Wednesday, June 3, 2020

SUMATERA BARAT 2020 - DAY 02 - PART 03 - MUSEUM GOEDANG RANSOEM


... dan pakailah face mask... 😷.

MKN (Majlis Keselamatan Negara) kata:

Sambung lagi cerita percutian kami ke Sumatera Barat pada hari ke 2, bahagian 3.

Dari Lubang Mbah Soero, kami berjalan lagi menuju ke sebuah lagi muzium yang menarik di Sawahlunto ~ Goedang Ransoem. Goedang Ransoem adalah kompleks bangunan bekas dapur umum penyediaan makanan untuk pekerja lombong arang batu Sawahlunto di masa dahulu. 'Ransoem' adalah perkataan Belanda yang bermaksud 'bekalan'.

Tak jauh, cuma about 200 meters away.

Mushalla Syarief.

Kampung Seni.


Tiba di Museum Goedang Ransoem.


Guide belikan tiket.

Museum Goedang Ransoem dari depan. 


Suasana di dalam kawasan Museum Goedang Ransoem.


Ada peta kompleks Museum Goedang Ransoem. Malangnya sudah sangat lusuh. Diharapkan pihak Kantor Peninggalan Bersejarah dan Pemuseuman Kota Sawahlunto dapat meletakkan peta yang baru.

I know, it looks really bad tapi sekadar ini sahaja yang mampu saya edit 😊. Sebenarnya saya suka pelan begini kerana bukan sahaja it helps with the navigation but also allows me to have a sense of how large the complex is. 

Penunjuk arah.


Ada beberapa bangunan dalam kompleks Museum Goedang Ransoem ini. Kami memulakan lawatan dengan melawat ke Galeri Dapur Umum dahulu. 

Mula-mula, kami dibawa masuk ke sebuah dewan untuk menyaksikan dulu sebuah video pendek yang menarik mengenai sejarah Sawahlunto.

Sejarah Goedang Ransoem. 

Selepas tengok video kami di bawa ke bahagian galeri. Tapi sebelum tu sign dulu 'Buku Pelawat'.  

Welcome To Museum Goedang Ransoem.

Ok, peta ini lebih jelas 👌👍.

Sejarah Dapur Umum. 

Model Kota Sawahlunto. Kota ini berada di sebuah daerah yang bagaikan "Kuali" dikelilingi perbukitan. Selain dari 'Kota Kuali', Kota Sawahlunto juga dikenali dengan lain-lain nama seperti 'Kota Arang' dan 'Belanda Kecil (Little Dutch)'. Tagline kota ini ialah ‘Kota Wisata Tambang yang Berbudaya’.

Maklumat tentang sejarah, sistem memasak dan sistem pengagihan makanan.

Latar belakang berdirinya Dapur Umum.



Sistim Pembakaran (Memasak).

Furnace system at the public kitchen. 


Sistim Pembagian Makanan. Selepas dimasak, makanan dihantar ke Orang Rantai di lokasi di mana mereka bekerja. 

Untuk Orang Rantai bujang, makanan diberikan secara percuma untuk 6 bulan pertama, after which their salaries were deducted for the food. Maknanya, Orang Rantai ada diberikan gaji untuk kerja-kerja sebagai buruh paksa.

Untuk Orang Rantai yang bukan bujang, keluarga mereka juga diberikan makanan, dalam bentuk mentah (belum dimasak). Pesakit di hospital juga diberikan makanan.

Maklumat tentang bangunan-bangunan di kompleks Museum Goedang Ransoem.

Bangunan Dapur Umum.



Fungsi Dapur Umum.





Petugas Muzium yang juga menjadi Guide kami melawat ke Goedang Ransoem.

Photos of Kota Sawahlunto throughout the decades.

Sekilas Tentang Sawahlunto. Kota Tambang Tertua di Indonesia.

Ada sebuah Kompresor yang berfungsi sebagai penyalur wap panas dari steam generator ke tungku memasak. Ia adalah sebuah kompresor buatan Jerman yang dihasilkan pada tahun 1894.

Model bangunan-bangunan di Kompleks Museum Goedang Ransoem. 

Seterusnya kami ke ruang peralatan memasak. 

Kerana perlu dimasak sebanyak 3,900 kg nasi sehari serta lauk pauk, pastinya periuk-periuk dan kuali-kuali bersaiz besar seperti ini digunakan. 

Walaupun nampak antik mengikut standard masa kini, ia adalah peralatan yang termoden di zaman itu. 

