Monday, March 7, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 02 - PART 01 - MIRI - NIAH NATIONAL PARK - INTERPRETATION CENTER

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok, jom sambung cerita percutian Miri/Kuching kami. Hari kami kedua di Miri programnya nak ke Gua Niah. Tengok luar tingkap bilik hotel mendung pula langit. 


Masa ni pukul 6:29 am. Fyi, sunrise di sini pukul 6:35 am. 

Pukul 6:57 am hujan pun turun dengan lebatnya. Tentu mencabar nak jalan ke Gua Niah nanti. Risau juga kami sebab nak jalan tu berkilometer jauhnya.

Bila fikir balik, elok juga kalau hujan sekarang so that by the time kami sampai di taman negara tu nanti, hujan dah teduh atau dah henti. Hopefully lah. Apa-apa pun baju hujan disposable sudah siap-siap masuk beg. 

Since buffet breakfast Pullman Waterfront Miri ni mahal dan restoran-restoran berdekatan hotel ini pula belum ada yang buka, maka kami pun order room service breakfast. 

Ordered sarapan sebelum pukul 7 pagi sebab pukul 8 pagi Amza (our Miri Tour Guide) akan datang to take us to Niah Caves.

We had Nasi Lemak Rendang Daging.

And English breakfast. Kena 'fuel up' lah considering the upcoming strenuous morning activities 😅. In fact, Amza did advise us to bring some snacks, takut lapar lepas jalan jauh ke Gua Niah. Moreover, lunch will be a bit late too, hanya lepas kami selesai dengan lawatan di taman negara tu nanti.

Drinks tak order, buat je apa yang ada di coffee/tea bar di bilik ni. 

Check lagi keadaan cuaca. Nampaknya intermittent rain. Tapi tidak selebat tadi. 


Suasana pagi di Kampung Wireless.

About 8 am Amza pun tiba. Kata Amza perjalanan akan ambil masa lebih kurang sejam lebih.  

Sekali sekala kami passed by kawasan yang sedang hujan. 

Instead of worrying about the rain and the potentially challenging walk to Niah caves, kami bersembang dengan Amza about many interesting stuff. Well, actually kami lebih mendengar dan bertanya itu ini dan Amza yang banyak bercerita... hihi 😁.

Contohnya masa kami passed by perkampungan asal Orang Miriek (disebut: Mirrhai), Amza pun bercerita tentang penduduk asal Miri itu. Orang Miriek adalah kaum yang beragama Islam. Mereka sering berkahwin campur dengan Orang Melanau. In kerana, menurut Amza, Orang Miriek dan Orang Melanau mudah bergaul kerana mereka memiliki banyak persamaan kebudayaan dan cara hidup seperti cara-cara menangkap ikan.

Cerita Amza lagi, Orang Miriek sangat berjasa membantu British meneroka hasil minyak di Miri pada masa dahulu. Sebagai balasan, dua orang anak dari setiap keluarga Miriek diberi keistimewaan untuk bekerja dengan Syarikat Anglo Dutch Saxon tanpa memerlukan kelulusan tinggi seperti orang lain.

Amza terus bercerita lagi. Islam berkembang di Miri melalui usaha seorang mubaligh yang berasal dari Sibu pada tahun 1934. Satu fakta yang menarik mengenai pengembangan Islam di Miri ini ialah mubaligh tersebut dibawa ke Miri oleh pengganti James Brooke, anak saudaranya yang bernama Charles Brooke. Orang Sarawak umumnya tahu bahawa isteri pertama Charles Brooke adalah seorang wanita berketurunan Kedayan (Orang Melayu Brunei). Orang Kedayan sangat kuat berpegang kepada agama Islam. Oleh yang demikian, sangat mustahil bagi Charles Brooke untuk berkahwin dengan wanita ini sekiranya dia sendiri tidak memeluk agama Islam. Fakta ini mungkin disembunyikan oleh British pada masa itu yang tidak menyenangi tindakan Charles Brooke memeluk agama Islam.

Selain dari wanita Kedayan ini, Charles Brooke juga mempunyai seorang lagi isteri berbangsa Eropah yang bernama Margaret Alice Lili de Windt. Dia berkahwin dengan Margaret untuk mendapatkan sokongan kewangan kerana Margaret berasal dari keluarga yang kaya. Untuk mengambil hati beliau, Charles Brooke telah membina 3 buah kubu di Sarawak yang dinamakan sempena nama isterinya ini: Fort Margherita di Kuching, Fort Alice di Sri Aman dan Fort Lily di Betong.

Amza juga bercerita tentang Lebuhraya Pan Borneo jajaran Sematan-Telok Melano yang telah siap sepenuhnya pada 6 Januari 2019. Katanya pembinaan lebuhraya ini akan diteruskan hingga ke Lawas. 
Lebuhraya Pan Borneo

Dia pernah drive di highway itu menuju ke Telok Melano dan katanya he had a nice and comfortable journey. He also added that sekarang ni Telok Melano tengah viral kerana ramai orang yang ke sana kerana keindahan pantai dan taman negara di situ. Telok Melano sedang diusahakan oleh Kerajaan Sarawak untuk dijadikan salah satu tarikan melancong ke Sarawak. It is a huge improvement for the quality of life of the Teluk Melano people as now they can travel using roads and soon akan ada usaha untuk membekal air dan eletrik.

