السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Seterusnya kami ke Trader's Cave atau Gua Dagang. Bila sampai di kawasan dekat-dekat gua, perjalanan di titian kayu rata bertukar kepada pendakian tangga.
Bergantung kepada rock formations persekitaran, tangga-tangga yang dibina ada yang just a few steps dan ada yang tinggi. Ada yang curam, ada yang biasa. Tambah mencabar bila the steps are wet due to rain atau lumut. Apa-apa pun no hurry, take one step at a time. Safety comes first.
Lalu di titi kayu di lereng bukit/gunung batu kapur. Rasa macam epik pulak. Ketinggian di sini lebih kurang 120 meter dari paras laut.
Tiba di Trader's Cave selepas berjalan sejauh lebih kurang 3.3 km atau selama 1 jam 30 minit.
Ada banyak stalaktit dan stalagmit pelbagai saiz di sini.
Ada papan maklumat tentang History-Cave Archeology. Kami pantang jumpa info board macam ni, mesti ambil gambar... hihi 😁. Mestilah sebab tak cukup masa nak baca masa di situ. Ambil gambar boleh baca later.
Jom baca. Also reproduced here sebab the one on the board sudah tak jelas.
Such fascinating facts!
Berjalan ke Trader's Cave.
Very dense rainforest surrounds the cave.
Kami pun sampai di pintu masuk ke Trader's Cave. Amza menerangkan pada kami yang binaan kayu ini adalah bekas pondok-pondok yang tidak beratap yang dibina menggunakan kayu belian. Kayu belian adalah antara kayu yang paling kuat sebab itu ia masih lagi kukuh berdiri di gua ini.
Pondok-pondok ini dibina oleh pemungut sarang burung. Ia adalah tempat tinggal sementara mereka bersama keluarga ketika musim memungut sarang burung yang ada di Great Cave.
Pemungut sarang burung tidak bina pondok-pondok dan tinggal di Great Cave supaya burung-burung di sana tidak terganggu. Jarak antara Trader's Cave dan Great Cave adalah lebih kurang 300 meter.
Masa kami berjalan di dalam gua ini, Amza menasihatkan kami supaya berjaga-jaga di mana kami berpijak kerana ada banyak lubang-lubang sarang tebuan tanah. Bila diberitahu begitu, bila kami amat-amati, betullah ada tebuan-tebuan berterbangan di sana sini. Amza kata tebuan tu tak serang orang, hanya kalau sarang mereka diganggu/dipijak.
Pondok-pondok kayu belian bukan cuma ada satu dua sahaja tapi ada beberapa lagi di dalam gua ini. Dan pondok-pondok yang di dalam gua ini saiznya adalah lebih besar dan panjang. Walaupun kayu-kayu rangka pondok-pondok ini nampak sudah lama dan usang tapi disebabkan ia dibuat dari kayu belian, ia masih kuat dan selamat untuk pengunjung lalu di bawahnya.
Trader's Cave ini besar dan memanjang dengan bukaan-bukaan tepi yang luas menjadikan dalaman gua ini terang dan mudah untuk kita lalu. Gua ini pun kami sudah rasa besar sungguh, belum lagi ke Great Cave.
Pondok-pondok di sini dibina tinggi untuk elak dari serangan haiwan liar.
Ok, bagaimana gua ini dapat nama 'Trader's Cave'? Gua ini diberi nama berasaskan kegiatan perdagangan sarang burung dan lain-lain bahan di antara para pemungut sarang burung dan peniaga dari bandar.
Pondok-pondok ini tidak lagi digunakan. Digunakan sehingga akhir tahun 1970an.
Kelihatan ada air sedang menitis-nitis ke atas batu besar ini. Agaknya bakal menjadi stalagmit satu hari nanti.
Pada saya sepanjang bahagian kanan gua ini (dalam foto bawah) seolah-olah disokong oleh tiang-tiang batu dengan setiap bukaan antara tiang-tiang ini memberi laluan udara keluar masuk disamping membanjiri dalaman gua ini dengan cahaya. Suasana di dalam gua ini cukup nyaman dan terang. Bila terang macam ini senang la nak ambil gambar 😃. Kalau gelap, apa pun tak dapat nak share dalam blog ini😄.
Siling yang sangat tinggi juga membantu menjadikan dalaman gua ini sejuk nyaman.
Ini salah satu bukaan besar pada tepi gua panjang ini. Pemandangan dalaman dan luaran gua yang cukup memukau... SubhanAllah.
Formasi batu-batuan gua yang terhasil jutaan tahun lamanya.
Dinding batu kapur Gua Dagang. Yang menariknya dinding ini berwarna light green. Dari apa yang saya baca warna hijau itu adalah disebabkan oleh alga yang ada pada dinding di gua ini terutamanya apabila permukaan dinding gua basah dan terdedah pada matahari. Alga ini terbentuk apabila tahi kelawar dan tahi burung layang-layang yang terjatuh, ditiup angin ke arah dinding menyebabkan bakteria mudah membiak dan dinding gua bertukar menjadi warna hijau.
Sign board 'Trader's Cave' without the letter 'T' and apostrophe 😄.
Haa... ada info board!! Me like. Jom baca!
Maklumat ringkas tentang Gua Dagang.
Beginilah suasana pondok-pondok kayu di Trader's Cave ketika diduduki oleh pemungut sarang burung.
Peta kompleks Gua Besar (Great Cave Complex). Per this map, we were at the ★.
Ini tangga kayu yang pernah digunakan untuk naik ke pondok-pondok.