Dapur ini memang bersih dan tidak mempunyai kesan abu pembakaran kerana menggunakan wap panas sebagai bahan bakar dan bukannya api. 

Di bawah ruang memasak terdapat ruang bawah tanah dengan paip cerobong yang mengalirkan wap panas untuk kegunaan 20 buah tungku. Wap panas ini berasal dari air panas yang dididih di sebuah bangunan lain di luar sana dan dialirkan ke dalam dapur.

Pakaian Mandor.

Anak-anak kecil juga membantu pekerjaan ringan. 

Perkakas dapur yang digunakan.



Pakaian Koki. Koki = Tukang masak. 

Periuk-periuk besar ini dipasang dengan pemegang rantai untuk kemudahan mengangkat dari tempat wap selepas makanan siap dimasak.



Info Periuk / Ketel. Ketel = Cerek.

Tungku Penggorengan.


Bahan bakar untuk memasak menggunakan periuk besar tadi menggunakan wap. Untuk kerja menggoreng guna kuali, arang batu digunakan sebagai bahan bakar.


Ada lebih banyak lagi maklumat tentang Dapur Umum ini. 

Tentang Tungku Uap (Steam Generator).

Foto-foto bangunan tungku uap.

Klinik juga disediakan bagi pekerja yang cedera ketika memasak bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital.

Serombong asap.

Gedung padi.


Lain-lain perkakas memasak.


Bekas sambal.

Aktiviti-aktiviti di Kitchen Central.


Tentang Willem Hendrik de Greve - Peneliti dan Penemu Batubara Ombilin, Sawahlunto.


Jom baca.









Di Goedang Ransoem ini juga, pelawat dapat melihat contoh menu makanan yang disediakan untuk Pekerja Tambang (Pekerja Lombong), Orang Rantai, Orang Kawalan dan Pesakit Hospital. 

Makanan yang disediakan terdiri dari nasi, daging, ikan masin, sayur sawi dan kobis. Makanan ini diberi setiap waktu tengahari dan malam. 

Sarapan pagi pula adalah sejenis makanan tempatan yang dibungkus dengan daun pisang yang diberikan setiap jam 10 pagi. 

Minumannya pula adalah teh. Menu ini dianggap terbaik oleh kolonial Belanda kerana mereka memerlukan pekerja-pekerja yang produktif di lombong arang batu. 

Pertumbuhan dan Perkembangan Kota Sawahlunto.





Turut dipamerkan di muzium ini adalah tentang batu nisan di perkuburan Orang Rantai. 

Terdapat tiga kategori pekerja yang bekerja di arang batu Ombilin, iaitu buruh harian, pekerja kontrak (kontraktor) dan buruh paksa (dwangerbeiders). Pekerja harian adalah pekerja yang bekerja dengan gaji harian. Pekerja ini umumnya berasal dari orang Minangkabau, terutama penduduk di sekitar kawasan perlombongan. Pekerja kontrak adalah pekerja yang bekerja dengan kontrak selama 3 tahun hingga 5 tahun. Pekerja kontrak ini biasanya berasal dari kawasan miskin di Jawa. Manakala buruh paksa adalah buruh yang direkrut dari beberapa penjara di Jawa, Bali dan Makassar. Pekerja paksa ini secara amnya dihukum kerana pelbagai masalah di masa lalu seperti mencuri, merompak dan membunuh dan memberontak. 
Dari tiga kategori di atas, mereka mendapat ganjaran yang berbeza. Dari segi jaminan kesejahteraan pekerja kontrak adalah kumpulan yang mendapat jaminan yang paling mencukupi, sedangkan buruh paksa sebenarnya mendapat perlakuan tidak berperikemanusiaan. 

Ia juga dapat difahami, disebabkan kesukaran dan jumlah wang yang banyak diperlukan untuk membawa pekerja ke Sawahlunto, pekerja juga dibawa masuk dari luar. Buruh etnik Cina pertama yang dibawa dari Singapura dan Pulau Pinang hanya bertahan selama satu tempoh kontrak. Setelah kontrak selesai, mereka berhenti menjadi buruh. 

Pekerja kontrak jangka panjang sebenarnya adalah mereka yang berasal dari Jawa, yang selalu meneruskan tempoh kontrak, sehingga mereka bertahan hingga beranak cucu di Sawahlunto.

Pada abad ke-19, pemerintah Hindia Belanda mulai menghantar tahanan dari berbagai penjara di Indonesia seperti dari Jawa, Madura, Makassar, Nias dan lain-lain ke kota Sawahlunto sebagai buruh paksa, sekitar 20,000 orang tahanan, untuk menjadi pekerja perlombongan. 