Perjalanan kami menuju ke Gua Niah adalah menghala ke Bintulu menggunakan Jalan Coastal Bintultu - Miri.

Amza bercerita lagi, tentang perjalanan dia dari Miri ke Kuching. Amza ni dilahirkan di Kuching tapi dibesarkan di Miri. Jadi masa musim raya dia akan drive balik kampung ke Kuching. Menurut Amza exodus balik kampung di Sarawak adalah lebih besar masa Hari Raya Aidil Fitri berbanding Hari Raya Haji.

Menurut Amza, perjalanan dari Miri ke Kuching ambil masa lebih kurang antara 12 jam hingga ke 13 jam. Jaraknya lebih kurang 800 km. Tiada kemudahan RnR tapi laluan perjalanan akan melalui bandar-bandar Bintulu, Sibu, Sarikei, Sri Aman dan Serain.  

Tambah Amza lagi, tempoh dan jarak perjalanan dapat disingkatkan jika naik feri. Instead of the usual route, dari Sarikei tidak terus ke Sri Aman tapi belok ke Pusa dan menyeberang Batang Saribas dengan feri selama lebih kurang 45 minit. Dari terminal feri, drive ke Kampung Teriso dan naik satu lagi feri untuk menyeberang Batang Lupas pula selama 1 jam 40 minit. Kedua-dua feri tidaklah belayar di tengah laut tapi di muara-muara sungai. Walau pun muara, tapi ianya cukup besar sampai kena berferi lebih sejam. Jadi kalau guna laluan berferi, kata Amza boleh cut short perjalanan sejauh 200 km sebab tidak perlu go through bandar-bandar Sri Aman dan Serian sebelum sampai ke Kuching.

Amza juga bercerita yang dia dulu pernah kerja bawa pelancong ke dive sites seperti di Miri dan Sibuti. Dive sites itu bagus kata Amza sebab the corals are healthy and pretty. They are located 30 or 40 minutes or 12 nautical miles from the center. Cumanya sebab dive sites tu terletak di laut lepas jadi ombaknya kuat. So, divers have to be strong and have a lot of energy in order to have good and safe dives. 

Passed by Kampung Bukit Bom.



Kami akan ke Pengkalan Lobang dahulu untuk ke Gua Niah.

Passed by Kampung Tanjung Belipat.

Taman Negara Niah / Niah National Park.

Sudah nampak pergunungan Subis dari jalan masuk ke Taman Negara Niah.

Gua Niah terletak di bahagian pinggiran utara Gunung Subis (Gunung Silungen). 

Ini peta lokasi pintu masuk Taman Negara Niah, Niah National Park dan Gunung Subis (Gunung Silungen).

Pintu gerbang masuk ke Niah National Park HQ.


Terus mendaftar dan beli tiket RM 10 seorang/dewasa/warganegara. 

SOP dipatuhi.


Niah Caves Trail Map. 

Tak berapa nampak laluannya dalam peta jejak ni. It is actually the garisan halus putus-putus warna merah yang bermula dari 'Niah National Park HQ' tu. 

Maklumat tentang projek-projek menaiktaraf Taman Negara Niah oleh Sarawak Forestry Corporation.

Di HQ ini ada Interpretation Center. 

Jom kita masuk.

Pusat maklumat ini memberi pengunjung penerangan tentang sejarah tamadun manusia di Gua Niah, warisan budaya masyarakat orang asli Niah, biodiversiti dan aset semula jadi taman itu, dan ciri geologi Sistem Gua Niah.

Ok, foto-foto seterusnya are pretty much self explanatory. I cropped out pertinent information for easy reading. Fascinating facts they are indeed!






The excavations.






Seated Burials
The term is applied because the bodies concerned have been put into the ground in a sitting position comparable to the classical posture of later-like Buddha legs tightly flexed to form an angular sitting platform. Three seated burials found in the caves displayed the bodies in sitting position with the upper and lower limbs flexed into the torso and deliberately placed onto fire pit which explains the charred and blackened bones.

Niah caves paintings: The symbolic imagery of journey to the 'afterlife'.

Beberapa motif lukisan dinding yang dijumpai di Gua Niah.  

Beautiful display of the cave paintings.

Let's have a closer look at these amazing wall paintings aged approximately 1,000 to 2,000 years old.









More fascinating information about the wall paintings. 






Seterusnya kami ke bahagian warisan budaya masyarakat orang asli Niah.
























This is the Bird's nest collection section.

















Tahap-tahap kegelapan Gua Niah.




Biodiversiti.


















Kebagusan tahi kelawar.




Beginilah rupa tahi kelawar yang ada di Gua Niah.

The Food Web.



Ini bahagian pameran hidupan liar yang ada di Taman Negara Niah.












Amza memberi penerangan. Actually come to think of it, susah juga jadi tour guide sebab perlu ada bermacam pengetahuan tentang tempat-tempat pelancong dibawa. We think thus far Amza did a very good job. He shared many interesting facts and delivers the sharing in a professional and clear and concise manner. 




Pokok Ipoh yang getahnya sangat beracun. 


Thank you for reading. Akan bersambung dengan entry seterusnya, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. jap ..
    lupa hari tu
    nak gelak lagi ni,..
    sebab' Gua Tahi menimbun "
    :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahi kelawar menimbun... guano... punca rezeki pemungut tahi kelawar tu :).

      Delete