Wednesday, March 16, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 02 - PART 05 - MIRI - GREAT CAVE - PART 01

   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Selepas Trader's Cave (Gua Dagang), kami berjalan ke Great Cave pula. Jauhnya 308 meter. Perjalanan menggunakan titi kayu menurun tangga.


Berjalan titian kayu rata.

Dan juga memanjat tangga. 

Kami pun sampai ke Great Cave.

Ini peta perjalanan ikut Niah Caves Trail dari Niah National Park HQ hingga ke Great Cave. Jaraknya lebih kurang 3.3 km. It took us 118 minutes, almost 2 hours 😅. Itu total time for the actual walking plus all the time spent at stops untuk mendengar penerangan dari Amza tentang fauna dan flora hutan, 15 minit rehat/toilet break di Tangap Community Center dan beberapa stops dalam Trader's Cave mendengar info dari Amza. Apa-apa pun Alhamdulillah.

Ini tapak ekskavasi di Great Cave. Sehingga tahun 1964, Muzium Sarawak merupakan satu-satunya muzium yang ada di Borneo sejak penubuhannya pada tahun 1891. Oleh kerana ketiadaan ahli profesional dalam kajian arkeologi pada masa itu, penggalian pertama oleh kakitangan muzium hanya berlaku pada tahun 1948. 

Hasil penemuan dari penggalian itu adalah amat memberangsangkan. Sejak itu, kerja-kerja arkeologi yang meluas telah dijalankan di lebih daripada 50 tapak di seluruh Sarawak. Penggalian-penggalian itu mendedahkan rahsia yang tersimpan baik dalam sejarah silam Sarawak dan kehidupan orang aslinya.

Banyak artifak prasejarah telah ditemui. Tapak di pintu Gua Besar Niah (Lobang Kuala) adalah tapak yang paling banyak penemuan-penemuannya yang menjadi bukti penting bukan sahaja pada sejarah Borneo tetapi juga sejarah umat manusia. Pada kedalaman 96 inci, tengkorak salah satu manusia tertua telah digali, dengan arang di sekelilingnya ditarikhkan oleh pakar berusia kira-kira 40,000 tahun. Ia adalah perjumpaan Homo Sapiens terawal yang ditemui di Asia Tenggara.

Dalam gua batu kapur yang berasingan berhampiran Gua Besar Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki telah ditemui. Lukisan-lukisan itu pada umumnya menggambarkan pelbagai bentuk kapal dan manusia. Turut ditemui di gua itu ialah 'kapal kematian' (death ships), periuk batu dan banyak manik kaca purba. Hasil pentarikhan Carbon-14 pada empat 'kapal kematian' menunjukkan ianya dari antara 0 dan 780 A.D.

Bahagian titian kayu ini berbumbung mungkin dibina untuk keselesaan pelawat.


Kerja-kerja arkeologi di Sarawak berterusan hingga beberapa tahun kebelakangan ini. Setiap penemuan kerja penggalian membawa kita lebih dekat dengan sejarah sebenar masa lalu. Satu lagi tapak utama yang telah diterokai dan digali ialah Delta Sungai Sarawak, yang merangkumi Santubong, Gedong dan Bukit Sandong.


Pemandangan kanan dan kiri pintu masuk Great Cave Niah.

The Great Cave.

Dari segi arkeologi, kompleks gua Niah ini telah menjadi perhatian dan menarik minat antarabangsa kerana ia adalah salah satu daripada beberapa tempat di Asia Tenggara dengan bukti pendudukan manusia berterusan semasa zaman lewat Pleistocene dan awal Holosen. Perakuan kepentingan Gua Niah sebagai tapak penting antarabangsa bermula pada tahun 1864 apabila AR Wallace melaporkan kepada Charles Darwin dan Thomas Huxley tentang potensi gua-gua sebagai tapak yang patut disiasat untuk bukti fosil manusia awal. Huxley kemudiannya menganjurkan ekspedisi Eropah pertama ke Gua Niah yang diketuai oleh Alfred Everett pada 1878-79 tetapi tidak dapat membuat penemuan penting. Selepas selama 75 tahun, Tom Harrisson, yang ketika itu menjadi kurator Muzium Sarawak menganjurkan penggalian arkeologi pertama di Gua Niah pada tahun 1954. Bersama isterinya, Barbara Harrison, penggalian dijalankan selama 13 tahun sehingga 1967, di mana mereka menggali beberapa gua-gua di Kompleks Gua Niah dan kawasan-kawasan bersebelahan.

