerana lebah kelulut bila rasa diri mereka terancam dan diburu, mereka akan bunuh diri. Mereka sejenis serangga terbang yang sangat sensitive pada keadaan keliling. Contoh pemangsa mereka adalah burung pemakan serangga seperti swiflets, labah-labah, cicak, katak, semut, anai-anai, lalat dan manusia.

Berikut adalah beberapa foto-foto lama lebah kelulut yang saya rakam di Taman Rimba Ampang.




Ciri-ciri tumbuh-tumbuhan Malaysia ialah hutan hujan malar hijau yang tebal. Hutan hujan masih meliputi lebih daripada dua perlima semenanjung dan kira-kira dua pertiga Sarawak dan Sabah.

Kami juga mendapat maklumat tentang lumut yang tumbuh di hutan ini dari Amza. 

Kata Amza, pada masa dahulu lumut digunakan sebagai ramuan untuk merawat luka disebabkan kecederaan kemalangan atau disebabkan berperang. 

Hutan hujan tropika adalah sebuah 'farmasi' kerana 60% daripada ubat-ubatan dunia adalah berasal dari tumbuh-tumbuhan.


Teringat pula pada lumut-lumut cantik di Mossy Forest, Cameron Highlands. 

Great Cave lagi 2.2 km. 

Masa ini kami lebih kurang berada di point bola biru dalam trail map di bawah. Jauh lagi nak sampai ke destinasi.

Trail ini ada turun dan naiknya. So make sure don't slip. Bila ada laluan konkrit licin berlumut begini, Amza menasihati kami berpijak dan berjalan di atas tanah di tepi concrete pavements itu for better grip.

Di beberapa spots sepanjang trail ini ada disediakan gazebo-gazebo untuk pengunjung berhenti berehat atau to just sit and enjoy the scenery for a while. Also kalau hujan bolehlah berteduh. Oh ya... Alhamdulillah.. sepanjang perjalanan kami ini cuaca sedikit mendung tapi tidak hujan.  

Terus maintain berjalan di tengah-tengah titian kayu. Bila ada nampak mana-mana kepingan kayu titi yang reput atau sudah tercabut/patah, pasti Amza beri amaran supaya kami berwaspada. If not disebabkan asyik sangat melihat keindahan sekeliling, tersandung atau terbolos pulak kaki kami 😅.

Then Amza ajak kami berhenti seketika di pohon besar ini. Inilah pokok Ipoh yang ada kami baca tentangnya di Interpretation Center earlier. Pokok ini adalah salah satu pokok-pokok yang sangat tinggi yang ada di dalam hutan ini.

Apakah keistimewaaan pokok Ipoh ini? Getah pokok ini sering digunakan sebagai racun sumpit oleh Orang Iban ketika memburu. Uniknya, getah pokok Ipoh ini sendiri tidak beracun. Kata Amza getah ini perlu dicampur dengan bahan-bahan lain untuk menjadikan ia beracun. Dan Amza tidak beritahu kami apakah bahan-bahan lain itu for good reasons lah.. hihi. 
Getah pokok Ipoh yang sudah keras dan berwarna kuning bila sudah terbiar lama. 

Ini adalah kesan torehan pada bahagian batang pokok Ipoh untuk mendapatkan cecair getahnya.

Getah pokok Ipoh yang sudah keras.

Getah pokok Ipoh yang beracun dilumur pada hujung anak sumpitan/peluru sumpitan. Lateks pokok ini mengandungi kandungan 'cardiac glycosides' yang berbeza-beza - racun maut yang telah digambarkan sebagai "Tujuh Naik, Lapan Turun. Sembilan Kematian". Ini bermakna mangsa boleh mengambil tidak lebih daripada tujuh langkah mendaki bukit atau lapan langkah menuruni bukit atau sembilan langkah di atas tanah rata sebelum mati. It is a perfect blowpipe dart.

Boleh kata ramai juga pengunjung lain yang berjalan ke Gua Niah masa tu.

Next kami stop di satu lagi pokok besar dan tinggi iaitu pokok Tapang. Juga dikenali sebagai pokok Tualang, Menggaris, Sialang, Pokok Madu Lebah dan Kayu Raja. Ketinggiannya boleh mencapai hingga lebih 80 meter (260 kaki) dan ukuran diameter sebesar 2 meter. 
Bagi penduduk tempatan terutamanya kepada kaum iban, pokok Tapang adalah pokok suci, oleh itu ia sama sekali tidak boleh ditebang. Jadi hanya pokok Tapang yang tumbang secara semulajadi sahaja (seperti akibat ribut) yang dibenarkan dijadikan balak.

Pokok Tapang mempunyai akar penopang/banir yang besar dan kukuh untuk menampung berat keseluruhan pokok yang besar dan tinggi ini. Batang dan dahannya pula berpermukaan licin dan oleh itu sering menjadi tempat lebah madu gergasi bersarang di dahan yang tinggi kerana ia selamat dari dicapai oleh haiwan seperti beruang dan manusia. Tambahan pula dahan-dahannya hanya bercabang pada ketinggian 30 meter ke atas. Lebah-lebah tersebut melindungi pokok Tualang daripada pembalak, kerana nilai madunya adalah lebih tinggi berbanding kayu balak.

Akar pokok Tapang ini begitu besar kerana adalah lebih bermanfaat akarnya besar di tanah atas berbanding di dalam tanah kerana dalam hutan hujan kebanyakkan zat adalah di permukaan tanah.

Amza juga berkata, kalau kita sesat dalam hutan, cepat-cepatlah cari pokok Tualang ini. 
Dengan banir pokok Tualang ini kita boleh menghantar isyarat kepada penyelamat dan pendaki lain ketika berlaku kecemasan. Bagaimana caranya? Jika banir ini dipukul dengan sebatang kayu, ia akan menghasilkan bunyi yang bergema di dalam suasana hutan yang boleh didengari berkilometer jauhnya. 

Banir-banir besar pokok Tualang juga boleh dijadikan tempat berteduh berlindung sementara menunggu bantuan tiba. Dengan berlindung di celah banir besar, kita akan selamat terkepung di bahagian belakang, kanan dan kiri kita dan tidak terdedah.

Kawasan antara dua banir juga boleh kita buat pondok untuk berlindung dari elemen cuaca dan serangan haiwan liar andaikata kita terpaksa menunggu berhari-hari lamanya sehingga datangnya bantuan. Mula-mula bina rangka menggunakan batang-batang kayu yang disandarkan pada pokok dan banir seperti imej di bawah. 

Selepas itu susun dan lapikkan lantai dengan menggunakan daun-daun yang sesuai.

Lepas tu susunkan dahan-dahan berdaun sebagai atap dan dinding pondok. Et voilà! 

Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

May Allah make this a time in which we become closer to Him. May He protect us, our loved ones and the wider community from harm. Finally, we ask Him to forgive all of those who have passed away and have mercy on them.

May Allah protect us, our families, those working to stop the virus, and the entire ummah. Ya Allah, remove this virus from the earth, allow us to stay patient and selfless through this trial and grant us forgiveness and nearness to You. Ameen.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment:

  1. Salam..blh beri phone no tour guide en Amza..trima ksh

    ReplyDelete