Friday, March 11, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 02 - PART 03 - MIRI - NIAH CAVE PLANKWALK TRAIL - PART 02

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Baik, sambung cerita kami berjalan di Niah Cave Plankwalk Trail. 


Seterusnya kami melalui kawasan berair yang ada bermacam jenis pokok-pokok yang boleh tumbuh di kawasan begini. Terasa sejuk nyaman masa jalan di sini. 

Sekali sekala Amza akan stop beri penerangan. Itulah sebabnya kami kalau berjalan suka dapatkan khidmat seorang tour guide. Macam-macam maklumat kita boleh dapat. Kami berdua pun memang rajin bertanya itu ini. Ini semua menjadikan perjalanan kami lebih informative dan tidaklah hanya berjalan dan ambil gambar. In fact, banyak sungguh info yang Amza kongsi dengan kami sampai ada yang kami sudah tak ingat. Rasa rugi pulak. May be next time saya bawa voice recorder... hihi 😁.

Saya suka foto my wife ni 😀.

Saya ambil gambar dia, dia ambil gambar saya... hihi 😁. 

Besar sebenarnya kawasan berair yang kami lalui ini. 

Walaupun the bottom parts are submerged, tapi tetap pokok-pokok di sini boleh tumbuh subur. 

Berhenti sekejap Amza bercerita tentang pokok Strangler fig ini. 
Strangler fig is the only epiphyte that kills the host plant.
🔴It begins life with the help of the host plant. As it grows its roots incline to the forest floor and its stems wrap around the host tree until it produces a lattice. It gets stronger when it captures more sunlight and draws up more nutrients. 
🔴As it grows, it kills the host tree by slowly choking it to death. The lattice is by then becomes stronger to support its own weight even when the host tree has decayed. Sound ruthless but figs are keystone species in the forest due to is extremely vital function in providing food source to the wildlife.
The Iban vocabulary 'injau Kera' which means 'a permanent borrowing' is derived from the physiological behaviour of this strangler fig. It is referring to a person who borrows something but won't return it back and sometimes to the extent of making the lender more miserable in life.

Amza kata kawasan kaki gunung ini jutaan tahun dulu adalah dasar laut berdasarkan pada fossil hidupan laut yang dijumpai di sini. Cuba tengok cengkerang siput yang unik ini, yang tiada dijumpai di tempat lain, kata Amza. Perhaps it was the remnants of the previous sea creatures that once flourished in this area.

Pokok Ara (Strangler fig) boleh tumbuh subur dan kukuh di kawasan berair dengan akarnya sendiri walaupun setelah pokok perumahnya mati tercekik dan reput. 


Next Amza menunjukkan pada kami akar Liana yang digelar Handiplast Hutan kerana ia boleh digunakan sebagai plaster untuk menahan luka.

Sapu sahaja air yang keluar dari akar ini pada luka.

Nature bandage. 

Akar Liana yang besar hanging from tree top.



Sejenis lagi pokok akar gantung. Kalau tak silap ini mungkin akar Liana juga.


Then Amza pointed to us this giant forest ant he spotted on the wooden railing. Amza kata ia dikenali sebagai Borneo Ant, antara spesis semut paling besar di dunia. Ada yang lagi besar saiznya dari yang kami lihat ini tambah Amza. Check di internet, namanya ialah Dinomyrmex gigas.

Betullah kata Amza earlier yang railing kayu ini digunakan oleh banyak spesis hutan di sini. Yang ini namanya Hammerhead worm. Dalam foto ini tak dapat shoot the whole body. 

Ulat Gonggok atau Millipedes. Ulat ini biasa kita nampak cumanya yang dalam hutan saiznya besar. But then I've never seen one with such bright red color with black stripes.

Flower plants grows between the mossy wood planks cracks.

Walaupun kawasan hutan yang kami lalui ini terletak di kaki gunung, kajian membuktikan ia pernah terletak di dasar laut berjuta tahun dahulu. Antara bukti yang ditemui ialah fosil-fosil hidupan laut.



Pokok Tapang/Tualang. Besar sungguh banirnya. Ia pokok 'penyelamat' kerana orang yang sesat dalam hutan boleh menggunakan pokok ini untuk menghantar SOS signal (bunyi) dengan mengetuk kuat banir besar ini. Selain itu bila berada di antara 2 banir, kita akan terlindung. Pondok juga boleh dibuat di antara kedua-dua kepungan banir.