Himpunan tulang daripada penggalian yang diketuai oleh Harrissons terdiri daripada kira-kira 750,000 serpihan, menjadikannya salah satu himpunan penjumpaan dari zaman akhir Pleistosen dan awal Holosen yang terbesar di Asia Tenggara. Penemuan yang paling terkenal ialah 'Deep Skull' pada tahun 1958, iaitu separa tengkorak manusia yang dijumpai di bahagian paling dalam ketika ekskavasi West Mouth (Lobang Kuala), yang dipanggil 'Hell Trench' kerana keadaan cuaca panas yang terpaksa dilalui oleh pasukan penggalian ketika itu. Contoh arang yang berdekatan dengan tengkorak itu didapati berusia antara 35,000 dan 40,000 tahun, menjadikannya pada masa itu, tengkorak yang dijumpai di situ yang paling tua usianya di luar Afrika.
Ini rumah kediaman Tom Harrison dan isterinya Barbara Harrison semasa mereka membuat ekskavasi di dalam Gua Niah dulu

Selain itu, penemuan di Lobang Kuala Gua Niah juga termasuk 25 kubur manusia dari zaman Holosen Awal, dan lebih dari 200 kubur dari zaman Mesolitik dan Neolitik menjadikan ia himpunan kubur-kubur zaman Mesolitik dan Neolitik yang terbesar di Pulau Asia Tenggara. Rangkaian kompleks gua utama ini terdiri daripada 21 gua dengan enam pintu masuk besar mengelilingi bukit batu kapur besar di tengah-tengah. Gua terbesar ialah West Mouth (Lobang Kuala) di mana sebahagian daripadanya mempunyai ketinggian lebih 60 meter. Di kompleks ini juga ada satu lagi gua yang dipanggil Gua Kain Hitam or Kain Hitam Cave or Painted Cave. Gua ini terkenal dengan lukisan batu prasejarah dan kapal pengebumiannya (death ships) yang ditemui oleh Barbara Harrisson pada tahun 1958. Ia mengandungi 128 lukisan merah bersaiz kecil di dinding gua. Lukisan itu dibuat menggunakan bahan hematit dan pewarna daripada tumbuhan dan menggambarkan motif seperti manusia yang sedang berdiri di atas sesuatu yang kelihatannya seperti bot atau kapal.

Ada titian kayu yang panjang menuju ke arah dalam gua besar ini. Tapi kata Amza dia nak bawa kami masuk bukan ikut jalan titian ini sebab kalau masuk ikut jalan ini kita akan terpaksa memanjat beberapa tingkatan tangga-tangga yang tinggi dan curam. Jadi lebih elok kalau kami datang from inside the cave and use this way to exit the cave. So better la menurun tangga-tangga curam tinggi itu dari memanjat. Inilah antara sebab kenapa kami suka guna khidmat tour guide. Nak masuk gua ikut mana, nak keluar ikut mana sudah siap-siap diberitahu. Kami nampak ramai juga yang masuk ikut jalan titian ini dan masa kami di dalam gua kami ada bertembung dengan mereka dan mereka kelihatan tersangat penat dan kelelahan. Itu pun kami tengok mereka fit-fit belaka. Kalau macam kami ni dah tentu patah balik 😓.

Ada papan maklumat! Jom baca! 

Tentang Lobang Kuala (West Mouth).



Per this map, we were at the at that time.

Jauh di dalam Great Cave terdapat tapak perkuburan Neolitik di mana lebih 166 tempat pengebumian telah ditemui yang dikaitkan dengan penemuan peralatan batu dan tembikar.

Ada satu lagi info board. Jom baca! 😀

Tentang Gua Niah.

Fascinating!




Subang jed lingling-o. 

Ok now jom kita masuk. Kami dibawa Amza ikut jalan tanah naik bukit instead of jalan titian kayu mentioned earlier.

Ini peta perjalanan kami dalam Great Cave, bermula dari lokasi bola biru.


Pemandangan ke arah pintu gua Lobang Kuala dari dalam gua. 

Dari dalam gua ini kita juga boleh nampak batang-batang buluh yang diikat bersambung-sambung dari lantai gua hingga ke siling gua bagi tujuan mengambil sarang-sarang burung swiflets. 

Tinggi pintu masuk Gua Niah ini adalah 75 meter dan di bahagian-bahagian tertentu di dalam gua kami nampak lebih tinggi lagi silingnya. Jadi tentunya buluh-buluh ini juga lebih tinggi dari 75 meter.

Di bahagian siling ada rangka-rangka sebegini sebagai tempat pemungut memijak ketika memanjat dan mengambil sarang sarang burung.

Dari jauh ni nampak macam fragile je buluh-buluh tu. Terfikir juga boleh ke buluh-buluh itu withstand weight of grown man? While he is climbing? Then while climbing down with the heavy bird's nest load? Lepas tu saya pun teringat masa bercuti di Hong Kong pernah nampak buluh-buluh digunakan as scaffoldings at building construction sites macam dalam foto-foto di bawah. So indeed bamboo is very strong for such use.
Buluh terkenal dengan kekuatan dan fleksibilitinya dan telah terbukti sebagai alternatif yang bagus selain menggunakan logam.

