Sambung lagi cerita cuti-cuti ke Sumbar Hari ke 2; Bahagian 5.
Sampai saja ke Batusangkar, kami terus ke Istano Basa Pagaruyung. Walau pun sebelum ini saya dan isteri sudah pun pernah ke istana ini during our previous vacations di Sumbar, kami tetap masukkan dalam itinerary kerana inilah pertama kali kakak ipar and her family ke sini.
Pintu gerbang masuk ke Istano Basa Pagaruyung |
Ada odong-odong di depan entrance gerbang. Pelawat boleh naik keliling kompleks istana ini.
Istano Basa Pagaruyung sebuah istana yang terletak di kecamatan Tanjung Emas, kota Batusangkar, kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Istana ini merupakan objek wisata budaya yang terkenal di Sumatera Barat.
Bergonjong 11, simbolik tanduk kerbau, pucuk rebung, kapal dan bukit.
Gonjong inilah yang menyebabkan kebakaran bila ia disambar kilat pada 27 Februari 2007. Istana ini habis hangus terbakar. Kalau nak baca kejadian kebakaran ini, boleh baca blog entry saya di sini.
Dan inilah Istano Basa Pagaruyung versi ke 4.
Konsep binaannya berdasarkan pepatah Condong Nan Indak Membawa Rabah (Condong Yang Tidak Membawa Rebah).
Maskot Minangkabau yang menyambut pengunjung di depan Istano Basa Pagaruyung.
Tiada caj tertentu untuk bergambar dengan maskot-maskot ini. Cuma sumbangan seikhlas hati.
Jom masuk. Tanggalkan kasut, masukkan ke dalam beg plastik yang disediakan dan letakkan di tangga.
Isi Buku Pelawat.
Kelihatan Rangkiang Patah Sembilan yang digunakan sebagai tempat penyimpanan padi dan menjadi simbol kemakmuran dan kekuatan Alam Minangkabau.
Ada tiga bahagian utama pada aras pertama ini: Anjuang Perak (di kiri), Singgasana (di tengah - mengadap pintu masuk) dan Anjuang Rajo Babandiang (di sebelah kanan).
Di Tingkat 1 ini juga terdapat pameran koleksi sisa-sisa artifak yang dapat diselamatkan dari kebakaran besar pada tahun 2007 dulu.
Naik ke tingkat 2.
Pemandangan menghala ke Anjuang Rajo Babandiang dari atas tangga.
Dapur.
Selesai di dalam istana, saya melepak di luar sementara kakak ipar and her daughter nak bergambar dengan memakai pakaian tradisional Minangkabau.
Pelancong dari Malaysia beramai-ramai bergaya dengan pakaian tradisional.
Menjual ciku dan durian belanda.
Sempat juga saya ambil gambar maskot-maskot di sini.
Saya ajak semua maskot yang ada di situ untuk berkumpul dan bergambar bersama. Just among them.
Satu pose ceria 😄.
Saya juga mohon pada mereka supaya ditanggalkan kepala maskot mereka kerana saya ingin melihat the persons behind the maskot. Mula-mula memang mereka teragak-agak kerana mungkin sebelum ini mereka tidak pernah terima request sedemikian.
Ok saya share di sini sesi berfotografi my sister-in-law and her daughter 😊.
Tempat menyewa pakaian tradisional Minangkabau ada di bawah bangunan istana. |
Posing di pelamin Minangkabau.
Lepas tu posing di luar pula. Isteri arranged that her sister and niece pakai hiasan kepala yang bertanduk supaya nampak lebih authentic.
Mother and daughter.
Saya dan isteri tak posing jugak ke? Sudah. Pada tahun 2015 dahulu... hehehe. Masa tu kami di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minang atau lebih dikenali sebagai Minangkabau Village.
Next, beberapa foto binaan-binaan lain di kompleks ini.
Ada sekumpulan ibu-ibu sedang makan.
Meow pun ada 😍.
Di belakang kompleks ini ada sawah padi.
Dan di lereng bukit ini ada big 'Pagaruyung' sign.
Agaknya waktu malam sign ini menyala disuluh.
Sebelum beredar, since masih ada masa lagi, kami naik odong-odong dulu 😊.
Ada dua laluan perjalanan Odong-Odong: sekadar mengelilingi Istana (Rp 5,000 atau RM 1.50 seorang) ataupun sehingga ke kaki bukit yang dinamakan Jenjang Seribu (Rp 10,000 atau RM3 seorang).
Dah alang-alang nak naik dan kosnya pun murah begitu, kami memilih perjalanan yang jauh sehingga ke Jenjang Seribu.
Ramainya pasangan pengantin 😊.
Berhenti sebentar di Jenjang Seribu.
Pemandangan Bukit Barisan dari bawah Jenjang Seribu.
It was quite a nice ride especially considering kami ni dah pun pernah ke sini dan tak pernah pun tahu pasal area lain dalam kompleks ini. So nice juga dapat tengok other parts of this complex that we had not seen before.
Berjalan ke tempat parking.
Kedai buah-buahan.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
'wisata primadona ' ?
ReplyDeleteapa maknanya ya ?
unggul ?
ada maskot berpakaian tradisional !!
ni ok lah daripada tetina teletubbies dekat istano basa .. sungguh tak kena !
and so nice dapat nengol muka-muka di balik maskotnya !!
orang dulu dulu dekat istano dan pekerjanya .. pergi toilet kat mana ya ?
i wonder...
masa kita orang pergi first time dulu .. ada sorang tu .. bukan saya .. sakit perut sangat masa dalam perjalanan ke Bonjol
tak jumpa-jumpa masjid etc nak tumpang..
berhenti kat satu rumah tepi jalan , nak tumpang tandas..
sebab dah tak tahan sangat !
makcik tu tunjuk sungai belakang rumah suruh ekk ekkk kat situ !!
terus tak jadi ! termasuk balik rasa nak ekk ekk tu !!
hadoiii !!sakit perut ketawa!!
mannequin dalam istano nampak baru-baru.
life like pulak tu ..
I think so. Unggul, Premiere.
DeleteI agree. Dan saya ambil foto mereka pun sebab itu. Baru la sesuai berpakaian tradisional. Sebenarnya mmg saya sendiri teragak2 nak make such a request.
Toilet? And I thought I am the worrier.. hehehehe.
I read, ini bukan tapak asal istana ini. I guess to answer your question di tapak asal mungkin dekat dengan sungai.
Hahaha... kalau jadi pada saya.. huiii.. ngeri...
Jgn main2 sakit perut nak melepas... kalau saya, under such circumstances, sanggup je kot di sungai as long as secluded dan ada gayung nak cedok air sungai tu.. hehe. Yg penting buang yg urgent tu!!!
Baru ek? I ingatkan the same. Yes, mmg life like.