Sebilangan besar pelombong adalah tahanan pribumi dari pelbagai etnik di Nusantara. Perbezaan budaya antara mereka menimbulkan kesukaran dalam komunikasi, dan akhirnya menimbulkan konflik sosial dan etnik.

Pada kolonial Belanda, Orang Rantai dilihat sebagai pemberontak yang kerjanya hanya mengganggu kestabilan. Sebenarnya, kebanyakan Orang Rantai adalah pahlawan pribumi, orang berpengetahuan yang berani menentang Belanda.

Orang-orang Rantai adalah tahanan penjara Belanda yang dijadikan buruh paksa di lombong arang batu. Kaki mereka dipasang rantai sepanjang masa untuk memastikan mereka tidak melarikan diri.


Orang-orang Rantai ini tak pernah ditanya dan direkodkan nama mereka oleh Belanda. Bila dijadikan Orang Rantai, mereka cuma diberikan tatu nombor pada badan.



Walaupun Orang Rantai dilabel sebagai tahanan atau penjenayah, dari satu sisi, kehadiran mereka menjadi 'pahlawan' ke Kota Sawahlunto dalam perlombongan arang batu. 

Sungguh banyak jasa Orang Rantai dalam pembangunan lombong arang batu di Sawahlunto termasuk pembinaan dan pembukaan jalan kereta api dan lubang-lubang tambang. 



Orang-orang Rantai tidak hanya diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan dalam perlombongan, tetapi juga tidak diterima oleh orang-orang Sawahlunto kerana pada masa itu Orang Rantai digembar-gemburkan oleh penjajah Belanda sebagai penjenayah atau penjahat. Bahkan hingga akhir hayatnya, Orang Rantai dikuburkan secara terpisah dari masyarakat dan tidak diberi nama di batu nisannya.

Ramai Orang Rantai yang mati dan ditinggalkan di lombong-lombong arang batu. 

Tidak seperti batu nisan lain, batu nisan Orang Rantai hanya ditandakan dengan nombor tatu yang terdapat di badan Orang Rantai ketika mereka masih hidup. Nombor tatu itu adalah nombor pentadbiran dan identiti yang diberikan oleh Kolonial Belanda. 

Sedikit yang bernasib baik pula akan dikebumikan di perkuburan Orang Rantai di mana batu-batu nisan mereka hanya ditandakan dengan nombor tersebut. Disebabkan tak ada rekod nama, tidak tahu siapa sebenarnya yang dikebumikan di perkuburan ini. Saya baca batu-batu nisan itu kini telah berselerak dan rosak kerana tiada pemuliharaan dibuat. 

Ini adalah Petugas Muzium (di Museum Situ - Lubang Tambang Mbah Soero). Beliau adalah berasal dari keturunan Orang Rantai dari Pulau Jawa.


Maklumat tentang peralatan melombong arang batu.

Seterusnya pameran Amunisi Pejuang Kemerdekaan Indonesia di Sawahlunto.

Antara ammunition yang dijumpai di bunker bangunan Pembangkit Listrik Tenaga Uap (PLTU), yang kini adalah Masjid Agung Nurul Islam.


Saiz Tungku Pembakaran di sini adalah sebesar rumah. 

PLTU Salak.

Lesung.

Seterusnya kami keluar dari bangunan Galeri Dapur Umun (A - Museum) dan menuju ke bangunan-bangunan Power Stoom I dan Power Stoom II (B - Power Stoom I & D - Power Stoom II). 
Just to add, guide kami kata Rumah Pemotongan Hewan (I - Rumah Potong) masih berfungsi sebagai rumah sembelihan haiwan sehingga ke hari ini.

Bangunan Power Stoom I and Power Stoom II. 

Melawat Power Stooms tempat di mana wap panas dihasilkan bagi tujuan memasak. 

Power Stoom yang terletak di belakang Dapur Umum terdiri dari tiga unit steam generator buatan tahun 1894. 

Air dari bukit dialirkan ke sini dan dididih menggunakan bahan bakar arang batu. 

Wap yang terhasil dialirkan menerusi sebuah saluran bawah tanah ke kompresor yang dipasang di dalam bangunan dapur untuk kegunaan tungku memasak.

Jom panjat tangga tengok bahagian atas bangunan ini.

Sistem penghasilan wap secara mega ini adalah yang paling moden ketika itu.

Ini pelan 'Sistim Pembakaran (Memasak)' yang digunakan di mana wap dihasilkan dan digunakan sebagai bahan api untuk memasak.