Nampak tak orang tu. Saya perasan sebab di kepala dia ada lampu. Actually foto ini agak gelap tapi saya adjust camera setting kasi terang sikit. Tu yang boleh nampak orang tu.

Ni foto yang zoomed in. Tu nampak tak the headlamp he had on? Later on kami dapat tahu dia adalah salah seorang dari pemungut sarang burung. 

It is interesting to note that not only this huge wall rock formation has very bizarre shapes and patterns but also the distinct separation of the pale mint green and the almost charcoal black colors. That it is naturally occurring is quite fascinating to me.

Ok, sebelum kita masuk, saya kongsi semula foto zon-zon dalam gua ini yang dirakam di Interpretation Center. Ada Entrance Zone, Twilight Zone dan Dark Zone.

Tidak seperti gua-gua lain yang pernah kami lawat, dalaman Great Cave ini langsung tidak dipancar dengan sebarang lampu. Tentulah tidak kerana akan sangat mengganggu burung-burung dan kelawar-kelawar di sini. 

Lagi dalam kami jalan masuk, suasana makin kelam. Dan foto-foto kami juga makin bergetar... hihi 😅.

More amazing ancient rock formations.

Masa tengah jalan, we came upon sacks of bats poops. Tahi kelawar ini dipanggil 'guano'. Kata Amza tahi kelawar ini dikutip, dikumpul dalam guni-guni seberat lebih kurang 50 kg satu guni dan diangkut manually keluar gua untuk dijual. 

Perkataan 'guano' berasal daripada perkataan 'wanu' iaitu dari bahasa Quechua yang merupakan bahasa asli orang Andes. Perkataan itu dalam bahasa Sepanyol disebut sebagai 'guano'. Guano kelihatan seperti butiran beras, saiznya agak seragam, dan kadangkala membentuk gumpalan kecil akibat air kencing kelawar atau air dari dinding gua. Ia datang dalam pelbagai warna, termasuk putih, kuning, coklat gelap dan muda, hazel, kelabu, hitam dan kemerahan gelap. 

Guano, kaya dengan nitrogen, phosphates dan potassium, adalah perapi tanah yang sangat baik dalam memperkaya dan memperbaiki saliran dan tekstur tanah. Ia adalah baja yang sesuai untuk tumbuh-tumbuhan dan rumput, menjadikannya sihat dan hijau. Sebagai baja organik, guano kelawar-walit adalah mahal harganya, tetapi kesan positifnya yang berpanjangan memberikan pelaburan yang menguntungkan.

Aduh... gelap sungguh. Hitam pekat dalam gua ini. Siapa yang nyctophobia better fikir dua tiga kali sebelum masuk dalam gua ini.

Sesiapa yang hendak masuk ke bahagian gelap gua ini mestilah membawa lampu suluh sebab suasana yang gelap boleh membuatkan kita tersalah pijak, worst still tersesat dalam gua ini. Tapi tersesat mungkin jarang berlaku sebab ada disediakan laluan titian kayu serta tangga-tangga kayu. Kami tak bawa flashlight jadi kami guna lampu handphone. 

Di dalam ni as expected sejuk dan nyaman tapi tidak perlu memakai pakaian tebal. Bau tahi kelawar dan burung walit memanglah ada. Mula-mula baunya menyengat juga, tapi lepas beberapa minit berjalan di dalam gua ini, kita akan mula biasa dengan bau itu and it became ok. Tidaklah bau tu kuat di sepanjang perjalanan cuma saya perasan at certain sections only. Moreover, with the super high ceilings, the ventilation is good. 

Jumpa lagi beberapa guni tahi kelawar-walit di tepi laluan titi kayu. Guni-guni ini ditinggalkan di sini oleh pemungut tahi kelawar-walit sementara mereka pergi memungut lagi. 

Pengumpulan Guano
🔴Aktiviti pengumpulan guano di Niah bermula pada awal abad ke-19 sejak kedatangan petani domestik yang menanam getah dan lada.
🔴Kutipan itu dikawal oleh jawatankuasa Guano, yang dikenali sebagai Guano Fund sejak 1950-an dan ia telah banyak menyumbang kepada pembangunan komuniti di Niah. Koleksi guano di Gua Niah berjumlah antara 40kg dan 50kg pada tahun 1980-an!
🔴Malangnya, koleksi guano yang banyak telah mengganggu ekosistem gua dan mengurangkan populasi serangga yang penting untuk kelawar dan burung walit.
🔴Selain itu, pengunjung juga memijak dan meratakan taburan tahi kelawar-walit secara tidak sengaja semasa berjalan keluar masuk gua ini.
🔴Mendapan guano yang lebih dalam yang mengandungi jumlah fosfat yang tinggi pada masam itu juga dikumpulkan dengan menggali lubang sedalam 3 hingga 29 kaki ke dalam lantai Gua Niah. Ini menghalang pemakanan dan penggalian oleh serangga dan larvanya, dan mengganggu siratan makanan yang melibatkan organisma lain. Sejak itu, pengeluaran guano telah merosot secara mendadak. Oleh itu, pengambilan guano mendapan telah dimansuhkan pada tahun 1985.