Stangler fig/Pokok Ara. Lama kelamaan pokok perumah yang besar, kukuh dan tegap ini akan perlahan-lahan 'dicekik' oleh pokok Ara ini dan akhirnya ia mati dan reput. 

Bila lalu di kawasan mendaki, titian kayu ini dipasang batang-batang kayu pemijak (warna merah putih). Disamping memudahkan mendaki, ia memberi pelawat firm footing untuk elak dari tergelincir. Very good idea indeed.

Cantik suasana di sini so kena la pose kejap 😁.

Ini pokok Halia Hutan. Kata Amza halia ini sering digunakan oleh pemburu untuk memikat kijang jantan di hutan kerana baunya dikatakan seperti kijang betina. Interesting!

Dikerumuni kerengga.

Sepasang ulat gonggok. 

Jauh sebenarnya jalan titian mendaki ini. Termengah dan goyang lutut dibuatnya 😅.

Pernahkan pakai koyok? Kami guna yang cap Salonpas. Haaa.. dalam hutan pun ada koyok. Inilah daun yang bertindak macam koyok untuk rawatan sakit urat dan sendi kata Amza. Fyi, baunya pun macam plaster koyok!


Haa...  baru nampak jelas bentuk keseluruhan hammerhead worm ini. 

Ni la first time saya nampak cacing kepala macam ni. Teruja saya.

Ada sungai di dalam gua ini. 

Satu lagi spesis siput yang kami jumpa. Very tiny snail with beautiful deep red shell with black spots.

Inilah first time saya tengok cengkerang siput ada bintik-bintik hitam macam ni. So unique!

More forest rock formations.

Sebelum kami bertembung dengan pak cik ini ada kami terdengar bunyi mesin yang kuat. We wondered what it was. Rupanya pak cik ini menggunakan leaf blower untuk membersihkan titi kayu. 


Kami pun sampai di stop Tangap Community Center. Di kiri tu ialah tandas. Bersih tandasnya dan airnya sejuk yang amat 😄.

Selepas berjalan sejauh 2.5 km dari entrance selama lebih kurang 1 jam 20 minit kami pun sampai di Tangap Community Center.

Di sebelah kanan ialah tempat rehat dan di kiri adalah ruang niaga.

Di sini ada gerai menjual minuman dan handikraf yang diusahakan oleh penduduk dari rumah panjang berhampiran.


Amza mencadangkan kami berehat sebentar sebelum sambung semula perjalanan. We immediately agreed lah 😄.

Suasana di Tangap Community Center.

Masa berehat di sini Amza minta kami berhati-hati sebab di sini ada labah-labah kecil ini yang gigitannya berbisa. 

Lepas rehat selama lebih kurang 10 minit, kami pun sambung perjalanan. Kami menyimpang ke arah kanan. Ada info board. Jom baca.

Information about Karst and Cave Formations. Bagus ada maklumat ini sebab kejap lagi kami akan sampai ke kawasan gua-gua Niah.


Melalui jambatan kayu menyeberang sungai kecil. 


Kami sampai di satu pagar besi berpintu. Sekitar 1950an, apabila Kerajaan Sarawak bercadang untuk menjadikan Gua Niah sebagai salah satu tarikan Sarawak, pagar ini  dibina oleh penduduk di kawasan ini untuk menghalang kemasukkan orang luar terutamanya pelancong. Mereka menentang kerana bimbang kerja-kerja mencari rezeki dan punca pendapatan mereka yang mereka perolehi dari kawasan ini akan terhalang dan terganggu. 

After much negotiations, akhirnya persetujuan dicapai apabila penduduk Penan dan Iban tempatan terus diberi hak ke atas tanah ini, yang merupakan tanah tradisi milik mereka, bagi tujuan ekonomi seperti mengutip sarang burung dan tahi kelawar (guano) yang masih menjadi punca pendapatan sebahagian dari mereka sehingga sekarang.

Kata Amza ini adalah generator yang digunakan ketika kerja-kerja ekskavasi di buat di Gua Niah sekitar tahun 1954 dahulu.

Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Thanks for reading. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. cantiknya hammerhead worm tu!!
    masyaallah..
    mata dia kat hujung hammer tu tak? macam hammerhead shark?

    beli apa-apa tak kat booth tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!! Fascinated sungguh saya. Dah la bentuk kepala unik macam tu, badan belalang2 spot2 black and white pula.
      Mata? Tak tau pulak kalau dia ada mata pun.

      Tak beli doc. Lots of pretty trinkets there.

      Delete