Ketel Penampungan Air (foto kanan) dan Ketel Tempat Pemanasan Air (foto kiri). Ketel bermaksud cerek (as in kettle), bekas menyimpan/memasak air. Cerek di sini bersaiz giant.

Di dalam Ketel Tempat Pemanasan Air.

Bangunan Power Stoom II. 

Di sebelah bangunan-bangunan penghasilan wap ini juga ada dibina sebuah serombong untuk membuang asap yang terhasil dari proses pembakaran arang batu. Serombong ini tingginya 25 meter. 

Pada masa dulu ada paip-paip yang menyalurkan air ke dalam ketel-ketel di sini.

Ok dah, jom turun.

Jumlah pekerja yang bekerja di lombong arang batu Ombilin mencecah 8 ribu orang. Untuk memenuhi keperluan makanan harian mereka, pihak majikan perlombongan menyediakan makanan untuk mereka. 

Konsep ini sebenarnya tidak bermaksud bahawa majikan mementingkan kesejahteraan pekerja, tetapi ini dilakukan untuk menjaga keadaan kesihatan pekerja agar tetap kuat dan cergas untuk bekerja dengan produktif. 

Bidang pekerjaan melombong adalah sangat sukar, kerana arang batu yang digali secara umum adalah lapisan C dan terletak di perut bumi, oleh itu memerlukan tenaga dan stamina yang kuat. Sekiranya pekerja sakit, ia akan menjadi beban tambahan kepada majikan kerana rawatan perlu diberikan. Atas sebab ini, dapur awam yang dibuat mampu menyediakan makanan untuk 6,000 ribu orang setiap hari.

Ok, jom explore ke bahagian lain di kompleks Museum Goedang Ransoem ini.

Berpandukan pelan di atas, bangunan kanan dalam foto di bawah ialah A - Museum (Galeri Dapur Umum) dan di kiri ialah H - Indor Teatre dan Galery Ednografi. 

Di kiri ialah bangunan E - Gedung Es (Pabrik Es/Kilang Ais), G - Gudang Padi dan kanan sekali H - Indor Teatre dan Galery Ednografi. 

Bangunan Indor Teatre dan Galery Ednografi.

Ini ialah bangunan Gedung Es yang dulunya pernah berfungsi sebagai kilang ais. 

Di bangunan ini sekarang adalah Galeri Melaka. Tapi kami tidaklah masuk ke dalam galeri ini yang mempamerkan sejarah dan budaya Melaka.

Jadi kenapa pula ada Galeri Melaka di sini? Ini adalah kerana Bandaraya Melaka adalah berkembar dengan beberapa bandar dunia dan salah satu bandar itu ialah Kota Sawahlunto. 

Di Bandaraya Melaka juga ada Galeri Kota Sawahlunto di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Melaka. Kalau nak baca blog saya tentang Galeri Sawahlunto di Melaka ini bolehlah ke sini.

Pusat Informasi Sahabat Anak (PISA).

Let's have a quick look inside.

Harpa tanpa dawai. 


Lorong Cahaya yang memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang konsep Motion Sensor.

Tornado Vortex. 


Permainan yang menarik ~ cuba lalukan gelung tanpa menyentuh wayar besi. Bunyi akan terhasil jika gelung menyentuh wayar besi. Foto kanan: Menara Hanoi.

TV 3D. 

Kanan: Alat demonstrasi elektrik statik yang terkenal ~ Janakuasa Van de Graaf. 

Solar cell.



Optical Illusion.  


Model lokomotif keretapi di luar PISA.

Next, kami ke Galery Etnografi. 

Galeri terakhir di Goedang Ransoem yang kami lawati adalah Galeri Etnografi yang memperkenalkan elemen-elemen kebudayaan Minangkabau. Galeri ini ditempatkan di dalam sebuah bangunan yang dulunya merupakan Stor Bahan Makanan Mentah untuk kegunaan Dapur Umum. 

Sebaik masuk ke Galeri Etnografi, kami diperkenalkan dengan kain Songket Silungkang. 
















Kami juga diperkenalkan dengan pelbagai motif dan filosofi yang digunakan dalam tenunan Songket Silungkang. 























Di galeri ini pelawat juga dapat melihat sebuah model persiapan perkahwinan masyarakat Minangkabau.















Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. ingatkan masak guna arang batu tu sebagai bahan api nya secara direct
    rupa rupanya guna wap nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu periuk2 besar tu masih berkilat :).

      Delete