Gembira rasa hati ini bila ternampak cahaya jauh di depan sana... hihi 😅. Kalau tak silap cahaya itu adalah dari Lubang Tulang Gua Niah ini. 

Ini peta dalam Gua Niah dan lokasi Lubang Tulang. Ketika ini kami lebih kurang berada di lokasi bola hijau.

Kemudian Amza menunjukkan pada kami bamboo scaffoldings yang ada tinggi di dinding gua ini. Perancah -perancah buluh ini dibina/pasang pada dinding untuk memudahkan kerja-kerja memungut sarang burung. Amza menasihatkan kami supaya tidak menyuluh lampu-lampu kami ke arah scaffoldings ini kerana dikhuatiri akan mengganggu pemungut sarang burung yang mungkin ada di atas sana, yang kita tak nampak jauh di bawah ini. 

Ini laluan titi kayu bertangga-tangga turun naik dalam Guah Niah yang disediakan bagi kemudahan pelawat-pelawat. Masa kami di sini, kami bertembung dengan beberapa pelawat-pelawat lain yang datang dari arah bertentangan. Maknanya mereka memulakan perjalanan masuk ke Gua Niah ini ikut jalan titian kayu yang ada saya nyatakan di awal blog ini. Which also mean mereka terpaksa ikut laluan memanjat banyak tangga-tangga tinggi yang curam untuk sampai ke lokasi ini.Kesian mereka nampak sangat kepenatan. Terus terfikir masa tu nak bagi tips pada Amza masa dia hantar kami ke Miri Aiport pada esok harinya 😌.

Cahaya yang memancar dari Lubang Tulang menerangi bahagian dalaman Gua Niah ini membolehkan pelawat melihat the amazing rock formations, titian kayu dan perancah-perancah buluh di dinding gua. Maka dapatlah kami rakam suasana ini dengan kamera.

Gua ini ditutup untuk pemungutan sarang burung selama empat bulan setahun bagi membolehkan kitaran pembiakan lengkap burung-burung swiflets. 

Kalau pemungutan dibuat masa burung-burung sedang membiak, maka habislah mati banyak anak-anak burung dan ini akan menjejaskan hasil kutipan sarang burung itu sendiri. Dah la sepasang burung ini cuma menghasilkan sebiji telur sahaja setiap kitaran.  

Dalam gelap tu Amza stop sekejap dan menyuluh pada railing kayu ini. Kami pun tengok dengan penuh interest. Amza menasihati kami supaya sangat berhati-hati bila berpegang pada railing ini kerana ada banyak labah-labah yang bersarang di situ. 

Inilah labah-labah yang dimaksudkan oleh Amza. Kecil saja saiznya and look not threatening. Tapi Amza kata ia sangat berbisa dan boleh menyebabkan numbness jika digigit. Amza was really serious about this that when he saw other visitors he would advice them too to be careful when holding on to the railings.

Jadi macam mana la tak pegang railing masa berjalan dalam gelap ni, dengan naik turun tangga yang curam-curam belaka, dengan tempat memijak titi dan tangga kayunya penuh dengan tahi kelawar dan licin 😕. 

Caranya ialah dengan menyuluh di mana kita hendak berpijak, turun tangga satu demi satu - meaning lepas sudah land both feet on a step then barulah turun to the next step below, berhati-hati dan jangan nak cepat-cepat and all the while berbanyak-banyaklah berdoa 😓.

Dalam rasa cemas-cemas tu suddenly saya dapat idea nak ambil gambar isteri dalam kegelapan gua ini. Saya pun minta tolong Amza suluh isteri saya yang ketika itu sedang berdiri di tangga dan saya snap! ... hihi 😁. Boleh la. Ada la kenangan bergambar dalam 'Dark Zone' Gua Niah. 

Meneruskan perjalanan dalam kegelapan Gua Niah...

Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. nope nope nope...
    hehehehe
    dont think i am going here
    cukup lah baca kat sini je ..:)
    i dont have nyctophobia[ btw a new word for me ni .. ]
    tapi saya takut udara dalam tu ada bacterias or viruses

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually boleh doc. Doc muda lagi, masih kuat. Dan kalau pergi dgn anak2 doc, mesti joyful and they will surely look after their mama. Tak perlu laju2 jalan dlm tu. Pelan2 je. Just make sure ada tour guide.
      Also, kalau takut udara dlm tu tak bersih, pakai la mask :).

      Delete