Gua Dagang Niah adalah contoh tapak yang telah digunakan untuk aktiviti perdagangan sejak zaman dahulu hingga 1960-an antara pedagang Cina dari Tanah Besar dengan penduduk tempatan menukar sarang burung yang dituai dan hasil hutan dari Niah dengan seramik, tekstil dan manik kaca dari China.
Beberapa tradisi kuno Niah, seperti upacara Semah, menuai sarang burung dan aksesori manik masih diamalkan oleh penduduk tempatan dan kemahiran serta pengetahuan penduduknya direkodkan dengan baik dan dipelihara.
A brightly lit area of the cave.
Tak pasti ini pagar apa tapi rasanya petak designated for excavations.
Dalam Trader's Cave ini ada juga sarang burung cuma ianya tiada nilai komersil kerana bercampur dengan lumut.
Besar sungguh gua ini.
Di siling gua ini ada lubang-lubang hitam begini. Kalau tidak silap saya Amza kata itu adalah kesan luluhawa semasa gua ini terendam dalam air jutaan tahun yang lampau.
Luluhawa adalah proses pengkarbonan iaitu sebarang tindak balas antara asid lemah (seperti asid karbonik) dengan kalsium karbonat (batu kapur). Hujan yang turun akan berpadu dengan karbon dioksida di udara dan membentuk asid karbonik.
Selain swiflets, gua ini juga dihuni oleh kelawar. Amza menunjukkan taburan tahi kelawar di lantai gua.
Taburan tahi kelawar (guano) yang sudah kering.
Di sini juga ada bekas-bekas telaga. Ada telaga yang digunakan untuk minuman dan ada yang digunakan unutk mandian dan cucian oleh pemungut sarang burung dan keluarga mereka ketika tinggal di dalam gua ini.
Program penggalian terbaharu di Gua Niah dibuat berdasarkan kepentingan arkeologinya di Asia Tenggara. Bermula dari November 2017, satu lagi pasukan antarabangsa yang diketuai oleh Prof. Darren Curnoe dari University of New South Wales, Australia memulakan fasa baharu penyelidikan arkeologi di Niah Caves dengan memfokuskan secara khusus pada Trader’s Cave.
Penyelidikan yang berterusan ini menemui garis masa baharu apabila mereka menemui lima keping alat mikrolitik berusia 65,000 tahun serta tengkorak manusia berusia 55,000 tahun. Penemuan baru menunjukkan bahawa pra-sejarah manusia telah wujud kira-kira 65,000 tahun dahulu dalam sistem Gua Niah, melebihi anggaran sebelumnya iaitu 45,000 tahun.
Penyelidikan masih diteruskan, walaupun ditangguhkan buat sementara waktu kerana Covid-19, dan penemuan baharu ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang Laluan Penyebaran Selatan (Southern Dispersal Route) dan penghijrahan manusia keluar dari Afrika secara umum – sebuah teori bahawa kumpulan awal manusia moden meninggalkan Afrika antara 130,000-70,000 tahun dahulu. Penemuan baru ini mungkin mempunyai implikasi yang besar ke arah menyemak semula dan menulis semula sejarah Laluan Penyebaran Selatan.
Ada papan maklumat di petak ekskavasi ini. Tapi susah sungguh nak baca. So I had to reproduce it as below.
Sarawak Early Prehistory Project ~ projek kerjasama Jabatan Muzium Sarawak dan New South Wales University Australia.
Berjalan ke hujung Trader's Cave.
Pemandangan ke luar gua.
Untuk ke hujung gua ini ada laluan mendaki di mana ada dibuat tangga tanah bagi kemudahan pelawat.
Tangga tanah ini dibuat melalui celah-celah batu-batu besar yang ada banyak di hujung gua ini.
Di hujung gua ini juga ada dibina laluan tangga kayu.
Stop sekejap untuk bergambar. Nampak macam dah penat... memang tengah penat pun masa ni. Maklumlah kami dah berjalan sejauh lebih 3 km. Mula la teringat untuk bersyukur kerana saya sekarang ini cuma bawa compact camera sahaja dan sudah stop bawa kamera DSLR dan lensa-lensa yang berat-berat belaka semuanya masa bercuti. Kalau bawa heavy load agaknya dari tadi lagi saya dah patah balik 😅.
Ini tapak di mana ekskavasi 'Sarawak Early Prehistory Project' dilakukan.
Bahagian dalam gua dinding batu kapur.
Landskap Gua Dagang yang cukup epik dan indah sekali... subhanAllah.
Amazing rock formations of columns, flowstones, stalactites and stalagmites.
Perjalanan ke Great Cave dari Trader's Cave adalah sejauh 308 meter.
Tidak seperti di pangkal gua, di hujung ini ada begitu banyak boulders. And some of them are really massive.
Di titian kayu ini ada tahi kelawar. Amza menasihatkan kami supaya berhati-hati untuk tidak memijak tahi kelawar kerana ianya licin berminyak.
Panjat tangga tinggi menuju arah keluar Gua Dagang. Tapi sebelum tu ambil gambar dulu 😁.
Satu shot panorama Gua Dagang.
Ok, inilah peta laluan kami di dalam Gua Dagang / Trader's Cave. Panjang gua ini dari entrance ke hujung adalah lebih kurang 200 meter.
Ok, a few more shots before we continue our walk to Great Cave.
Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
gigih sungguh kan manusia purba dan pencari sarang burung tu duduk dalam gua yang tak ada apa-apa ni..
ReplyDeleteA seemingly simple but hard life.
Delete